Hujung Minggu Aku Bersama Kapten Mukhriz

13 March 2017/Isnin

Assalamualaikum

Boleh aku letak tajuk aku kali ni "Hujung Minggu Aku Bersama Kapten Mukhriz?"Ya lah..Nampak macam poyyo jak ayat tu tapi demi memenuhi hajat di hati untuk letakkan ayat begitu diikutkan juga niat hati yang sedang kecewa sebabnya Mat Dan dah jadi tunang orang kemarin..*kau kenapa?

Tiba masa hujung minggu,memang aku dirumah jak lah tiada pi mana-mana sebab aku ni memang jenis yang malas nak jalan-jalan sekarang ni.Nak bertapa 24 jam jak dirumah so daripada buang boring ndak tau apa benda yang mau buat dirumah bagus aku tengok wayang di online.Hehe..Kalau mau tengok cerita cerita dekat tv bosan ar.

Kenapa Kapten Mukhriz aku tengok padahal dulu kan drama ni pernah ditayangkan di tv3.Sebab nya masa cerita ni ditayangkan di tv aku ndak berapa layan sangat lah aku tengok cerita ni pun sekerat jak..Time Ariana sebok mengurat ustaz Mukhriz.Lepas tu,time diorang dah kahwin ndak sudah aku tengok cerita ni.Tapi,masa aku tengok cerita ni dekat Layanon9 kan bukan juga aku fokus sangat tengok cerita ni..Haha..Sekejap tengok henfon sekejap tengok cerita ni.Lagu lagu yang ada dalam cerita ni pon sedap jugak ar didengar.



Sinopsis Sayangku Kapten

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Nak tak nak terpaksa jugak Abang Izuddin ni bagi makanan dekat Mukhriz.Demi si adik lah katakan.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

Time ni lah si Ariana bagitau dengan family dia yang dia nak pinang ustaz Mukhriz.Berani betol kan Ariana ni.Kau hado??

Detik pertama Dr Ariana berjumpa dengan Ustaz Mukriz ialah ketika kali pertama terpandang Ustaz Mukriz di majlis kenduri kesyukuran rumah abang Dr Ariana, Izzuddin. Jatuh Cinta Pandangan Pertama ! Itulah Dr Ariana. Pelbagai cara dan usaha dilakukan oleh Dr Arianna untuk memikat hati Ustaz Mukriz. Dr Ariana bagai perigi mencari timba dalam usahanya ‘mengorat’ sang Ustaz. Apa yang tidak dibuat oleh Dr Ariana untuk meraih perhatian Ustaz Mukriz. Jeling-jeling ustaz, renung-renung ustaz, hadiri ceramah uztaz, hantar sms berani mati melamar ustaz, menghantar surat cinta ala-ala budak sekolah menengah siap dengan pantun pen merah pen biru lagi, menghantar sejambak bunga mawar kuning kepada ustaz, menghantar kuih saban minggu kepada ustaz sehinggalah kemuncaknya Dr Ariana sanggup meminang Ustaz Mukhriz. Dr Ariana sudah bikin huru hara! Dr Ariana sudah melanggar adat! Izuddin pening kepala, Ustaz Mukriz Terkesima, Tuan Razlan tidak terkata dengan kesengalan anak daranya, Mama Ariana nak cilikan mulut anaknya!. Namun bak kata pepatah usaha tangga kejayaan kan. Kesungguhan Dr Ariana akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berdua selamat diijabkabulkan dengan lamaran daripada Ustaz Mukriz sendiri untuk Dr Ariana tersayang. Tersenyum gembira Dr Ariana apabila sang ustaz telah menjadi suami dambaannya.

Hilangnya RADAR MALU Dr Ariana dengan SMS Berani Mati Dr Ariana kepada Ustaz Mukriz:
Ariana : Banyak yang ustaz boleh bantu saya
Ustaz Mukriz : Kalau boleh tolong saya tolong
Ariana : Tolong jadi suami saya.

Erhmmm...Kalau aku yang hantar SMS menampah maut macam ni dekat idol aku comfom kena kasih krik krik aku.Hampehh!Tapi Ustaz Mukhriz ni cool jer dan boleh boleh pula dia jawab begini...

Ustaz Mukhriz: Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa 
Keluarga saya ya.
Ariana : Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan 
Meminang!. Terima kasih ustaz Mukriz. Tunggu rombongan saya ya.

Siapa yang ndak suka weyy bila idol kau jawab begitu??Lagi-lagi si Ariana ni.Aku tengok gaya dia macam dia nak terjun ja di tasik tu lepas dia dengar jawapan dari ustaz.Haha..Aku pun mungkin kalau idol aku balas jawapan begini hermmm...comfom lah aku rasa macam nak terjun dekat tasik tu pon ada rasa macam dunia ni aku jak yang punya.Hahaha...

