Building Construction Amali (Entry Trhowback)

26 February 2017/Ahad

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share ngan korang semua apa kerja amali yang aku buat dulu masa aku sedang study di KTYS..


Ni projek masa semester satu.Ko pikir je lah susah ka atau senang nak buat benda alah ni.Aku paling malas lah nak hadap benda benda gini tapi napa aku ambik building construction?๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

Ni pula projek masa semester dua.Pasang jubin.Senang rupanya ar pasang jubin ni..Benda ni paling aku suka buat sebab senang..hahaha..kau cuma perlu gaul simen letak simen tu banyak-banyak kat lantai dan atas simen tu letak jubin.Tapi awas jangan sampai simen korang ada benda alah pula masa tu macam batu ke sampah ke sebab bila korang ketuk ketuk jubin untuk bagi rata dan bila korang ketuk jubin di tempat yang tajam atau kosong jubin mudah pecah.So,korang kenalah letak simen tu penuh dan pastikan bersih dari segala sampa atau benda tajam.

Satu lagi projek masa semester dua ialah kasih bengkok besi.Bukan mudah tau mau kasih bengkok besi tu..

Semester tiga pulak buat pintu dan tingkap.Yang ni aku ndak tau mana sudah aku simpan gambar dia.Gambar ni dianggap hilang lah ye ..๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ

Semester empat pulak amali dia mengukur aras tanah.Perghhhh...Amali paling kick lah ni ya.

Semester lima pulak buat landskap.Haaa..ni lah landskap yang kami buat.

Aku malas mau cakap banyak-banyak dekat blog ni sekarang.Nanti kalau aku rajin sudah adalah tu aku update entry panjang-panjang..hehe..


Terima kasih sudi baca ๐Ÿ˜

Rumah Sewa (Entry Trhowback)

24 February 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Yes...I again...Kali ni aku bercerita pasal rumah sewa aku di University Apartment 1 (UA 1).

Hai my rented house.Welcome to University Apertment 1 (UA 1)

Kalau korang nak tau begini lah rumah rumah sewa aku masa aku menyewa dengan kawan-kawan aku dulu Kami tinggal sini ada 7 orang lah.Kalau nak bayar sewa rumah pun ndak lah mahal sangat sebab sewa rumah kat UA 1 ni RM1k ++ jugak ar..Tapi berbaloi sebab semua isi dalam rumah ni lengkap sebab di dalam nya ada tv,peti sejuk,mesin basuh,tiga bilik tidur dan dua tandas.Perabot perabot pon kena kasih sedia jugak ar..

Yang paling best tinggal kat sini ialah terdapat banyak barisan kedia makan yang disediakan..hehehe..Kalau maals nak masak,boleh jer beli makanan kat restoran tu.Selain restoran,supermarket ada,kedai top up lepas tu kalau nak pi kolej senang senang jak nak tunggu bas sebab depan barisan kedai tu ada bus top so tunggu jer lah bas kat situ.Jalan dari rumah sewa kami tu ke kolej satu hala jak.Tiada masuk simpang sana sini..Dan yang paling aku teruja sangat ialah kalau tiap hari aku ada kelas,maka hari hari lah aku lalu dekat one borneo sebab nak pi rumah sewa aku kena lalu one borneo.Kadang kadang kalau ada benda nak cari kat one borneo tu  ar turun jer lah kat depan one borneo tu.Kelas habis awal pun kalau malas nak balik rumah awal lepak lepak lah sana selama mana yang kau mahu.

Begini lah keadaaan rumah sewa aku.

Master bedroom.

Selama setahun setengah aku dan housemates aku tinggal kat rumah ni.Dalam setehun setengah tu,macam-macam hal yang terjadi dan macam-macam kenangan yang aku dapat semasa aku tinggal kat rumah sewa.Lama lama tinggal kat sini best jugak ar.Tapi yang paling best bila aku jalan kaki lepas balik dari kelas.Best sebab bila kita jalan kaki kita dapat lah memerhati alam persekitaran nya.

Time bulan puasa pula,selalu asal datang bulan puasa adalah tu bazar bazar kat situ.Beli pun beli yang ala kadar jer macam air manis kuih muih sebab makanan untuk berbuka tu kadang kalau rajin masaklah di rumah kalau malas pi jak beli.Senang kan..Hik hik...

