PLMPB : Ujian JPJ

26 Mei 2016/Khamis

Assalamualaikum


Time test JPJ,punyalah banyak manusia..Makkk aihhh...Masa aku test QTI dulu pon tak de lah banyak nyerr sampai 40 orang.Bila tiba giliran aku,JPJ tu nampak muka aku dia kata "Kenapa muka kau?Chickenpox kah?"Aku yang bingung-bingung ni terus buat muka bingung dan JPJ tu terus cakap "Ouh,jerawat.Hahaha.."Terus dia ketawa...Ewahh...Mulut langsung tiada insuran..Kuang ajo!!Uihnahh...Mau jak aku terajang tu JPJ tu..Mulut punyalah seitan betul..Kau pikir kau tu hensem sangat kah?????*Tetiba...

Mula-mula bahagian 1 dulu kena buat kan yang pasal RPK dan RSM..Mula-mula okay dah..tak der masalah...Sekali sampai di bonet belakang aku kena suruh buka oleh JPJ tu....

JPJ tu cakap "Dek,buka bonet belakang"

Aku "Okay tuan"

Dengan yakinnya aku pon bukalah bonet belakang viva tu macam kereta kancil sebab tempat buka bonet belakang viva tu didepan kan..kancil dibelakang..Aku pun tercari-caru lah di mana tempat buka bonet dia..

Aku "Aikh...mana tempat buka dia ni"

JPJ "Erhm..mana tempat buka dia?Kan sudah kena ajar sebelum ni"

Aku "Iya.Ada kena ajar tuan"

Masih lagi aku terkial-kial mencari tempat membuka bonet viva.Mungkin JPJ tu kesian tengok aku dia kasih tau lah "Dek,tempat buka bonet nya di depan bukan di belakang"...Masa tu jugakkan aku rasa macam aku nak tunda jak tu test sebab kuyak sudah kan depan JPJ...Hahahaha..Berabis mau buka bonet belakang viva tu baru ingat yang tempat buka dia di depan..So malulah aku..Hahaha..

Bahagian litar pulak...

Selekoh S aku lepas...Bukit pun aku dah lepas..Ok cantekk!!Time nak masuk parking undur.Masa nak keluar parking tu tetiba kereta tu ternaik bonggol pulak...Wulawehhh......Automatiknya aku gagal lah di situuuuuu...Alamakkkk...Kena bayar lagi lepas ni...Aih...Dimana silapku di parking tu aku pun tak tau sebab kereta tu ternaik bonggol..Huh!!Ingat boleh lepas lah part parking ni rupanya sangkut..Haizz...

So,cikgu aku suruh aku balik lah pi pondok menunggu sebab gagal satu mana boleh sambung lagi..Kena lah ulang test lagi...Erhmmm..Masa nih masih ok aku...So cool jer lah dulu..

Bahagian jalan raya....

Haaaa....aku berdoalah sangat dapat JPJ yang sporting sekalinya bila tiba giliran aku erhm...aku dapat JPJ yang tegas pula ya...Masuk masuk jer dalam kereta "Uishhh...hensemnya..." tapi aku cakap dalam hati lah..

Masuk duduk buat RSM dan bila JPJ tu kata "okay,jalan" dan kau pun jalan lah...Jom kita ke lebuhraya..Masa aku tengah drive,JPJ tu diam jer..Dia tanya pun sikit-sikit jer.."Umur berapa" "Dah habis sekolah ke belum" Nak tak nak aku layan jer lah JPJ tu..Karang free FAILED pulak kat lebuhraya gara-gara aku tak layan tu JPJ..Dah lah di litar pon aku FAILED jugak..

Memandangkan aku tak nak FAILED jugak kat lebuhraya,aku layannnnn kan jer JPJ disebelah aku ni..Sebab dorang bukan apa...Kadang-kadang saja jer dorang bawa kita bercerita untuk menguji kita samaada kita nervous atau tidak masa tu.So,layannnnn sedjalah dorang...Tapi kalau korang dapat yang jenis memang GATAL tu,Memang GATAL lah jawapannya.Nasib korang lah kalau tetiba korang kena ajak pi dinner pulak malam tu..Hahahaha..

