My Whishlist At Lazada

25 Mac 2016/Jumaat

Assalamualaikum

Tadi,saja jak lah ni jenguk-jenguk di website LAZADA...Sekali tengok harga dia,perghhhhh...bukan main lagi ar...murah gila-gila ouh harga dia...Jadi,apa lagi....shopping terus lah katakan di Lazada...Macam-macam barang yang aku boleh dapat di Lazada tu dan macam-macam juga harga yang boleh aku dapat..Hihihi...Aku buat keputusan bahawa aku baru pertama kali beli barang di Lazada sebab sebelum ni aku selalu beli barang di WWW.NILE.COM.MY tapi semenjak aku jatuh hati dengan online shopping Lazada ni,aku terus beralih arah kepada Lazada.So,pihak WWW.NILE.COM.MY diharap jangan berkecil hati yerr sebab aku curang dah dengan korang..haha..lolzz..:P..

Buat masa ni,aku senaraikan dahulu barang-barang yang aku nak dekat Lazada ni kemudian aku simpan dulu di whishlist aku sebab aku nak dapatkan lagi harga yang murah daripada Lazada ni..huhu..

Okay...Jom aku senaraikan apa barang-barang yang aku nak dari Lazada ni...Jengg...jeng...jenggg...

Apple iPhone 5S 16GB Silver

Handphone ni memang menjadi kegilaan aku sejak aku ternampak kawan aku pakai iPhone 5S ni.Biarpun tidak semegah iPhone 6s,tapi iPhone 5S ni lah yang sedap mata memandang di mata ku...Aku pun target nak beli awal bulan depan atau hujung bulan depan atau lepas aku habis praktikal bulan 5 akan datang ni.Aku memang perlukan handphone ni sebab handphone lenovo yang aku guna sekarang ni camera dia tak berapa terang dan tidak berapa best kalau nak selfie pakai lenovo aku tu.So sekarang ni aku memang ada 1 handphone jer lah untuk aku pakai whatsapp,wechat dan lain-lain.Nak hantar ke kedai pun nak buat apa juga setakat camera tak terang...Bukannya rosak pun..kan..So,aku skodeng lah dekat Lazada nak cari ni handphone.And then,nasib aku jumpa jugak harga yang murah.Lepas murah ada diskaun lagi tu..Perghh..Bila dah tahu harga pun dah terlajak murah,aku simpanlah dahulu handphone ni dekat whishlist aku...

Kingston Data Traveler 101 Generation 16GB Flash Drive Black

Benda ni memang lama dah aku nak beli di kedai tapi asal aku jumpa pendrive yang 16GB punya,harga dia punya lah mahal....Puikk...Nasib di Lazada ada jual benda ni dengan harga yang murah.Aku perlukan benda ni sebab apa-apa benda penting yang aku nak minta daripada kawan,boleh lah aku pakai benda ni kan kalau nak ambil apa-apa dokumen yang penting dan benda tu disimpan di laptop.So,main cucuk jer lah benda ni kat laptop.Senang...:P..

Pineng PN983s 10000mAH Lithium Polymer Slim PowerBank White

Barang ni pun menjadi satu keperluan dikala handphone yang aku selalu pakai kehabisan charger dan time korang jenjalan kat tempat yang jauh,mesti powerbank juga kan yang korang perlu...

Case for iPhone 5/5S

Alang-alang aku dah ambil sebijik handphone dekat Lazada,apa kata lebih baik aku cari pulak baju dia sekali kat Lazada ni..Baru deal..Kannnn...warna pun sama juga dengan handphone yang aku ambil tu..:P..

So,aku dah selesai buat whishlist!4 barang ni insyaallah dalam masa yang terdekat aku akan beli dalam awal bulan depan atau hujung bulan depan.Banyak lagi barang-barang di Lazada yang murah-murah tu kalau korang nak tau.Kadang-kadang,Lazada ni akan buat sale yang gila-gila jugalah tapi dia ikut musim.So,korang kena sentiasa alert lah jualan murah di Lazada ni...

Terima kasih kerana sudi baca entry ini!

 
 
 



1 comment:

  1. jalan2 ke sini
    jemput singgah ke Blog kita gak...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..