Masa semester 5 tu,sedih jugak ar nak tinggalkan rumah sewa tu sebab banyak kenangan yang aku dapat sepanjang aku tinggal kat situ.Hujung-hujung semester jak mesti sedih sebab berpisah dengan kawan-kawan serumah terutama semester 5 ni sebab semester 6 praktikal kan.So,memang sedih lah nak berpisah ngan dorang ni.Masa praktikal nanti semua praktikal di tempat sendiri jumpa pon time konvo jak.

Dan...yang paling penting...

Terima kasih kepada tuan rumah sebab sudi bagi kami sewa selama setahun setengah.Tapi yang sedihnya balik-balik tuan rumah tu salah panggil nama aku.Nama aku Nurul Baidurah bukan Siti Baidurah.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Le housemates.Dulu tinggal bertujuh now tinggal berlima.

Dulu dulu,aku suka pakai tudung Syiria sebab senang jak nak pakai ndak payah mau iron..

Sebelum ke mana-mana,kami mesti selfie.selfie selfie selfie..

Kan aku sudah cakap,sebelum ke mana mana kami selfie selfie selfie selfie sampai memory full..

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!

Asrama (Entry Trhowback)

24 February 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Olla...

Untuk pertama kalinya,ni lah aku berjauhan dengan family sebab kali ini aku tinggal di asrama sebab aku dapat tawaran untuk sambung belajar di Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) , Kota Kinabalu.So,rumah jauh dari kolej tu.Rumah aku di Kuala Penyu dan KTYS tu di Kota Kinabalu.Wajar lah kan untuk aku tinggal di asrama.Nak pergi balik dari Kuala Penyu ke Kota Kinabalu?Boleh jer tapi kalau hari-hari aku pergi balik ohhemji...ndak sanggup aku..Perjalanan dari Kuala Penyu ke Kota Kinabalu dalam 2 jam lah.

Asrama KTYS masa tu di Asrama Kinabalu,Likas.Bersebelahan dengan Stadium Likas,Kota Kinabalu.Boleh tahan lah jugak asrama tu sebab kat asrama tu ada tasik,stadium dan yang paling penting ada restoran sebab masa aku tinggal kat asrama tu makan sendiri.Suka hati kau lah nak pi beli makanan atau nak masak sendiri.Untuk menjimatkan duit aku,aku memilih untuk masak sendiri sahaja di asrama tu.Beli jak kuali yang pakai elektrik dan makanan pon beli yang dalam tin dan makanan wajib ada semestinya lah Maggi..Hehe..

Malam tu,aku dapat bilik hujung sekali sebab almaklumlah aku kan student yang baru sampai and baru masuk so kenalah dapat bilik yang paling hujung sekali.Nombor bilik tu aku ndak ingat sudah sebab berapa tahun dah aku ndak pi asrama tu sudah.Bila aku masuk jak kat dalam bilik tu dah ada orang dah yang huni bilik tu.Aku pikir masa tu senior kot tapi bila seisi berkenalan bermula pada malam tu jugak ooooo baru tahu dorang pon student baru jugak.Dan hari tu jugak aku tau semua yang tinggal asrama masa tu semua ialah student baru tapi yang lain tu dah lama masuk dah..ikut oreintasi..

Aku masuk kat asrama tu besoknya puasa.Mula-mula memang lah makan maggi jak ndak  kira time berbuka atau makan sahur tapi aku ni kan jenis yang ndak boleh makan mee tiap hari so aku pergi lah beli makanan di bawah tu tapi kadang-kadang jak lah aku pi restoran tu sebab aku berbuka pun kadang kadang air dengan kurma atau pun kalau rajin masak..๐Ÿ˜ค๐Ÿ˜ค

Biasa kalau hujung minggu mereput lah kami dalam bilik tu tapi yang paling bagus nya asrama ni ada wifi..hehe..boleh lah tengok youtube sampai pagi.Kadang langsung ndak tidur kalau hujung minggu sebab mau siapkan assignment terutama lukisan.Patcahh juga ar time melukis tu.๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ

Kalau tiada assignment pon kalau ada way haaa turunlah kami ke bandar jalan jalan.Kalau rajin jalan,jalan kalau malas mereput lah dalam bilik.

