Cerita hari Jumaat (12 Februari 2016)

14 Februari 2016/Ahad

Assalamualaikum

Haha..Baru muncul hari ni setelah 3 hari menghilangkan diri dari dunia blogging.

Hari Jumaat tu kan aku,mak dan bapa aku pergi ke Kota Kinabalu(KK) untuk membeli rotex kereta yang baru sebab rotex lama dah expired.Lepas tu bayar insuran and then last bayar yuran pengajian sem 6 aku.So,ada 2 tempat lah kami pergi hari tu.Eh,3 tempat.Etiqa,Pejabat Pos dan KYS Sembulan.

Sampai di etiqa bapa aku urus insuran tapi syukurlah sekejap sahaja urusan dia.Tempat kedua di Pejabat Pos.Ni aku dan mak aku yang pergi sebab bapa aku katanya nak pergi beli sesuatu.Bila dah masuk kat Pejabat Pos KK,macam biasalah ambil no giliran duduk dan tunggu sampai no angka giliran ko dipanggil.Kalau korang nak tahu.di Pejabat Pos lah tempat untuk membeli rotex kereta yang baru.

Tempat ketiga kami singgah di Wisma Muis sebab bapa aku nak pergi solat Jumaat dan aku dengan mak aku hanya tunggu di Wisma Muis.Sementara tunggu bapa aku siap solat,kami jalan-jalan di sekitar kioks-kioks yang ada di situ.Bila dah penat meround satu Wisma tu,aku dan mak aku pun pergi ke restoran yang selalu kami makan(namanya pun aku lupa dah).Mesti pergi awal sebab kalau pergi time lepas orang solat Jumaat,pandai-pandailah korang cari tempat di luar ye.Macam biasalah kami order air cendol dan pasal makanan ni pulak aku nak makan nasi time tu tapi lauk habis dan aku pun order soto ayam (my favourite) dan mak aku order laksa (dia punya favourite).Bapa aku pilih nasi campur lepas dia habis solat dan bapa aku ambil nasi dan sayur sahaja sebab lauk dah habis.

Lepas makan,jalan-jalan lah lagi sekali di kioks-kioks yang ada di Wisma Muis dan sampai satu kioks tu aku teringat yang produk kecantikan aku dah habis.Korang nak tau apa produk kecantikan aku??Hehe....Ini lah dia....Jeng jeng jeng....

Inilah dia DNARS SKINCARE.Produk ni aku pakai dah lebih setahun.Perghh...Setia betul dengan Dnars.Huhhh!!Harga yang aku dapat time beli dekat Wisma Muis ialah RM 45.00 manakala tempat yang satu lagi aku selalu beli DNARS SKINCARE ni ialah di One Borneo,Kota Kinabalu selalu aku dapat harga dia RM 60.00.Erhmm...Jauh beza kan harga dia..:P..Ok..Lepas ni kalau nak beli DNARS,aku beli dekat Wisma Muis jer lah..Sebab murah..Hihi..

Kebaikan produk kecantikan DNARS SKINCARE ni ialah :
  •  Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
  •  Menyamarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam & putih di wajah.
  • Mengecilkan pori-pori.
  • Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata.
  • Memutihkan dan mencerahkan warna kulit.
  • Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya.
  • Menegangkan kulit muka sehingga korang kelihatan lebih muda.
  • Menghilangkan parut di wajah.
  • Menghilangkan kedutan.
  • Mengatasi masalah jerawat.
  • Mengatasi masalah jeragat.
  • Menyerikan kulit yang kusam.
  • 100% recommended.
Produk DNARS SKINCARE ni dia ada 2 jenis iaitu SET NORMAL/JERAGAT dan SET BERMINYAK/JERAWAT.Asal korang nak tau,SET yang sesuai dekat kulit muka aku ialah SET BERMINYAK/JERAWAT.Bila dah sebulan aku pakai produk DNARS ni kan,mulalah nampak kesan dia dan kesan dia pun tersangat-sangatlah baik.Dulu muka aku selalu naik jerawat,bertompok-tompok pula tu dan jerawat tu pun jerawat yang besar-besar bah tumbuh di kulit muka aku..Merah-merah lagi tu jerawat yang tumbuh di muka aku.Bila jerawat dah keluar dan bermaharaja lela di muka aku,jangan harap lah korang nampak muka aku kat mall-mall yang ada di KK sebab aku malu masa tu mau keluar berhadapan dengan masyarakat di luar sana.Tu sebabnya aku dulu selalu tukar produk kecantikan dari Fair & Lovely,Hansaegee nature,Safi,The Body Shop,Mora Essential dan sampailah aku jumpa produk DNARS SKINCARE ni.Mau dekat sebulan jugalah jerawat-jerawat aku mau hilang bila aku setia pakai DNARS SKINCARE ni.Bila muka dah bersih dan tiada jerawat macam Mira Filzah tu,hihihihi...rajin dah aku lepak-lepak dekat 1B,CP,IMAGO...Hohohohohoho..Tapi,bila muka aku ada jerawat,berkurung jer lah aku di rumah..Nak beli barang pun kirim jak dekat haousemate...kahkahkah!!Teruk sei..

