Review : Mr Boss Miss Stalker ( Dahlia TV3)

03 Mei 2016/Selasa

Assalamualaikum

Asal korang tau kan,sekarang ni TV3 Slot Dahlia ada wayang baru lah ke aku sorang jak ni yang baru tau??Ar..Biarlah kalau aku sorang jak yang ketinggalan...Yang penting dapat tengok cerita dia pun ok sudah..Tajuknya Mr Boss Miss Stalker yang dilakonkan oleh Mia Ahmad dan Ashraf Muslim.Wahh...Lamanya aku tak tengok Ashraf Muslim berlakon.


 Mr Boss Miss Stalker ditayangkan di Slot Dahlia Tv3 setiap hari Jumaat-Ahad pada jam 07.00      malam - jam 08.00 malam.

Mengisahkan Sara Azreen(Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah(Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil,iaitu Hariz Zhafran(Ashraf Muslim),CEO kepada Mentari Angkasa Sdn. Bhd.Bagi memudahkan kerja penyiasatannya,Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serba salah.Namun,dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa.Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn.Bhd.Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin tidak bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil(Zulkifli Ismail).Malahan Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil,Liza(Nazeera Sardi).

Izzudin(Riz Amin),pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara.Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya(Miera Liyana),seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi.Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz.Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya.Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk terus memerangkap Hariz?

Jom..kita layan cerita ni di TV3 setiap jumaat-ahad pada jam 07.00 malam-jam 08.00 malam...Tajuk lagu ni Dekat Tapi Jauh dari kumpulan Forteen..



Terima kasih kerana sudi baca entri ini.


1 comment:

  1. saya tengok masa first episod tu tapi yang slepas tu dah tak terkejar..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..