Dah dia asyik tanya-tanya aku so aku pun masa tu bergegar jugak.Mana tak nya,masa aku berhenti nak buat u-turn boleh-boleh pulak aku lupa nak tukar gear pi gear 1 sebab masa aku nak berhenti tadi aku pi gear 3.Kereta tu pun balik-balik matilah masa nak mula jalan dan automatiknya lah aku FAILED jugak kat lebuhraya...erghhhh...

Masa dalam perjalanan balik tu JPJ tu bagitau lah apa-apa kesalahan yang aku buat.JPJ tu cakap "Kau belum pandai kawal stereng..Kereta ke kanan dan ke kiri..Tapi masa tu saya boleh bersabar lagi dengan kamu tapi bila buat u-turn di situ saya tak boleh sabar dah..Maunya kalau ada kereta masa tu jugak silap haribulan kita dua boleh eksiden sama-sama.."...Entah kenapa lain pulak difikiran aku masa tu bila JPJ tu cakap begitu yang last sekali..Hahahaha...Lolzz...

Mula-mula dia nak bagi aku lulus jer kat lebuhraya tu sebab kat litar tu aku dah FAILED tapi memandangkan cara aku bawak kereta tu bahaya terpaksa lah JPJ tu kasih FAILED aku..Huhhu..So,SEE YOU NEXT TEST lah katanya...

Masa tu jugak nak jugak aku pulas-pulas kepala JPJ tu..Tu lah...bawak lagi aku bercerita..Erhm..Dan automatiknya lah jugak time pulang tu JPJ yang bawak kereta..Aku pulak jadi penumpang..Sampai aku di pondok menunggu bila aku turun dari kereta jak semua tengok aku macam aku baru lepas bunuh orang.Padahal aku gagal test jer ponnn...

Tapi baru satu kali aku FAILED tak aperr...Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya kan..:P..


Terima kasih kerana sudi baca entri ini..

PLMPB : Ujian QTI

25 Mei 2016/Rabu

Assalamualaikum



Selepas KPP02 dan KPP03 aku dah habis akhirnya aku buat ujian QTI.Mula-mula aku risau jugak kalau ujian QTI aku tak lepas tapi bila tahu sudah kesudahan dia akhirnya lepas jugak aku ujian QTI.Lulus dan minggu depannya boleh sudah ambil ujian JPJ

Asal korang nak tahu eh..Ujian QTI ni adalah ujian trial sebelum kita test JPJ.Ujian QTI ni cikgu-cikgu di sekolah memandu yang urus dan bukan JPJ.Kalau tets JPJ dah mula barulah JPJ sebenar yang urus.

Masa QTI tu tak lah sangat ramai orang..Ntah aku tak ingat dalam beberapa orang tapi yang aku ingat giliran aku yang ke 7.

Sampailah giliran aku cepat-cepat aku datang ke ruang RPK dan RSM sebab tak nak cikgu tu tunggu lama-lama pula nanti free kena potong markah..huhuuhu..lepas dah lepas buat semua tu bahagian litar pulak menunggu.

Di litar,di bukit aku failed.Terturun 2 kali....Masa tu kan takut sudah aku sebab kan kalau bukit terturun 2 kali memang failed.Tapi yang ni nasib QTI.Tenang lah dulu sekejap.Jangan gelabah.Bila ada cikgu perempuan di bukit sebelah tolong bagitahu aku,dia cakap "Dek,tekan clucth sama minyak tarik brek tangan..seimbangkan minyak sama clucth...tekan minyak sampai angka 3 dan clucth angkat perlahan-lahan turun kan brek tangan" dan akhirnya turun jugak kereta yang aku pakai tu...Gelabah dah masa tu.Nasib ada orang tolong..Huhu..Nasib jugak QTI aku lulus.

Korang bayangkan jer korang masa tuh tengah test di bukit..Huhu..

Selekoh S sama selekoh Z ok lah..Lepas tak de masalah.Parking undur dengan tiga penjuru pun ok jugak..Lepas semua..Markah aku masa tu aku tak ingat berapa aku dapat tapi mau dekat markah full lah..Dalam anggaran 67 or 68 daripada markah lulus.Markah lulusnya pulakk erhm 70 kot tak silap..Tak ingat dah... dan yang penting syukur lah sangat-sangat lulus jugak aku QTI..

