Aktiviti Semasa Aku Di Kampung

09 January 2018/Selasa

Assalamualaikum

Ni cerita tahun lepas punya lagi tapi baru aku nak update malam ni..Haaaa..Nampak sangat aku sibuk mengalah kan menteri..Tapi biarlah apa korang nak kata yang penting aku nak update juga supaya blog aku ada entry baru..Boleh kan begitu?Time cuti perayaan Hari Natal tu kan korang nak tau kah bahawa aku lah orang yang paling bahagia sebab dapat cuti lama di kampung.13 hari jugak lah aku cuti tu..Lama beb..Macam-macam aku boleh buat time aku di kampung.

Salah satu nya aku dapat menghadirkan diri ke majlis makan free yakni majlis kenduri kahwin sepupu aku,kenduri kahwin jiran sekampung,kenduri kahwin rakan satu kelas dulu time sekolah menengah dan banyak lagi ar yang aku buat.Memang best ar dapat berkumpul dengan family dan orang kampung biar pun ada segelintir orang kampung tak kenal aku..Haha..

Makan rambutan pun boleh buat aku bahagia sebab made in my home..Gittu...Fresh dari pokok lah katakan..

Ni kami 3 beradik menghadirkan diri ke majlis kenduri kahwin sepupu aku.Korang tekalah aku yang mana satu.Hihi..

Syok-syok kami bergambar tetiba ada muka budak comel ni..Untung lah muka kamurang masuk dalam blog aku...:P..

Balik dari rumah orang kahwin,mak aku bawa jenjalan kat Servay Beaufort.Katanya ada sale.Wah...Sale.Ya sale...Sale sempena perayaan krismas.Ini yang aku suka dengar..Hahahaha...Jadi,sampai kami di servay terus lah aku tengok harga sale dia macam mana.Kalau berbaloi aku ambil 1 atau 2 bijik barang dia kalau tak berbaloi telan liur je lah..Hihi..

Tapi bila dah sampai di dalam Servay ternyata ramalan ku salah belaka!Harga sale dia betul-betul buat aku gigit jari.Ya lah barang yang berjenama yang harga dia RM100.00 ke atas boleh aku dapatkan dengan harga RM39.00 hingga ke RM 60.00.Kau hado??

Fikir punya fikir bagus aku ambil 1 atau 2 bijik barang dia..Haha..Rugi kalau lepaskan sale yang kaw-kaw begini.Bila lagi kan orang bilang.Hoho..Korang tengok lah hasil dia...

Beg nih memula aku nak rembat satu sebab colour dia dan design dia aku suka tapi bila aku test dompet boleh masuk ke tidak tapi dompet ku tidak boleh muat terpaksa lah aku say bye bye je dengan beg ni.So cari beg lain.

And then dah jumpa dah beg yang bersesuaian dengan saiz dompet ku.Almaklumlah saiz dompet ku besar dia mengalahkan saiz dompet datin-datin...Kahkahkah....Harga nya RM39.00 Harga sebenar RM199.00.Mana nak dapat?

Untuk mak aku dan abah aku ada jugak aku belikan.Mak aku beg jugak dan abah aku dompet.Total semuanya RM200.00 aku bayar tapi berbaloi bagi aku sebab dapat belanja mak dan abah aku masa tu.Tapi aku lupa ambil gambar beg mak aku dan dompet mak aku..Hihi..So korang tengok jer lah beg aku..Kikikiki..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

19 comments:

  1. Beli untuk sendiri dan belikan untuk ibu ayah...bahagia dan gembira berganda...

    ReplyDelete
  2. Samalah kat kampung main petik bebanyak then makan~ fulamak! fresh gila <3 hehehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul...semuanya fresh2 gila..sedap lagi tuh..

      Delete
  3. memang berbaloi harga tu.. dapat banyak barang lagi. sonok balik kampung kumpul ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya..time cuti2 jak dapat berkumpul ramai di kg..huhu..

      Delete
  4. bestnya balik kmpung ! dah lma xbalik kmpung..

    ReplyDelete
  5. Hihi sempat lagi shopping masa dikampung ye...

    ReplyDelete
  6. Uiiii.. Murah sgt dah tuh... Kalo akak mau beli banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...memang nak beli byk time tu tapi nak cepat kan....sikit jak yg dapat ambil..huhu..

      Delete
  7. Murah sangat diskaun tu anum. Berbaloi beli masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..memang murah dan berbaloi sangat..

      Delete
  8. Bila balik kampung , macam macam boleh buat , kekadang kat kampung tetiap minggu ada kenduri , hehe

    ReplyDelete
  9. Wah, murahnya beg tue.. Kadang-kadang seronok jugak hati kita bila beli hadiah untuk orang tersayang, apatah lagi pada orang yang membesarkan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira nak balas jasa mereka lah..kan..

      Delete
  10. Wah seronok baik kampung jumpa keluarga semua kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..