Aku pon hairan bin pelik lah juga mula-mula tu kenapalah si Ariana ni nak sangat dengan ustaz mukhriz ni sedang kan si Ariana tu pon lebih kurang nya jugak macam ustaz Mukhriz.Banyak peminat.Zakuan(Hafizul Kamal) dengan Dr.Faizal(Aliff Aziz).Tapi dua dua Ariana ndak layan.Kesian..Rupanya,ada udang di sebalik nasi.Ariana dan Ustaz Mukhriz ni pernah berkenalan masa dorang di dalam kereta api Sinaran Utara.Ariana duduk sebelah Mukhriz 9 tahun lalu di dalam kereta api tu Ariana boleh ingat pulak dekat Mukhriz ni siap si Mukhriz ni bagi novel lagi ya dekat si Ariana konon konon tanda perkenalan dorang tapi si Mukhriz pulak ni boleh boleh nya pulak dia langsung ndak ingat dengan si Ariana ni.Sadiss!!Yang si Mukhriz ingat cuma lah wajah seorang gadis idaman nya time si Mukhriz sedang belajar lagi iaitu Rabiatul Adaawiyah.10 tahun si Mukhriz dengan Rabiatul Adawiyah ni terpisah boleh boleh pulak dia ingat.Kesian Ariana.Lain cerita pula,kawan si Ariana pulak Dr.Anisa tergila gilakan dengan ustaz Fauzan,kawan baik ustaz Mukhriz.Lagilah...

Yang part ni..Bila si Ariana dah mula buka cerita pasal kereta api tu mula-mula lah si Mukhriz ni serba tak kena.Laju jak dia potong ayat si Ariana konon dah mengantuk lah nak tidor lah.Malu ke ustaz bila kena ungkit balik zaman nostalgia tu?Haha...

Lepas Mukhriz dengan Ariana kahwin,romantik juga ar si Mukhriz ni dengan Ariana sampai Ariana pon jadi pemalu pulak dengan si Mukhriz.Apa tidaknya,si Mukhriz ni dah tunjukkan taringnya dekat si Ariana.Hahaha!Kalau aku lah kan dapat laki macam tu......Kahkahkah...aku pun ikut malu juga weyy..*tetiba..

Konflik terjadi bila Siti Awina(Reen Rahim) keluar dari penjara and then dengan ndak tahu malu nya berani betul dia suruh ustaz Mukhriz tu jadi laki dia.Puikk..Kau tak tau ke yang ustaz Mukhriz tu dah kawin cik Awina...Ariana susah susah nak dapatkan hati ustaz tu kau pula yang senang senang suruh ustaz tu jadi laki kau..*emo..Pada masa yang lain pulak,adik si Ariana pulak yang tergila gila dengan si Zakuan tu.Hadoii!!*kau dah kenapa dek?

Tapi kan,aku tabek jugalah cerita Kapten Mukhriz ni  sebab jalan cerita ni best sangat sebab ndak banyak sangat konflik yang ada.Konflik yang wujud pon antara Mukhriz dengan Ariana yang diwujudkan oleh Siti Awina dengan Zakuan.Tapi,ndak kejam sangat lah.Gitu gitu jak ar watak jahat yang dorang Zakuan ada.

Terjumpa pulak gambar ni dekat google.Haha..

Part-part yang Ariana mengorat ustaz Mukhriz tu pon lawak jugalah.Terhibur aku tengok scene scene time Ariana mengorat ustaz Mukhriz.Boleh kah tu aku ikut cara Ariana mengurat ustaz Mukhriz tu..Hohoho...

Tapikan,part yang aku paling bengang kan bila laki bini gaduh terus si bini tu pi jauh-jauh sampai oversea konon konon nak tenangkan fikiran.Arrr..Kesian dekat si laki yang tertunggu tunggu bini dia balik.

Rasanya tu jak lah yang aku nak review pasal drama Sayangku Kapten Mukhriz.Dari 10 bintang aku bagi 8 bintang.Okeh lah tu kan.Pelakon yang aku kenal dalam tapi ndak pernah jumpa dorang  Raja Afiq DFKL,Niena Baharun,Aliff Aziz,Fezrul Khan,Hafizul Kamal.Yang lain semua aku ndak tahu nama dorang.May be dorang tu pelakon baru kot.Tapi kan,kawan aku jadi gila bila tengok Raja Afiq ni.Konon kata nya Raja Afiq ni kan bila di tengok lama-lama ohemjeee..boleh cair jugak hati seorang perempuan ni.Hamboii..Tapi aku pun 2 kali 5 jugak dengan kawan aku tu sebabnya hati perempuan aku pon ikut cair jugak bila tengok Raja Afiq ni lama-lama..*Cam haremm ja..Tapi memang best lah jalan cerita Sayangku Kapten Mukhriz ni.

Bagi yang belum pernah tengok cerita Sayangku Kapten Mukhriz ni,boleh korang tengok dekat Layanon9 kalau kalau korang nak tengok macam mana si Ariana ni mengorat ustaz Mukhriz.Tiadalah rugi sangat data internet korang tu bila tengok drama ni.Berbaloi-baloi jugak.Sokong lah industri perfileman kita.*entah betul kah tidak ayat tu.Aku main hantam jak..haha..Jangan asyik tengok sinetron Indonesia aja dongg..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

12 comments:

  1. amboiiiiii dating dgn kapeten mukriz ye.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..dating dengan kapten mukhriz tapi dalam mimpi jer..huhuhu..

      Delete
  2. wahhh, best la dpt layan drama macam ni.. Unni hujung minggu mesti bz :( ni satu episod pun tak penanh tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada kelapangan tu tengok lah drama melayu dekat layanon9..

      Delete
  3. Okay!
    Tapi Mrs. A memang tak layan pun citer nih!
    Anak-anak jer... suka tengok

    ReplyDelete
  4. elsa tak pernah oh tengok cerita nie huhu. tapi ramai cakap best!

    ReplyDelete
  5. Mat Dan dah kahwin pun awak, pagi tunang petangnya kawin. Sila sambung kuciwa hahahhaha :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..