Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

03 Jun 2017/Sabtu

Assalamualaikum


SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut.

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

GIVEAWAY TOP UP BY Blogbabyshambles

30 May 2017/Selasa

Assalamualaikum

 GIVEAWAY TOP UP BY Blogbabshambles
Jom join..Tekan banner ye..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Giveaway Raya by Mya & Friends

26 May 2017/Jumaat

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Inilah Akibat Nya

26 May 2017/Jumaat

Assalamualaikum...Hai.


Inilah akibatnya kalau lama gila sudah ndak update blog.Otak jadi lembab gila bila nak cari ilham pikir ayat apa yang sesuai untuk tulis di blog ni..Sedih ooo...Tapi tidak apa.Aku akan menggegarkan balik dunia blog aku yang sunyi sepi krik krik krik ini tidak lama lagi dengan kemunculan kemunculan entry yang terbaru.Fresh lah katakan :P..Promise...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors

08 April 2017/Sabtu

Assalamualaikum


Aku suka tulis blog kerana aku minat menaip.Kalau bab-bab menaip ni aku rajin sebab menaip ni ndak bikin tangan sakit.Haha.Aku jadi seronok dan rasa best bila ada orang sudi baca blog aku tinggalkan komen di blog aku atau pun jadi silent rider di blog aku.Di blog inilah aku rajin berceritakan  tentang kisah kehidupan aku ni yang ala kadar dan jikalau aku boring boleh lah aku baca balik apa siapa diriku yang sebelum nya.Hihi.

Naik join?Just klik banner je..

Terima kasih kerana sudi baca enrty ini.

#1 Giveaway by The Aaisy

01 April 2017/Sabtu

Assalamualaikum


Klik banner untuk join 

Kenderaan Awam di Kota Kinabalu (KK) - Bas Mini (Entry Trhowback)

30 March 2017/Khamis

Assalamualaikum

Hai.Aku sebenarnya tengah memikirkan tentang cerita apa yang perlu aku update dekat blog ni supaya blog aku ni sentiasa meriah dengan kehadiran cerita-cerita baru aku di dashboard blog korang.Aku tidak sama sekali akan membiarkan blog aku sunyi sepi krik krik macam dulu lagi sebab aku cuma ingin korang semua tahu yang aku ada blog.Blog ni adalah tempat aku bercerita segala suka duka aku start aku sambung belajar Diploma sehinggalah sekarang.Kalau aku stress aku akan baca entry di blog Fatin Liyana sebab cerita yang ada di blog Fatin Liyana semua nya best best.Tu lah kalau aku baca cerita si Fatin Liyana ni dua tiga empat kali pun aku ndak akan bosan.Malah aku rasa seronok kemudian tekanan yang aku hadapi sebentar tadi telah pun hilang.Amazing kan...Amazing kan..Tapi sekarang marilah kita bersama-sama membuat aktiviti yang paling digemari oleh segelintir manusia iaitu buat entry baru lah.Apa lagi.Hehe..

Tinggal beberapa hari jak lagi aku akan berada di rumah family aku di Kuala Penyu kerana next week aku akan berpindah ke Penampang dan akan mula berkerja pada minggu hadapan.Maka mulai hari ni aku berjanji dengan diri aku supaya aku akan menggunakan hari-hari yang aku ada ni untuk menghabiskan masa bersama family aku sebab next week aku akan hidup seorang diri di tempat yang baru.

Selama 3 tahun aku tinggal dan belajar di Kota Kinabalu (KK),banyak kenangan aku yang aku dapat dekat sini walaupun kehidupan aku pada zaman itu ala kadar jak.Biasalah student kan.Nak nak pula kena hidup berjimat cermat supaya masa kering kontang nanti tiadalah pi pinjam sana pinjam sini usin*duit.Buat malu ja kalau pinjam usin*duit dengan orang.Nak bayar rumah sewa lagi.Kena jimat habis lah ni.

Ingat lagi first time aku naik kenderaan awam di Kota Kinabalu iaitu Bas Mini.Start sem 1 tu lah pertama kali aku merasa dapat naik bas mini di sekitar Likas masa tu.Masa tu,bas kolej tidak ambil kami sebab kelas kami habis tengah hari.Jadi terpaksalah naik bas mini dari kolej pi hostel.Bas kolej cuma akan muncul pada jam 8 pagi dan pada jam 5 petang sahaja.Jadi kalau kelas kami awal habis or kelas cancel nak balik hostel tu naik bas lah jawab nya.Nasiblah masa tu kami ramai adalah dalam lima enam orang cam tu yang memang nak balik hostel dan kebetulan jugak masa tu ada salah satunya di antara kami yang hafal sudah jalan nak balik pi hostel aa kira bersyukur jugak sekurang-kurang nya tidak lah kami sesat kalau nak pi hostel.Kalau aku jangan tanya lah.Memang aku ndak tau masa tu.Hoho.*teruk betullah aku ni.Rupanya kalau naik bas time balik dari kelas bas tersebut ikut jalan lama Likas dan kalau naik bas kolej pula biasa bas kolej tu ikut jalan baru Likas.Gittu.Kadang-kadang dalam seminggu tu adalah juga dua tiga empat kali aku naik bas pulang pi hostel sebab kelas habis awal tapi bukan aku naik sorang ok.Sama kawan-kawan lah aku naik bas balik hostel.Bila sudah terbiasa naik bas tu and dah tau jalan ha boleh lah aku sendiri sendiri naik bas kalau nak balik hostel.

