Movie Review : Train To Busan.

18 February 2017/Sabtu

Assalamualaikum

Buat julung-julung kalinya,ni lah kali pertama aku layan cerita movie korea sampai habis.Kenapa?Memang aku nak sangat sangat sangat nak tengok cerita ni sebab ramai cakap cerita ni best.So,aku pun tengok lah cerita ni sampai gigih aku downlod wayang ni kat internet..



Tajuk : Train To Busan
Pengarah : Yeon Sang Ho
Tarikh Tayangan : 20 Julai 2016
Durasi : 118 minit
Genre : Action/Suspense Thriller/Zombie
Pelakon : Gong Yoo (Seok Woo) , Jung Yu Mi (Sung Gyeong) , Ma Dong Seok (Sang Hwa) , Kim Soo Ahn (Soo An)

Sinopsis Train To Busan

Cerita Train To Busan ni mengisahkan tentang satu virus yang melanda rakyat Korea Selatan.Seok Woo (Gong Yoo) adalah seorang yang workaholic.Dia dah bercerai dengan isteri dia dan bekerja sebagai manager amanah saham.Dia ni busy sangat dengan kerja sampai dia terlupa birthday anak dia,Soo An (Kim Soo Ahn).Masa birtjday Soo An,ayah dia ada bagi dia hadiah tapi anak dia ni macam kecewa sedikit lah dengan ayah dia lalu anak dia ni nak minta izin untuk berjumpa dengan mak dia dekat Busan.

Mula-mula tu ayah dia ni rasa berat hati jugak nak pergi.Tapi Soo An kata,kalau ayah busy sangat dia boleh pergi sorang.Sudahlah anak dia ni kecil lagi so bikin risau jugak lah kalau nak bagi anak dia naik train sorang-sorang untuk jumpa mak dia.Dan akhirnya,ayah dia ni tunaikan dan temankan lah anak dia ni pergi jumpa mak dia dekat Busan.

Masa train nak jalan tu,security yang bertugas masa tu tengah sibuk tengok sedikit rusuhan antara zombie dengan manusia di tingkat atas.Tanpa dia sedar,entah dari mana perempuan pelik tu muncul terus meluru masuk ke dalam train dengan pehanya siap kena gigit oleh zombie.

Start perempuan pelik tu jadi zombie,first kena gigitan zombie tu ialah ada staff yang bertugas kat train masa tu and berjangkitlah pula kepada penumpang-penumpang lain.Habis semua digigitnya.Lagi satu laju lagi zombie tu lari dan zombie dia ni ganas-ganas semua..Gilerrr!!

Keadaan jadi tak selamat bila stesen yang sepatutnya dorang berhenti tu tak boleh turun sebab penuh dengan zombie.Dah lah dalam train pun penuh dengan zombie.Kat luar train pon lagiiiii banyak zombie.

Ada beberapa kumpulan yang terselamat dari gigitan zombie berkumpul di ruang train yang selamat dari zombie.Seok Woo terpisah pula dengan anak dia.Bayangkan anak dia ni berada di gerabak hujung train dan Seok Woo ni berada di gerabak lain.Erhm.....

Macam manalah Seok Woo ni selamat kan anak dia sebab mak pergi mana-mana gerabak penuh dengan zombie...Kalau nak tengok macam mana Seok Woo nak selamatkan anak dia ni korang kenalah tengok sendiri and then korang boleh nilai sendiri pasal movie ni..:)..Best ke tak??

Inilah antara penumpang-penumpang yang terselamat dari gigitan zombie..

Masa ni dorang tengah berjaga-jaga kut kut lah ada zombie muncul secara tiba-tiba dari belakang...

Review aku lah kan :

  • Memang best sangatt cerita ni sebab tak de scene-scene terjatuh cinta pada pandangan pertama di saat zombie sibuk gigit menggigit tapi aku sendiri pula terjatuh hati sama hero dia (Gong Yoo)..Haha..
  • Ada jugalah part-part kekeluargaan,kasih sayang,pengorbanan,persahabatan,percintaan yang terselit dalam movie ni.
  • Terharu tengok pengorbanan seorang suami yang nak selmatkan isteri dia yang tengah pregnant dan jugak orang lain.Mulanya aku ingatkan suami dia ni jahat lah sebab tengok muka dia pon bengis semacam..Haha.
  • Dalam keadaan yang kelam kabut tu,ada lahh sorang orang tua ni selfish gila.Nak dia jer yang selamat.Orang dah tolong dia boleh-boleh pulak dia tolak orang tu pi bagi zombie buat gigitan.Nahhh,sekali last-last tu dai sendiri jadi zombie padan muka!!
  • Movie ni mula-mula jer dia bikin suspen tapi hujung-hujung scene tu jadi sedih pula ditambah-tambah pula part anak dengan ayah..Dan juga perempuan pregnant tu..
  • Banyaklah part-part dalam movie ni yang sedikit sebanyak boleh dibuat pengajaran oleh kita sendiri.
  • Cerita ni best sangat dan korang yang sedang nonton cerita ni pon tak mengantukk..So,the end review aku pasal cerita ni aku bagi 5/5 bintang...Hohohoho..


Yang dah tengok movie ni,apa pendapat korang??Share-share lerr..Hihi..

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!


4 comments:

  1. Geram tengok cerita ni. Part lelaki tua yang pentingkan diri sendiri sampai sanggup korbankan orang lain untuk dia hidup. Sedih juga bila tengok pengorbanan seorang ayah tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bikin geram kan tengok lelaki tua tu..

      Delete
  2. Movie Train To Busan ni mmg best, tambah - tambah ada Gong Yoo yang berlakon hehe, lepas filem ini, Gong Yoo berlakon pula dalam drama Goblin, filem dan drama die semua box office dan popular :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu hensem pula tu si gong yoo..hehe..

      Delete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..