Entah - Afgan (Lirik Lagu)

23 April 2016/Sabtu

Assalamualaikum

Afgan.....

Kutahu, kau selingkuh
Kau duakan cintaku yang tulus
Kau tahu, diriku
Tak pernah berpaling dari dirimu
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..

Tak pernah ku bayangkan
Cerita kita berakhir begini
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..

Masih kah ada,
Cinta dihati ini
Dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..

P/S ; Entah..kenapa sejak kebelakangan ini aku suka dengar lagu Afgan ni padahal aku langsung tak minat Afgan tapi..semenjak aku terdengar lagu dia yang ini..tiba-tiba pula jatuh hati aku sama lagu dia ni...Bestt!!

Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entri ini..

Review : Sinetron Pashmina Aisha (Mutiara Hati)

22 April 2016/Khamis

Assalamualaikum


Sinetron Pashmina Aisha yang disiarkan di TV9 pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat

Pashmina Aisha mengisahkan cerita tentang pasangan kembar yang terpaksa dipisahkan.Pashmina telah dijadikan anak angkat oleh keluarga kaya manakal Aisha pula dibesarkan di rumah anak yatim.Pashmina mempunyai masalah sakit jantung,dengan itu keluarha barunya mempunyai tanggungjawab untuk merawatnya.

Setelah menginjak usia dewasa,Aisha (Aura Kasih) jatuh cinta pada Reihan (Giovani L. Tobing).Aisha dan Reihan berpakat ingin membina rumah tangga.Namun keputusan anaknya berkahwin dengan gadis miskin membuat Dinar (Annie Anwar) menentang sekerasnya.Dinar mahu anaknya berkahwin dengan gadis dari keluarga berada seperti dirinya,juga mempunyai jawatan hebat.

Melihat ibunya tidak merestui hubungan mereka,Reihan nekad meninggalkan rumah ibunya dan berkahwin dengan Aisha.Tidak lama selepas itu,Aisha disahkan mengandung.Reihan berasa sangat gembira meskipun ketika itu pekerjaannya hanyalah penoreh getah.

Ketika Aisha sarat mengandung,Dinar datang lagi mengganggu rumah tangganya.Dia memaksa Aisha menandatangani perjanjian dalam 1 borang.Perjanjian itu menyatakan bahawa anak Aisha yang bakal dilahirkan akan diserahkan kepadanya kemudian Aisha harus meninggalkan Reihan.Aisha tidak sanggup memenuhi permintaan ibu mertuanya yang melampau.

Dinar tertolak Aisha tanpa sengaja.Berlaku tumpahan darah,saat itu juga Aisha seperti hendak bersalin.Aisha dihantar ke hospital dan melahirkan bayi perempuan.Anak tersebut dinamakan Dinda (Atiya Shahab).Dinda disahkan menghidap sakit jantung dan memerlukan pembedahan dengan segera.

Bingung dengan situasi kritikal anaknya,Aisha terpaksa bersetuju dengan cadangan Dinar untuk menandatangani perjanjian itu.Dinar memberitahu akan memberikan rawatan terbaik buat Dinda dengan syarat Aisha pergi dari hidup anaknya.

Kembar Aisha,Pashmina telah kembali ke Indonesia.Dengan penyakit jantungnya,Pashmina dapat merasakan hidupnya menjadi singkat.Dia kemudiannya berusaha mencari Aisha.Misi pencarian kembarnya Aisha dibantu oleh Wira (Samuel Rizal). 

Ketika Reihan tiba di hospital dia mencari kelibat Aisha namun tiada.Dinar sentiasa menghasut mengatakan Aisha seorang isteri dan ibu yang tidak bertanggungjawab.Reihan bimbang melihat keadaan anaknya yang memerlukan rawatan segera.

Aisha yang susah hati selepas menandatangani perjanjian itu,tidak dapat berfikir dengan baik.Dia melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan yang ketika itu kereta sibuk lalu lalang.Abang kepada Juwita (Raya Kohandi) bernama Juna (Ashraf Sinclair) telah menyelamatkan Aisha daripada menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Juwita merupakan bekas kekasih lama suaminya,Reihan.Juwita bertugas sebagai seorang doktor yang bakal merawat sakit jantung anaknya Dinda.Ketika Aisha sedang bersedih,Soni (Baim Wong) membantu Aisha.

Pergelutan berlaku ketika Juwita ingin merampas Dinda dari Aisha.Juwita tertolak Aisha hingga jatuh ke tebing sungai yang deras.Soni segera menyelamatkan Aisha.Akibat trauma kehilangan orang yang disayanginya Aisha menjadi lumpuh dan tidak dapat bercakap.Di hadapan ibunya,Risma (Minati Atmanegara) dan adiknya Rasha (Ishabelle),Soni mengaku Aisha adalah isterinya.

