PLMPB : Ujian jpj (Part 4)

20 September 2016/Selasa


Assalamualaikum




Haiiiii......Bersambung lagi kita entri pasal test jpj kali ni..Ni dah masuk ke bahagian 4 dah..Orang lain post entri dorang pasal test jpj ni satu atau dua entri...Sementara aku nih sampai ke part 4 pulak dah..haha..Nampak tak aku lah orang yang paling bengap sekali update entri pasal test jpj sampai 4 bahagian..Hahaha...Kalau nak kecam aku kecamlah..Tak ku kesah..hahaha..Okay lah..aku nak teruskan cerita aku pasal ulangan test aku yang keempat ni...Wkwkwkwkwkwkwkwkwk..

Lepas dah bayar yuran apa semua aku dah dapat dah no giliran aku yang keberapa...Nak tahu yang keberapa??Haaa....Giliran aku masa test ulangan yang keempat ni ialah no 3...Yesss...Nasib bukan no 1 lagi and kali ni calon mengulang banyak pulak ya sampai 8 orang..Huhu..Rata-rata perempuan yang ramai mengulang masa ni dan semua pun kandas di bukit...Okay kita geng!Haha,,

Sebelum ceramah mula,yang calon ulangan tu termasuk aku kumpul lah sama-sama di luar...Nak masuk ke bilik kuliah ke atau tak payah sebab nanti tu penceramah dia suruh calon ulangan keluar jugak..So,ngam-ngam pegawai jpj masa tuh dah sampai dan penceramah tu pun dah nak mula dah ceramah dia...kami pun tanyalah dengan penceramah tu...Penceramah ni pegawai jpj ugak ya..
"Tuan,kalau kami yang calon mengulang ni bolehkah kami ndak payah lagi masuk dalam..Kami tunggu di luar jak.."Penceramah tu pun jawablah "Boleh..Kamu tunggu di situ lah..Tempat biasa ar.."...Okay cun...Kami pun tunggu lah di ruangan menunggu bahagian 1 (RPK & RSM)..

Tunggu punya tunggu..giliran no 1 pulak kena panggil dah..Fuhh!!Nasib aku bukan no 1..Kalau tak..Habis bergegar seluruh badan..Haha..Giliran no 2 dah pun di panggil dan tiba giliran aku pulak yang kena panggil.Dan...aku pon siap dapat pegawai jpj yang pendiam tapi dalam diam ubi berisi..Hehe..Pegawai tu tanya aku "Nama siapa"...Berkerut dahi aku tiba-tiba dia tanya nama aku pulak..Padahal first aku jumpa dia dia jumpa aku...siap main kutuk lagi jerawat aku ya masa tu..Kalau korang belum baca lagi cerita tu boleh baca entry ini ya...Aku jawab lah soalan pegawai tu "Nurul Baidurah"..Pegawai tu pun suruh aku mula.."Okay mula"

Sebelum aku mula tu,sempat lagi aku senyum-senyum dengan kawan baru aku tu...Giliran dia ni n yang ke-4..Entah pasai apa tetiba aku senyum sama kawan baru aku tu..Hahahaha..Lepas RPK dah siap now buat RSM pulak..Nasib yang ni aku salah sikit jak..hihi..sudah..gerak-gerak lah sudah tangan pegawai tu tick mana-mana kesalahan yang aku buat..Nasib jak kena potong markah..Kahkahkah...Kan sudah aku kata pegawai ni diam-diam ubi berisi..Erhm...

Siap dah bahagian 1 (RPK & RSM) kini..tiba pulak bahagian 2 (litar)...Ni yang aku nerbes sangat nih..Takut tak lepas lagi kali ni..Dalam otak aku masa tu...kalau aku tak lepas lagi test kali nih...aku kasih pancit lah tu tayar kereta viva..haha..

Bila tenaga pengajar dah keluar kan pembesar suara dan pegawai jpj pon dah berdiri nak gerak ke bahagian litar..tu tandanya nak mula dah test kat litar..Tapi..bila dah nak mula...calon baru pulak yang kena panggil...Hairan lah kami yang calon ulangan ni belum lagi kena panggil untuk test..So tunggu jak lah...Boleh lah hilangkan sikit rasa nervous tu...Boleh borak-borak dengan kawan baru..Sebelah menyebelah..

Time tengah borak-borak kat ruang menunggu tu kan,tetiba hakak comel chubby tu tanya dengan kami yang calon ulangan ni "kamu bila mula test?Belum kena panggil lagi?"Kami cakaplah "Belum lagi"..Ngam masa tuh ada sorang cikgu tu entah nama dia apa dia kata "sampai no 10 calon baru dah buat test,baru calon ulangan pulak yang buat test"Alright...cantekk..hihi..So tak lah nervous sangat aku masa tu..