#Alaaaa...aku dah padam dah gambar muka aku yang dulu yang penuh dengan jerawat...huhuhuhu..

Panjang lebar pula ayat aku kat atas tu yer..Hihihihi...Now,aku nak terangkan dengan korang perbezaan SET NORMAL/JERAGAT dan SET BERMINYAK/JERAWAT.

Di dalam SET NORMAL/JERAGAT,korang akan dapat :
  • 1 sabun collagen
  • 1 sabun beras
  • 1 day cream
  • 1 nar cream
Di dalam SET BERMINYAK/JERAWAT,korang akan dapat :
  • 2 sabun beras
  • 1 day cream
  • 1 nar cream
PENERANGAN SETIAP PRODUK DNARS SKINCARE :

Sabun Beras  
  •  Membersih dan melembutkan kulit wajah.
  • Menyingkirkan minyak yang berlebihan pada wajah serta merawat masalah jerawat,jeragat,kulit kering,kulit tidak sekata dan kulit kusam.
  • Wajah akan jadi lebih bersih,halus,licin dan tegang selepas dicuci.
  • Harga : RM 12.90.
Cara-cara mencuci muka dengan sabun beras :
  • Basahkan muka dengan air bersih.
  • Ambil buih daripada SABUN BERAS DNARS SKINCARE.
  • Urutkan buih sabun tersebut pada muka korang sehingga berbuih.
  • Bilas wajah korang sehinggah bersih.
  • Keringkan wajah korang dengan tuala bersih.
Sabun Collagen 
  •  Membantu menegangkan kulit wajah.
  • Menjadikan kulit lebih anjal.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah.
  • Harga : RM 13.90. 
Cara-cara mencuci muka dengan sabun collagen :
  • Step nya sama dengan sabun beras. 
Day Cream(Krim Siang) Campuran serbuk mutiara asli di dalamnya dapat membantu menghilangkan jeragat,bintik-bintik hitam & putih secara efektif.
  •  Memutihkan/mencerahkan kulit wajah dan membantu menghilangkan kedutan di wajah.
  • Dapat digunakan sebagai foundation sebelum penggunaan make-up pada wajah untuk mencegah kembalinya jeragat dan bintik hitam.
  • Harga : RM 26.90
Cara-cara menggunakan krim siang(day cream) :
  • Keringkan wajah korang selepas mencuci muka dengan menggunakan sabun beras/sabun collagen dnars skincare.
  • Sapukan krim siang(day cream) pada wajah korang secara nipis dan rata.
  • Kemudian baru lah korang apply make-up kat muka korang.
 Nar Cream(Krim Malam)
  
  • Kaya dengan pelembap dan bahan antioksidan.
  • Mampu merencatkan masalah jerawat dan jeragat.
  • Memudarkan parut.
  • Menghalus dan mencerahkan kulit.
  • Mencegah kulit kusam.
  • Meratakan rona kulit.
  • Mengecilkan pori dan mengurangkan kedutan halus agar tampil segar berseri setiap kali bangun pagi. 
  • Harga : RM 26.90
Krim malam mempunyai fungsi yang jauh lebih utama dalam mengekalkan kecantikan kulit,sama penting nya dengan krim siang yang peranannya lebih tertumpu kepada membekalkan kelembapan berterusan serta perlindungan dari sinar UV yang menggelapkan kulit.

Semasa tidur,kita berada dalam keadaan rehat yang secukupnya dan bebas stress.Maka kulit berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala vitamin yang terkandung dalam krim secara optimum,menembus jauh ke dalam agar mampu bertindak lebih efektif dalam menangani tanda-tanda penuaan,memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit yang rosak,mengangkat sel-sel kulit yang mati dan meremajakan lapisan kulit dari dalam.

Cara-cara menggunakan krim malam(nar cream) :
  • Keringkan wajah korang selepas korang mencuci muka menggunakan sabun beras/sabun collagen produk dnars skincare.
  •  Sapukan krim malam(nar cream) di wajah korang secara lembut dan rata.
  • Pakai secara nipis dan gunakan krim malam sebelum tidur.
Inilah antara produk-produk DNARS SKINCARE yang aku pakai.Lepas siap urusan di Wisma Muis,kami pun bergerak ke KYS Sembulan.Sampai jak sana,aku terus pergi ke jabatan akaun & kewangan untuk bayar yuran sem 6.Duit bertukar tangan dan akhirnya yuran sem 6 aku dah pun selesai di bayar.Syukur alhamdulillah.Tinggal MARA jak ni yang belum tau berapa mau bayar balik nanti..Erhm....

Ni lah jumlah kesemua yuran aku untuk sem 6 yang aku perlu bayar.Perghhh...Melayang juga akhirnya 3K yang di kumpul selama ni..:)..

Selesai sudah semua urusan,kami pun pulang terus ke rumah.Kalau lah aq sorang jak masa tu bawak kereta,perghh...mungkin aku menyinggah dulu ke Mall..Hihi..

P/s : Sesiapa yang berminat nak review atau berminat nak jadi ahli Tone Excel,boleh emel NurulBaidurah055@gmail.com atau whatsapp aku di no 0198020499.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.


 



1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..