Selepas ditinggalkan Aisha,Reihan terpaksa menuruti keinginan ibunya untuk menikahi Juwita.Dinar begitu gembira keran impiannya bakal tertunai.Anaknya berkahwin dengan seorang doktor,berkerjaya hebat,berasal dari keluarga kaya.

Selepas Pashmina mengetahui Reihan adalah suami Aisha,dia begitu terkejut kerana Reihan akan berkahwin lagi.Pashmina nekad akan datang ke majlis pernikahan Reihan dan Juwita.Apakah yang akan berlaku?Adakah Reihan akan menganggap Pashmina sebagai Aisha?

Okay...Ni review aku sendiri lah pasal ni wayang..

  • Kebanyakkannya watak jahat semua dipegang oleh perempuan...Wowww!!Dalam cerita tu si Juwita dan Dinar yang jahat.Kenapa aku cakap dorang jahat??Ye lah...Aku tengok dari episode 1,memang dorang lah yang paling jahat..Juwita rampas suami dan anak Aisha lepas tu dia tolak Aisha sampai Aisha jatuh di tebing sungai sementara tu pula si Dinar suruh si Aisha kasih tinggal suami dia atas perjanjian yang tidak masuk akal yang dibuat oleh Dinar.Tidak lama kemudian,muncul lagi si Gracia entah dari planet mana..jahat jugak watak dia.Dia muncul pergi balas dendam pulak.Ishhh...
  • Kalau yang lelaki nya pula,menurut sedja apa yang watak perempuan mahu sebelum soal selidik dulu.Macam terlampau lurus kalau watak lelaki ni..
  • Lagu dia bestlah..Buat Sakit Hati....Mengena!!Lolzzz...
  • Watak Pashmina pula bagi aku oklah..Aku suka juga watak dia..Tegas dan pendendam orangnya.Dia berusaha melingdungi keluarga dia walaupun dia ada sakit jantung.
  • Reihan ni pula terlampau menurut cakap mak dia si Dinar.Last-last bila dia lawan cakap mak dia tu yang aku suka sebab mak dia ni jahat.Gila harta..Sama dengan mamanya Soni.Gila harta juga..Harta yang dorang mau rampas ni pun harta orang yang sama juga...Kuiiii!!
  • Cerita si Soni ni pula,aku lagi suka dia terus jak lah jadi laki si Juwita sebab sebelum dorang kahwin pun dorang sudah buat perbuatan terkutuk tu kan.Ngam lah tu dorang jadi laki bini.Padan lagi Wira sama Pashmina dan Aisha sama Reihan..
  • Aku ni pun tengok wayang Indon ni sampai emo bah..Hahahaha..Sebab cerita dia ni bikin kasih emo aku tapi best..Lagu dia pun best..Aku mau downlod lagi wayang dia..Sekarang ni yang ada lappy aku dari episode 1 sampai episode 28 sahaja yang aku sudah downlod.Rupanya mau sampai episode akhir pulak cerita nya..Episode 95 sudah hari ni..
  • Okay bai..
Terima kasih kerana sudi baca entri ini..



Pengalaman Aku Jadi Pelajar KYS,KK..(Part 1)

19 April 2016/Selasa

Assalamualaikum

Ada orang tanya,Anum kau sudah jadi engineering kah?Jawapannya adalah BELUM.Kalau aku sudah jadi engineering mungkin korang tidak lagi nampak blog ini akan berupdate sekali sekala.Untuk menambahkan pengetahuan korang,aku sekarang ni masih dalam proses Latihan Industri (praktikal) di Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Penyu.

Sekarang ni aku kembali ke kampung halaman setelah 2 tahun aku duduk jauh dari keluarga.Ye lah..Kolej jauh dari rumah and then mau atau tidak terpaksalah tinggal di asrama masa mula-mula masuk di KTYS...Semester 1 kan masa tu...huhu....

Ingat lagi masa mula-mula masuk asrama.Kalau korang nak tahu,asrama perempuan KTYS dulu di Asrama Kompleks Sukan Likas tapi sekarang asrama perempuan kena pindah sudah di dalam KTYS juga.

Pertama kali aku sampai di Asrama Kompleks Sukan Likas kan,bingung lah bah sebab masa tu tiada siapa-siapa yang dikenali.Jumpa sama warden asrama pun masa tu dia tiada dia di Inanam balik kampung kata staff di asrama tu..Tidak lama kemudian,si warden asrama ni dia ada suruh satu orang senior suruh ambil aku dibawah.Then dia pergilah dibawah ambil aku dan tumpangkan dulu di bilik dia sebab masa tu bilik pun belum ada..