Tiba sudah giliran calon ulangan no 1 dah dipanggil,aku tenang jak tunggu giliran..No 2 pon dah kena panggil dan tiba lah giliran aku untuk buat test kat litar,aku mulakan peralanan ke litar dengan bismillahirrohmanirrohim..

Sebelum nak masuk selekoh s pon aku baca bismillah jugak.Dan akhirnya...yesss..pass jugak aku dekat selekoh s...Asal korang tahu eh..asal aku nak masuk selekoh s mesti aku tak pernah failed kat situ..hihi..dan test yang keempat ni pon aku lepas jugak keluar dari selekoh s tu..hehe..

Now,kita ke bukit pula..Macam biasa lah..Berhenti kejap sebelum naik...sebelum naik tu kan sempat lagi aku tengok siapa pegawai yang jaga di bukit masa tu..Sekali aku tengok..ouh..pegawai yang pendiam tapi dalam diam ubi berisi...okay...pegawai ni ok sikit..jangan jak pegawai yang suka saiko tu yang jaga bukit pulak....Rest punya rest..tekan hon..vrommmm vrommmm...kereta dah naik atas bukit..Pegawai tu tegur "Turun balik...Tayar ndak sampai di garisan kuning"...Aku pon tengok lah tu tayar...Ouh ya..betul..tak sampai di garisan kuning..Tu lah..sempat lagi aku kutuk dorang tadi..haha..Aku naik jak yang kali kedua ni ok!!Cun cun di garisan kuning sebab aku tengok cermin sisi aku cun jugak dengan tiang..Sikit lagi masa tu kereta berundur balik pi bawah..Nasib aku cepat jak kasih naik tu brek tangan free gear sama tekan clucth..Huh!!..kalau tak...erhmmm...see you next text lah jawabnya lagi..Tengah rest tu kan dah sampai jarum tu di angka no 3....kereta pon dah bergerak sikit dah...berngaum ngaum dia...aku pon cepat-cepatlah kasih gerak gerar pi gear 1 dan turunkan brek tangan lepaskan clucth perlahan-lahan..minyak jangan lepas dan automatiknya kereta yang aku pakai masa tuh turun jugak dengan selamat....Yeayyy...Lepas ugak bukit akhirnya...

Sebelum mula nak masuk parking sisi tu ada sorang cikgu tu dia tanya aku "No berapa kau"Aku jawab "no 3.."Cikgu tu cakap "Okay..pigilah masuk sana"Maksud nya dia suruh aku start test kat parking sisi lah...Bila dah mula tu..nak masuk dalam petak tu kan...sikiiiiiiiiiiiiiiit lagi aku lupa step dia..padahal semalam malaman aku dah pon hafal step dia...Aku baca bismillah then aku ingat balik lah apa yang aku patut buat..huhh!!Nasib...Bila cun dah aku kat dalam petak parking sisi tu,aku pandang tu pegawai yang jaga bahagian parking tu kan...aku tengok dia senyum buat isyarat tangan "okay ke tak"...tu pegawai tu angguk jak...Bila dah yakin....aku tekan hon then aku akhirnya berjaya keluar dari parking sisi dengan selamat...Yeayyyy...

Kini....tibalah bahagian tiga penuru pulak..ni kali mesti buat betul-betul..sebab hari tuh aku dah failed kat 3 penjuru ni..So,kali ni misti lepas punya..Tak der langgar benteng lagi sebelum ni..Berpandukan tips yang aku baca semalam...baca bismillah dulu...then..okay..cun...bila aku berenti ngam-ngam paras bahu ku di penjuru meja tempat pegawai tu duduk..aku tengok dia lagi..hahaha..tu pegawai macam besa lah..main angguk-angguk kepala jak..hihi..masa nak reverse masa tu,aku buat dengan berhati-hati dan cun cun jugak lah kereta tu reverse di belakang dengan jayanya..Bila aku nak keluar dari 3 penjuru tu kan...boleh-boleh pulak mati enjin dia..Masa aku nak hidupkan balik enjin dia tu pegawai tengok aku dan aku pon tengok dia balik...Nak mintak kesian lah tu...kahkahkah..Dan..aku pon keluar dari 3 penjuru tu dengan sangat berhati-hati supaya aku tak langgar benteng lagi dan akhirnya....aku berjaya jugak keluar dari 3 penjuru tu dengan selamat...yessss...

