PLMPB : Ujian JPJ (Part 2)

11 Jun 2016/Sabtu

Assalamualaikum


Seperti yang ditunggu-tunggu,akhirnnya sampailah tarikh yang ditunggu-tunggu untuk aku ambil test JPJ ulangan.Dah daftar ambil nombor.Sekali tengok nombor...makkk aihh..terkejut aku..Kenapa jauh sangat nombor aku nihh.....Gara-gara aku tak puas hati dengan nombor giliran yang aku dapat aku pon tanya lah kakak-kakak kat situ

Aku "Sis,kenapa no giliran aku jauh sangat nih?No 36?"

Sis "Sebab kau mengulamg dua-dua bahagian kan.Litar sama lebuhraya.Jadi kau kena ikut calon baru meskipun kau calon mengulang..."

Aku..."Oooooo..."

Alamakkk...Kena tunggu lah jawapnya sebab giliran aku mau penghabisan sudahh..Arghhh..Sabar jak lah masa tuh..Erhmm..

Tunggu punya tunggu sampailah jugak pi giliran aku..Masa tuh aku dah lah mengantuk sangat sebab tengha hari jo..

Untungnya masa tu bahagian 1 aku dapat penceramah JPJ tu pulak.Sebab aku tahu yang ketua JPJ tu sporting..Yeahhh dan kali ni dai bagi aku full mark dan markah bonus sebab bahagian 1 RPK dan RSM aku dah buat yang terbaik..Hehhe..Now kena tunggu bahagian litar.

Bahagian Litar (Bahagian 2)

Selekoh S,bukit dan parking undur aku sudah lepas..Ok..Cuma di bukit hari tu ada spoiled sikit..Boleh-boleh pulak kereta aku terundur sikit 1 kali nasib yang JPJ tu bagi peluang kedua untuk aku dan aku cuba bertenang...Tekan hon...Tekan clulct dan brek..Angkat brek tangan..Rest minyak clucth jangan lepas.Rest minyak sampai jarum pergi ke angka 3...Lepas tu bila dah yakin angkat clucth perlahan-lahan tunggu sampai kereta ada pergerakan dan turunkan brek tangan dan automatik kereta aku terturun jugak dari bukit..Huh!!Nasib...Lepas jugak aku di bukit...

Parking undur pun ok..Lepas jugak..Tapi bila aku dah sampai kat tiga penjuru sana lagi aku sangkut...Eeeee..Masa nak keluar parking boleh-boleh pulak ternaik bonggol.Test lalu naik bonggol jugak...Test yang kedua ni pulak naik bonggol jugak.So,automatik aku gagal lagi..

Cun-cun sudah masuk dalam parking tadi tetiba time nak keluar cari pasal pulak dia..Haizzzz..Cikgu aku masa tuh dia bagitau aku aku awal pusing stereng...Masa tu baru aku teringat..Ya Allahh..macam mana aku boleh lupaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???Masa kita dalam parking dan nak keluar parking...ke depan sedikit dan pusing stereng perlahan-lahan dan bila nak keluar tu baru pusing habis tu stereng..Baru tak ternaik bonggol...Arghh...Masa nih aku masih ok lagi..Cool.Haha..So pasrah jer lah aku masa tuh.Haiz...

Jadiiiiiiiii,alamatnyaaaaaaaa mengulang lah lagi aku test...Erhm...Rilekssss...

Bahagian Lebuhraya (Bahagian 3)

Part ni aku suka...hihi..Sebab aku dapat JPJ yang sama jugak masa aku di bahagian 1.Macam biasa lah..sebelum jalan buat RSM dulu baru jalan..Masa nak jalan tu dia tanya aku lah "Macam mana tadi di litar?Ok kah?"Aku cakap "Tak ok tuan.Kandas lagi""Dimana lagi kau kandas ni"JPJ tu tanya aku.."Di tiga penjuru""Nahh...Mengulang lah lagi"..Aku senyum jer masa tuh...

Masa di lebuhraya tuan JPJ tu tak banyak cakaplah...Sampai dia suruh aku berhenti,aku berhati-hati sikit.Nasib aku tak gemuruh masa tu jadi aku tak lupa lah tukar gear masa tu dan alhamdulillah masa aku nak buat u-turn tu tak mati enjin...Yahooooo...

Sampai jak dilitar baru dia kasih tahu silap aku di situ...Katanya,"Kau belum pandai kawal stereng..ke kiri dan ke kanan...gagal mengawal kelajuan...Tu jak..sepatutnya gagal sudah kamu tapi ndak apa..Saya kesiankan kamu sebab minggu lalu kamu sudah gagal kedua-dua bahagian dan tadi pun kamu kata kamu sangkut lagi di litar...saya kasih lulus ja lah..".."Terima kasih tuan..."Begitulah bicara aku dengan tuan JPJ...Syukur lah aku dapat JPJ macam dia..Yehaa..Lulus jugak aku di lebuhraya atas jasa baik tuan..

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii,litar lagi aku belum lulus...erhmmm...Tak pe lah...Bukan reeki kot nak lulus JPJ masa tu..Cuba lagi di next test..Huhu..



Terima kasih kerana sudi baca entri ini..

1 comment:

  1. Lepas nie boleh lulus kot.. usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..