Travel : Jom Ke Tenom (Part 1)



Jom Ke Tenom (Part 1)
06 Februari 2016/Sabtu
Assalamualaikum

Ni cerita cuti-cuti malaysia aku tahun lepas.Gila lama punya nak peram entry ni sampai aku dah praktikal dekat sebulan lebih pun baru sekarang terhegeh-hegeh nak update yerr Kaknum...Time ni aku sedang cuti semester jadi ambil lah peluang dengan travel ke sana travel ke sini...Eheeeeee...

 Masuk jak aku kat dalam bangunan Stesen kereta api Beaufort tu,pak guard kat situ terus panggil aku sebab kereta api masa tu dah nak gerak dah.Ingatkan masih awal lagi rupanya mau hampir jam 7.30 pagi masa tu.Nasib tak ketinggalan kereta api kalau tidakkkkkkkk,membeli lagi tiket yang kedua.

Korang tengok sahaja tarikh kat tiket tu.Nampak kan..Tanggal 14.11.2015 aku sampai Tenom dan aku balik dari Tenom pada 15 .11.2015.Sekarang tanggal 06 Februari 2016 baru aku update dekat blog.Nampak sangatkan kemalasan melanda diri ku pada masa dahulu...Seiii...ayat...tak boleh belah....bla...bla...bla...

Kalau korang nak tau,bagi pembaca yang sedang baca blog aku ni...aku nak kasih tau ngan korang bahawa untuk sampai ke Tenom ni dia mempunyai dua penghubung  yang boleh korang lalui jikalau korang ingin ke Tenom.
Kalau korang tinggal berdekatan dengan  Daerah Beaufort,korang boleh menaiki kereta api dari Beaufort  ke Tenom.Perjalanannya memakan selama 2 jam.Dan jikalau korang ingin menaiki kereta api dari Tanjung Aru,Kota Kinabalu pun boleh.Selain daripada menggunakan kereta api,korang juga boleh sampai ke Tenom ikut jalan Kimanis-Keningau.Tapi,bila korang ikut jalan Kimanis-Keningau korang kena hati-hati lah sebab nanti aku ceritakan di part 2.Kalau aku ceritakan awal-awal tak best pula..:P..

Pada mulanya,aku ingat kereta api tu dia jalan terus ke Tenom.Rupanya,tidak!!Berhenti lagi di stesen kereta api Darayu tak silap aku nama dia.Lupa-lupa ingat dah aku sebab aku pergi Tenom tahun lepas dan aku update entry ini tahun ini.Kahkahkah!!

Bila tiba di stesen kereta api kat situ,aku jenguk-jenguk lah pemandangan dia.Cantik tu memang cantik.Sesuai kalau korang nak bergambar family kat situ.Air sungai nya pun mengalir dengan tenang jer aku tengok padahal hati aku masa tu terbang entah ke mana..Cehhh...!!

Masa aku tengah syok tengok pemandangan kat situ,satu benda aku lupa.AMBIL GAMBAR!!Ini lah padahnya kalau terlampau asyik dengan alam sekitar.Cisss..Memang masa tu nak selfie pun kat situ tapi entah macam mana boleh lupa nak selfie..Rugi oo..Tapi,bila aku tengok handphone aku...omaigodddd...langsung tak ada line internet mahupun line handphone.Langsung tiada.Berpikir aku sekejap,macam mana lah dorang boleh berkomunikasi  kat sini kalau line internet pun non hado apa tah lagi line handphone...Ish3x...So,jimat juga battery handphone aku masa tu..Eheee..

1 jam setengah kemudian,sampailah kereta api yang kedua yang akan menuju ke Tenom.Bila aku tengok handphone buat kali kedua,ish3x...memang tak dak line..Aku pun pikir la sesaat,kat hutan ni mana ada line...Ko pun tau kan ko ikut kereta api ni lalu mana.Ok.Aku tau dah.Masuk hutan.Keluar hutan.Masuk gua.Keluar gua.Dan...sepanjang perjalanan aku ke Tenom...diiringi air sungai yang deras mengalir tatkala....ehhh...aku dah kenapa keluarkan ayat jiwang-jiwang segala..ehehehehe..