Masa aku ambil borang tu,aku sempatlah tengok apa-apa keselahan yang aku sudah buat masa di litar.Sekali tengok...alalalalalalalalalala...banyak nyerr..Kesalahan yang aku buat masa tu ialah CITO tak der buat,hon tiada tekan dan terundur bukit 2 kali..Nah...free-free markah aku kena tolak tapi nasib lulus..Huhu..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Haiiii...Selamat Hari Rabu Korang!

25 Mei 2016/Rabu

Assalamualaikum



Hai korang...Hehe..Sorry..Nurul baru muncul setelah beberapa hari menyepi kan diri dari dunia blogging.Selepas beberapa hari Nurul biarkan entri yang lepas menari-nari di blog Nurul akhirnya Nurul dah pun delete entri tu sebab masa Nurul tengah taip entri pasal tu,Nurul tengah stress masa tuh.Makin Nurul stress makin pulak Nurul sakit hati sama kawan-kawan dorang.

Tiba-tiba dorang pi chat Nurul untuk minta maaf lah pasal yang entri Nurul minggu lalu.Mungkin dorang ada singgah kot kat blog Nurul sampai dorang minta maaf sama Nurul.:P..Mula-mula tu Nurul memang tak nak maafkan dorang sebab semua perbuatan yang dorang buat sama Nurul dulu terlampau menyakitkan so bila dorang dah bagitau Nurul dari A sampai ke  dan dorang mengaku kesalahan dorang akhirnya Nurul maafkan jugak lah.Tak bagus jugakkan kalau kita simpan benda tu lama-lama takut nanti Nurul berdendam pulak dengan dorang.Tu yang tak bagus tu.Ditambah pula tinggal beberapa hari lagi umat Islam nak menyambut bulan Ramadhan kan..

Dan sekarang..semua pergaduhan yang Nurul dan kawan-kawan Nurul diakhiri dengan perdamaian dan membuat perbincangan secara matang.Alhamdulillah.Hati dorang dah lega dan hati Nurul pun dah lega sebab semua sudah settle.

Biarpun entri minggu lalu dapat pageview yang sangatt tinggi di antara entri-entri lain tapi Nurul tetap delete jugak demi menjaga nama baik Nurul dan jugak blog Nurul..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

PLMPB : KPP02 & KPP03

19 Mei 2016/Khamis

Assalamualaikum

Lepas test komputer aku lulus,beberapa minggu kemudian barulah aku dipanggil untuk datang ke kelas memandu setiap hari sabtu atau ahad.

Kereta Viva ni lah aku guna masa belajar driving dulu.Masa aku belum mahir dulu pakai kancil.

Aku dapat bekas cikgu kakak aku dulu yang ajar dia driving.Nasib baik aku dapat cikgu yang baik sporting sangat pada abad ini tapi bila tiba part aku pula dia ajar balik-balik kena sound dengan cikgu tu sebab aku lah student dia yang paling bangang sekali...Hahaha...Lupa pasang signal kena teriak.Kereta mati enjin time naik bukit kena teriak.Automatiknya lah mulut cikgu tu pet pot pet pot 2 jam membebel jak kerja..Hihi..

Mula-mula tu kena ajar di litar lah kan lepas tu baru pergi lebuhraya.Time 1st naik bukit tu kan balik-balik mati enjin...Asal berenti di tengah-tengah garisan kuning tu kan mesti mati enjin.Stress aku lagi-lagi yang stress betul tu cikgu aku..Haha,,

Hahaha..Opkos aku tak pernah buat begini dengan cikgu aku..Di suruh tekan brek tapi tekan kaki cikgu tu pulakk...Kau dah kenapa??Haha..Ini dah cari pasal namanya..


Dekat lebuhraya pula,aku lemah kawal stereng so kereta yang aku bawa tu ke kiri ke kanan lah cikgu aku bilang..Lupa pasang signal kena teriak lagi..Adeii..Parking sama selekoh ok pula aku..Huhu..

