PLMPB : Ujian QTI

25 Mei 2016/Rabu

Assalamualaikum



Selepas KPP02 dan KPP03 aku dah habis akhirnya aku buat ujian QTI.Mula-mula aku risau jugak kalau ujian QTI aku tak lepas tapi bila tahu sudah kesudahan dia akhirnya lepas jugak aku ujian QTI.Lulus dan minggu depannya boleh sudah ambil ujian JPJ

Asal korang nak tahu eh..Ujian QTI ni adalah ujian trial sebelum kita test JPJ.Ujian QTI ni cikgu-cikgu di sekolah memandu yang urus dan bukan JPJ.Kalau tets JPJ dah mula barulah JPJ sebenar yang urus.

Masa QTI tu tak lah sangat ramai orang..Ntah aku tak ingat dalam beberapa orang tapi yang aku ingat giliran aku yang ke 7.

Sampailah giliran aku cepat-cepat aku datang ke ruang RPK dan RSM sebab tak nak cikgu tu tunggu lama-lama pula nanti free kena potong markah..huhuuhu..lepas dah lepas buat semua tu bahagian litar pulak menunggu.

Di litar,di bukit aku failed.Terturun 2 kali....Masa tu kan takut sudah aku sebab kan kalau bukit terturun 2 kali memang failed.Tapi yang ni nasib QTI.Tenang lah dulu sekejap.Jangan gelabah.Bila ada cikgu perempuan di bukit sebelah tolong bagitahu aku,dia cakap "Dek,tekan clucth sama minyak tarik brek tangan..seimbangkan minyak sama clucth...tekan minyak sampai angka 3 dan clucth angkat perlahan-lahan turun kan brek tangan" dan akhirnya turun jugak kereta yang aku pakai tu...Gelabah dah masa tu.Nasib ada orang tolong..Huhu..Nasib jugak QTI aku lulus.

Korang bayangkan jer korang masa tuh tengah test di bukit..Huhu..

Selekoh S sama selekoh Z ok lah..Lepas tak de masalah.Parking undur dengan tiga penjuru pun ok jugak..Lepas semua..Markah aku masa tu aku tak ingat berapa aku dapat tapi mau dekat markah full lah..Dalam anggaran 67 or 68 daripada markah lulus.Markah lulusnya pulakk erhm 70 kot tak silap..Tak ingat dah... dan yang penting syukur lah sangat-sangat lulus jugak aku QTI..

Masa aku ambil borang tu,aku sempatlah tengok apa-apa keselahan yang aku sudah buat masa di litar.Sekali tengok...alalalalalalalalalala...banyak nyerr..Kesalahan yang aku buat masa tu ialah CITO tak der buat,hon tiada tekan dan terundur bukit 2 kali..Nah...free-free markah aku kena tolak tapi nasib lulus..Huhu..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..