Rumah Sewa (Entry Trhowback)

24 February 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Yes...I again...Kali ni aku bercerita pasal rumah sewa aku di University Apartment 1 (UA 1).

Hai my rented house.Welcome to University Apertment 1 (UA 1)

Kalau korang nak tau begini lah rumah rumah sewa aku masa aku menyewa dengan kawan-kawan aku dulu Kami tinggal sini ada 7 orang lah.Kalau nak bayar sewa rumah pun ndak lah mahal sangat sebab sewa rumah kat UA 1 ni RM1k ++ jugak ar..Tapi berbaloi sebab semua isi dalam rumah ni lengkap sebab di dalam nya ada tv,peti sejuk,mesin basuh,tiga bilik tidur dan dua tandas.Perabot perabot pon kena kasih sedia jugak ar..

Yang paling best tinggal kat sini ialah terdapat banyak barisan kedia makan yang disediakan..hehehe..Kalau maals nak masak,boleh jer beli makanan kat restoran tu.Selain restoran,supermarket ada,kedai top up lepas tu kalau nak pi kolej senang senang jak nak tunggu bas sebab depan barisan kedai tu ada bus top so tunggu jer lah bas kat situ.Jalan dari rumah sewa kami tu ke kolej satu hala jak.Tiada masuk simpang sana sini..Dan yang paling aku teruja sangat ialah kalau tiap hari aku ada kelas,maka hari hari lah aku lalu dekat one borneo sebab nak pi rumah sewa aku kena lalu one borneo.Kadang kadang kalau ada benda nak cari kat one borneo tu  ar turun jer lah kat depan one borneo tu.Kelas habis awal pun kalau malas nak balik rumah awal lepak lepak lah sana selama mana yang kau mahu.

Begini lah keadaaan rumah sewa aku.

Master bedroom.

Selama setahun setengah aku dan housemates aku tinggal kat rumah ni.Dalam setehun setengah tu,macam-macam hal yang terjadi dan macam-macam kenangan yang aku dapat semasa aku tinggal kat rumah sewa.Lama lama tinggal kat sini best jugak ar.Tapi yang paling best bila aku jalan kaki lepas balik dari kelas.Best sebab bila kita jalan kaki kita dapat lah memerhati alam persekitaran nya.

Time bulan puasa pula,selalu asal datang bulan puasa adalah tu bazar bazar kat situ.Beli pun beli yang ala kadar jer macam air manis kuih muih sebab makanan untuk berbuka tu kadang kalau rajin masaklah di rumah kalau malas pi jak beli.Senang kan..Hik hik...

Masa semester 5 tu,sedih jugak ar nak tinggalkan rumah sewa tu sebab banyak kenangan yang aku dapat sepanjang aku tinggal kat situ.Hujung-hujung semester jak mesti sedih sebab berpisah dengan kawan-kawan serumah terutama semester 5 ni sebab semester 6 praktikal kan.So,memang sedih lah nak berpisah ngan dorang ni.Masa praktikal nanti semua praktikal di tempat sendiri jumpa pon time konvo jak.

Dan...yang paling penting...

Terima kasih kepada tuan rumah sebab sudi bagi kami sewa selama setahun setengah.Tapi yang sedihnya balik-balik tuan rumah tu salah panggil nama aku.Nama aku Nurul Baidurah bukan Siti Baidurah.😐😐😐

Le housemates.Dulu tinggal bertujuh now tinggal berlima.

Dulu dulu,aku suka pakai tudung Syiria sebab senang jak nak pakai ndak payah mau iron..

Sebelum ke mana-mana,kami mesti selfie.selfie selfie selfie..

Kan aku sudah cakap,sebelum ke mana mana kami selfie selfie selfie selfie sampai memory full..

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!

4 comments:

  1. 1k+ dgn perabut sekali ok lah tu. bila sewa dibagi2kan dgn housemates ok jgk laa harganya

    ReplyDelete
  2. Kemas dan cantik rumah sewa kamu, lebih kurang saja dengan rumah sewa saya di Seksyen 7 Shah Alam dulu. Paling bahagia sebab banyak kedai makan kat bawah rumah. Lapar je turun cari makan.

    Ehehe, biasalah tu suka wefie ramai2 before keluar, sama mcm roomate2 saya juga

    ReplyDelete
  3. Memang bahagia pun kan bila rumah sewa dekat dengan kedai makan semua. Bila lapar ke apa terus cari makanan. Tak payah fikir nak masak sendiri haha.

    ReplyDelete
  4. ingat kembali zaman dok rumah sewa masa study memang best. Suka duka macam-macam ada.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..