PLMPB : Ujian JPJ (Part 3)

14 September 2016/Rabu

Assalamualaikum

Bila tarikhnya aku ambil test jpj yang ketiga ni aku pun tak ingat dah..Tapi baru sekarang nak cerita kat blog...hihi...Okay...teruskan bercerita!!

Bila tiba ujian jpj ulangan yang ketiga ni,time bahagian 1 (RPK & RSM) aku dapat pegawai jpj yang sporting dan kena-kena pula masa ni giliran aku aku dapat no 1 calon ulangan..haha...Mana kau nerbesnya waktu tu...Tapi rileks jer nak hadap muka pegawai jpj tu sebab kali ni pegawai dia sporting gila ar...Tanpa tunggu lama lagi pegawai tu suruh aku mulalah buat RPK & RSM..

Aku dah start lah..Mula-mula tu rileks jak tu pegawai di mea duduk-duduk..Tapi sampai bab kena suruh buka bonet enjin...berdiri pulak dia betul-betul ya sebelah aku..Mungkin dia nak pastikan kot sebutan aku betul atau tak..So,bila semua benda-benda yang ada dalam enjin tu semua aku sebut yeayyy...dia suruh aku masuk dalam pulak buat RSM..

jap....aku terpikir seketika masa kat dalam kereta tu..."Eh..tadi dia tak de suruh pun aku buka bonet belakang walhal aku dah buka pun dari depan..."Blurr sekejap..pegawai tu hairan kenapa aku belum mula lagi..."Dek..kenapa belum mula lagi?"Tersentak aku terus dari lamunan seketika...Cewahh...Nak cakap ke tak nak...Cakap ke tak nak..Tu jer yang aku pikir masa tuh...Sekali lagi tu pegawai tegur aku "Dek oh dek"...Aku pun terus tengok lah muka pegawai tu sambil tersenyum..."Dek,kenapa belum mula lagi?"Kali kedua dia tanya soalan begitu baru aku bersuara..Kahkahkah.."Tuan,bonet kat belakang saya belum buka lagi.."Tu pegawai cakap "Oh,tak apa lah...Saya kasih ko markah bonus sedja lah.."Wahhh...masa tu jugakk...lega sangat aku bila pegawai tu cakap begitu..Biar betul ni...Arr..biarlah janji dia bagi markah bonus walaupun aku tak buat..hahahahahaha..

Selesai dah aku buat RSM & RPK tu,tiba masanya pula untuk bahagian litar.Ya Allah..gugupnya aku masa tu hanya Allah jak yang tahu...Mana tak nya giliran aku yang duluan.Nombor 1 calon ulangan beb...So,bila dah di panggil untuk ke litar tu...pasrah jak aku masa tuh...Lepas ni,apa nak jadi dengan aku jadilah..So,pegawai tu suruh aku jalan....aku jalan jak lah...Let's go bebeh!!


Bila dah sampai di selekoh s,aku tekan hon dan pegawai tu main angguk jak kepala dia..Tu tandanya dah mula dah...Dengan berhati-hatinya aku bawak tu kereta masuk dalam selekoh s..Takut pulak aku masa tu sangkut jugak aku kat situ sebab test sebelum ni aku tak pernah lagi sangkut dekat selekoh s..Dan akhirnya...lepas jugak aku kat selekoh s.

Tiba pula di bukit...Time aku sedang rest minyak tu sempat lagi aku tengok siapa pegawai yang jaga masa di bukit tu..Sekali aku tengok alamak.....pegawai tu lagi...yang dulu kasih gagal aku di lebuhraya...alamakkkkk...macam mana ni...Risau sudah aku masa tu sampai aku lupa mau naik bukit..sampai tu pegawai tengok aku bah kenapa aku belum naik-naik lagi..Hahahaha...So,tak nak failed lagi aku tekan hon then vrooooommm...kereta dah di atas garisan kuning..Entah kenapa masa tu,buat hal pulak tu kereta sama aku..Cantek sudah ngam-ngam tayar tu di atas garisan kuning...Aku sudah kasih turun brek tangan..tekan clucth sama brek...Boleh-boleh pula kereta tu bergerak sikit ke belakang...Terus tu pegawai tajam mata dia tengok aku..Perghhh..Boleh lepas ke tak lepas ni..Tu jak yang aku fikir masa tuh...Aku angkat balik tu brek tangan...tekan clucth dan rest minyak sampai ke angka no 3...Dan aku turunkanlah tu brek tangan dannnnn..di situ kereta tu betul betul buat hal sama aku...Boleh-boleh pulak keret tu mengundur...2 kali dah aku undur bukit so automatiknya aku failed lah lagi test yang ketiga ni..Erhm...masa tu berfikir aku nak salahkan pegawai tu tak jugak...nak salahkan kereta tu pun tak masuk akal jugak...arghhhh...nantilah fikir...Kena sound lagi aku dengan cikgu aku..Maaflah cikgu sebab akulah pelaar cikgu ayng paling bengap sekali..Test tak pandai lepas-lepas..

Cikgu aku yang duduk kat situ pun terus dibuka kan nya pintu untuk aku disuruhnya aku keluar dari kereta tu sebab student ndak boleh sudah kasih turun tu kereta kalau sudah gagal..Pegawai tu sempat lagi panggil aku nak bagitau apa kesalahan yang aku buat..Huhh!!Masa kat lebuhraya pun (part 1) begitu jugak dia buat aku..Bagitahu apa kesalahan yang aku buat..Erhmm...Sabar sedJalah...So,test kali ni aku failed lagi..Sabar..

Aku pun pulang dalam keadaan yang stress...Makan pon tak der selera dah..*masa ni belum puasa ok..Ndak habis fikir aku kenapa ndak boleh lepas lagi ni test...Orang lain ulang test 2 kali jak...nih aku pulak yang terlebih sangat nih sampai 4 kali ulang test...urhmmm...Masa ni fikir fikir fikir apa yang menyebabkan aku gagal...Ouh yess...jawapan dia aku dah dapat..

Time di bukit,aku tiada tukar gear pergi free...Lepas tu kereta tu belum ada pergerakan aku sudah pun kasih turun tu brek tangan.Clucth aku ndak angkat..Arghhhhhhhhh...Macam mana aku boleh lupa tu..Haizz..Tak pe lah...Boleh cuba lagi di rumah..Belajar sendiri di rumah...Sampai rumah pulak...lagi aku teruk kena marah..kena cuci telinga...Paksa lah aku tahan telinga..:)..

So...see you next test lah lagi..


Terima kasih kerana sudi baca entri ini..

1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..