Sampai dah di Pekan Tenom,aku jalan-jalan dulu pi meround Pekan Tenom tu.Lepas tu baru balik hotel...:P..

Mula-mula sekali,aku di bawa melawat ke Kilang Kopi Tenom.Kiranya,first aku nak masuk sana,nak selfie lah ni konon.Sekali tengok,ada amaran pula.NO CAMERA.Omaigoddddd...Apa boleh buat lah kalau sudah tak dapat selfie..Huaaaaaaaa.....

Masa di kilang kopi,pengurus kilang tersebut dia menerangkan proses-proses membuat kopi dari A sampai lah ke Z.Masa tu korang kena tumpukan perhatian tau sebab selepas pengurus kilang kopi selesai berbicara ada soal jawab selepas itu dan kalau jawapan korang tu betul korang akan dapat 2 paket kopi free..Best kan..Eheee..

Lepas tu aku di bawa ke bangunan yang satu lagi...bangunan ni ala-ala restoran lah untuk aku pilih kopi mana yang aku nak..Banyak juga ah pilihan-pilihan kopi kat situ.So,aku ambil kopi yang tiada di jual di supermarket sahaja.Jadi,aku bawa balik 2 bakul berisi kopi.Wahhh..Gigih kau ahh...Alaaaa...bukan semua kopi Tenom ada jual di supermarket yang berdekatan sama kita.Kannnn.Gituu..

Masa di kilang kopi aku langsung tak ada selfie tak ada keluarkan handphone.Itu maknanya aku berjaya mengikut peraturan yang disediakan..Yeayyyy..Tepuk tangan untuk diri sendiri....:P...
Selepas dari kilang kopi,aku di bawa ke restoran yang ada di Pekan Tenom lah.Nama restoran tu pun aku lupa dah.Makanan diorang pun ok.Macam biasa sedap.Selesai makan,aku dibawa pula ke Masjid yang terletak di Pekan Tenom untuk menunaikan solat Zuhur.Selesai solat,baru lah aku dibawa ke Jabatan Pertanian Sabah.
Bila dah bayar tiket,kena suruh pula tunggu sampai 3.30 petang sebab kereta api baru buka masa tu.Bingung aku sekejap masa tu terus aku tanya staff dekat kaunter tu.Kereta api??Ya.Kereta api tu akan membawa kamu ke taman tersebut lah sebab taman dia besar.Penat kamu jalan kaki nanti.Begitu lah penerangannya.Ok.Masa tu aku faham dah.Kikikikikiki.

Mula-mula seram jugak aku nak duduk kat situ sebab bentuk dia macam kumbang.Last-last aku duduk juga demi selfie..Wakakakakakakaka..Nak dijadikan kenangan konon...

Ini lah kereta api yang aku cakap tadi.Dalam kereta api ni,bukan kau sorang jak yang ada di dalam.Orang lain pun ada juga.Okayyyyy.Best juga ah naik kereta api ni biar pun tak laju macam kereta api yang aku naik pagi tadi.hihihi..

Bila dah masuk kat dalam,wahhhhhh.Punya cantik taman dia.Besar lagi.Ya ampunnnn.Nasib kat situ boleh selfie.Kalau tak,memang rugi dan tak berbaloi bayar tiket masuk tu biarpun harga nya RM 3.30...hehehe..
Benda yang pertama sekali aku jumpa kat dalam taman tu ialah :


Tasik...Aku tak pastilah tasik ni tasik semula jadi atau tasik buatan orang.Tapi design tasik ni memang cantik kan seakan-akan bentuk love..
 
