Perubahan hidup

10 February 2016/Rabu

Assalamualaikum

Sekarang ni aku telah mengalami perubahan hidup aku 50% di mana dulu nya aku ada lah seorang student,tapi sekarang gelaran aku bukanlah seorang student lagi tapi seorang student yang sedang praktikal dan menunggu masa-masa yang akan mendatang untuk menghabiskan diploma selama 3 tahun.Bukan senang uolls nak habiskan diploma selama 3 tahun ni.Yaiyyy!!

*Kalau pelajar yang sedang praktikal nak panggil apa??Soalan bonus!!*

Bila dah satu hari asyik duduk kat ofis jer,dan lagi cantik lagi ofis tu bila ada WIFI FREE...hehe..tu lah yang menyebabkan aq rajin update blog sekarang ni.Kadang-kadang 2 entri 1 hari,kadang-kadang 3 entry 1 hari...Wowww...Korang pun perasan kan kalau blog aku sekarang ni hari-hari berupdate..hehe..Terima kasihlah ofis tempat aku praktikal tu sebab telah menyediakan WIFI FREE untuk aku update blog..Hihi..*kedapatan menyalahgunakan WIFI ofis..kahkahkah!!*Mau satu bulan lah jugak aku nak sesuaikan diri sendiri kat ofis ni..Kikikikikikiki..

Dulu rumah sewa,sekarang rumah sendiri sudah sebab aku tempat aku praktikal sekarang ni dekat jak dengan rumah aku di Kuala Penyu jadi jimat lah juga perbelanjaan aku seharian.Tapi kalau aku dapat praktikal di Kota Kinabalu,erhmmm...pening kepala otak aku mana nak pikir rumah sewa,bil air,bil elektrik...Blurrrrrrrrrrrr...Nasib lah kan aku dapat tempat praktikal yang dekat dengan rumah aku..

Kalau dulu,bila ada kelas jam 8.30 pagi jam 8.00 pagi otw lah pergi bustop tunggu bas.Sekarang,jam 6.30 pagi mesti dah bangun and sebelum jam 8.00 pagi mesti dah ada kat ofis.Waktu balik dari ofis pula jam 5.00 petang paling lewat tapi aku balik jam 4.30 petang..Hihikkss..

Bila aku teringatkan balik kehidupan aku di rumah sewa dulu,di kolej,rindu pula nak jadi student macam dulu.Rindu nak naik bas dari rumah sewa ke kolej,sampai kolej kelas batal and then jalan-jalan lah pi One Borneo kalau tak pun balik terus.Lepas tu rindu nak gosip-gosip dengan kawan.Rindu nak pergi library*kononlah pergi library..padahal ini hanya dusta semata-mata*Asal korang nak tau kan,memang best sangat jadi student.Arrr...rindu time zaman masih belajar...*air mata dah bergenang sambil taip entry ni....poyohh!!*..

Tapi sampai bila kita nak life kita asyik yang dulu jer,tak ada yang sekarang??Orang kata,tak berkembanglah.Asyik dengan kehidupan yang sama jak..Nah..bila kau tengok life kawan-kawan kau banyak yang sudah berubah..erhmm...di sanalah kau terpikir sampai bila life aku asyik begini..kan..

And now,alhamdulillah...Aku baru jak masuk dalam dunnia bisnes ni sejak aku cuti semester 5 yang lalu.Aku menjalankan 2 bisnes pada masa yang sama sebagai kerja part time aku iaitu jual jubah di instagram,Nour Durrah...*Kalau sudi follow lah..Cuci mata kat sana pun boleh*...dan satu lagi aku tengah mencuba bisnes TONE EXCEL.

Untuk bisnes Nour Durrah ni,macam-macam dah aku plan nak tambah collection baru macam shawl,inner jenama sendiri dan banyak lah lagi.Alhamdulillah,Allah telah bantu aku dari segi kewangan dan idea cuma sekarang ni aku tengah tunggu masa jak untuk cari new collection yang akan datang.Tunggu tau..:)..



Untuk bisnes TONE EXCEL ni pulak,aku baru jak join jadi ahli TONE EXCEL beberapa bulan yang lalu dan asal korang nak tahu kan,kalau korang nak join TONE EXCEL ni,memang sangat menguntung kan lah sebab bila korang dah jadi ahli TONE EXCEL,korang akan dapat duit.Macam mana nak dapat duit dengan menggunakan TONE EXCEL ni,korang boleh wasap aku kat 019-8020499 kalau korang nak tahu info yang lain dan insyaallah aku akan update juga entry pasal TONE EXCEL ni lain hari...Tunggu yerr..



P/S : Kalau korang nak review atau advertise di blog aku,korang boleh directly di emel aku NurulBaidurah055@Gmail.com

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

2 comments:

  1. lps ni mkin mncbr la kalau dh kerja kan..hihi..

    good luck ya!

    nak join cmd, roger yui =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..