Okay...Dipendekkan cerita...

Masuk sudah aku dalam bilik si kakak senior tu aku duduk lah di lantai..Penghuni bilik tu pun berkenalan lah sama aku..Dia tanya nama aku,umur aku,asal mana..Aku jawab saja nama aku Nurul Baidurah,umur aku masa tu 20 tahun dan aku dari Kuala Penyu.Aku tanya lah dia balik soalan yang sama..Aku tanya nama dia,umur dia asal dia dari mana..Sekali dia bagitau...oooooo...Rina nama dia...Umur 18 tahun masa tu..orang Tawau rupanya dan kawan dia yang satu tu lagi orang Penampang.Nama dia Jocksim Peter,umur 22 tahun dan yang kakak senior tu pula orang Papar..nama dia Sylvia umur dia masa tu 20 an lah sebab aku tidak ingat umur dia sudah..huhu..Selepas sesi perkenalan tu,dapatlah aku kawan baru dari jauh asalnya.Di situlah kami mula rapat..:P..Tidak lama kemudian,ada lagi seorang pelajar jugak baru masuk hari tu.Budak tu asal Putatan tapi dia tidak lama di asrama.Tidak lama kemudian,barulah warden sampai.Terus dia bagi bilik sama kami yang baru masuk hari tu.Ahli dalam bilik aku semua masa tu baru lagi.Dan dapatlah lagi aku kawan baru dari Keningau,Putatan dan Sandakan.

Dipendekkan cerita.....

Selama 2 semester aku tinggal di Asrama Kompleks Sukan Likas tu kan,macam-macam pengalaman yang aku dapat dan macam-macam cerita yang aku dapat.Penghujung semester 2 tu,kami diarah berpindah dari Asrama Kompleks Sukan Likas tu ke Kingfisher sebab asrama masa tu bertukar tempat.Jadi,asrama lama kami tu di tutup sudah dan dibuka sama pihak lain.Masuk aku di semester 3,tidak boleh sudah tinggal di asrama sebab asrama tu untuk pelajar junior jadi kami yang pangkat senior ni.....*bangga habiss...wuuuuuuu*...terpaksalah cari rumah sewa masa cuti semester tu.Dan...akhirnya dapat juga rumah sewa yang berdekatan dengan kolej iaitu di University Apartment 1 (UA 1)...Di UA1 tu lah bermulanya bermacam-macam cerita yang sangat dahsyat yang aku dapat...Dapat tempat tinggal baru,cerita baru,pengalaman baru dan kawan pun masih yang lama juga..hahaha..Aku dan kawan aku tu tinggal di UA1 tu sampai habis semester 5 dan semester 6 pula aku balik ke tempat asal aku sendiri iaitu di Kuala Penyu,Sabah sebab aku praktikal di sana...Now,sekarang aku tinggal tunggu hari untuk menghabiskan sesi praktikal aku sekarang...Yuhuhuuuuuuuuuuuuuu....Sebenarnya kan...aku tidak sabar untuk habis praktikallll..hihi..Lepas tu boleh sudah cari kerja...Aku mula praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Penyu tu pada 14 Disember 2015 dan akan berakhir pada 11 Mei 2016...Yeayyyy...Tidak lama lagi kan...Hihihi..Sabar menunggu...

Bila sudah masuk semester 6 ni dah tinggal di rumah sendiri..Tak payah cari rumah sewa bagai...Jimatt sangatttttt kalau praktikal di tempat sendiri..Ujian amali,pembentangan LI,hantar laporan LI....semua sudah hantar..Tinggal tunggu habis praktikal jak..hihi..

Ouh ya...kepada sesiapa yang nak belajar dekat Kolej Yayasan Sabah tu,boleh lah korang pergi ke Kolej Yayasan Sabah,Sembulan seperti tarikh dibawah :

Ouh...baru pula aku tahu...Rupanya Yazer AF3 pun pernah jadi pelajar KTYS dulu...huhu..


Beginilah mukadimah cerita hidup aku semasa aku jadi orang Kota Kinabalu(KK) masa aku masih belajar dulu..Baru mukadimah okayy...Isi nya lain hari lagi aku cerita..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini..

Review : Apa itu Vietnam Mask??

18 April 2016/Isnin

Assalamualaikum

Vietnam Mask

Vietnam Mask adalah diantara salah satu produk yang paling viral di media sosial pada masa dahulu dan baru sekarang aku mempunyai hajat ingin mencuba produk ini...Fungsi Vietnam Mask ni ialah menanggalkan bintik-bintik hitam di wajah kita.