Selama 2 sem aku tinggal kat asrama ni sebab sem masa sem 2 tu student termasuk warden asrama disuruh untuk berpindah ke hostel baru di Kingfisher sebab kontrak ngan Asrama Kinabalu ni dah habis.So,terpaksalah kami keluar..Bai bai Asrama Kinabalu.Banyak jugak ar kenangan yang aku dapat selama aku tinggal kat asrama tu.

Aku tinggal kat asrama kingfisher pun berapa minggu jak sebab masa pindah tu nak final exam dah so warden kasih benar kami yang student sem 2 ni untuk tinggal sementara kat asrama kingfisher tu sebab masuk sem 3 nanti kami ndak boleh sudah tinggal di asrama sebab limit untuk tinggal di asrama sampai sem 2 jak.

Asrama Kingfisher ni boleh tahan gak ar sebab asrama 2 tingkat cuma jalan kaki jak kalau mau pergi kolej sebab dekat.Selain tu,ada kedai makan*** supermarket,gerai gerai jual makanan*** dan espicelly kedai top up..hihihi..Selalu petang-petang kalau rajin berjalan lah kami ke kedai-kedai tersebut.Kadang kadang pergi ke one borneo sebab Asrama Kingfisher ni dekat jugak ar dengan one borneo.So,suka hati lah nak pergi time bila.

Oh ya,aku belum bercerita pula pasal roomates aku masa di asrama kan.Masa di asrama,aku sebilik dengan Pamela,Wiwin dan Hurin.Ni masa semester 1 lah.Semester 2 aku pindah bilik dan roomates aku masa tu Rina,Sylvia,Jocksim.Tapi memandangkan si Jocksim ni ndak tinggal asrama sudah pengganti dia si Whitney,budak sijil.

Berakhir sudah...kisah kita...dalam percintaan...*tetiba..

Berakhirlah sudah pengajian aku sem 1 dan sem 2 maka berakhirlah kisah aku tinggal di asrama.

Yang sebelah aku tu lah warden asrama.

I miss this moment 

Ada satu hal yang aku ndak boleh lupa dari aku sem 2 sampai dah graduate iaitu Nuget Hangus.Hahahaha...Tapi bukan aku lah yang masak.Kawan aku yang masak.Ceritanya macam ni..Time si kawan masak nuget,ada orang call dia.Jadi dia angkat lah call tu and dia terlupa yang dia ada masak nuget kat dapur.Bila minyak dah panas maka keluar lah segala asap.Aku masa tu kat dalam bilik.Ingat dorang bakar bbq ka kat dapur..rupanya..ooo..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Malas mau balik awal pi asrama so kami singgah dulu jalan-jalan di pantai Teluk Likas.

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!

Upate 20pcs new colour for Shawl Heavy Chiffon

24 February 2017/Jumaat

Assalamualaikum


๐ŸŒทShawl Heavy Chiffon๐ŸŒท

Material heavy chiffon quality gred AA+
Jahitan tepi baby seam
Material tak jarang
Mudah bentuk
Iron less
1.8m panjang x 0.8m lebar
Straight Cut

Harga :
Rm10.00/Pcs

Beli banyak lagi murah !

Postage :
Sabah(RM12),Sarawak(RM10),Semenanjung Malaysia(RM7)

5Pcs ke atas : Free Postage to SM (Semenanjung Malaysia)

Whatsapp to order :
011-15079364







Jom order.Just whatsapp jer kat no 011-1079364 untuk order.

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!

Hala Tuju Aku Selepas Spm

23 February 2017/Khamis

Assalamualaikum



Adakah korang baru sahaja bergelar Budak Lepasan Spm atau budak baru habis Spm?Dan aku,gelaran yang paling sesuai ialah bekas lepasan pelajar SPM tahun 2010.Erhmmm...

Apa rancangan korang selepas habis SPM?Sambjung belajar?Kerja?Kahwin?What?Rancagan aku,lepas jak habis SPM aku cakap lah dengan mak dan ayah aku yang aku nak sambung Diploma.Mak dan ayah aku suruh jer.Dorang ndak halang pon..Lepas jak keputusan SPM keluar berfikir lagi aku nak sambung belajar ambil Diploma ka atau nak sambung tingkatan 6?

Prinsip aku masa tu,yang mana satu duluan aku dapat masa tu itu aku ambil.Dan tibalah masanya...aku dapat tawaran masuk ke tingkatan 6.Selang beberapa hari lepas tu,dapat pula tawaran sambung belajar di Kolej Yayasan Sabah,Kota Kinabalu.

