Asrama (Entry Trhowback)

24 February 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Olla...

Untuk pertama kalinya,ni lah aku berjauhan dengan family sebab kali ini aku tinggal di asrama sebab aku dapat tawaran untuk sambung belajar di Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) , Kota Kinabalu.So,rumah jauh dari kolej tu.Rumah aku di Kuala Penyu dan KTYS tu di Kota Kinabalu.Wajar lah kan untuk aku tinggal di asrama.Nak pergi balik dari Kuala Penyu ke Kota Kinabalu?Boleh jer tapi kalau hari-hari aku pergi balik ohhemji...ndak sanggup aku..Perjalanan dari Kuala Penyu ke Kota Kinabalu dalam 2 jam lah.

Asrama KTYS masa tu di Asrama Kinabalu,Likas.Bersebelahan dengan Stadium Likas,Kota Kinabalu.Boleh tahan lah jugak asrama tu sebab kat asrama tu ada tasik,stadium dan yang paling penting ada restoran sebab masa aku tinggal kat asrama tu makan sendiri.Suka hati kau lah nak pi beli makanan atau nak masak sendiri.Untuk menjimatkan duit aku,aku memilih untuk masak sendiri sahaja di asrama tu.Beli jak kuali yang pakai elektrik dan makanan pon beli yang dalam tin dan makanan wajib ada semestinya lah Maggi..Hehe..

Malam tu,aku dapat bilik hujung sekali sebab almaklumlah aku kan student yang baru sampai and baru masuk so kenalah dapat bilik yang paling hujung sekali.Nombor bilik tu aku ndak ingat sudah sebab berapa tahun dah aku ndak pi asrama tu sudah.Bila aku masuk jak kat dalam bilik tu dah ada orang dah yang huni bilik tu.Aku pikir masa tu senior kot tapi bila seisi berkenalan bermula pada malam tu jugak ooooo baru tahu dorang pon student baru jugak.Dan hari tu jugak aku tau semua yang tinggal asrama masa tu semua ialah student baru tapi yang lain tu dah lama masuk dah..ikut oreintasi..

Aku masuk kat asrama tu besoknya puasa.Mula-mula memang lah makan maggi jak ndak  kira time berbuka atau makan sahur tapi aku ni kan jenis yang ndak boleh makan mee tiap hari so aku pergi lah beli makanan di bawah tu tapi kadang-kadang jak lah aku pi restoran tu sebab aku berbuka pun kadang kadang air dengan kurma atau pun kalau rajin masak..😀😀

Biasa kalau hujung minggu mereput lah kami dalam bilik tu tapi yang paling bagus nya asrama ni ada wifi..hehe..boleh lah tengok youtube sampai pagi.Kadang langsung ndak tidur kalau hujung minggu sebab mau siapkan assignment terutama lukisan.Patcahh juga ar time melukis tu.😳😳

Kalau tiada assignment pon kalau ada way haaa turunlah kami ke bandar jalan jalan.Kalau rajin jalan,jalan kalau malas mereput lah dalam bilik.

Selama 2 sem aku tinggal kat asrama ni sebab sem masa sem 2 tu student termasuk warden asrama disuruh untuk berpindah ke hostel baru di Kingfisher sebab kontrak ngan Asrama Kinabalu ni dah habis.So,terpaksalah kami keluar..Bai bai Asrama Kinabalu.Banyak jugak ar kenangan yang aku dapat selama aku tinggal kat asrama tu.

Aku tinggal kat asrama kingfisher pun berapa minggu jak sebab masa pindah tu nak final exam dah so warden kasih benar kami yang student sem 2 ni untuk tinggal sementara kat asrama kingfisher tu sebab masuk sem 3 nanti kami ndak boleh sudah tinggal di asrama sebab limit untuk tinggal di asrama sampai sem 2 jak.

Asrama Kingfisher ni boleh tahan gak ar sebab asrama 2 tingkat cuma jalan kaki jak kalau mau pergi kolej sebab dekat.Selain tu,ada kedai makan*** supermarket,gerai gerai jual makanan*** dan espicelly kedai top up..hihihi..Selalu petang-petang kalau rajin berjalan lah kami ke kedai-kedai tersebut.Kadang kadang pergi ke one borneo sebab Asrama Kingfisher ni dekat jugak ar dengan one borneo.So,suka hati lah nak pergi time bila.

Oh ya,aku belum bercerita pula pasal roomates aku masa di asrama kan.Masa di asrama,aku sebilik dengan Pamela,Wiwin dan Hurin.Ni masa semester 1 lah.Semester 2 aku pindah bilik dan roomates aku masa tu Rina,Sylvia,Jocksim.Tapi memandangkan si Jocksim ni ndak tinggal asrama sudah pengganti dia si Whitney,budak sijil.

Berakhir sudah...kisah kita...dalam percintaan...*tetiba..

Berakhirlah sudah pengajian aku sem 1 dan sem 2 maka berakhirlah kisah aku tinggal di asrama.

Yang sebelah aku tu lah warden asrama.

I miss this moment 

Ada satu hal yang aku ndak boleh lupa dari aku sem 2 sampai dah graduate iaitu Nuget Hangus.Hahahaha...Tapi bukan aku lah yang masak.Kawan aku yang masak.Ceritanya macam ni..Time si kawan masak nuget,ada orang call dia.Jadi dia angkat lah call tu and dia terlupa yang dia ada masak nuget kat dapur.Bila minyak dah panas maka keluar lah segala asap.Aku masa tu kat dalam bilik.Ingat dorang bakar bbq ka kat dapur..rupanya..ooo..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜πŸ˜

Malas mau balik awal pi asrama so kami singgah dulu jalan-jalan di pantai Teluk Likas.

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!

2 comments:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..