Diari Ramadhan 2016 (1) : Menggosok Gigi Ketika Berpuasa

09 Jun 2016/Khamis

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Sekarang ni kita sudah pun berpuasa pada hari keempat.Macam mana puasa korang pada hari keempat?Ok tak?

For the frist time,bulan ramadhan tahun ini aku secara tiba-tibanya terrajin pulak nak buat DIARI RAMADHAN segala..haha..alaa...bukan selalu pon kan...time bulan ramadhan jer selalu ada DIARI RAMADHAN ni....Hari-hari lain diari biasa dah...

Straight to the point lah ar..Okay..tajuk DIARI RAMADHAN yang pertama aku nak buat ni ialah pasal menggosok gigi...Kenapa pulak pasal bab gosok gigi ni keluar?Sebab ramai orang konfius kalau kita sedang berpuasa dan masa tu jugak kita nak berus gigi.Ramai orang kata kalau berus gigi selepas subuh puasa jadi makruh or batal..Nak jawapan yang sebenar?


Okay..Teruskan membaca..

Seperti yang kita tahu,agama Islam memerintahkan umatnya untuk menjaga kebersihan terutama nya kebersihan gigi.Oleh itu,menggosok gigi ketika berpuasa tidak akan membetalkan puasa.Faham kan korang..?

a) Apakah hukum puasa seseorang yang memberus gigi selepas azan Subuh berkumandang?
  • Sah puasanya.Yang makruh dalam Mazhab Syafi'i adalah memberus gigi selepas waktu zuhur.
b) Adakah dibolehkan memberus gigi ketika sedang berpuasa?
  • Boleh (harus) tetapi sehingga sebelum zuhur.Memberus gigi selepas waktu zuhur makruh mengikut pendapat muktamad dalam Mazhab Syafi'i.
Dan korang pun dah tahu kan samada menggosok gigi ketika sedang berpuasa atau menggosok gigi selepas azan subuh tidak membatalkan puasa atau pun makruh.Yang jadi makruh nya ialah bila kita menggosok gigi selepas zuhur..Selamat berpuasa...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini...


1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..