PLMPB : Ujian JPJ

26 Mei 2016/Khamis

Assalamualaikum


Time test JPJ,punyalah banyak manusia..Makkk aihhh...Masa aku test QTI dulu pon tak de lah banyak nyerr sampai 40 orang.Bila tiba giliran aku,JPJ tu nampak muka aku dia kata "Kenapa muka kau?Chickenpox kah?"Aku yang bingung-bingung ni terus buat muka bingung dan JPJ tu terus cakap "Ouh,jerawat.Hahaha.."Terus dia ketawa...Ewahh...Mulut langsung tiada insuran..Kuang ajo!!Uihnahh...Mau jak aku terajang tu JPJ tu..Mulut punyalah seitan betul..Kau pikir kau tu hensem sangat kah?????*Tetiba...

Mula-mula bahagian 1 dulu kena buat kan yang pasal RPK dan RSM..Mula-mula okay dah..tak der masalah...Sekali sampai di bonet belakang aku kena suruh buka oleh JPJ tu....

JPJ tu cakap "Dek,buka bonet belakang"

Aku "Okay tuan"

Dengan yakinnya aku pon bukalah bonet belakang viva tu macam kereta kancil sebab tempat buka bonet belakang viva tu didepan kan..kancil dibelakang..Aku pun tercari-caru lah di mana tempat buka bonet dia..

Aku "Aikh...mana tempat buka dia ni"

JPJ "Erhm..mana tempat buka dia?Kan sudah kena ajar sebelum ni"

Aku "Iya.Ada kena ajar tuan"

Masih lagi aku terkial-kial mencari tempat membuka bonet viva.Mungkin JPJ tu kesian tengok aku dia kasih tau lah "Dek,tempat buka bonet nya di depan bukan di belakang"...Masa tu jugakkan aku rasa macam aku nak tunda jak tu test sebab kuyak sudah kan depan JPJ...Hahahaha..Berabis mau buka bonet belakang viva tu baru ingat yang tempat buka dia di depan..So malulah aku..Hahaha..

Bahagian litar pulak...

Selekoh S aku lepas...Bukit pun aku dah lepas..Ok cantekk!!Time nak masuk parking undur.Masa nak keluar parking tu tetiba kereta tu ternaik bonggol pulak...Wulawehhh......Automatiknya aku gagal lah di situuuuuu...Alamakkkk...Kena bayar lagi lepas ni...Aih...Dimana silapku di parking tu aku pun tak tau sebab kereta tu ternaik bonggol..Huh!!Ingat boleh lepas lah part parking ni rupanya sangkut..Haizz...

So,cikgu aku suruh aku balik lah pi pondok menunggu sebab gagal satu mana boleh sambung lagi..Kena lah ulang test lagi...Erhmmm..Masa nih masih ok aku...So cool jer lah dulu..

Bahagian jalan raya....

Haaaa....aku berdoalah sangat dapat JPJ yang sporting sekalinya bila tiba giliran aku erhm...aku dapat JPJ yang tegas pula ya...Masuk masuk jer dalam kereta "Uishhh...hensemnya..." tapi aku cakap dalam hati lah..

Masuk duduk buat RSM dan bila JPJ tu kata "okay,jalan" dan kau pun jalan lah...Jom kita ke lebuhraya..Masa aku tengah drive,JPJ tu diam jer..Dia tanya pun sikit-sikit jer.."Umur berapa" "Dah habis sekolah ke belum" Nak tak nak aku layan jer lah JPJ tu..Karang free FAILED pulak kat lebuhraya gara-gara aku tak layan tu JPJ..Dah lah di litar pon aku FAILED jugak..

Memandangkan aku tak nak FAILED jugak kat lebuhraya,aku layannnnn kan jer JPJ disebelah aku ni..Sebab dorang bukan apa...Kadang-kadang saja jer dorang bawa kita bercerita untuk menguji kita samaada kita nervous atau tidak masa tu.So,layannnnn sedjalah dorang...Tapi kalau korang dapat yang jenis memang GATAL tu,Memang GATAL lah jawapannya.Nasib korang lah kalau tetiba korang kena ajak pi dinner pulak malam tu..Hahahaha..

Dah dia asyik tanya-tanya aku so aku pun masa tu bergegar jugak.Mana tak nya,masa aku berhenti nak buat u-turn boleh-boleh pulak aku lupa nak tukar gear pi gear 1 sebab masa aku nak berhenti tadi aku pi gear 3.Kereta tu pun balik-balik matilah masa nak mula jalan dan automatiknya lah aku FAILED jugak kat lebuhraya...erghhhh...

Masa dalam perjalanan balik tu JPJ tu bagitau lah apa-apa kesalahan yang aku buat.JPJ tu cakap "Kau belum pandai kawal stereng..Kereta ke kanan dan ke kiri..Tapi masa tu saya boleh bersabar lagi dengan kamu tapi bila buat u-turn di situ saya tak boleh sabar dah..Maunya kalau ada kereta masa tu jugak silap haribulan kita dua boleh eksiden sama-sama.."...Entah kenapa lain pulak difikiran aku masa tu bila JPJ tu cakap begitu yang last sekali..Hahahaha...Lolzz...

Mula-mula dia nak bagi aku lulus jer kat lebuhraya tu sebab kat litar tu aku dah FAILED tapi memandangkan cara aku bawak kereta tu bahaya terpaksa lah JPJ tu kasih FAILED aku..Huhhu..So,SEE YOU NEXT TEST lah katanya...

Masa tu jugak nak jugak aku pulas-pulas kepala JPJ tu..Tu lah...bawak lagi aku bercerita..Erhm..Dan automatiknya lah jugak time pulang tu JPJ yang bawak kereta..Aku pulak jadi penumpang..Sampai aku di pondok menunggu bila aku turun dari kereta jak semua tengok aku macam aku baru lepas bunuh orang.Padahal aku gagal test jer ponnn...

Tapi baru satu kali aku FAILED tak aperr...Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya kan..:P..


Terima kasih kerana sudi baca entri ini..

4 comments:

  1. Hahahahhaha...ada jugak JPJ gitu...cuak ni...aku pun baru je nak ambik lesen...baru lepas computer test..tu pun dah selsema...kalau yang ni nanti taktaulah eden...

    ReplyDelete
  2. Haahahaha..samalah, AB pon failed jugak masa test JPJ untuk kereta. Tapi lagi dahsyat, sampai 4 kali failed..hihihi

    Apa Itu 'Flying Tent' ?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..