Travel : Kiansom Waterfall Sabah,Inanam

04 March 2017/Sabtu

Assalamualaikum

Hujung minggu di rumah sewa memang macam orang gila lah ndak tau mau buat apa selain makan mandi cuci kain tengok tv lepas tu tidur.Kebetulan masa tu assignment belum ada lagi jadi alamatnya mereput lah di rumah seharian tengok wayang.Dalam keadaan yang sangat tersangatlah bosan.Jadi kawan aku ni adalah satu idea.

"Weyy korang,jom pi mandi air terjun kita."

"Haaa,mandi air terjun.Di mana?"

"Di Inanam."

"Jom lah kita pi."

Semua setuju dengan cadangan tersebut,kami pon gerak lah pi Inanam.Rumah sewa aku ngan Inanam tu dekat jak jadi adalah dalam 30 minit lebih lebih tu sampai dah kat Kiansom.

Selamat datang ke Air Terjun Kiansom,Inanam tu papan tanda bilang.Hehe.

Sebagai pengenalan aku tahu ramai orang yang tidak tahu belum tahu atau ndak tahu langsung akan kewujudan air terjun yang paling dekat dengan bandaraya Kota Kinabalu.Air Terjum Kiansom ni terletak di Inanam,Sabah dan merupakan air terjun yang paling dekat dengan bandaraya Kota Kinabalu seperti yang aku cakap tadi.Jaraknya dari bandar Kota Kinabalu dengan Air Terjun Kiansom ni lebih kurang 25 KM dan memakan masa 30 hingga 40 minit memandu dari bandar dan bergantung juga dengan kesesakan jalan raya.

Air Terjun Kiansom ni terkenal di kalangan penduduk tempatan dan kadang kala sesak dengan kehadiran orang awam atau pelancong untuk berkelah atau bermandi manda pada hujung minggu atau pun semasa cuti sekolah,Air Terjun Kiansom ni mempunyai tiga tingkat.Bagi yang belum pandai sangat berenang tapi mempunyai keinginan untuk lompat dari tingkat atas pi tingkat bawah *konon konon nak jadi atlet terjun macam Pandelela Rinong jangan mau tembirang ar sebab air terjun ni sekeliling nya hutan.So kena pandai-pandai lah jaga diri.

Suasana yang segar dan indah diikuti dengan bunyi bunyi dari cengkrik krik krik diikuti dengan alam semula jadi akan membuat kan korang lupa tekanan yang korang hadapi seharian.Memang nyama tau.Banyak juga kemudahan yang telah disediakan di sini antaranya ialah gerai,tandas,tempat mandi pondok tempat berkelah dan banyak lagi.Bayaran masuk ke Air Terjun Kiansom ni ialah RM1.50 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.Murah kan!

Sebelum korang sampai ke Air Terjun Kiansom ni pastikan korang membawa bekalan makanan minuman dari rumah atau dari luar kerana didapati harga barangan yang terdapat di gerai air terjun tersebut adalah mahal.


Aku dan kawan-kawan aku memilih tempat di tingkat satu untuk mandi sebab kami semua pun ndak pandai sangat mau berenang.Kalau kami pilih di tingkat atas sekali,ndak pasal-pasal ada hati mau jadi atlet perenang buat cubaan nak terjun dari atas..Hoho..

Selepas puas kami mandi manda,selfie selfie dulu sebelum balik sebab hari mau hujan sudah masa tuh.Ouh ya,kalau korang nampak air terjun makin laju dan air dibawahnya macam macam mau dalam sudah,cepat-cepatlah korang tinggalkan kawasan tu ya sebab untuk mengelakkan perkara yang ndak diingini terjadi.

Sebelum balik,mandi lah dulu di tempat yang kena sediakan sebab takutnya nanti ada benda benda alah yang tumpang kami balik rumah..hihi..

Ni jer gambar yang aku ada.Yang lain hilang dah sebab masa aku pi Air Terjun Kiansom ni lama dah time zaman study lagi tu lah gambar-gambar pun banyak yang taida sudah sama aku.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

6 comments:

  1. Selalu aktiviti yang tak dirancang ni selalu menjadi, hahaha. Murah juga fee untuk masuk tu.

    Air kat bahagian bawah selalunya lebih keruh dari bahagian atas, tapi itulah, kalau tak pandai berenang, jangan COBA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kan..aktivit yg x dirancang ni selalu menjadi...tu lah..aku pun takut jugak nak berenang kat situ sebab x lom berapa pandai nak berenang..

      Delete
  2. Wah bestnya mandi sungai. Kak ana rasanya lebih 5 tahun tak mandi sungai. Rindu rasanya ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..memang best..ni frist time gak aku mandai sungai.

      Delete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..