Lepas jumpa tasik,aku jumpa gua pula.Ada banyak lah gua yang aku jumpa kat dalam.Gua apa nama nya entah aku lupa dah...:p..

Ni lah gua yang aku maksudkan tu..

 
Tempat bertapa siapa ni yang aku jumpa dalam taman??Hahaha..
Bila masuk di kawasan taman bunga...pergghhhh...bukan main lagi cantik nya ahh...Bila kau dah di dalam sana,tetiba kau berfeelling kuch kuch hota hai kat situ..Sesuai sangat dengan bunga-bunga nya yang ada..

Taman Sabah.Aku sengaja ambil satu gambar jak sebab banyak lagi gambar yang mau di ambil.Takut memory full lah katakan...Huhuhu...

                  Aikkk...dalam taman bunga pun ada gua jugak...:P..

Dengan duduknya aku di atas batu tersebut...dengan itu aku akan bla...bla...bla...!!

Ni aku nak masuk ke taman bunga raya pulak...


Bunga raya kat situ cantekkk jewww aku tengok...Bak kata kat papan tanda tu,dia kata dilarang memetik tanaman.Haaa...ingat tu..:P..

Sekarang aku masuk lagi di bahagian Taman Tumbuhan Karnivor.Periuk kera kat dalam gambar tu bukan yang real tau.Ini yang design punya sahaja.Kenapa periuk kera diletakkan kat situ sebab ianya dijadikan sebagai tong sampah.Haaaa...kan dah tau!!

Masuk di dalam lagi,aku jumpa kaktussssss.Akhirnyaaaaaaaa,aku jumpa jugak kaktus dekat taman bunga ni sebab lama sangat dah aku tak nampak kaktus tumbuh dekat rumah aku..:P..Kaktus nya pun tumbuh dengan cantik nya.Besar-besar dan panjang-panjang.Memang lawa.

Yang ni kaktus ulung namanya sebab dia satu jak di situ.Hehehehe..Apehal lah aku ni pandai-pandai jak bagi nama dia kaktus ulung..kikikiiki..
 
Puas ke dah Kaknum pusing-pusing satu taman tuuuuu??????Haaaa...Biar pun lama masa aku kat dalam tu tapi aku still belum puas nak feelling-feelling hindustan kat situ..Eyerrkkk...Hahaha...Ya...Puas + penat round-round tu taman.Besar dan cantik.

Kilang Kopi Tenom..Masjid Dareah Tenom...Jabatan Pertanian Sabah...Ketiga-tiga tempat tersebut aku dah lawat.Memang sangat-sangat memuaskan.All perfect la orang putih kata...Lepas dari pulang dari Jabatan Pertanian Sabah tu,barulah aku pergi ke Hotel Orkid yang terletak di Pekan Tenom.

                    Signboard Tenom yang terletak di Pekan Tenom.
Sebelah malam nya pula,aku pergi ke Hotel Perkasa pula.Dari situ lah kau dapat view macam mana Pekan Tenom pada waktu malam.Cantik ke tidak.Besar ke tidak.Ikut korang lah mau nilai macam mana.Kau pikir di Ranau jak kah yang ada Hotel Perkasa??Di Tenom pun ada bah.Kan di Sabah ni orang cakap MACAM-MACAM ADA !! Jadi,bila MACAM-MACAM ADA di Sabah...semuanya pun adalah juga di Sabah...:P..

 Pekan Tenom pada waktu malam apabila di view dari Hotel Perkasa,Tenom.


Pekan Tenom pada waktu pagi.Juga diview dari Hotel Perkasa.

Inilah Orchid Hotel tempat aku menginap di Tenom.Betul-betul hotel ni  terletak di Pekan Tenom  ya..

Empangan Tenom
 
 Nanti aku sambung part 2 pula yee...Baii..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.






















1 comment:

  1. Kopi&kaktus benda yg paling Cikna suka...;-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..