Dari siti,aku mula pening kepala otak aku fikir nak masuk yang mana satu.Tapi aku ingat dengan prinsip aku 'Yang mana satu duluan aku dapat,itu lah yang aku ambil' dan keputusannya ialah aku terima tawaran masuk ke tingkatan 6.*Masa tu belum ada rezeki lagi aku masuk KYS.

masa form 6..hehe..

Belajar di tingkatan 6 selama setahun setengah.Korang rasa lama tak?Aku fikir senang lah ni konon subjek subjek yang aku belajar nanti..sekali ya ampunnn...susah amatt..Banyak fakta yang mahu di hafal di mana pengajian am nya sejarah sastera...perghhhh...ambik kau...

Rasa nak berenti jak aq masa tu tapi aku tetap juga nak terus kan.Sedar tak sedar tibalah exam sebenar STPM..Masa jawab tu,aku tawakal jak lah sebab masa aku study satu subjek pun tiada yang masuk di otak aku..Semua melayang entah ke mana..

Keputusan STPM dah keluar.Dan aku terdiam masa aku dapat keputusan STPM aku...Bila kawan-kawan aku tanya :

Num,berapa kau dapat?

Num,berapa pointer kau?

Aku masa tu diam jak sambil senyum senyum dengan kawan-kawan aku dan berlalu pergi meninggalkan soalan-soalan yang belum terjawab.

Sampai rumah,mak dan abah lagi yang tanya.

Mak : Num macam mana keputusan kau?
Aku : Aku gagal mak.
Mak : Kau gagal?
Aku : Ya.Gagal.Banyak F aku dapat.
Mak : Erhmmm...*kecewa

Abah pun masa tu diam jak sambil menghirup Indocafe di meja.

Bila dapat tahu je result STPM aku teruk,aku nekad dengan keputusan yang aku buat.Ya,nekad.Malam tu juga aku bincang sama family.

Masa makan...

Aku : Anum mau ambil Diploma di Kys..
Abah : Bidang apa?
Aku : Belum tau lagi bidang apa yang ada di Kys.
Abah : Jadi,bila mau daftar?
Aku : Besok.Dorang pi Pejabat Daerah.
Abah : Bah,dari kau jak.Sama mama lah kau pergi besok.
Aku : Mengangguk.

Beson nya...

Mak : Sementara mama masih di sekolah,kau bersiap lah sedia.Dalam jam 9 begitu mama ambil nanti.
Aku : Okay.

Tetap jam 9 sudah.Cun cun mama sudah sampai di rumah ambil aku.Dan..berjalan lah aku dengan mama ke Pejabat Daerah.

Sampai di sana,tinggal daftar jak kalau mau masuk Kys sebab masa aku sampai sana ndak ramai orang.Selesai sudah mendaftar,aku sama mama pun balik rumah.Dalam kereta :

Mama : Kau pasti mau masuk Kys ni?
Aku : Iya.Pasti.

Dan mama pun masa tu fokus kembali kepada pemanduannya.

Jadi,cerita nya di sini...aku berjaya juga masuk ke Kys dan aku ambil kos Diploma Teknologi Binaan Bangunan (Dbb).

Saya Anum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!

Update..Update..New colour for #shawlheavychiffon

21 February 2017/Selasa

Assalamualaikum

New update colour for #shawlheaychiffon..Jom tengok..Ada 20 helai colour baru tau..Jom cepat cepat korang serbu..


๐ŸŒทShawl Heavy Chiffon๐ŸŒท

Material heavy chiffon quality gred AA+
Jahitan tepi baby seam
Material tak jarang
Mudah bentuk
Iron less
1.8m panjang x 0.8m lebar
Straight Cut

Harga :
Rm10.00/Pcs

Beli banyak lagi murah !

Postage :
Sabah(RM12),Sarawak(RM10),Semenanjung Malaysia(RM7)

5Pcs ke atas : Free Postage to SM (Semenanjung Malaysia)

Whatsapp to order :
011-15079364



























































Fuhhh...Siap pun akhirnya upload gambar.

Macam??Korang tergoda tak tengok warna-warna #shawlheavychiffon yang baru ni?Jangan tunggu lama tau..Cepat-cepat whatsapp kat no 011-15079364 untuk order.

Saya Abum.Ada jodoh kahwin.Tiada jodoh travel!