Beginilah rupa Vietnam Mask tu bagi sesiapa yang belum pernah lihat.Botolnya kecil sahaja tapi boleh tahan sampai 1 - 2 bulan lamanya.Ikut penggunaan okay..Kertas tu guna dia untuk dilekatkan di hidung dan kertas tu disediakan dalam 30 keping lah gitu.Vietnam Mask ni ada campuran aloevera.Tarikh luput produk ni korang tengok dekat bawah botol tu.Sebelum korang beli sesuatu produk,korang kena cek dulu ya tarikh luput produk tu.Nanti,bila korang ambil produk yang sudah pun luput tarikh dia,hancur lebur lah nanti wajah korang...Palis...paliss...

Buka jak botol,aiiii...ada satu lagi lapisan penutup botol di dalamnya.Bau cecair ni pun wangi.Cecair ni melekat lah juga macam gam gittu.Warna cecair Vietnam Mask ni putih cerah.Wauuuuu...Tak sabar rasanya mau try..Cara pakai Vietnam Mask ni pun senang sahaja.

Cara pakai Vietnam Mask :

1.Cuci muka seperti biasa.Selepas cuci muka,lap sehingga kering.

2.Ambil cecair Vietnam Mask dari botol menggunakan jari kemudian sapukan di tempat yang korang ingin buang bintik-bintik hitam.Kebanyakkannya di hidung kan.

3.Setelah Vietnam Mask disapukan di wajah korang,tampalkan kertas putih tersebut di tempat yang berkenaan.

4.Biarkan kertas putih tersebut melekat di wajah korang selama 10 minit - 15 minit kalau nak hasil yang baik sekali...

5.Tarik kertas putih tersebut dari bawah ke atas sehingga habis.

6.Sila lihat hasilnya di kertas putih tersebut kesan dia.

7.Cuci muka selepas kertas putih tersebut di tarik sehingga bersih.Oleskan kiub ais di tempat kertas putih itu di buka tadi untuk mengecilkan balik pori-pori yang terbuka.

Selesai!!Senang kan cara pakai Vietnam Mask ni.

  
Kalau korang dapat hasil yang begini,maknanya bintik-bintik hitam korang tu dah lama dah tinggal kat situ...Sampai ada bintik-bintik hitam yang sudah tua lagi...Yakkkksss...Geli tapi best sebab semua bintik-bintik hitam tertanggal oleh kertas putih tu...Hihihihi..

Memang berbaloi ar kalau korang beli dan pakai Vietnam Mask ni sebab harga dia murah,boleh tahan lama sampai berbulan-bulan...Kecik jak botol dia...Jimatt..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini



 


Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih

13 April 2016/Rabu

Assalamualaikum


Salam.

Cash RM300 x 1 , Cash RM200 x 1
Cash RM50 x 2

Start : 5 April - 30 April 2016
Good Luck !

Perhatian...Perhatian...Perhatian...

03 April 2016/Ahad

Assalamualaikum

  
Saja nak bagitau dengan korang pasal harga-harga review yang aku akan buat di blog aku sendiri...Cara aku review ni ada 2 iaitu :

1)Review Blog
-Kalau korang berminat nak suruh aku review blog korang,korang hanya hantarkan penyertaan korang ke email aku iaitu Nurulbaidurah055@gmail.com..
-Detail-detail yang korang perlu hantar ialah :
>Nama penuh
>Asal
>Url blog
-Harga untuk review blog ialah sebanyak RM 10.00 sahaja.

2)Review Instagram
-Kalau korang berminat nak suruh aku review instagram korang,korang hanya hantarkan penyertaan korang ke email aku iaitu Nurulbaidurah055@gmail.com...Kalau instagram,ada dua pilihan...so,korang pilihlah mana-mana yang korang berminat..Review instagram ni terpulang pada korang lah nak suruh aku review bisnes online korang,produk korang atau apa-apa je lah..
-Cara-caranya ialah:
>Nama penuh
>Url instagram yang ingin di review
-Kalau korang suruh aku screenshot gambar porduk korang kemudian aku akan review di blog harga dia ialah sebanyak RM 50.00 sahaja manakala sekiranya korang akan menghantar produk korang untuk aku review di blog harganya ialah sebanyak RM 100.00..

Dah siapp...itu sahaja...Korang rasa,mahal kah murah harga review aku tu??Erhmm...

>>>Review blog (RM 10.00)
>>>Review instagram screenshot (RM 50.00)
>>>Review instagram hantar produk (RM 100.00)

Terima kasih kerana sudi baca entry ini..