Oh cerita indonesia

14 March 2017/Selasa

Assalamualaikum


Siapa ada tengok sinetron indonesia yang terbaru ditayangkan di tv3 tajuknya Dia Bukan Anakku?Episod pertama tu adalah aku tengok tapi bila dah tau dah jalan cerita dia macam mana ha mulalah meluat nak layan lagi tapi bila sudah tiada wayang yang best nak tengok petang petang tu terpaksalah layan cerita indon ni.

Bila aku start khusyuk tengok cerita indon ni kan,mulalah aku berfikir kenapa aku tengok jugak cerita ni sedangkan aku dan korang semua dah tau macam mana jalan cerita indon ni kan?Start dari situ lah hotak aku mula berfikir sama ada pemikiran aku yang mengarut kah atau cerita indon ni yang memang mengarut sampai hotak aku hafal dah dan dah tau lepas ni apa jadi dengan watak heroin.Aku layan cerita ni pon sebab nak tengok si Miller(kevin) ni berlakon jer..

Cerita indon kali ni kira okeh lah sebab minggu ni dah minggu akhir.And then tiada sudah dia nyanyi lagu tergagap gagap macam na na na na na na na na na na nada cinta.Kau baru belajar nyanyi ke hapa sampai tergagap gagap macam tu sekali.Poyo jer.

Pendapat aku lah kan pasal cerita Dia Bukan Anakku ni :

  • Episod pertama dah mula lah part part kehilangan anak kandung lepas tu anak angkat pula berabis betul disalahkan.Setahun begitu ndak mau berbaik dengan anak angkat.Hape ni??
  • Mula-mula ndak banyak konflik yang wujud tapi bila watak jahat dah mula beroperasi di situ lah bermulanya konflik.Contoh macam dendam lama macam si bayu berdendam dengan evita gara-gara si bayu ndak dapat jadi orang kaya.
  • Muncul Mira plastik yang konon konon nya mengaku sebagai Mira ori.Mama angkat si evita ni percayalah bulat-bulat.Ni pun rancangan si bayu jugak sebab dorang berdua jak yang pegang watak jahat dalam cerita ni.
  • Evita sibuk mencari adik nya yang hilang.Miko pun sibuk jugak mencari kawan masa lalu dia yang konon si Miko ni mau mati sudah time dia kecil tapi tiba-tiba hidup balik dan pada waktu yang sama pula si Kevin  pulak sibuk sibuk mencari Anisa gadis masa lalu eric tapi eric dah inalillah.Hello korang semua tahu ker orang yang korang cari tu si Mira.Adik angkat evita?Haizzzzzz.....geram aku tengok part ni tapi aku tengok jugak kan.
  • Bila nak bagitahu kebenaran punya banyak benda nak halang.Sikit sikit nak bagitahu kebenaran mulalah ada benda yang halang.Contoh macam mama angkat si evita ni buat test DNA antara evita dengan makcik ambar then masa dorang otw pi hospital tu tiba-tiba muncul pulak si bayu yang sememangnya mau balas dendam dengan keluarga evita.Ada lagi satu bila evita nak bagitau kebenaran pasal si anisa tu haa tu pun ada halangan jugak macam hidung si mira berdarah time si evita mau cakap "anisa adalah ......." tiba tiba pulak hidung si anisa berdarah then pengsan.Time di hospital pun ada jugak halangan time si evita mau bagitahu dengan mama angkat nya pasal si anisa ni.Bila si evita nak bersuara automatik suara evita hilang.Pendapat korang apa pulak pasal part ni?
  • Mulut ternganga bila terkejut.Lepas tu cakap cakap sorang diri mau makan masa lima minit.
Eh banyak lagi ah yang aku mau kasih list dekat sini.Tapi lama lama bila aku asyik bercerita pasal sinetron indon ni bikin stress jak.Layan movie hindi lagi bagus.Boleh ikut time dorang nyanyi dorang menari ke.Berkurang jugak lemak satu kilo.haha.Tiada lah stress stress tengok cerita hindi.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.



10 comments:

  1. Kak ana tertengok masa tunggu turn dekat klinik gigi. Sekali tu je lah tgk. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sempat lagi ya tengok sinetron di kilinik gigi..

      Delete
  2. Akak dah lama tak layan sinetron nie, last skali tengok masa tahun 2006 kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun baru ni lah aku tengok cerita indon balik

      Delete
  3. tak penah layan filem indonesia ni..

    btw unni tag yeerr
    http://unnianje.blogspot.com/2017/03/the-sunshine-blogger-award-shikin-razali.html

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengon cita indon ni ..dulu boleh dikatakan tengah hari petang sentiasa follow ..tapi sekarang kerja nak spent time depan tv pun dah tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu jak popular cerita indon di malaysia..sekarang macam krik krik sudah..

      Delete
  5. elsa takde peluang pun nak tengok tv huhu. busy dengan kerja. tapi kalau tanya ibu mungkin dia ada tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..x payah lah tengok cerita indon ni..

      Delete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..