Travel : Jom Ke Tenom (Part 2)

08 Februari 2016/Isnin

Assalamualaikum

Sambungan daripada entry part 1...

Hari terakhir berada di Tenom.Sebelum balik macam biasalah rutin harian kita iaitu breakfest.Tu yang penting kan..Lepas breakfest tu aku di bawa ke Pusat Kebudayaan Murut,Sabah yang terletak di Kg.Inalisan Pulong dan mempunyai jarak kira-kira 13 km dari Pekan Tenom dan berkeluasan 33 ekar.

Selepas korang keluar dari Pekan Tenom,korang jalan terus jak sampailah korang jumpa papan tanda kat atas ni.Kalau korang tak jumpa papan tanda kat atas ni maknanya korang sesat lah...

Masuk lagi pi dalam jumpalah kami rumah orang murut.Kat dalam tu korang boleh nampak macam-macam jenis barangan suku kaum murut antaranya ialah pakaian tradisional,gong,alat muzik tradisional dan sebagainya.Rumah tersebut mempunyai 2 tingkat.Tingkat 1 adalah untuk barang-barang tradisional kaum murut manakal tingkat 2 adalah barang-barang khazanah suku kaum murut.Dan sekali lagi bila masuk di Pusat Kebudayaan Murut,NO CAMERA..Ok..Patuhi arahan tersebut...T____________T...
Setelah selesai melawat bahagian rumah kaum murut,kami dibawa ke dewan untuk melihat persembahan tarian tradisional orang murut.First kami masuk sana,kami dibagi taklimat pasal suku kaum murut ni dan selepas orang tu habis taklimat ada sesi soal jawab pula.Lepas tu barulah kami tengok orang-orang murut membuat tarian di atas pentas.Harap Maap!!Video nya aku tak dapat nak update dekat blog atas sebab-sebab tertentu!!
Lepas tu,ada sesi bergambar lagi dan aku berkesempatan untuk bergambar bersama orang-orang murut.

 #Lelakidisebelahakutuhensem!!hahaha#

Habis sudah lawatan kami kat situ,kami pun baliklah pi Stesen Kereta Api Tenom.Sampai di sana,dapat berita bahawa kereta api pergi Beaufort tak ada.ROSAK!!Ya Allah.Kalau kereta api dah rosak,jalan alternatif yang lain ada iaitu kami ikut jalan Keningau-Kimanis.Ok.Memandangkan aku sendiri belum pernah mengikuti jalan tersebut,dengan itu aku dengan yakinnya ikut sahaja apa yang driver nak..:P..



First time lalu jalan Keningau-Kimanis,ya allah...Terpukau aku sekejap apabila melihat pemandangan di situ.

Jalan Keningau-Kimanis
Punya lawaaaaaaaaa...Omaigoddddd..Serius!!Lawa beb!!Paling best nya,jalan raya dekat situ bukan jalan raya biasa tapi jalan raya yang berbukit bukau dan curam.Bukit nya punya tinggi.Jalan dia lagi macam jalan ular.Perggghhhh...Mencabar sungguh lalu di sana.

Sampai di satu tempat,kami singgah di kedai yang ada kat situ.Konon aku nak uplod gambar lah ni pemamndangan di situ.Sekali tengok handphone,makkkk aiii...Kat situ pun boleh-boleh nya tak ada line..Erhmmm...Ye lah...<.....>..

Bila sampai di banjaran Crockrer kan,di situ lah ada kabus,sejuk anginnya seolah-olah korang berada di Ranau.Padahal korang masa tu berada di Keningau...Kikikikikikikikikikikiki...

Perjalanannya memakan masa selama 2 jam lah untuk sampai ke Beaufort.Dan akhirnya.....kami sampai juga ke Stesten Kereta Api Beaufort.
Itulah pengalaman sepanjang perjalanan aku di Tenom yang aku dapat.Best sangat!!


Terima kasih kerana sudi baca entry ini.







 
                            






1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..