Kenderaan Awam di Kota Kinabalu (KK) - Bas Mini (Entry Trhowback)

30 March 2017/Khamis

Assalamualaikum

Hai.Aku sebenarnya tengah memikirkan tentang cerita apa yang perlu aku update dekat blog ni supaya blog aku ni sentiasa meriah dengan kehadiran cerita-cerita baru aku di dashboard blog korang.Aku tidak sama sekali akan membiarkan blog aku sunyi sepi krik krik macam dulu lagi sebab aku cuma ingin korang semua tahu yang aku ada blog.Blog ni adalah tempat aku bercerita segala suka duka aku start aku sambung belajar Diploma sehinggalah sekarang.Kalau aku stress aku akan baca entry di blog Fatin Liyana sebab cerita yang ada di blog Fatin Liyana semua nya best best.Tu lah kalau aku baca cerita si Fatin Liyana ni dua tiga empat kali pun aku ndak akan bosan.Malah aku rasa seronok kemudian tekanan yang aku hadapi sebentar tadi telah pun hilang.Amazing kan...Amazing kan..Tapi sekarang marilah kita bersama-sama membuat aktiviti yang paling digemari oleh segelintir manusia iaitu buat entry baru lah.Apa lagi.Hehe..

Tinggal beberapa hari jak lagi aku akan berada di rumah family aku di Kuala Penyu kerana next week aku akan berpindah ke Penampang dan akan mula berkerja pada minggu hadapan.Maka mulai hari ni aku berjanji dengan diri aku supaya aku akan menggunakan hari-hari yang aku ada ni untuk menghabiskan masa bersama family aku sebab next week aku akan hidup seorang diri di tempat yang baru.

Selama 3 tahun aku tinggal dan belajar di Kota Kinabalu (KK),banyak kenangan aku yang aku dapat dekat sini walaupun kehidupan aku pada zaman itu ala kadar jak.Biasalah student kan.Nak nak pula kena hidup berjimat cermat supaya masa kering kontang nanti tiadalah pi pinjam sana pinjam sini usin*duit.Buat malu ja kalau pinjam usin*duit dengan orang.Nak bayar rumah sewa lagi.Kena jimat habis lah ni.

Ingat lagi first time aku naik kenderaan awam di Kota Kinabalu iaitu Bas Mini.Start sem 1 tu lah pertama kali aku merasa dapat naik bas mini di sekitar Likas masa tu.Masa tu,bas kolej tidak ambil kami sebab kelas kami habis tengah hari.Jadi terpaksalah naik bas mini dari kolej pi hostel.Bas kolej cuma akan muncul pada jam 8 pagi dan pada jam 5 petang sahaja.Jadi kalau kelas kami awal habis or kelas cancel nak balik hostel tu naik bas lah jawab nya.Nasiblah masa tu kami ramai adalah dalam lima enam orang cam tu yang memang nak balik hostel dan kebetulan jugak masa tu ada salah satunya di antara kami yang hafal sudah jalan nak balik pi hostel aa kira bersyukur jugak sekurang-kurang nya tidak lah kami sesat kalau nak pi hostel.Kalau aku jangan tanya lah.Memang aku ndak tau masa tu.Hoho.*teruk betullah aku ni.Rupanya kalau naik bas time balik dari kelas bas tersebut ikut jalan lama Likas dan kalau naik bas kolej pula biasa bas kolej tu ikut jalan baru Likas.Gittu.Kadang-kadang dalam seminggu tu adalah juga dua tiga empat kali aku naik bas pulang pi hostel sebab kelas habis awal tapi bukan aku naik sorang ok.Sama kawan-kawan lah aku naik bas balik hostel.Bila sudah terbiasa naik bas tu and dah tau jalan ha boleh lah aku sendiri sendiri naik bas kalau nak balik hostel.

Ni lah bas mini yang selalu aku ikut kalau aku nak ke kelas balik dari kelas atau nak pi pusat bandar.Ni public transport yang paling femes kat Kota Kinabalu a.k.a KK.Bas ni boleh bawa korang sampai ke Tamparuli jak tapi bas mini ada bas khas jugak untuk pergi suatu tempat tu.Contoh macam kalau korang mau ke Tamparuli korang kena ikut bas yang nak pi Tamparuli lah.Kalau korang nak pergi ke Tuaran ke nak pi Sepanggar ke nak pi Inanam ke atau nak pi Likas kan korang ikut jer bas yang ada tanda nama tempat korang nak pi tu.Kalau korang tak nak salah naik bas korang boleh tanya sama driver bas tu kalau dia lalu di tempat kawasan yang korang akan turun nanti dia nak berenti kah jugak..

Contoh macam ni ayat perbualan korang ngan driver bas ni :

Korang : Bos,bas ni berenti di pekan Tuaran kah?

Driver : Iya

Lepas tu korang naik lah cari tempat duduk.Kalau bas yang korang dah naik tu penuh terpaksa lah korang jadi sardin dalam bas tu a.k.a berdiri.Hehe..Aku selalu jak kena kalau time petang sebab time petang bas selalu penuh jadi tiada tempat duduk alamatnya berdiri lah kita dalam bas tu macam ikan sardin kena jemur.Hehe.

