Rutin Harian Dan Rutin Hujung Minggu

09 September 2017/Sabtu

Assalamualaikum

Secara umumnya,ramai rakan-rakan blogger mahupun kawan-kawan aku yang lain ingin mengetahui bagaimana rutin harian aku semenjak aku bekerja.Sebab sebelum ni,rutin harian aku memang banyak masa free tapi selepas aku dah ada kerja rutin kehidupan aku memang berubah lagi-lagi bila aku hidup sendiri-sendiri di daerah yang pertama kali aku jejak.Cam tuh..

Rutin harian saya.

05.00 Subuh : Bangun dari tidur.Minum air putih yang ada di meja sebelah katil.Malas nak pergi kat dapur sebab masih mamai.Alasan : MASIH MAMAI!!Mandi,solat subuh,buat sarapan untuk diri sendiri dan siapkan diri untuk pergi kerja sebelum jam 8.00 pagi.

7.50 Pagi : Keluar dari rumah dan berjalan kaki menuju ke tempat kerja dengan kiraan tiga langkah sahaja dan aku macam biasa orang terakhir yang sampai lewatg di office iaitu 7.53 pagi.

8.00 Pagi : Start buat kerja di lab.

12.30 Tengah Hari : Balik rumah dan berehat di rumah.Solat Zuhur dan masak makanan untuk makan tengah hari.

1.20 Petang :Kembali ke office untuk kembali bekerja.Work work work...

5.00 Petang : Balik dari kerja.Kalau overtime sampai jam 7.00 malam baru balik.Nasib jarak dari office ke rumah sewa aku tiga langkah jak..Hoho..Korang bayangkanlah macam mana keadaannya kalau jarak dari office ke rumah sewa aku cuma tiga langkah jak...

06.00  Petang sehingga 1.00 Pagi : Rehat,mandi,bersihkan diri untuk solat Maghrib kemudian solat Isyak.Masak makanan untuk makan malam.

Bila dah hilang penat aku,aku update blog tu pun kalau rajin dan aku nak tidur lah lepas tu.Selalu aku tidur jam 1.00 pagi paling lewat dan paling awal aku tidur ialah pada jam 9.00 malam.Haaa..Kau hado?

Jadi,korang dah tau lah kan kehidupan harian aku macam mana.Lebih kurang macam ni lah setiap hari.Disebabkan aku kerja sampai hari sabtu,jadi hari ahad jak lah cuti aku.Dan hari ahad tu aku akan gunakan sebaik-baik nya.KIkikiki..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.




12 comments:

  1. Hari Ahad hari merehatkan diri ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul tu..jadi gunakan lah sebaik baik nya..hihi..

      Delete
  2. hampir sama je rutin harian.. kerja kerja kerja.. hahahaha.. tapi unni after isyak tu memang da mebuta..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Selamat bhujung minggu sis . Rutin kita hampir sama

    ReplyDelete
  4. Wah.. Lagi dekat.. Tiga langkah je.. Ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..3 langkah jak jarak tempat tinggal aku ke ofis aku.best...

      Delete
  5. 3 langkah je dh sampai pejabat. Bestnya anum. Hehe. Nk balik makan dan rehat pun senang dan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..memang best kalau rumah dan tempat kerja dekat..hihi..sempat jugak memasak untuk makan tengah hartime waktu rehait..

      Delete
  6. waah jam 1 baru tidur.. boleh tahan

    ReplyDelete
  7. hehe tula kalau ada anak kecik ni..tggula anak tdo dlu baru boleh update blog kan...kalau x mmgla kena kacau je.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..