Ni lah bas mini yang selalu aku ikut kalau aku nak ke kelas balik dari kelas atau nak pi pusat bandar.Ni public transport yang paling femes kat Kota Kinabalu a.k.a KK.Bas ni boleh bawa korang sampai ke Tamparuli jak tapi bas mini ada bas khas jugak untuk pergi suatu tempat tu.Contoh macam kalau korang mau ke Tamparuli korang kena ikut bas yang nak pi Tamparuli lah.Kalau korang nak pergi ke Tuaran ke nak pi Sepanggar ke nak pi Inanam ke atau nak pi Likas kan korang ikut jer bas yang ada tanda nama tempat korang nak pi tu.Kalau korang tak nak salah naik bas korang boleh tanya sama driver bas tu kalau dia lalu di tempat kawasan yang korang akan turun nanti dia nak berenti kah jugak..

Contoh macam ni ayat perbualan korang ngan driver bas ni :

Korang : Bos,bas ni berenti di pekan Tuaran kah?

Driver : Iya

Lepas tu korang naik lah cari tempat duduk.Kalau bas yang korang dah naik tu penuh terpaksa lah korang jadi sardin dalam bas tu a.k.a berdiri.Hehe..Aku selalu jak kena kalau time petang sebab time petang bas selalu penuh jadi tiada tempat duduk alamatnya berdiri lah kita dalam bas tu macam ikan sardin kena jemur.Hehe.

Bas Mini ni dia ada bermacam-macam warna tau.Kalau bas dari Sepanggar hingga Tuaran bas nya berwarna biru.Bas Kingfisher pun warna biru jugak tapi bas Kingfisher ni satu jak yang aku tau.Bas Likas warna purple.Bas Penampang warna oren.Kalau bas area Putatan hingga Papar warna merah.Teksi dan bas ekspress pun ada cuma teksi ni mahal lah harga dia dan bas ekspress pula harga dia dibawah RM20 jak.Kalau korang nak pi Membakut Beaufort Kuala Penyu Menumbok or Labuan korang kena naik bas ekspress lah atau teksi sebab nak naik bas mini sampai Papar ja.Terminal nya pulak dekat Padang Merdeka di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu.Kalau korang nak pi sebelah Inanam pula contoh macam Semporna,Sandakan,Lahad Datu,Tawau korang kena ikut bas ekspress lah yang terminalnya di Inanam.Kalau korang mau tau kan Inanam ni adalah syurga shopping kereta yang paling banyak pilihan di Sabah tau.Hehe...Tu pendapat aku lah.Hihi.

Bagi korang yang baru first time naik bas mini ni korang kena tengok betul-betul tau bas-bas yang ada kat situ sebab bila korang dah sampai di terminal bas korang akan jumpa bermacam-macam jenis bas maksudnya macam bas kecil and bas besar tapi kedua dua saiz bas tu sebenarnya sama jak tiada beza cuma bas kecil ni dia laju and bas besar ni dia lambat.Hoho.Biasanya bas-bas ni akan jalan sekali tau contoh kalau bas pertama tu dah penuh korang boleh naik bas yang kedua dan begitu lah yang seterusnya.Kalau korang nak berenti di simpang atau busstop lain korang kena tekan loceng.Korang cari jak loceng bas tu dekat dinding and di tengah-tengah.dan cepat-cepat lah korang tekan loceng sebab kalau korang lambat ha alamatnya kena bawa lah korang sampai ke hujung dunia.*eh logik ke driver bas tu bawa korang sampai ke hujung dunia?.


Ni namanya City Bus.City Bus ni dia cuma berpoerasi di dalam Bandaraya KK jak.Kalau dulu bas ni beroperasai sampai Politeknik KK tau.Tapi sekarang dia cuma beroperasi di dalam Bandaraya Kota Kinabalu jak.Bas ni best jugak ah sebab bas ni panjang beraircond selalu pasang lagu jiwang and selesa.Siapa yang pernah ikut bas mini memnag bertuah lah.Hoho.

Oh ya,pasal tambang bas pula tambang nya cuma RM1.00 sahaja dan kalau bas tu korang naik dari bandar KK sampai ke Sepanggar RM2.00 lah tambang nya.Lagi satu,kalau boleh sediakan duit kecil atau duit tepat sebab kadang-kadang driver bas ni ada jugak yang kaki kencing.Tapi nasib lah aku ndak pernah kena.Ha...jadi ni lah cerita aku pasal first time aku naik bas di bandar KK ni.Next time aku akan ceritakan lagi kehidupan aku yang ala kadar time zaman study Diploma yer.Bai bai.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.




Budu pun make tapi jare

28 March 2017/Selasa

Assalamualaikum

Hari tu adalah aku online facebook aku and then nampak lah aku pasal cerita ni "Budu pun make tapi jare".Aku ingatkan orang putih mana lagi sesat pi Malaysia.Bila aku baca sampai habis jak ooooooo rupanya...