Dekat 2 bulan lebih lah jugak aku belajar driving dengan cikgu aku tu..Lepas cukup-cukup sudah 10 jam aku belajar baru boleh ambil QTI.KPP02 & KPP03 10 jam kena ambil..Huhu..sehari 2 jam lah aku belajar.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini

Tips Praktikal : 5 Kesalahan Yang Tidak Wajar Dilakukan Oleh Pelajar Sewaktu Memohon Latihan Industri

14 Mei 2016/Sabtu

Assalamualaikum


Sekarang adalah musim para pelajar IPTA dan IPTS sibuk menjalani latihan industri di agnesi kerajaan mahupun di swasta.Kebanyakan institusi pendidikan mewajibkan pelajarnya untuk membuat praktikal sebagai syarat wajib sebelum layak bergelar graduan.

Tujuan latihan industri ini adalah sebagai pendedahan secara praktikal di lapangan dan memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali realiti sebenar alam pekerjaan yang serba mencabar.

Namun malangnya,para pelajar masa kini sepertinya kurang bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.Ini kerana,di peringkat permohonan latihan industri pun,sudah banyak kesalahan yang mereka lakukan.
Sebagai seorang pelajar yang sudah pun berjaya menamatkan praktikal,Nurul ingin berkongsi tentang 5 kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka.


1.Tidak Beradab

“Hello,selamat pagi.”Staff yang bertugas mengangkat telefon yang berdering.”Hello!Sini ada ambil praktikal tak?”

Tanpa pengenalan diri,mereka terus mengajukan soalan.Sekurang-kurangnya,perkenalkan nama dan institusi pengajian terlebih dahulu supaya senang untuk staff tang bertugas berurusan.Contohnya macam ni : 

“Hello,selamat pagi.Saya Nurul Baidurah Binti Abdullah dari Kolej Yayasan Sabah.Nak tanya,di syarikat puan (kalau perempuan yang jawab) / di syarikat encik (Kalau lelaki yang jawab) ada ambil pelajar praktikal kah?”

Kalau dia tanya lagi bidang apa dan bila mula praktikal kemudian dia kata dia suruh hantar resumi korang ke syarikat dorang,sebaiknya korang sendiri yang hantar ke syarikat korang supaya dorang boleh nampak penampilan korang macam mana.Kalau melalui emel,tidak dijaminlah yang korang akan diterima praktikal di situ ataupun tidak..

Apabila terus mengajukan soalan sedemikian rupa,ia kedengaran gopoh dan tidak sopan.Apatah lagi jika bertanya seperti ini :

“Hello,proses permohonan saya macam mana?”

Korang fikir syarikat mereka menguruskan permohonan korang sahaj?No...Banyak lagi dokumen permohonan yang bertimbun di atas meja yang mereka perlu urus.Dan korang expect mereka untuk kenal nama korang melalui suara korang?Atau korang berasa diri korang begitu VIP?

2.Resume ‘copy paste’

Selalu sangat ‘copy paste’ assignment,akhirnya resume pun korang ‘copy paste’.Itulah tujuannya lecturer menegah para pelajar daripda meniru hasil kerja orang lain.Nanti terbawa-bawa ke alam pekerjaan.

Jika di peringkat mahu memohon latihan industri pun sudahcopy paste’,tidak mustahil apabila sudah bekerja nanti anda akan melakukan perkara yang sama.
Bayangkanlah,staff yang bertugas pada masa itu menerima 4 permohonan pelajar daripada universiti yang sama.Keempat-empat resume itu kelihatan serupa sahaja.

Yang berbeza hanya gambar,butir peribadi dan point CGPA.Yang lain-lain seperti kemahiran,pengalaman,kelebihan malah layout resemenya pun,semuanya sama!

Paling menyedihkan,sampai nama dan alamat syarikat pun salah,gara-gara ‘copy paste’.Maaf,permohonan korang ditolak sebab bukannya nak hantar ke syarikat mereka kan.


3.Emel Kosong,Hanya Attachment.

Ini lagi Diva.Korang hantar emel,ada attachment dokumen yang diperlukan.Tapi kandungan emelnya kosong sahaja.Tiada pun salam perkenalan dan kata-kata alauan yang mengatakan tujuan emel itu dihantar.Kadang-kadang tajuk (subject) pun kosong!

Ibaratnya,jika dihantar melalui by hand,korang masuk ke dalam pejabat,lempar dokumen korang atas meja staff tersebut,kemudian korang pun beredar.Sopankah begitu?