Dan paling last sekali..ialah selekoh z..Masa tu aku fikir jer..lepas ke tak lepas ni selekoh z..sebab selama aku ulangan test ni..belum pernah lagi aku masuk di selekoh z..hahaha..Demi tak nak failed lagi test..aku baca bismillah then aku ikut jak tips yang aku kena bagi..Tapi 2 kali jugak lah enin aku mati masa tuh..Dan yang terakhir kali nya aku tengok lagi tu muka pegawai tu...dia pon main angguk jak masa tuh..Akhirnyaaaa....aku lepas jugak kat selekoh z dan keluar dengan selamat...Yessss....



Finally....aku lulus jugak test ni..Yahuuuuuuu...Masa tuh jugakkan nak jugak aku bagitau satu kampung yang aku akhirnya lulus test setelah 4 kali mengulang..hahaha..Tahniah untuk diri sendiri..Yeayyy...Masa aku nak balik pi ruang menunggu..entah kenapa tiba-tiba aku tengok cermin pandang belakang kan aikk tetiba ada pulak pegawai jpj tuh ikut dibelakang aku..Aikh..ni dah kenapa dah ni??Aku gagal test ke lagi??Dia nak tahan aku kah?Atau dia nak iring kejayaan aku ke apa??Haha..Lagi-lagi pulak pegawai yang bawak kereta tu pegawai yang kasih gagal aku di lebuhraya yang tiba-tiba ikut di belakang aku..Dia ni dah kenapa...Bila dah sampai tu kan di pondok menunggu kawan baru aku cakap...tukar orang rupanya dorang sebab test kat lebuhraya dah nak mula untuk calon baru..Ouh..rupanya..ingatkan tu pegawai saja-saja nak ikut dari belakang aku semata-mata untuk meraikan kejayaan aku..haha..Perasan jak aku ni..Lolllzzzz...haha...

So,aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab test ulangan yang ke-4 ni aku lulus jugak akhirnya biarpun ada spoil sikit tadi..Haha..Yang kawan baru aku pon lulus sudah dia..Syukur sangat-sangat lagi-lagi sekarang ni bulan puasa.Orang bilang berkat puasa ni ari..:)..

Terima kasih cikgu sebab cikgu sudi ajar aku bawak kereta sampai aku pandai walaupon kali ni cikgu mogok sama aku..haha...Terima kasih ugak sama kawan-kawan baru yang super mesra sangat-sangat membantu time test di litar...Aku pun lupa pulak tanya nama kamu..haha...tapi ndak pa lah..harap kita jumpa lagi..:)..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini

PLMPB : Ujian JPJ (Part 3)

14 September 2016/Rabu

Assalamualaikum

Bila tarikhnya aku ambil test jpj yang ketiga ni aku pun tak ingat dah..Tapi baru sekarang nak cerita kat blog...hihi...Okay...teruskan bercerita!!

Bila tiba ujian jpj ulangan yang ketiga ni,time bahagian 1 (RPK & RSM) aku dapat pegawai jpj yang sporting dan kena-kena pula masa ni giliran aku aku dapat no 1 calon ulangan..haha...Mana kau nerbesnya waktu tu...Tapi rileks jer nak hadap muka pegawai jpj tu sebab kali ni pegawai dia sporting gila ar...Tanpa tunggu lama lagi pegawai tu suruh aku mulalah buat RPK & RSM..

Aku dah start lah..Mula-mula tu rileks jak tu pegawai di mea duduk-duduk..Tapi sampai bab kena suruh buka bonet enjin...berdiri pulak dia betul-betul ya sebelah aku..Mungkin dia nak pastikan kot sebutan aku betul atau tak..So,bila semua benda-benda yang ada dalam enjin tu semua aku sebut yeayyy...dia suruh aku masuk dalam pulak buat RSM..

jap....aku terpikir seketika masa kat dalam kereta tu..."Eh..tadi dia tak de suruh pun aku buka bonet belakang walhal aku dah buka pun dari depan..."Blurr sekejap..pegawai tu hairan kenapa aku belum mula lagi..."Dek..kenapa belum mula lagi?"Tersentak aku terus dari lamunan seketika...Cewahh...Nak cakap ke tak nak...Cakap ke tak nak..Tu jer yang aku pikir masa tuh...Sekali lagi tu pegawai tegur aku "Dek oh dek"...Aku pun terus tengok lah muka pegawai tu sambil tersenyum..."Dek,kenapa belum mula lagi?"Kali kedua dia tanya soalan begitu baru aku bersuara..Kahkahkah.."Tuan,bonet kat belakang saya belum buka lagi.."Tu pegawai cakap "Oh,tak apa lah...Saya kasih ko markah bonus sedja lah.."Wahhh...masa tu jugakk...lega sangat aku bila pegawai tu cakap begitu..Biar betul ni...Arr..biarlah janji dia bagi markah bonus walaupun aku tak buat..hahahahahaha..