Bas Mini ni dia ada bermacam-macam warna tau.Kalau bas dari Sepanggar hingga Tuaran bas nya berwarna biru.Bas Kingfisher pun warna biru jugak tapi bas Kingfisher ni satu jak yang aku tau.Bas Likas warna purple.Bas Penampang warna oren.Kalau bas area Putatan hingga Papar warna merah.Teksi dan bas ekspress pun ada cuma teksi ni mahal lah harga dia dan bas ekspress pula harga dia dibawah RM20 jak.Kalau korang nak pi Membakut Beaufort Kuala Penyu Menumbok or Labuan korang kena naik bas ekspress lah atau teksi sebab nak naik bas mini sampai Papar ja.Terminal nya pulak dekat Padang Merdeka di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu.Kalau korang nak pi sebelah Inanam pula contoh macam Semporna,Sandakan,Lahad Datu,Tawau korang kena ikut bas ekspress lah yang terminalnya di Inanam.Kalau korang mau tau kan Inanam ni adalah syurga shopping kereta yang paling banyak pilihan di Sabah tau.Hehe...Tu pendapat aku lah.Hihi.

Bagi korang yang baru first time naik bas mini ni korang kena tengok betul-betul tau bas-bas yang ada kat situ sebab bila korang dah sampai di terminal bas korang akan jumpa bermacam-macam jenis bas maksudnya macam bas kecil and bas besar tapi kedua dua saiz bas tu sebenarnya sama jak tiada beza cuma bas kecil ni dia laju and bas besar ni dia lambat.Hoho.Biasanya bas-bas ni akan jalan sekali tau contoh kalau bas pertama tu dah penuh korang boleh naik bas yang kedua dan begitu lah yang seterusnya.Kalau korang nak berenti di simpang atau busstop lain korang kena tekan loceng.Korang cari jak loceng bas tu dekat dinding and di tengah-tengah.dan cepat-cepat lah korang tekan loceng sebab kalau korang lambat ha alamatnya kena bawa lah korang sampai ke hujung dunia.*eh logik ke driver bas tu bawa korang sampai ke hujung dunia?.


Ni namanya City Bus.City Bus ni dia cuma berpoerasi di dalam Bandaraya KK jak.Kalau dulu bas ni beroperasai sampai Politeknik KK tau.Tapi sekarang dia cuma beroperasi di dalam Bandaraya Kota Kinabalu jak.Bas ni best jugak ah sebab bas ni panjang beraircond selalu pasang lagu jiwang and selesa.Siapa yang pernah ikut bas mini memnag bertuah lah.Hoho.

Oh ya,pasal tambang bas pula tambang nya cuma RM1.00 sahaja dan kalau bas tu korang naik dari bandar KK sampai ke Sepanggar RM2.00 lah tambang nya.Lagi satu,kalau boleh sediakan duit kecil atau duit tepat sebab kadang-kadang driver bas ni ada jugak yang kaki kencing.Tapi nasib lah aku ndak pernah kena.Ha...jadi ni lah cerita aku pasal first time aku naik bas di bandar KK ni.Next time aku akan ceritakan lagi kehidupan aku yang ala kadar time zaman study Diploma yer.Bai bai.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.




15 comments:

  1. Sudah lama tak naik bas. tempat mai kulim sudah tak banyak bas beroperasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh ye kah...rugilah siapa yg x sempat merasa naik bas

      Delete
  2. Hi Anum...eh org KP pula rupanya, kita berjiran sebelah daerah...
    haha, byk kenangan naik bas tu kan Anum....
    kakak paling suka naik yang minivan tu, laju gila tu driver bawa, confirm ndak lewat masuk kelas...
    selamat bekerjaya ....
    cheers

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh..iya kah?Tinggal di mana kau?Mini van tu lah best...hihi..

      Delete
  3. Hi. Anum..hehe..teringat pla masa dulu2 selalu naik bas time blajar d kk..smpai.skang pun masi tggal d kk..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...time belajar lah kenangan yang paling best..

      Delete
  4. lama sda ndak naik bas..kalau dulu tinggal di telipok keja di lintas, dua kali naik bas
    telipok - rtm lama RM1
    rtm lama - lintas (bas klinik luyang) kadang2 rm1, kdg2 rm1.20, kdg2 rm1.50 kena pandai mengurat konduktor bas.

    pastu, kalau balik jam6 dah smpai kk, konfirm la naik bas balik telipok rm2, sebab malam =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...pandai berubah ubah jugak tambanbg bas tu ah?

      Delete
  5. semua tu jd kenangan kan..hehe

    yui lama tak naik bas yg lompat lompat gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya....jadi kenangan time zaman2 masih study..

      Delete
  6. Masa pergi KK dulu tak perasan pula dengan kewujudan bas mini tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bas ni memang ada dah dari dulu..

      Delete
  7. uyul tak pernah sampai sabah. nanti bawak uyul jalan jalan tauuuuu kalau ke sana ehheeh

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..