Lain kali sila tulis tujuan anda menghantar emel itu.Contohnya seperti :

“Tuan,Saya Nurul Baidurah Binti Abdullah dari Kolej Yayasan Sabah ingin membuat permohonan latihan industri di tempat tuan.Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.Terima kasih.”

Ayat pendek seperti itu pun sudah okay.Senang kan buat ayat macam tu...

4.Bawa ibu bapa

Ada sesetengah pelajar yang datang bersama ibu bapa.Bawa ibu bapa itu tidak salah.Yang salah apabila berurusan itu adalah ibu bapa korang.Bukannya korang!Amboi,siapa yang mahu buat praktikal ni?Korang atau ibu bapa korang?


“Encik,tolonglah terima anak saya ini.Tempat lain tak nak terima”

Mungkin staff kat situ tahu kenapa tempat lain tidak meluluskan permohonan pelajar ini.Jawapannya jelas di hadapan staff tersebut.

Sebagai seorang pelajar universiti/kolej,korang bukan lagi budak sekolah atau kanak-kanak.Ini bermakna korang sudah cukup dewasa untuk berhadapan dengan masyarakat.Sampai bila korang mahu bergantung pada ibu bapa korang?

Selain bawa ibu bapa ke pejabat,ada juga ibu bapa yang tolong telefon atau emel bagi pihak anaknya.Eh,korang sendiri tak boleh bercakap ke?Kenapa mesti serah kepada ibu bapa?

Selagi korang sihat tubuh badan,anda perlu berdikari.Sewajibnya pada peringkat umur ini,korang perlu berdikari!Korang kan dah besar...

Staff tu pun berat hati nak terima pelajar seperti ini.Jika korang diterima kelak,pasti ibu bapa korang yang banyak akan masuk campur urusan kerja nanti.

5.Bertanya Soalan Mengarut

Okey,ini terjadi apabila pelajar sudah diterima untuk menjalani latihan industri.Namun telinga menjadi panas apabila mendengar soalan-soalan yang diajukan,seolah-olah sedang bercakap dengan budak kecil.

“Pukul berapa saya kena bangun pagi?””Pergi pejabat kena bawa payung tak?”

Hello!Itu bukannya soalan yang patut keluar daripada seorang yang bakal graduan.Semua itu adalah soalan pengurusan diri.

Tanyalah soalan-soalan yang lebih menunjukkan tahap intelektual korang.Pernah sekali,staff kat company ni ditanya dengan soalan seperti ini :

“Apa nombor IC saya”

Nombor IC korang sendiri pun korang tak hafal??Kemudian korang fikir mereka perlu hafal nombor IC korang?Apakah benda nya nih?

Semua yang Nurul ceritakan di atas ni adalah cerita benar.Ini baru di peringkat permohonan.Belum lagi di peringkat pendaftaran dan semasa mereka sedang menjalani latihan industri.Kepada mereka yang sedang mencari tempat praktikal tu,korang rujuklah tips ni supaya tak ada kesilapan yang berlaku kelak..Tips ni pun untuk kegunaan korang jugak..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Menjadi Sponsor di Segmen Bersama Amirah Azman dan Sponsor

14 Mei 2016/Sabtu

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Buat pertama kalinya,Nurul diberi peluang untuk menjadi salah seorang sponsor di Segmen Bersama Amirah Azman dan Sponsor untuk tahun 2016 ni.Ni baru segmen ringkas yang Nurul baru sponsor dan kalau ada lagi rakan-rakan blogger yang sedang dalam pencari mencari sponsor untuk segmen/ga mereka boleh lah korang pm Nurul..:P..Hadiah pun ringkas jugak sebab namanya pun segmen ringkas.

http://eira-shamiera.blogspot.my/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-dan-sponsor.html

Disebkan segmen yang di anjurkan oleh Amirah Azman ni adalah segmen yang ringkas,jadi Nurul sponsor Shawl Chiffon untuk 3 pemenang.Kalau nak ingin mendapatkan shawl free dari Nurul,cepat-cepatlah korang join segmen ni yerr..Segmen ni tak lama..Segmen ni bermula hari ini 14 Mei 2016 dan akan berakhir pada 31 Mei 2016.Syarat mudah dan nak dapatkan hadiah tu pun mudah jugak..Good Luck!!

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Tiba-tiba Aku Rindu..

