Pondok Pak Ya

17 February 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Pernah dengar tak cerita pasal Pondok Pak Ya?Mesti ada yang pernah dengar dan ada yang belum pernah dengar.Kan...Beginilah.Aku akan ceritakan apa kah cerita pasal Pondok Pak Ya ni..

Ceritanya macam ni...

Waktu hujung minggu ni sangtai-santai sama family.Aku ngan adik beradik aku berkumpul lah depan tv nak cari siaran apa yang best..Cun-cun masa tu ada satu cerita yang begitu menarik perhatian aku dan adik beradik aku..so,kami pun tengok lah cerita tu.Tajuk cerita tu Pondok Pak Ya.

Aku tanya lah kakak aku 'Betulkan cerita Pondok Pak Ya ni pernah terbakar'

So dia pun cakap 'betullah..Kenapa'

Aku cakap lagi 'Ni,ada cerita dia kena kasih gayang dk astro oasis sekarang.Ko tengoklah.'

Okay..Lepas aku tanya kakak aku..terus dia duduk depan tv..Nak join juga kami tengok cerita Pondok Pak Ya.

Kisah Pondok Pak Ya

Pada 22 September 1989.. 
“Semua pelajar tak dibenarkan pulang memandangkan SRP (sekarang PMR) dah dekat hampir 2 minggu lagi..” begitulah kata2 drpd Tuan Haji..saya x ingat nama beliau.. walaupun hari tu, hari Khamis..waktu di mana pelajar harus pulang.. Namun mereka redha menerimanya..
Pada waktu malam.. semua pelajar aspuri berada di dalam musolla untuk menunaikan solat berjemaah.. selesai solat Isyak, mereka mendengar ceramah drpd seorg ustaz.. xsilap Ustaz Nazri namanya.. Ceramah tu habis kira2 dalam pkul 12 malam..Inilah kali pertama ceramah berakhir lewat.. Waktu tu, kakak senior berkata.. “Sesiapa yg hendak pulang ke asrama.. Bolehlah berbuat sedemikian.. Ataupun mahu menunggu di musolla.. Kerana kite ada qiamullail pada pukul 1 pagi..” Begitulah kehidupan mereka di sana… Subhanallah.. Ada yg tunggu di musolla.. tapi ada juga yg pulang ke asrama.. Katanya hendak study..SPR kan dah dekat.. Ada yg pulang untuk tidur seketika..
Kira2 dlm pukul 12 lebih.. Tuan Haji datang meronda2 di kawasan asrama.. Kelihatan asrama gelap gelita.. ini kerana.. Bekalan elektrik akan dipadam tepat pukul 11 malam.. memang menjadi rutin harian pelajar.. Namun.. dlm kegelapan.. Tuan Haji masih dpt melihat sinaran api.. iaitu lilin..yg dipasang oleh pelajar yg sedang study.. “Padamkan lilin itu sekarang..” jerkah Tuan Haji.. Secara automatik.. lilin pun terpadam.. Tapi x lama selepas Tuan Haji beredar.. mereka pun pasang balik.. Nak study kan.. Mereka pasang di palang besi di katil.. sbb x ada ruang yg hendak letak.. memandangkan.. sebuah bilik dikongsi dalam 40 org pelajar.. MasyaAllah.. ramainya…
Kira2 hampir pkul 1 pagi.. pelajar2 di musolla menjerit.. “API..API..”.. mereka lari menuju ke asrama.. menyelamatkan rakan mereka yg lain.. Ada yg pergi ke rumah Tuan Haji untuk memaklumkannya.. Tuan Haji datang tergesa2.. sampai di sana.. beliau x berkata apa2.. hanya melihat api marak membakar asrama puteri satu demi satu.. memandangkan.. waktu itu. Asrama hanya diperbuat drpd kayu… mmg cepatlah api nak sambar.. Sementara pelajar2 yg lain cuba mengejutkan rakan mereka yg lain..tanpa menghiraukan keselamatan mereka… Ada yg dah keluar.. masuk balik ke dalam untuk mengambil I/C mereka.. untuk menghadapi peperiksaan x lama lagi.. MasyaAllah… mereka masih memikirkan ttg peperiksaan.. Sayangnya mereka terhadap ilmu dan sahabat..
Tuan Haji ada melaungkan azan.. untuk meredakan api.. Kata beliau., “Api ini adalah daripada Iblis.., InsyaAllah dengan azan, api yg marak akan menjadi kecil”.. Subhanallah.. Setelah Tuan Haji melaungkan azan, api semakin kecil dan x semarak tadi.. Kira2 dlm pkul 2,3 pagi.. api dapat dipadamkan oleh bomba atas makluman pelajar yg bertindak pantas menelefon bomba..
Mereka yg terselamat telah dihimpunkan di musolla untuk mengenal pasti yg terselamat.. Namun, ada dalam 30 org yg tiada di musolla.. difahamkan mereka semua pulang ke asrama.. Pencarian mangsa diteruskan pada keesokan harinya… Dan bomba telah menemui 27 org mangsa kebakaran.. mereka itu.. telah hangus terbakar.. ada yg tinggal tulang.. kebanyakkan mereka x sempurna jasad.. Allahukhbar.. Dan pada pagi itu juga.. Tuan Haji mengkhabarkan berita sedih itu ke udara.. Ramai ibu bapa datang ke Pondok itu.. untuk melihat keadaan anak mereka.. ada yg mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.. ada yg meraung kesedihan.. dan ada juga jatuh sakit…

Begitu lah cerita di sebalik Pondok Pak Ya.Dalam enrti ni aku tak letakkan sebarang gambar yang berkaitan dengan Pondok Pak Ya.Tak sanggup.Tengok cerita dia pun boleh menitiskan air mata apatah lagi tengok gambar.Kalau korang nak tengok gambar macam mana keadaan madrosah sewaktu ia nya terbakar korang boleh cari di Google ya..

Alfatihah buat 27 Syuhada'

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodon travel!

10 comments:

  1. Kak Ana pernah tgk cerita ni. Banyak kali dah tayang dekat astro. memang sedih. semoga dijauhkan dari kita perkara sedemikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengok cerita ni pun baru satu kali..

      Delete
  2. Allahuakhbar.. innalillahi wainnailaihi rojiun, semoga roh2 mereka di tempatkn di kalangan org2 beriman ='( ju nda pernah pula dgr pasal pondok pak ya ni, nnti ju tgk google

    ReplyDelete
  3. pernah gak tengok Telemovie Pondok Pak Ya kat Astro Oasis dulu, memang sedih kan, rupanya kisah benar plak tu.

    ReplyDelete
  4. hai salam kenal.. sy singgah lepas tngok header baru anum dari blog kak fiza :) cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..salam kenal jugak..nanti aku follow balik yer..

      Delete
  5. Innalillahi wa inna ilaihi roji’uun.
    Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..