Cerita Hari Raya Aku Pada Tahun 2017

23 July 2017/Ahad

Assalamualaikum

Sebelum berakhirnya bulan syawal,ada baiknya aku ceritakan balik kisah aku semasa cuti hari raya beberapa minggu yang lalu sebelum bulan syawal habis dan sebelum aku lupa tentang semuanya.Dan sekarang ni dah pun 29 syawal.Aku pun ndak tau lah kenapa tiba-tiba jak aku mau bercerita pasal kisah aku semasa hari raya beberapa minggu yang lalu.

Makna sebenar Hari Raya

Masa aku kecik-kecik dulu,asal nak raya sudah memang aku jadi orang yang terlebih semangat ar sebab bila raya dah datang,semuanya lah pasal duit raya,baju raya dan makanan.Ingat lagi dulu masa aku kecil masih dengan muka ndak tau malu nya pi minta duit raya dekat orang.Biasalah kan budak-budak.

Bila sudah membesar dan umur pun dalam lingkungan 20-an ni,semuanya berubah.Tak dapat duit raya aku ndak kisah sudah.Baju raya pula pun sama juga.Pakai jak apa yang ada tapi tu lah dorang mama aku rajin juga pi cari kain untuk pakai masa raya.Dua pasang baju raya pun jadi lah.Walaubagaimanapun,feelling nak sambut raya tu tetap sama.Pada aku,hari raya sekarang ni cukuplah dapat beraya bersama-sama dengan family.

Tiba-tiba pula dapat soalan bonus...

Raya tahun jugak dengan pertama kalinya aku dapat soalan bonus iaitu 'BILA NAK KAHWIN'...Omaigodddd...Tak sangka aku boleh-boleh pula ada sepupu sepapat aku pergi tanya dekat aku soalan begitu.Tapi aku relaks jak kena tanya.Aku pikir positif.Kalau makcik pakcik kazen and jiran sebelah rumah kau tanya kau soalan macam tu,mungkin diorang nak bawa kita bercerita dengan memulakan perbualan dengan soalan tersebut.So,apa yang ada dalam fikiran dorang masa tu,itulah yang dorang tanya.

Kalau orang tanya soalan begitu sekali pun,ndak payah kau orang sentap.Open your mind lah macam tu.Ooooo,mungkin ni makcik jiran sebelah rumah ni nak jodohkan aku dengan anak dia kot kalau aku masih single and bla...bla...bla...Rilekss jer..k..Kalau yang masih belum ada jodoh tu mungkin jodoh 
korang tu sekarang sedang travel lah tu...Haha..:P..

Cuti beberapa hari jak dan belum dapat gaji lagi...

Now,dah 3 bulan aku kerja di sebuah syarikat swasta.Alhamdulillah.Sebelum raya tu,aku belum dapat gaji lagi dan raya kelima baru dapat gaji.Ingatkan dapat lah ni shopping sesikit barang raya sebelum raya tu hari tapi lepas raya pulak baru dapat gaji.Cuti raya aku pada tahun ini beberapa hari jak aku apply start dari hari sabtu sampai hari rabu jak.Hari khamis masuk kerja dah aku biarpun dengan hati yang berat dan mood raya tu masih ada.Huh!!Sabar jak lah..

Jom layan gambar aku dan family masa hari raya tu...

Raya pertama.Theme colour hijau.

Ada cerita di sebalik shawl aku kenapa aku gayakan shawl aku sedemikian rupa.

Raya pertama.Carik-carik ayam untuk bikin  soto di rumah uncle aku.Nampak kah perbezaan f
esyen shawl aku..Kikikikikiki..

My sibling.Semua ada 4 orang jak..

Raya kedua.Selfie with my mom sebelum jalan pergi beraya.

And me only time raya keempat.Raya ketiga tiada gambar.Time nih petang sudah time braya di Tuaran.Fesyen shawl tu pun tak tentu sudah jadinya..Hoho..

Dan....berakhirlah sudah cerita aku semasa gari raya beberapa minggu yang lalu.Selamat hari raya...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

26 comments:

  1. Raya pertama dah bersedih...Sebab semua orang lupa birthday mai yg jatuh masa hari raya pertama tu. HAHAHA. Semua sibuk beraya.sentapp betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kesian...apa boleh buat lah kalau birthday mai jatuh pada raya pertama...mohon bertabah lah ya..

      Delete
  2. Comelnya tema hijau bunga2. Samalah dulu masa kecik2 kalau raya dtg bukan main seronok tp skrg dah tak berapa nak rasa kemeriahan raya tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tu lah..yang penting dapat berkumpul dengan keluarga kan..

      Delete
  3. muka sebijik sejibon. tak dapat nak beza anum yg mana. hehehehe. Raya dah habis tapi nak ucap jugak selamat hari raya anum.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...teka lah sampai dapat aku yang mana satu..selamat hari raya jugak uyul

      Delete
  4. eh !! cantik plak tema raya yang gambar berempat tu.. hee~ kaler jek lenlain.. corak baju sama.. nanti nak tiru la..

    ReplyDelete
  5. Comelnya Tema raya kedua....satu corak semua , color je lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..aku tengok pun memang cam comel jak bila corak sama but color lelain..

      Delete
  6. Soalan bonus tu mmg tak pernah miss kena tnya.huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupzzz....aku first time kena tanya soalan bonus..

      Delete
  7. terhibur baca kisah sis :) sya tengah blogwalking..done follow blog sis ni..follow back ye blog saya masih baru..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..terima kasih sis sebab terhibur baca blog aku..nanti aku follow back ya sis..

      Delete
  8. paling best raya bila dapat kumpul ahli keluarga,baju tema sama...bergambar semua sepeten..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul tu..moment paling best lah tu kan bila dapat berkumpul bersama-sama dengan ahli keluarga..

      Delete
  9. soklan hot wajib ditanya tu kot.. mcm tade benda lain nak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo jer lah sis bila kena tanya soalan macam tu..

      Delete
  10. Nampak perbezaan gaya shawl Anum. Ubah style sebab nak tolong di dapur ke tu? Hii.

    Soalan cepucemas biasa ditanya masa raya. Kena hadap jela :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ya..begitulah jawapannya...buat kerja di dapur..ya..tu lah....hadap jer lah bila kena tanya soalan macam tu..

      Delete
  11. habis dah raya baru terkomen, haha nak juga nak juga..slmt hari raya num, sedondon gitu

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah beraya bersama keluarga yang ramai. Keluarga zumal semakin kecil dan raya tak semeriah dulu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..