14 Mei 2016/Sabtu

Assalamualaikum

Tiba-tiba pula aku rindu kenangan dulu iaitu kenangan masa aku masih duduk di bangku sekolah.Aku rasa selama aku sekolah,masa aku berada di tingkatan 6,masa tu jugaklah banyak kenangan manis aku dapat.

Hari ni pula,aku ternampak post kawan aku di wechat....Katanya mereka baru balik dari ceramah Kesusasteraan Melayu di SMK Majakir dan secara automatiknya aku pun tiba-tiba rindu kenangan yang dulu..


Entah di mana sudah keberadaan kawan-kawan ku sekarang...Semua lost kontek..Maksud aku kawan yang bukan satu sekolah...Kawan yang satu sekolah ni selalu jugak kontek dan tau lah jugak khabar dorang...Dah kahwin ke belum??Anak dah berapa??Laki dah berapa...Opss...:P..

Aku di sini hanya mampu mendoakan kalian semua wahai sahabat-sahabat ku yang dari kecil sampai sekarang masih berkawan,yang berkenalan time tingkatan 6 lepas tu terus lost kontek supaya Allah SWT memanjangkan umur mereka dan diberi kesihatan yang baik dan kalau boleh aku mau jumpa sama kalian semua...Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat mau jumpa kalian lagi..Mau bergelak tawa,mau bergosip sama kamu...

Kenal 3 hari jak pun erhm....boleh menciptakan rasa yang paling best sebab dapat kawan baru masa Perkemahan Kadet Polis tahun 2012 di SMK Kota Klias,Beaufort....Lepas tu jumpa lagi masa bengkel Kesusasteraan Melayu di SMK Dato Peter Mojunting..alahai....

Dan sekarang,bila semua kawan-kawan sudah tamat belajar di tingkatan 6...semua membawa haluan masing-masing sehinggalah ada yang lost kontek dan ada jugak yang jarang-jarang berkontek..Yer..masing-masing sibuk dengan hal sendiri...Tapi tidak apa...kalau ada jodoh terjumpalah kita tu and then kalau tiada jodoh apa boleh buatlah...Doa sedjalah yang mampu diberi..Tapi...kalau dah terjumpa aku atau siapa-siapa lah yang masih kamu ingat jangan pula kamu sombong tidak mau tegur..Hahaha....

Mungkin kamu pernah terjumpa aku di mana-mana tempat tapi kamu ragu-ragu mau tegur atau kamu masih kenal sama aku dan aku tidak kenal sama kamu sudah...ceiii..haha..*perasann....Mohon tegur...Asal kamu tau ar aku ni jenis yang mudah lupa kalau bertahun-tahun tidak jumpa...Jangan kamu takut kalau mau tegur aku,aku ni layan jugak bah..*ayat pun entah apa macam jadinya..

Tapi...serius..aku betul-betul rindu sama kenangan manis kita masa kita sama-sama masih di bangku sekolah...Harap-haraplah lepas ni kalau ada jodoh kita terjumpa di mana-mana tempat..Asal terjumpalah...Aminnn...

#RinduTeamKadetPolis
#RinduTeamSastera
#RinduTeamSMKKP
#Tahun2012

Review : Mr Boss Miss Stalker ( Dahlia TV3)

03 Mei 2016/Selasa

Assalamualaikum

Asal korang tau kan,sekarang ni TV3 Slot Dahlia ada wayang baru lah ke aku sorang jak ni yang baru tau??Ar..Biarlah kalau aku sorang jak yang ketinggalan...Yang penting dapat tengok cerita dia pun ok sudah..Tajuknya Mr Boss Miss Stalker yang dilakonkan oleh Mia Ahmad dan Ashraf Muslim.Wahh...Lamanya aku tak tengok Ashraf Muslim berlakon.


 Mr Boss Miss Stalker ditayangkan di Slot Dahlia Tv3 setiap hari Jumaat-Ahad pada jam 07.00      malam - jam 08.00 malam.

Mengisahkan Sara Azreen(Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah(Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil,iaitu Hariz Zhafran(Ashraf Muslim),CEO kepada Mentari Angkasa Sdn. Bhd.Bagi memudahkan kerja penyiasatannya,Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serba salah.Namun,dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa.Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn.Bhd.Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin tidak bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil(Zulkifli Ismail).Malahan Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil,Liza(Nazeera Sardi).