Selesai dah aku buat RSM & RPK tu,tiba masanya pula untuk bahagian litar.Ya Allah..gugupnya aku masa tu hanya Allah jak yang tahu...Mana tak nya giliran aku yang duluan.Nombor 1 calon ulangan beb...So,bila dah di panggil untuk ke litar tu...pasrah jak aku masa tuh...Lepas ni,apa nak jadi dengan aku jadilah..So,pegawai tu suruh aku jalan....aku jalan jak lah...Let's go bebeh!!


Bila dah sampai di selekoh s,aku tekan hon dan pegawai tu main angguk jak kepala dia..Tu tandanya dah mula dah...Dengan berhati-hatinya aku bawak tu kereta masuk dalam selekoh s..Takut pulak aku masa tu sangkut jugak aku kat situ sebab test sebelum ni aku tak pernah lagi sangkut dekat selekoh s..Dan akhirnya...lepas jugak aku kat selekoh s.

Tiba pula di bukit...Time aku sedang rest minyak tu sempat lagi aku tengok siapa pegawai yang jaga masa di bukit tu..Sekali aku tengok alamak.....pegawai tu lagi...yang dulu kasih gagal aku di lebuhraya...alamakkkkk...macam mana ni...Risau sudah aku masa tu sampai aku lupa mau naik bukit..sampai tu pegawai tengok aku bah kenapa aku belum naik-naik lagi..Hahahaha...So,tak nak failed lagi aku tekan hon then vrooooommm...kereta dah di atas garisan kuning..Entah kenapa masa tu,buat hal pulak tu kereta sama aku..Cantek sudah ngam-ngam tayar tu di atas garisan kuning...Aku sudah kasih turun brek tangan..tekan clucth sama brek...Boleh-boleh pula kereta tu bergerak sikit ke belakang...Terus tu pegawai tajam mata dia tengok aku..Perghhh..Boleh lepas ke tak lepas ni..Tu jak yang aku fikir masa tuh...Aku angkat balik tu brek tangan...tekan clucth dan rest minyak sampai ke angka no 3...Dan aku turunkanlah tu brek tangan dannnnn..di situ kereta tu betul betul buat hal sama aku...Boleh-boleh pulak keret tu mengundur...2 kali dah aku undur bukit so automatiknya aku failed lah lagi test yang ketiga ni..Erhm...masa tu berfikir aku nak salahkan pegawai tu tak jugak...nak salahkan kereta tu pun tak masuk akal jugak...arghhhh...nantilah fikir...Kena sound lagi aku dengan cikgu aku..Maaflah cikgu sebab akulah pelaar cikgu ayng paling bengap sekali..Test tak pandai lepas-lepas..

Cikgu aku yang duduk kat situ pun terus dibuka kan nya pintu untuk aku disuruhnya aku keluar dari kereta tu sebab student ndak boleh sudah kasih turun tu kereta kalau sudah gagal..Pegawai tu sempat lagi panggil aku nak bagitau apa kesalahan yang aku buat..Huhh!!Masa kat lebuhraya pun (part 1) begitu jugak dia buat aku..Bagitahu apa kesalahan yang aku buat..Erhmm...Sabar sedJalah...So,test kali ni aku failed lagi..Sabar..

Aku pun pulang dalam keadaan yang stress...Makan pon tak der selera dah..*masa ni belum puasa ok..Ndak habis fikir aku kenapa ndak boleh lepas lagi ni test...Orang lain ulang test 2 kali jak...nih aku pulak yang terlebih sangat nih sampai 4 kali ulang test...urhmmm...Masa ni fikir fikir fikir apa yang menyebabkan aku gagal...Ouh yess...jawapan dia aku dah dapat..

Time di bukit,aku tiada tukar gear pergi free...Lepas tu kereta tu belum ada pergerakan aku sudah pun kasih turun tu brek tangan.Clucth aku ndak angkat..Arghhhhhhhhh...Macam mana aku boleh lupa tu..Haizz..Tak pe lah...Boleh cuba lagi di rumah..Belajar sendiri di rumah...Sampai rumah pulak...lagi aku teruk kena marah..kena cuci telinga...Paksa lah aku tahan telinga..:)..

So...see you next test lah lagi..


Terima kasih kerana sudi baca entri ini..