Tips Praktikal : 5 Kesalahan Yang Tidak Wajar Dilakukan Oleh Pelajar Sewaktu Memohon Latihan Industri

14 Mei 2016/Sabtu

Assalamualaikum


Sekarang adalah musim para pelajar IPTA dan IPTS sibuk menjalani latihan industri di agnesi kerajaan mahupun di swasta.Kebanyakan institusi pendidikan mewajibkan pelajarnya untuk membuat praktikal sebagai syarat wajib sebelum layak bergelar graduan.

Tujuan latihan industri ini adalah sebagai pendedahan secara praktikal di lapangan dan memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali realiti sebenar alam pekerjaan yang serba mencabar.

Namun malangnya,para pelajar masa kini sepertinya kurang bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.Ini kerana,di peringkat permohonan latihan industri pun,sudah banyak kesalahan yang mereka lakukan.
Sebagai seorang pelajar yang sudah pun berjaya menamatkan praktikal,Nurul ingin berkongsi tentang 5 kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka.


1.Tidak Beradab

“Hello,selamat pagi.”Staff yang bertugas mengangkat telefon yang berdering.”Hello!Sini ada ambil praktikal tak?”

Tanpa pengenalan diri,mereka terus mengajukan soalan.Sekurang-kurangnya,perkenalkan nama dan institusi pengajian terlebih dahulu supaya senang untuk staff tang bertugas berurusan.Contohnya macam ni : 

“Hello,selamat pagi.Saya Nurul Baidurah Binti Abdullah dari Kolej Yayasan Sabah.Nak tanya,di syarikat puan (kalau perempuan yang jawab) / di syarikat encik (Kalau lelaki yang jawab) ada ambil pelajar praktikal kah?”

Kalau dia tanya lagi bidang apa dan bila mula praktikal kemudian dia kata dia suruh hantar resumi korang ke syarikat dorang,sebaiknya korang sendiri yang hantar ke syarikat korang supaya dorang boleh nampak penampilan korang macam mana.Kalau melalui emel,tidak dijaminlah yang korang akan diterima praktikal di situ ataupun tidak..

Apabila terus mengajukan soalan sedemikian rupa,ia kedengaran gopoh dan tidak sopan.Apatah lagi jika bertanya seperti ini :

“Hello,proses permohonan saya macam mana?”

Korang fikir syarikat mereka menguruskan permohonan korang sahaj?No...Banyak lagi dokumen permohonan yang bertimbun di atas meja yang mereka perlu urus.Dan korang expect mereka untuk kenal nama korang melalui suara korang?Atau korang berasa diri korang begitu VIP?

2.Resume ‘copy paste’

Selalu sangat ‘copy paste’ assignment,akhirnya resume pun korang ‘copy paste’.Itulah tujuannya lecturer menegah para pelajar daripda meniru hasil kerja orang lain.Nanti terbawa-bawa ke alam pekerjaan.

Jika di peringkat mahu memohon latihan industri pun sudahcopy paste’,tidak mustahil apabila sudah bekerja nanti anda akan melakukan perkara yang sama.
Bayangkanlah,staff yang bertugas pada masa itu menerima 4 permohonan pelajar daripada universiti yang sama.Keempat-empat resume itu kelihatan serupa sahaja.

Yang berbeza hanya gambar,butir peribadi dan point CGPA.Yang lain-lain seperti kemahiran,pengalaman,kelebihan malah layout resemenya pun,semuanya sama!

Paling menyedihkan,sampai nama dan alamat syarikat pun salah,gara-gara ‘copy paste’.Maaf,permohonan korang ditolak sebab bukannya nak hantar ke syarikat mereka kan.


3.Emel Kosong,Hanya Attachment.

Ini lagi Diva.Korang hantar emel,ada attachment dokumen yang diperlukan.Tapi kandungan emelnya kosong sahaja.Tiada pun salam perkenalan dan kata-kata alauan yang mengatakan tujuan emel itu dihantar.Kadang-kadang tajuk (subject) pun kosong!