Izzudin(Riz Amin),pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara.Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya(Miera Liyana),seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi.Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz.Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya.Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk terus memerangkap Hariz?

Jom..kita layan cerita ni di TV3 setiap jumaat-ahad pada jam 07.00 malam-jam 08.00 malam...Tajuk lagu ni Dekat Tapi Jauh dari kumpulan Forteen..



Terima kasih kerana sudi baca entri ini.


The End Of Diploma (3 Years)

02 Mei 2016/Isnin

Assalamualaikum

Hai kawan-kawan blogger semua!!Sorry gaissss sebab menghilangkan diri dari dunia blogging untuk seketika sebab mood nak update blog hilang di lautan...Idea nak update blog pun tenggelam dah di tengah laut...Ni pun update untuk bulan Mei ni terpaksa juga gigihkan diri untuk update blog ni supaya blog aku tidak sunyi...

Untuk pengetahuan am korang,aku baru sahaja menamatkan praktikal aku pada hari jumaat (29 April 2016) di Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Penyu(PPDKP)...Sepatutnya aku habis 01 Mei 2016 tapi memandangkan 01 Mei 2016 tu hari ahad so aku tamatkan praktikal aku pada 29 April 2016 lah..Perit juga nak tamatkan diploma aku ni dalam masa 3 tahun..Macam-macam pengalaman baru yang aku dapat selama praktikal di PPDKP ni..Sibuk mengira hari bila nak habis tup tup tup...dah habis dah hari Jumaat tu..Bukan apa...Cuma tak tahan hari-hari duduk di bawah aircond...Sejuk beb..Ditambah lagi ada WiFi free...Nahh..Di sanalah hari-hari aku online tapi blog tidak berupdate..:P..Ni lah padahnya kalau praktikal tidak mau pilih yang swasta punya..Konon kalau dapat di site kulit jadi hitamlah tapi dapat elaun daripada ambil kerajaan kulit makin putih tapi tiada elaun...Tapi ada atau tiada elaun tu kira bersyukur lah aku sebab ada juga tempat praktikal aku akhirnya...Daripada tiada kan...Mengulang lagi sem depan..Itu sudah dikira failed..Okeyy..Aku praktikal kat PPDKP selama 6 bulan dan sekarang sudah habis diploma...Alhamdulillah..


Ujian JPK Teori dan Amali,Presentation,hantar laporan praktikal...Semua sudah selesai dan sudah hantar...Ingat kan tak balik lagi kat KYS tu rupanya balik lagi..Demi markah untuk semester 6 ni,ku gagahkan diri untuk pergi jugak lah sebab tak nak gagalkan...Masa nak hantar laporan praktikal tu kan,ingatkan lama lagi nak di hantar..Tup tup tup 10 April 2016 tarikh tutup...Alaaaaa....Sudahlah masa tu baru 30 muka surat sahaja masa tu...Ingatkan bebes syaratnya rupanya TIDAK BOLEH KURANG DARIPADA 85 MUKA SURAT....Omaigodddd....So,hari khamis tu terpaksalah cepat-cepat buat supaya siap hari tu...Dan masa nak print tu laporan,ada lagi satu masalah...Erhm..Printer  habis ink...Terpaksalah print di kedai dan akhirnya sempat jugak hantar laporan tu hari Jumaat..Nasib tiada masalah sudah...Alhamdulillah..


So now,boleh lah tarikh nafas lega sebab perjuangan aku selama 3 tahun dalam bidang Diploma Binaan Bangunan sudah pun tamat...Yang penting tak ada satu subjek pun yang kena repeat dari sem 1 sampai sem 5 walaupun result aku dari sem 1 sampai sem 5 itu itu sahaja dan bersyukur jugalah sebab setiap sem makin naik 2-3 anak tangga gitulah pointer aku walaupun pointer aku tu kepala 2..Syukur sangat-sangat..Tinggal tunggu result sem 6 lagi ni..Harap-haraplah makin naik...Amin..Dan...konvo pun sedang menunggu jugak..InsyaAllah,kalau tiada halangan bulan 10 tahun ini dah konvo dah..


Tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan actually programe DBB under 2013 – 2016 kerana telah berjaya menamatkan diploma selama 3 tahun pada tahun ini..Jumpa nanti konvo..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini..