Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

01 April 2016/Jumaat

Assalamualaikum



Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah.

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula
1 April sehingga 14 April 2016
dengan klik link di bawah ini

Abam Kie's First Giveaway

28 Mac 2016/Isnin

Assalamualaikum



Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

My Whishlist At Lazada

25 Mac 2016/Jumaat

Assalamualaikum

Tadi,saja jak lah ni jenguk-jenguk di website LAZADA...Sekali tengok harga dia,perghhhhh...bukan main lagi ar...murah gila-gila ouh harga dia...Jadi,apa lagi....shopping terus lah katakan di Lazada...Macam-macam barang yang aku boleh dapat di Lazada tu dan macam-macam juga harga yang boleh aku dapat..Hihihi...Aku buat keputusan bahawa aku baru pertama kali beli barang di Lazada sebab sebelum ni aku selalu beli barang di WWW.NILE.COM.MY tapi semenjak aku jatuh hati dengan online shopping Lazada ni,aku terus beralih arah kepada Lazada.So,pihak WWW.NILE.COM.MY diharap jangan berkecil hati yerr sebab aku curang dah dengan korang..haha..lolzz..:P..

Buat masa ni,aku senaraikan dahulu barang-barang yang aku nak dekat Lazada ni kemudian aku simpan dulu di whishlist aku sebab aku nak dapatkan lagi harga yang murah daripada Lazada ni..huhu..

Okay...Jom aku senaraikan apa barang-barang yang aku nak dari Lazada ni...Jengg...jeng...jenggg...

Apple iPhone 5S 16GB Silver

Handphone ni memang menjadi kegilaan aku sejak aku ternampak kawan aku pakai iPhone 5S ni.Biarpun tidak semegah iPhone 6s,tapi iPhone 5S ni lah yang sedap mata memandang di mata ku...Aku pun target nak beli awal bulan depan atau hujung bulan depan atau lepas aku habis praktikal bulan 5 akan datang ni.Aku memang perlukan handphone ni sebab handphone lenovo yang aku guna sekarang ni camera dia tak berapa terang dan tidak berapa best kalau nak selfie pakai lenovo aku tu.So sekarang ni aku memang ada 1 handphone jer lah untuk aku pakai whatsapp,wechat dan lain-lain.Nak hantar ke kedai pun nak buat apa juga setakat camera tak terang...Bukannya rosak pun..kan..So,aku skodeng lah dekat Lazada nak cari ni handphone.And then,nasib aku jumpa jugak harga yang murah.Lepas murah ada diskaun lagi tu..Perghh..Bila dah tahu harga pun dah terlajak murah,aku simpanlah dahulu handphone ni dekat whishlist aku...

Kingston Data Traveler 101 Generation 16GB Flash Drive Black

Benda ni memang lama dah aku nak beli di kedai tapi asal aku jumpa pendrive yang 16GB punya,harga dia punya lah mahal....Puikk...Nasib di Lazada ada jual benda ni dengan harga yang murah.Aku perlukan benda ni sebab apa-apa benda penting yang aku nak minta daripada kawan,boleh lah aku pakai benda ni kan kalau nak ambil apa-apa dokumen yang penting dan benda tu disimpan di laptop.So,main cucuk jer lah benda ni kat laptop.Senang...:P..

Pineng PN983s 10000mAH Lithium Polymer Slim PowerBank White

Barang ni pun menjadi satu keperluan dikala handphone yang aku selalu pakai kehabisan charger dan time korang jenjalan kat tempat yang jauh,mesti powerbank juga kan yang korang perlu...

Case for iPhone 5/5S

Alang-alang aku dah ambil sebijik handphone dekat Lazada,apa kata lebih baik aku cari pulak baju dia sekali kat Lazada ni..Baru deal..Kannnn...warna pun sama juga dengan handphone yang aku ambil tu..:P..

So,aku dah selesai buat whishlist!4 barang ni insyaallah dalam masa yang terdekat aku akan beli dalam awal bulan depan atau hujung bulan depan.Banyak lagi barang-barang di Lazada yang murah-murah tu kalau korang nak tau.Kadang-kadang,Lazada ni akan buat sale yang gila-gila jugalah tapi dia ikut musim.So,korang kena sentiasa alert lah jualan murah di Lazada ni...

Terima kasih kerana sudi baca entry ini!

 
 
 



Cerita-cerita Legenda atau Dongeng yang terdapat di Kuala Penyu (4 kisah)

24 Mac 2016/Khamis

Assalamualaikum

 
● Misteri Lada dan Perigi Ajaib.... 

Pulau tiga bukan sahaja terkenal sebagai sebuah destinasi perlancongan yang terkenal, bahkan juga menyimpan banyak misteri masa lampau. 

Menurut cerita orang tua-tua, pada zaman dahulu terdapat sepohon lada padi yang ajaib di pulau tersebut. Batang sehaja sebesar pokok kelapa yang sudah berbuah. Jika ingin memetik buahnya anda terpaksalah memanjat. Walaubagaimanapun tidak pula diketahui lokasi sebenar, tumbuhnya pokok tersebut.

Dalam pada itu terdapat juga cerita tentang kewujudan sebuah Perigi Ajaib ditepi pantai pulau tersebut. Walaubagaimanapun tidak semua orang dapat melihat lada dan perigi ajaib tersebut. Kepada sesiapa sahaja yang membaca ruangan ini dan secara kebetulan berpeluang berkunjung ke Pulau Tiga, jangan lepaskan peluang anda untuk bersiar-siar diseluruh kawasan pulau tersebut. Siapa tahu mungkin anda berpeluang melihat lada ataupun perigi ajaib tersebut. Tetapi awas, jika anda gagal menemuinya jangan menangis, dan seandainya pula anda berjaya melihatnya jangan lupa bertanya nombor Empat Ekot kerana andalah orang yang "bertuah".
 


● Batu Nousung.....

Mengikut cerita nenek moyang kita, kononnya dahulukala ada seorang perempuan tua dan seorang anak lelakinya. Mereka dua anak beranak ini bolehlah dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila anak lelaki itu sudah dewasa maka mengembaralah ia seorang diri untuk mencari rezeki serta kemewahan. Selang beberapa tahun menjadilah ia kaya daripada isternya yang didatangkan daripada orang berada. Si pemuda tadi bersama isterinya serta pengikut-pengikutnya belayar dengan sebuah kapal.

Apabila si ibu tadi sedar akan kepulangan anaknya dengan gembira dan terharu ia menyambut kedatangan yang dinanti-nantikan. Alangkah terkejut si ibu apabila si anak tadi tidak mengakui bahawa ia adalah ibunya. Dengan hati yang hancur lebur maka si ibu pun menyumpah anaknya. lalu dengan serta merta kapal yang dinaiki oleh anknya tadi bersama pengikut-pengikutnya pun telah menjadi batu. Bentuk kapal ataupun batu tersebut masih kelihatan berdiri megah juga di persisiran tanjung pantai sawangan Kuala Penyu.


● Batu Payau, Batu Kuyuk (Anjing)....

Kononnya pada zaman dahulu, ada seorang pemburu. Pemburu ini sedang memburu rusa dengan menggunakan dua ekor anjing. Oleh kerana binatang rusa ini terlalu laju maka ketinggalanlah pemburu berkenaan di belakang. Lalu rusa tadipun menuju ke laut dengan disusuli oleh anjing-anjing tadi. Tidak berapa lama maka sampailah pemburu tadi ketempat dimana rusa itu berada. Alangkah terkejutnya pemburu tadi apabila mendapati rusa dan anjing-anjing telah bertukar menjadi batu.

Sehingga sekarang batu-batu berkenaan masih kelihatan dipersisiran tanjung Pantai Sawangan, Kuala Penyu.



● Peristiwa Sedih di Sebuah Gua di Batu Luang...

Peristiwa sedih ini berlaku dizaman dahulu. Ketika itu ada sepasang pengantin yang baru saja melansungkan perkahwinan mereka di rumah pangantin perempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka tibalah pula masanya mereka pulang ke rumah pengantin lelaki (maya wagu kata orang tatana). Dengan diringi oleh keluarga masing-masing maka berangkatlah kedua pengantin siduatu pagi yang indah. Ketika mereka hampir di batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang, awan manjadi gelap dan diikuti oleh hujan dengan lebatnya.

Menyedari situasi tersebut mereka pun bergegas untuk berlindung didalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang. Setelah hujan berhenti maka mereka mulalah keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki merupakan orang yang kedua terakhir keluar. Orang yang terakhir masih didalam gua tersebut ialah pengantin perempuan. Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik oleh suaminya, tiba-tiba tanah didalam gua itu mendak/turun. Sisuami cuba menyelamatkan isterinya sedaya upaya namun isterinya hanya sempat menghulurkan cincin perkahwinan mereka lalu lesap ditelan bumi. Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan.Yang nyata gua tersebut masih wujud hingga kehari ini.