Hala Tuju Aku Selepas Spm

23 February 2017/Khamis

Assalamualaikum



Adakah korang baru sahaja bergelar Budak Lepasan Spm atau budak baru habis Spm?Dan aku,gelaran yang paling sesuai ialah bekas lepasan pelajar SPM tahun 2010.Erhmmm...

Apa rancangan korang selepas habis SPM?Sambjung belajar?Kerja?Kahwin?What?Rancagan aku,lepas jak habis SPM aku cakap lah dengan mak dan ayah aku yang aku nak sambung Diploma.Mak dan ayah aku suruh jer.Dorang ndak halang pon..Lepas jak keputusan SPM keluar berfikir lagi aku nak sambung belajar ambil Diploma ka atau nak sambung tingkatan 6?

Prinsip aku masa tu,yang mana satu duluan aku dapat masa tu itu aku ambil.Dan tibalah masanya...aku dapat tawaran masuk ke tingkatan 6.Selang beberapa hari lepas tu,dapat pula tawaran sambung belajar di Kolej Yayasan Sabah,Kota Kinabalu.

Dari siti,aku mula pening kepala otak aku fikir nak masuk yang mana satu.Tapi aku ingat dengan prinsip aku 'Yang mana satu duluan aku dapat,itu lah yang aku ambil' dan keputusannya ialah aku terima tawaran masuk ke tingkatan 6.*Masa tu belum ada rezeki lagi aku masuk KYS.

masa form 6..hehe..

Belajar di tingkatan 6 selama setahun setengah.Korang rasa lama tak?Aku fikir senang lah ni konon subjek subjek yang aku belajar nanti..sekali ya ampunnn...susah amatt..Banyak fakta yang mahu di hafal di mana pengajian am nya sejarah sastera...perghhhh...ambik kau...

Rasa nak berenti jak aq masa tu tapi aku tetap juga nak terus kan.Sedar tak sedar tibalah exam sebenar STPM..Masa jawab tu,aku tawakal jak lah sebab masa aku study satu subjek pun tiada yang masuk di otak aku..Semua melayang entah ke mana..

Keputusan STPM dah keluar.Dan aku terdiam masa aku dapat keputusan STPM aku...Bila kawan-kawan aku tanya :

Num,berapa kau dapat?

Num,berapa pointer kau?

Aku masa tu diam jak sambil senyum senyum dengan kawan-kawan aku dan berlalu pergi meninggalkan soalan-soalan yang belum terjawab.

Sampai rumah,mak dan abah lagi yang tanya.

Mak : Num macam mana keputusan kau?
Aku : Aku gagal mak.
Mak : Kau gagal?
Aku : Ya.Gagal.Banyak F aku dapat.
Mak : Erhmmm...*kecewa

Abah pun masa tu diam jak sambil menghirup Indocafe di meja.

Bila dapat tahu je result STPM aku teruk,aku nekad dengan keputusan yang aku buat.Ya,nekad.Malam tu juga aku bincang sama family.

Masa makan...

Aku : Anum mau ambil Diploma di Kys..
Abah : Bidang apa?
Aku : Belum tau lagi bidang apa yang ada di Kys.
Abah : Jadi,bila mau daftar?
Aku : Besok.Dorang pi Pejabat Daerah.
Abah : Bah,dari kau jak.Sama mama lah kau pergi besok.
Aku : Mengangguk.

Beson nya...

Mak : Sementara mama masih di sekolah,kau bersiap lah sedia.Dalam jam 9 begitu mama ambil nanti.
Aku : Okay.

Tetap jam 9 sudah.Cun cun mama sudah sampai di rumah ambil aku.Dan..berjalan lah aku dengan mama ke Pejabat Daerah.

Sampai di sana,tinggal daftar jak kalau mau masuk Kys sebab masa aku sampai sana ndak ramai orang.Selesai sudah mendaftar,aku sama mama pun balik rumah.Dalam kereta :

Mama : Kau pasti mau masuk Kys ni?
Aku : Iya.Pasti.

Dan mama pun masa tu fokus kembali kepada pemanduannya.

Jadi,cerita nya di sini...aku berjaya juga masuk ke Kys dan aku ambil kos Diploma Teknologi Binaan Bangunan (Dbb).

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!

4 comments:

  1. Ehhhh samalah. saya pun calon spm 2010. time tu orang semua sambung form 6 and ada yang pergi matrik semua. Tapi saya ja yg tak masuk mana2. Nasib baik lah dapat offer masuk IPG bulan 6 tu. so 6 bulan duduk rumah lepas spm tu tak buat apa2. Rezeki ada di mana2 kan? inshaAllah teruskan berusaha.

    ReplyDelete
  2. Selagi boleh belajar teruskan belajar ye.. Ilmu tu penting... Semoga Anum terus berjaya dalam pelajaran dan dalam kehidupan... :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..