Review : Sinetron Pashmina Aisha (Mutiara Hati)

22 April 2016/Khamis

Assalamualaikum


Sinetron Pashmina Aisha yang disiarkan di TV9 pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat

Pashmina Aisha mengisahkan cerita tentang pasangan kembar yang terpaksa dipisahkan.Pashmina telah dijadikan anak angkat oleh keluarga kaya manakal Aisha pula dibesarkan di rumah anak yatim.Pashmina mempunyai masalah sakit jantung,dengan itu keluarha barunya mempunyai tanggungjawab untuk merawatnya.

Setelah menginjak usia dewasa,Aisha (Aura Kasih) jatuh cinta pada Reihan (Giovani L. Tobing).Aisha dan Reihan berpakat ingin membina rumah tangga.Namun keputusan anaknya berkahwin dengan gadis miskin membuat Dinar (Annie Anwar) menentang sekerasnya.Dinar mahu anaknya berkahwin dengan gadis dari keluarga berada seperti dirinya,juga mempunyai jawatan hebat.

Melihat ibunya tidak merestui hubungan mereka,Reihan nekad meninggalkan rumah ibunya dan berkahwin dengan Aisha.Tidak lama selepas itu,Aisha disahkan mengandung.Reihan berasa sangat gembira meskipun ketika itu pekerjaannya hanyalah penoreh getah.

Ketika Aisha sarat mengandung,Dinar datang lagi mengganggu rumah tangganya.Dia memaksa Aisha menandatangani perjanjian dalam 1 borang.Perjanjian itu menyatakan bahawa anak Aisha yang bakal dilahirkan akan diserahkan kepadanya kemudian Aisha harus meninggalkan Reihan.Aisha tidak sanggup memenuhi permintaan ibu mertuanya yang melampau.

Dinar tertolak Aisha tanpa sengaja.Berlaku tumpahan darah,saat itu juga Aisha seperti hendak bersalin.Aisha dihantar ke hospital dan melahirkan bayi perempuan.Anak tersebut dinamakan Dinda (Atiya Shahab).Dinda disahkan menghidap sakit jantung dan memerlukan pembedahan dengan segera.

Bingung dengan situasi kritikal anaknya,Aisha terpaksa bersetuju dengan cadangan Dinar untuk menandatangani perjanjian itu.Dinar memberitahu akan memberikan rawatan terbaik buat Dinda dengan syarat Aisha pergi dari hidup anaknya.

Kembar Aisha,Pashmina telah kembali ke Indonesia.Dengan penyakit jantungnya,Pashmina dapat merasakan hidupnya menjadi singkat.Dia kemudiannya berusaha mencari Aisha.Misi pencarian kembarnya Aisha dibantu oleh Wira (Samuel Rizal). 

Ketika Reihan tiba di hospital dia mencari kelibat Aisha namun tiada.Dinar sentiasa menghasut mengatakan Aisha seorang isteri dan ibu yang tidak bertanggungjawab.Reihan bimbang melihat keadaan anaknya yang memerlukan rawatan segera.

Aisha yang susah hati selepas menandatangani perjanjian itu,tidak dapat berfikir dengan baik.Dia melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan yang ketika itu kereta sibuk lalu lalang.Abang kepada Juwita (Raya Kohandi) bernama Juna (Ashraf Sinclair) telah menyelamatkan Aisha daripada menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Juwita merupakan bekas kekasih lama suaminya,Reihan.Juwita bertugas sebagai seorang doktor yang bakal merawat sakit jantung anaknya Dinda.Ketika Aisha sedang bersedih,Soni (Baim Wong) membantu Aisha.

Pergelutan berlaku ketika Juwita ingin merampas Dinda dari Aisha.Juwita tertolak Aisha hingga jatuh ke tebing sungai yang deras.Soni segera menyelamatkan Aisha.Akibat trauma kehilangan orang yang disayanginya Aisha menjadi lumpuh dan tidak dapat bercakap.Di hadapan ibunya,Risma (Minati Atmanegara) dan adiknya Rasha (Ishabelle),Soni mengaku Aisha adalah isterinya.

Selepas ditinggalkan Aisha,Reihan terpaksa menuruti keinginan ibunya untuk menikahi Juwita.Dinar begitu gembira keran impiannya bakal tertunai.Anaknya berkahwin dengan seorang doktor,berkerjaya hebat,berasal dari keluarga kaya.

Selepas Pashmina mengetahui Reihan adalah suami Aisha,dia begitu terkejut kerana Reihan akan berkahwin lagi.Pashmina nekad akan datang ke majlis pernikahan Reihan dan Juwita.Apakah yang akan berlaku?Adakah Reihan akan menganggap Pashmina sebagai Aisha?

Okay...Ni review aku sendiri lah pasal ni wayang..

  • Kebanyakkannya watak jahat semua dipegang oleh perempuan...Wowww!!Dalam cerita tu si Juwita dan Dinar yang jahat.Kenapa aku cakap dorang jahat??Ye lah...Aku tengok dari episode 1,memang dorang lah yang paling jahat..Juwita rampas suami dan anak Aisha lepas tu dia tolak Aisha sampai Aisha jatuh di tebing sungai sementara tu pula si Dinar suruh si Aisha kasih tinggal suami dia atas perjanjian yang tidak masuk akal yang dibuat oleh Dinar.Tidak lama kemudian,muncul lagi si Gracia entah dari planet mana..jahat jugak watak dia.Dia muncul pergi balas dendam pulak.Ishhh...
  • Kalau yang lelaki nya pula,menurut sedja apa yang watak perempuan mahu sebelum soal selidik dulu.Macam terlampau lurus kalau watak lelaki ni..
  • Lagu dia bestlah..Buat Sakit Hati....Mengena!!Lolzzz...
  • Watak Pashmina pula bagi aku oklah..Aku suka juga watak dia..Tegas dan pendendam orangnya.Dia berusaha melingdungi keluarga dia walaupun dia ada sakit jantung.
  • Reihan ni pula terlampau menurut cakap mak dia si Dinar.Last-last bila dia lawan cakap mak dia tu yang aku suka sebab mak dia ni jahat.Gila harta..Sama dengan mamanya Soni.Gila harta juga..Harta yang dorang mau rampas ni pun harta orang yang sama juga...Kuiiii!!
  • Cerita si Soni ni pula,aku lagi suka dia terus jak lah jadi laki si Juwita sebab sebelum dorang kahwin pun dorang sudah buat perbuatan terkutuk tu kan.Ngam lah tu dorang jadi laki bini.Padan lagi Wira sama Pashmina dan Aisha sama Reihan..
  • Aku ni pun tengok wayang Indon ni sampai emo bah..Hahahaha..Sebab cerita dia ni bikin kasih emo aku tapi best..Lagu dia pun best..Aku mau downlod lagi wayang dia..Sekarang ni yang ada lappy aku dari episode 1 sampai episode 28 sahaja yang aku sudah downlod.Rupanya mau sampai episode akhir pulak cerita nya..Episode 95 sudah hari ni..
  • Okay bai..
Terima kasih kerana sudi baca entri ini..



1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..