Kota Bharu: “Saya buat buku sendiri dan tulis semua loghat Kelantan yang dituturkan, kemudian terjemah kepada bahasa Inggeris serta bahasa Melayu untuk mudahkan pertuturan. Apabila tak tahu, saya tanya rakan.
"Demi nak mudahkan berkomunikasi juga, saya tengok drama Melayu yang ada terjemahan supaya saya dapat dalami budaya orang Malaysia keseluruhannya," kata pemuda berasal dari Istanbul, Turki, Mat Daud atau nama sebenarnya Fatih Imamoglu, 24, yang fasih bertutur dalam loghat Kelantan, malah makan budu.
Mat Daud kini terkenal selepas sejak minggu lalu, videonya bercakap loghat Kelantan tular di laman sosial terutama Facebook selepas dimuat naik seorang rakannya.
Kini, di Terengganu ada Mat Dan, di Kelantan pula ada Mat Daud.Korang rasa mana satu handsome Mat Dan atau Mat Daud?Loll!!
Menurutnya yang kini di Jakarta, dia makan budu tetapi tidak selalu dan menggemari Nasi Kak Wok.
"Budu pun make (makan) tapi jare.. jare (jarang) lah. Lagi satu Nasi Kak Wok sedap, susoh nok (susah nak) cari di luar (Kelantan)," katanya.
Menurut Mat Daud, dia tidak menyedari seorang rakannya memuat naik video pendek berdurasi seminit itu ke laman sosial sehinggalah Facebook miliknya menerima banyak mesej dan permintaan kenalan.
"Telefon saya sampai 'hang' disebabkan tiba-tiba banyak sangat 'notification' Facebook. Saya pun tak sangka boleh viral (tular) dengan cepat. Dalam masa sama, saya cuak juga kerana tiba-tiba jadi 'buruan'... tiba-tiba popular.
"Sebelum ini kawan yang rekod video itu tanya sama ada saya mahu popular atau tidak... saya jawab nok lah (nak lah) tapi kami hanya bergurau sahaja ketika itu dan saya pun tidak ambil pusing.
"Saya tak sangka yang dia betul-betul 'popularkan' saya dengan muat naik video terbabit," katanya.
Mat Daud anak sulung daripada lima beradik berkata, dia memahirkan diri dengan bahasa Melayu dan loghat Kelantan selama setahun selepas menjejakkan kaki ke negeri ini pada 2009.
Katanya, ketika itu dia berusia 16 tahun berkunjung ke Malaysia kerana mengikut keluarga yang menjalankan perniagaan pakaian di Kelantan.
"Saya sempat belajar di sekolah antarabangsa, Wadi Sofia di Binjai, di sini selama enam bulan sebelum ibu bapa kembali ke Turki dan saya menetap terus di sini kerana terpikat dengan suasana dan orangnya.
Mat Daud berkata, dia kini mengusahakan perniagaan berkaitan kecantikan dan kesihatan di bandar ini tidak menolak untuk menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan kerana keenakan makanan, budaya dan kemesraan orangnya.

Sekarang ni femes pula ya orang putih kena kasih gelar nama MAT kalau dorang datang Malaysia.Kalau kita pulak yang datang pi negara dorang agak-agak korang lah nama apa yang orang putih kat situ bagi kita..Haha..

Sumber : MyMetro

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

13 Tempat Best Yang Mesti Kau Singgah Kalau Kau Pergi Sabah

27 March 2017/Isnin

Assalamualaikum

Jika kamu mau ke Sabah,aku ada cadangan untuk korang pergi ke tempat-tempat yang best di Sabah.Di Sabah,ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tempat yang cantik tertarik kau memang cantik untuk korang lawat tapi kali ni aku cuma mampu share 13 jak tempat yang menarik di Sabah yang wajib korang pergi.Kalau aku kasih list semua tempat-tempat yang best yang ada di sabah ni alamatnya minggu depan lah baru aku publish entry ni.Hohoho.

1.Pulau Manukan,Pulau Sapi dan Pulau Mamutik


Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar. Kita boleh pilih untuk ke sebuah pulau sahaja atau pergi ketiga-tiga buah pulau tersebut untuk snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar merehatkan badan. Pasir memutih dengan airnya yang jernih. Perghh.
Untuk ke pulau tersebut sila dapatkan bot di Jesselton Point. Seeloknya jangan terus terkam kaunter yang pertama kerana kekadang kita akan dapat best deal di kaunter yang tengah. Snorkelling set dan life jacket lain harga. Sila pastikan pukul berapa mereka akan menjemput kita pulang.
2.Tamu Gaya di Gaya Street

Tamu Gaya seakan-akan pasar tani yang banyak terdapat di semenajung Malaysia. Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraf, servis mengurut kaki dan sebagainya dijual di sini. Ia hanya diadakan pada hari Ahad sahaja.
3.Pasar Filipina
Dinamakan sedemikian kerana dimulakan oleh migran Filipina lama dahulu. Pasar ini menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum di Sabah. Yang paling banyak dijual sudah tentunya barangan perhiasan wanita seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.
Terletak di waterfront antara pasar buah dan pasar basah, ia merupakan tempat yang sesuai untuk membeli-belah sebelum pulang.
4.Signal Hill Observatory Platform
Terletak di kawasan paling tinggi (dah tentulah kan hehe..), ia tempat yang sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit berkereta dari Padang Merdeka. Kalau naik teksi kena RM10-15 lah juga.
5.Lok Kawi Wildlife Park
Waktu beroperasi: 9.30am – 5.30pm | Tiket dewasa: RM10
Ia terletak di jalan lama Penampang-Papar dan di bahagikan kepada dua komponen iaitu zoologi dan botani. Dengan menjadikannya taman untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan.
Di antara binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa.
Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak di sini sampai belajar secara santai memang seronok. Bawalah mereka berjalan tempat-tempat begini semasa mereka kecil, bila dah remaja kita cakap Jom pergi zoo! Dia akan balas balik hah, pergi zoo? Hehe.
6.Masjid Likas
Masjid in terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini mampu memuatkan sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.
Berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik.
Kepada yang tak mampu menyewa kereta tu naik saja nas no 5A.
7.Coral Flyer
Ya Allah bestnya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi! Dari pulau ke pulau tu dalam 250m. Tak pernah lagi buat flying fox sejauh tu. Cuba bayangkan excitement, thrill dan keindahan laut di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan, wallawehhh!
Berlepas dan ketibaan bermula di Jesselton Point Jetty. Memandu selama 2.5 jam dari Kota Kinabalu kita akan sampai di Kundasang/Ranau dimana terletaknya Kinabalu Park yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Di sini lagi banyak produk pelancongan yang menarik.
8.Rumah Terbalik
Apa yang anda ingat dengan nama Tamparuli? Jambatan? Takdelah besar benar jambatan tu. Yang lebih menarik ialah www.upsidedownhouse.com.my yang beralamat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran. Nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.
9.Kinabalu Park
Owh ini mungkin anugerah terhebat yang kita ada. Sangat indah dan nyaman di sini. Kita boleh buat jungle trekking bersama keluarga. Kepada yang lebih adventurous boleh mendaki Gunung Kinabalu. Untuk pendakian, pastikan mountain guide (malim gunung) anda berlesen dan daftar dulu ya kerana jumlah pendaki dihadkan dalam satu-satu masa. Bawa anak-anak jungle trekking di sini, seronok! Ala. Paling jauh 1km je.
10.Kundasang War Memorial Park
Tempat untuk mengimbau sejarah pendudukan Jepun di Sabah. Bagaimana tragisnya askar British yang menjadi tawanan tentera Jepun yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan. KWM bukan kubur tetapi taman peringatan yang cantik dengan senarai nama-nama perwira yang gugur.
Setiap tahun ada saja keluarga tentera ini yang akan melawatnya. Terletak di kawasan berbukit, pemandangannya sungguh indah menghadap Gunung Kinabalu dan kawasan penanaman sayuran di Kundasang.
11.Desa Dairy Farm
Ladang penternakan lembu ini sangat cantik. Pernah sekali dulu aku datang semasa dedaun bertukar merah. Tidaklah semua tetapi dapatlah juga bergambar berlatar belakangkan daun yang macam dalam musim luruh tu. Iklan susu yang keluar kat tv tu shoot kat sini je. Bukannya di New Zealand pun.
12.Tagal Sungai Moroli di Kg Luanti
Bermain dengan ikan sebesar betis. Tak nak cakap banyak, wajib pergi!

13.Ladang Teh Sabah

Sabah Tea ialah teh organik yang ditanam di Ranau. Terletak bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti, penginapan juga disediakan di sini disamping factory tour. Restoran pun ada.

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.


Akhirnya...Aku dapat kerja..

24 March 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Aku masih lagi dalam mood yang malas tiap kali aku mau update blog.Tetapi hanya kerana aku ndak mau blog aku sunyi sepi kembali macam dulu,aku gagahkan jua diri aku ni untuk update cerita baru.Cerita aku kali ni bukanlah cerita baru sangat sebab di entry-entry sebelum ni aku dah pun ceritakan yang aku dah dapat kerja.Kuikui!Kalau korang belum baca entry tersebut bolehlah korang baca entry ni.Tapi aku nak juga cerita pasal kejadian pada hari tu di mana aku tau aku dapat kerja.

Masa tu aku sedang bergolek golek atas katil sebab bosan ndak tau mau buat apa masa tu jadi time aku sedang seronok bergolek golek atas katil handphone aku berbunyi.

Posto posto...Ada mesej masuk.Aku tengok nama dia aikhh ini nama bos hensem tu bakal bos akulah nanti.Bila buka :



Aikhhh..Tu bos suruh aku buka emel.Jadi cepat-cepat lah aku buka emel.

Dan...Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Akhirnya..Aku kena terima untuk kerja di company tu.Syukur sangat-sangat.Bila aku dah buka emel tu aku terus lah bincang and bagitau dengan family pasal berita bagus ni sampai aku lupa mau balas kah tidak sms bos tu..Haha..

Pikir pikir pikir..Last last aku tanya kawan aku yang memang sudah ada pengalaman 1st time dorang kena terima kerja masa tu.Aku tanya dia :

Aku : Matcikk,aku belum bagitau lagi sama bakal bos aku yang aku sudah terima emel dari company tu.

Matcikk : Ui,bagus ko bagitau dia yang kau sudah terima emel dia.

Aku : Erhm...ayat dia macam mana?

Matcikk : Kau cakap lah "saya sudah terima emel Surat Tawaran Kerja dari company bos.Terima kasih".Begitu kau cakap.

Aku : Ouh,,okay.Esoklah aku sms dia balik sebab malam sudah.Hoho..

Matcikk : Mana-mana kau jak lah babu.

Aku dan kawan aku tu memang biasa lah panggil macam tu.Kadang-kadang dia panggil aku babu kadang-kadang aku panggil dia matcikk dan pernah hari tu aku typo.Aku mau tulis ayat "babu" bah tu tapi tertaip aku "babi" hahaha...Sabar jak lah tu babu...Hahaha..Adakah itu typo tahap yang kritikal?

Besok pagi nya aku pun sms lah balik bakal bos aku tu.


Ok jak dia balas?????Lalu aku pun berjoyah dengan kawan aku.





Dan...berakhirlah sudah chat chat aku dengan matcikk..Sorry lah bos aku mengumpat kau..Harap-haraplah bos ndak jumpa blog aku ni kalau bos jumpa mohon ampun dan maaf dari aku sebab mengumpat bos..Hohoho..

Sekarang ni aku sedang mencari tempat tinggal lah untuk disewa tapi sampai sekarang belum dapat lagi.Harap-harap lah sebelum bulan 4 aku sudah dapat tempat tinggal sebab tempat aku kerja ni jauh dari kampung aku.Erhmmm....Dan sekarang ini aku sedang menghabiskan sisa-sisa kehidupan ku bersama family aku yang tinggal beberapa hari jak lagi.Erhmmm...Babai...

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

10 Tips Bercuti Ke Kundasang

23 March 2017/Khamis

Assalamualaikum

Akhir-akhir ni sunyi sepi jak blog aku sebab aku sekarang ni sedang menghabiskan hari-hari aku di rumah family aku (Kuala Penyu) kerana bulan hadapan aku sudah mula bekerja.Yeayyyyyyyyyy..Tapi yang sedihnya tempat tinggal belum dapat lagi.Ada tak kawan-kawan blogger Sabahan yang tinggal area belakang Bukit Padang?Pleasee contact me cecepat.

Siapa yang belum baca pasal Cerita Interview aku boleh baca dekat sini.Terima kasih.Hohoho..Entry kali ni aku nak share kan dengan pembaca blog aku kalau-kalau korang ada hajat nak bersuti suti di Kundasang time cuti sekolah boleh lah pakai tips yang aku kasih ni.


1.Ambil flight awal 
  • Sesiapa yg bercadang terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (sama ada pagi/tengahari/awal petang). Kalau flight sampai KK lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke KundasangSebab apa?
2.Perjalanan dua jam
  • Perjalanan KK ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam. Mula2 akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit2 hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30ptg-6ptg. Tidak digalakkan memandu kepada mereka yg tidak biasa melaluinya sebab bahaya.
3.Isi minyak di Kota Kinabalu (KK)
  • Kalau ada yg nak isi minyak ke cucuk ATM ke solat ke buang air ke makan2 ke beli snacks ke, sila buat siap2 di area KK. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ada SHELL betul2 sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing2 nanti cari minyak di Kundasang😅 Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.
4.Tarikan dalam perjalanan
  • Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul2 di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat2 tarikan ni masa perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK.
5.Untuk muslim
  • Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah2 singgah ya. Gerai2 tu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok!
6.Tempat tarikan di Kundasang
  • Tempat2 tarikan ni jaraknya jauh2 sikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah2 sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial, etc. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai2 jual sayur, buah murah2 di tepi jalan tu.
7.Kedai makan
  • Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yg suka fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas2 memang sedap dgn cuaca sejuk2 ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang👍
8.View gunung cantik
  • Jauh2 datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan...Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan mulai jam 6pagi hingga 10pagi. Lebih kurang jam 11pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi2 dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi2 waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil2 badan😂
9.Desa Dairy Farm
  • Tengok orang lain upload gambar DDF cantik2 dgn background Gunung Kinabalu, dgn ladang menghijau, dgn lembu2 comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipsnya pergi sana sebelum jam 10pagi. Bila DDF buka jam 8pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas2. Jangan lupa minum susu fresh yg amat sedap. Aiskrim pun sedap!
10.Tempat tarikan di Ranau
  • Apa yg ada di Ranau?? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg LuantiKundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap2 di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul2 sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan pula!

Okeh.Sudah puas jalan-jalan di Kundasang boleh lah jalan-jalan di KK sampai patah kaki..:p..Tips ni korang boleh lah share dengan kengkawan korang ke family korang ke kalau-kalau ada yang plan nak bercuti di Kundasang bolehlah pakai tips ni terutamanya yang pertama kali nak jejakkan kaki ke Kundasang.

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

Cerita interview aku - Part 1 (17 March 2017)

18 March 2017/Sabtu

Assalamualaikum

Hai..Now,bermulalah cuti sekolah selama satu minggu untuk bulan tiga ni.Tapi bukan itu yang aku nak bebel dekat cerita aku ni kali tapi aku nak bercerita pasal interview aku kemarin (17 March 2017) seperti yang aku heboh-heboh kan dekat enrty aku semalam.Siapa yang belum baca pasal cerita tu boleh aje korang baca dekat sini.Sebelum aku jalan dari rumah tu kena kasih ingat lagi aku pasal interview ni.

Mula mula jam 12 tengah hari interview aku tapi kena kasih pi jam 2.30 petang pulak.

First yang aku fikir bila aku sampai di Penampang aku kena cari company Dynamic Engineering Test Service ni.Bila aku dah sampai di Penampang berpusing pusing lah aku cari company ni sampai jumpa tapi dah dua tiga kali aku pusing-pusing area Donggongon ni tapi ndak jumpa jugak.Last-last aku call office dia.

Kring kring kring kring..Telefon diangkat.

Anum : Hello.Mau tanya.Company Dynamic Engineering Test Service ni bahagian mana ya?Sebab dari tadi saya cari ni company saya tidak jumpa oo.

Ofice Girl : Kamu cari di mana company ni?

Anum : Saya cari di Bandar Donggongon.

Ofice Girl : Laaaa...Kamu salah tempat sudah tu.Company ni di area Jalan Bantayan Minintod,Inanam.Belakang Bukit Padang.

Anum : Ya Allah.Ya kah?Oooo...di Inanam rupanya.Okay.Terima kasih.

Ofice Girl : Sama-sama.Moga pencarian company Dynamic Engineering Test Service berjaya.

Terus aku whatsapp kawan aku pasal tempat company ni di mana..:P..


Aikhhh...Boleh-boleh pulak dia kata begitu.Eeeeeeee...Dah lah aku penat driving.Dia kata begitu pula.Dia berfikir ni apa ka permainan.Huh!DIA tu maksud aku tu lah si ofice girl tu.Makanya aku kena bergerak ke Inanam lah ni nampaknya untuk cari company tu sampai jumpa.Dah lah tengah hari.Lapar lagi.Jalan punya jalan akhirnya jumpa juga company tu.Laaa..dekat Inanam pula company ni.Masa tunggu jam 2.30 petang tu sebab masa tu baru jam 1 petang lagi lagi belum makan pulak tu jadi melepak lepak lah dulu aku sorang diri dekat kedai makan yang berhampiran dengan company tu sementara menunggu jam 2 petang.

Masa makan tu terfikir aku.Time bila aku ada hantar resume dekat sini ar tapi aku hantar melalui online lah.Fikir punya fikir baru aku ingat yang kawan aku ada bagi kat whatsapp pasal company ni nak cari pekerja.Kawan aku hantar dengan aku pasal jawatan kosong ni time pagi so malam tu aku apply lah hantar melalui emel pi company.

Aku ndak ingat sudah emel yang mana satu aku hantar resume aku sama dorang tapi yang penting resume aku sampai pi company dorang :).

Hari Rabu tu kena telefon aku oleh company ni lah dorang bagitau yang aku kena panggil Interview di company ni sebagai Lab Technician.Masa aku hantar resume ni aku ndak nyatakan lah jawatan apa yang aku mau sebab company tu sendiri tiada tulis jawatan apa yang kosong masa tu jadi aku hantar sajalah resume aku.Tau tau dapat jawatan sebagai Lab Technician pulak.Mula-mula aku sedikit excited lah jugak bila kena panggil interview kemudian dapat jawatan sebagai Lab Technician lagi.Masa tu berangan sudah aku yang kerja yang bakal aku dapat ni bahagian perubatan lah sebab aku ada google tugas-tugas Lab Technician ni sebelum aku pi interview.Adalah dalam 30 minit gitu aku berangan berbunyi pula whatsapp aku.Oh rupanya dari company Dynamic Engineering tu.Nak tahu apa whatsapp dia.??

Taraaaaa 

 Ternyata..Angan-angan ku salah belaka.Rupanya inilah skop kerja yang aku kena buat nanti kalau aku dapat kerja di situ.Mari temankan aku berhuhuhuhuhu.

Jam 2 petang sudah.Sengaja lah aku awal naik pi ofice dia supaya aku yang duluan kena interview nanti.Awal aku interview awal lah aku siap.Gittu.Bila kaki aku masuk dalam ofice tu mulalah berdebar debar jantung aku tapi aku katakan rileks jak jangan gementar.Aku ingat adalah ni bos dia di ofice tu rupanya keluar pi makan.Oooo..Selain aku yang kena interview pada hari tu ada lagi lah sorang gadis entah dari mana.Dia duduk sebelah aku tapi aku buat derk jak ngan gadis tu.Wkwkwkwkwkwk...Masa tu posisi aku dengan gadis tu gadis tu duduk sebelah kiri aku duduk sebelah kanan.Sampai lah ada dua orang lelaki yang berpenampilan menarik aku tengok sedap mata memandang.Berpakaian kemas.Aku fikir itu mungkin bos atau orang yang nak interview aku kejap lagi.Tiba-tiba whatsapp aku bunyi.Aduh lupa kasih silent.Cepat-cepat aku kasih silent tu handphone sebelum aku kena panggil interview.Aku tengok aikhh dari ofice girl kat situ pulak.Dah kenapa satu bumbung nak juga berwhatsapp whatsapp.Dia bagitau aku :

Ofice Girl : Orang yang interview kamu nanti yang masuk pejabat sebelah kanan.Yang sebelah kiri kamu tadi yang cina tu lah.Yang akan interview kamu tadi bakal bos kamu kalau kamu dapat ni kerja.

Aku : Ooooo.Okay.Terima kasih.

Aku kena panggil sudah interview oleh bakal bos aku.Berdebar debar jugak lah masa aku nak masuk ofice bos tu.Sudahlah sejuk ofice bos tu tambah lagi aku berdebar debar.Tapi aku rileks kan jak diri aku masa tu.Dia suruh aku duduk baru aku duduk sebab ya lah bos tu belum bagi arahan suruh aku duduk ndak kan lah aku pi pandai-pandai duduk pula di kerusi.Nanti kena reject pula awal-awal.;P..

Sesi interview pun bermula.Bos tu minta resume aku sama dokumen-dokumen aku yang lain.Jadi aku bgai jak semua satu fail tu.Balik-balik dia tengok resume aku dan bermulalah sesi interview antara aku dan bos.

Bos : Saya kasih kamu jawatan sebagai Pembantu Makmal sebab kamu ada Diploma.Gaji kamu saya kasih 1k.Macam mana?Kamu okay kah?

Aku : Erhm....Okay.No problem.

Bos : Kalau kamu kena terima kerja di sini.Bila kamu mau start?

Aku ; Saya rasa paling bagus awal bulanlah.Mana-mana jak lah bos.*aku panggil dia bos sebab aku ndak tau apa nama dia.

Bos : Kalau kamu dapat kerja ni bagus juga kamu mula awal bulan depan nanti sebab kalau mula sekarang alang-alang juga sudah sebab sudah pertengahan bulan.Kamu lepas ni balik Kuala Penyu kah terus?

Aku : Iya.Balik terus.

Bos : Kamu pergi sini sama siapa?

Aku : Saya sorang jak.

Bos : Erhmmm..apa-apa nanti kalau kamu kena terima bekerja di sini saya kasih emel kamu sajalah.Aktif jugakan emel kamu  yang kamu letak di resume kamu?

Aku ; Iya.Emel tu memang aktif.

Bos : Okay.Ada apa-apa soalan?

Aku : Ada.

Bos : Apa dia?

Aku : Waktu bekerja macam mana dan kalau saya dapat kerja di sini ada kena sediakan tempat tinggal kah?

Bos : Waktu bekerja Isnin sampai Sabtu lah dan tempat tinggal pula susah.Kamu pandai pandai lah cari nanti kalau kamu dapat kerja di sini.

Aku : Okay bos.Itu sajakah bos?

Bos : Ya.Ni saja interview untuk petang ni.Ada apa-apa nanti saya emel kamu lah.

Aku : Okay bos.Terima kasih.

Bos : Sama-sama (Sambil mengangguk)

Aku pun keluar dari ofice tu.Sampai dalam kereta.....Mula lah drama aku.Ya Allah..Handsome nya bakal bos aku ni..Haihhh..Handsome.Bertuah siapa yang jadi girlfriend bakal bos aku ni.Handsomee..Sebelum aku start driving tu,sempat lagi aku whatsapp kawan aku pasal ni bakal bos aku.Haha,,

So,apa pendapat korang pulak bila jumpa lelaki handsome?Haha.

Semasa dalam perjalanan balik tu,baru aku terfikir.Biar betul bakal bos aku ni itu jak yang dia interview aku tadi.Tiada pun dia tanya aku kenapa aku mau kerja di company dia.Aikhhh..Oooo..may be bakal bos aku ni mau ambil pekerja cepat kali ar.Erhmm..Nasib lah bakal bos aku tadi ndak banyak soalan.Punya berabis aku hafal soalan-soalan top ten interveiw tu sebelum aku datang pi company dia.Haduii!!Tiba-tiba,macam lain sudah perasaan aku.Aku rasa aku  sudah tersalah jalan tapi aku jalan jak sampai jumpa signboard.Signboard yang aku jumpa ialah singboard Tambunan 69KM lagi.Ya Allah...Salah jalan pula aku.Nasib saja lah aku belum sampai Tambunan.Tapi kalau aku sudah sampai Tambunan apa salahnya aku jalan-jalan dekat situ.Kahkahkah.Jadi berpatah lah aku balik.Destinasi aku ni nak pi Penampang balik tapi tersalah jalan pulak pi jalan Tambunan.Tu lah pikir pasal bos hensem jak aku sampai tersalah jalan.Parahh ni !

Sampai di rumah family aku semua tanya macam mana interview aku tadi.Aku cakap jak lah tunggu surat ja lah kalau aku dapat ni kerja.Belum lagi aku habis fikir.Sampai di rumah terus aku fikir kalau aku dapat kerja sana di mana aku tinggal sebab area sana susah mau dapat tempat tinggal *tu bakal bos aku lah yang bagitau aku kalau aku mau tinggal di Penampang boleh juga.Arr.Nanti lah tu fikir.Sekarang ni aku cuma fikir pasal tu kerja jak sama ada aku dapat ni kerja kah atau tidak.Tu jak.Jadi,tu sajalah cerita interview aku hari tu.Sekarang ni aku tengah menunggu surat maklumbalas jak lah dari company tu.

Sebelum interview tu mula,sempat lagi ofice girl tu bagi no fon bakal bos aku.

Mula-mula tu aku fikir company tu besarlah yang macam syarikat syarikat dalam drama melayu tu rupanya tretttttttttttttttttttttttt..

Dan bila aku jadi blurr..Begitu lah kejadian nya.Haha..:p..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Akibat terlalu excited

16 March 2017/Khamis

Assalamualaikum



Kring kring kring kring kring kring..*handphone aku berbunyi.Aku angkat.

"Hello"

"Hello.Ni cik Nurul Baidurah Binti Abdullah?"

"Ya,saya."

"Cik dijemput untuk menghadiri temuduga sebagai Lab Technician di syarikat Dynamic Engineering Test Service."

"Ye ke?Bila?"

"Hari Jumaat.Jam 2.30 petang.Cik boleh datang tak?"

"Ouh,boleh."

"Terima kasih cik"

"Sama-sama"

Talian dimatikan.

Lepas dapat panggilan tu,mulalah aku buat research pasal jawatan sebagai Lab Technician.Mula-mula aku cari dekat Google apa tugas-tugas sebagai Lab Technician.Bila aku sudah jumpa apa skop kerja dia.Korang tengok lah sendiri.

Ini yang aku jumpa.Kan kalau Lab Technician dalam Bahasa Melayu Juruteknik Makmal.Aku pun pelik lah sejak bila aku ada apply kerja dalam bidang perubatan.Selalu aku apply bidang consstruction ja tapi ini jauh pula tersasar.

 Aku ingat skop kerja Lab Technician ni macam ni teropong sana teropong sini.Aku ndak fikir lain lagi mulalah aku angan-angan yang macam dalam drama Meh,Sandar Pada Aku! tu.Yang part Afnan Tasneem di makmal.Hahaha..Sedang syok syok aku dok berangan kan aku jadi si Tasneem tu berbunyi pulak handphone aku.

Twing twing twing twing...Ada whatsapp masuk.

"Skop kerja Lab Technician : Membuat slump test dan cube test."

Oooooo..bahagian itu rupanya.Hilang terus apa yang aku dok berangan tadi.Nasiblah aku dah tau sikit-sikit pasal benda alah ni sebab aku ada belajar jugak dulu tapi ndak ingat time semester berapa.

Ni cube test

Slump test

Kalau korang nak tau pa benda dua dua kat atas ni..nanti lah aku bagitau sebab sekarang ni aku sibuk mau hafal soalan-soalan interview untuk esok.Doa kan aku ya supaya aku lulus interview pada esok hari.Thanks.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

The Sunshine Blogger Award : Thanks To Blogger Unni

15 March 2017/Rabu

Assalamualaikum

Wah,aku di tag lagi untuk menjawab soalan-soalan dalam The Sunshine Blogger Award.Kali ni aku dicalonkan oleh blogger yang berasal dari Sabah jugak iaitu Blogger Unni.Thanks Unni sudi calonkan aku untuk menjawab soalan Unni.I'm sorry to Unni sebab aku lambat jawab soalan dari Unni.Sekarang aku nak jawab lah ni.Hehe.



Sebanyak 11 soalan yang Unni kasih sama aku dan aku nak jugak jawab soalan tu.Tapi aku jawab dalam Bahasa Melayu lah ya Unni sebab Bahasa English aku agak tunggang langgang.:P..

1.Who are you?

  • Nama diberi Nurul Baidurah Binti Abdullah.Panggil aku Anum/Nurul/Baidurah.Mana-mana jak lah yang korang selesa.Berumur 24 tahun dan masih bujang dan sedang mencari pekerjaan setelah habis belajar.Seorang yang pendiam tapi bila dah rapat mulalah pot pet pot pet ndak henti.
2.During the course of your life the most embrassing this ever happened?
  • Perkara yang memalukan yang pernah terjadi sama aku masa aku study.Ceritanya macam ni.Mula-mula tu aku dan kawna-kawan aku bercadang nak pergi makan di MCDonald.Sampai di bustop kebetulan ada bas tu berhenti di situ.Aku ingat kawan-kawan aku ni nak makan MCDonald di One Borneo kah.Sampai aku ditangga bas nasib dorang panggil aku cepat-cepat bagitahu aku "kita makan MCDONALD dekat Petronas tu je lah".Haissssss...kenapa ndak di kasih tau awal-awal.Turunlah aku balik dari bas tu.Nasib bas tu belum jalan lagi.Semua penumpang yang ada dalam bas tu termasuk driver bas tu kasih ketawa aku.Haizzz...Bikin malu jak.
3.You like travel?Why?
  • Ya.Aku suka sangat travel sebab bila travel macam-macam yang kita dapat seperti melihat keindahan alam semula jadi yang sememangnya tiada di tempat kita sendiri,dapat mengenali budaya dan agama di semua tempat,dapat belajar bahasa dorang.Time study dulu,asal hujung minggu mesti aku akan travel sorang diri pi tempat-tempat yang aku suka tapi masih di Sabah lah jugak.Kalau pi luar Sabah tu kena bawa kawan lah.
4.State in Malaysia,a state where your don't go?
  • Banyak tempat di Malaysia yang belum aku jejak lagi sebab aku mau kasih habis dulu tempat-tempat di Sabah yang belum aku jejak kemudian bila semua tempat di Sabah ni aku sudah pergi baru lah aku terbang pi jauh-jauh.
5.Which state cuisine that you like?(Unless you state)
  • Aku suka makan masakan tomyam dari Kedah dan Thailand sebab kalau dorang masak tomyam sedap dan pedas.
6.Do you like your job now?
  • Untuk pengetahuan Unni,saya ialah seorang penanam anggur yang setia.:)..
7.The most disappointing in your life? why?
  • Banyak sudah perkara yang mengecewakan yang pernah terjadi sama aku tapi aku sentiasa berfikiran positif dan jadikan sebagai pengalaman dalam hidup.
8.Who is the first person you're looking for if your are in emergency?
  • Family
9.What is the first thing, will do when you wake up?
  • Mandi,solat subuh,online,memasak.
10.If someone give your 10k. what do you do?
  • Bayar hutang pinjaman MARA.
11.What you like about me? why?
  • Aku suka singgah di blog Unni sebab blog Unni banyak entry-entry pasal agama.
Okeh.Aku dah jawab semua soalan dari Unni.Aku harap Unni berpuas hati dengan jawapan yang aku kasih.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.