Ibaratnya,jika dihantar melalui by hand,korang masuk ke dalam pejabat,lempar dokumen korang atas meja staff tersebut,kemudian korang pun beredar.Sopankah begitu?

Lain kali sila tulis tujuan anda menghantar emel itu.Contohnya seperti :

“Tuan,Saya Nurul Baidurah Binti Abdullah dari Kolej Yayasan Sabah ingin membuat permohonan latihan industri di tempat tuan.Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.Terima kasih.”

Ayat pendek seperti itu pun sudah okay.Senang kan buat ayat macam tu...

4.Bawa ibu bapa

Ada sesetengah pelajar yang datang bersama ibu bapa.Bawa ibu bapa itu tidak salah.Yang salah apabila berurusan itu adalah ibu bapa korang.Bukannya korang!Amboi,siapa yang mahu buat praktikal ni?Korang atau ibu bapa korang?


“Encik,tolonglah terima anak saya ini.Tempat lain tak nak terima”

Mungkin staff kat situ tahu kenapa tempat lain tidak meluluskan permohonan pelajar ini.Jawapannya jelas di hadapan staff tersebut.

Sebagai seorang pelajar universiti/kolej,korang bukan lagi budak sekolah atau kanak-kanak.Ini bermakna korang sudah cukup dewasa untuk berhadapan dengan masyarakat.Sampai bila korang mahu bergantung pada ibu bapa korang?

Selain bawa ibu bapa ke pejabat,ada juga ibu bapa yang tolong telefon atau emel bagi pihak anaknya.Eh,korang sendiri tak boleh bercakap ke?Kenapa mesti serah kepada ibu bapa?

Selagi korang sihat tubuh badan,anda perlu berdikari.Sewajibnya pada peringkat umur ini,korang perlu berdikari!Korang kan dah besar...

Staff tu pun berat hati nak terima pelajar seperti ini.Jika korang diterima kelak,pasti ibu bapa korang yang banyak akan masuk campur urusan kerja nanti.

5.Bertanya Soalan Mengarut

Okey,ini terjadi apabila pelajar sudah diterima untuk menjalani latihan industri.Namun telinga menjadi panas apabila mendengar soalan-soalan yang diajukan,seolah-olah sedang bercakap dengan budak kecil.

“Pukul berapa saya kena bangun pagi?””Pergi pejabat kena bawa payung tak?”

Hello!Itu bukannya soalan yang patut keluar daripada seorang yang bakal graduan.Semua itu adalah soalan pengurusan diri.

Tanyalah soalan-soalan yang lebih menunjukkan tahap intelektual korang.Pernah sekali,staff kat company ni ditanya dengan soalan seperti ini :

“Apa nombor IC saya”

Nombor IC korang sendiri pun korang tak hafal??Kemudian korang fikir mereka perlu hafal nombor IC korang?Apakah benda nya nih?

Semua yang Nurul ceritakan di atas ni adalah cerita benar.Ini baru di peringkat permohonan.Belum lagi di peringkat pendaftaran dan semasa mereka sedang menjalani latihan industri.Kepada mereka yang sedang mencari tempat praktikal tu,korang rujuklah tips ni supaya tak ada kesilapan yang berlaku kelak..Tips ni pun untuk kegunaan korang jugak..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

6 comments:

  1. bab resume tu AB setuju betul. dah la copy paste, simple grammar pon boleh salah. kalau tak pasti apa salahnya google atau tanya kawan-kawan yang lebih arif.

    AB singgah dan follow sini dari Segment Amirah Azman & sponsor.

    My Stupid Boss 2016

    ReplyDelete
  2. CN follow sini dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-sponsor.html

    ReplyDelete
  3. Yes yes setuju sangat. sebab sesetengah student buat sambil lewa je bab bab mcm ni huhu

    ReplyDelete
  4. hahaha.. benda yang simple dimata org tapi de gak yg buat.. good info

    ReplyDelete
  5. setengah student mcm xmatang lg kot..myb dy anggap ni bukan seriously keje..praktikal je pun..huhu

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya pendapat la . sebab tahun depan praktikal so agak2 boleh tak tanya tempat yang kita nak praktikal tu ada bagi elaun ke tak ?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..