Centre Point,Oceanus,Imago....Semua kami terjah..

15 Februari 2016/Isnin

Assalamualaikum

Seminggu sebelum aku menghadiri peperiksaan akhir JPK tahap 2 di KYS  Likas,aku plan dengan kawan-kawan aku yang tinggal di Putatan untuk hangout lepas aku habis ujian.Kira macam reunion balik.Jalan-jalan di KK gituu..Huhu..

Jadi,aku plan macam ni...

14/12/2015 tu aku bermalam di KK tempat macik aku di Petagas.Besoknya 15/12/2015 aku ujian.1 hari.Pagi ujian teori petang ujian amali dan 16/12/2015 tu pulak aku plan dengan kawan-kawan aku nak jalan-jalan di bandar KK..

Aku nak mula cerita pasal ujian JPK aku la dulu..:P..

Pagi tu (15/12/2015),aku pi KYS Likas untuk menghadiri ujian JPK Tahap 2.Sampai di kolej,aku ingatkan aku orang yang paling lambat sampai sebab masa tu jam menunjukkan dah pukul 8.00 pagi sebab konon dalam surat tu kena bagitau jam 8.00 pagi mula.Sekali aku sampai di kolej,macam hampehh jer.Aku tengok masih lagi dorang kawan-kawan aku berkumpul di luar depan ofis lecture.Dalam hati aku hairan lah takkan dah pukul 8.00 belum lagi mula??Haizz...apa-apa lah...huhu..Rupanya,jam 9.00 pagi baru ujian mula..Haizzz...Bangas menunggu 1 jam..Haha..

Jam 9.00 pagi sudah,kami semua di panggil masuk ke dalam dewan sebab ujian sudah mula.Masa menjawab punya berdebar aku sebab masa tu belum tengok soalan lagi tapi bila dah tengok soalan....mygaddddddd......sebijik bah tips yang kena bagi sama lecture aku keluar bulat-bulat.Yahooo!!Nasib lah aku ada baca-baca jugak tips yang kena bagi tu...Kiikikikiki...Dari jam 9.00 pagi sampai jam 9.30 jak masa aku jawan sebab semua soalan ABC punya...hahahaha...tu lah senang jak..Hihihi..

Lepas siap jawab ujian teori,aku dan kawan aku pergi 1B saja jalan-jalan di sana sebab last pigi 1B pun time sem 5..ngam-ngam dah nak cuti sem dah masa tu..Jadi,masa rehat lama sampai jam 1.00 petang so jalan-jalan aku dengan kawan aku di 1B.hihi..Sampai di 1B kami singgah makan,jalan-jalan cuci mata lepas tu balik pi kolej..Hihi..Dalam jam 1.30 petang lah ujian amali kami mula siap jam 5.00 petang..Erhmmmm...penat bukan main lagi ya..Penat duduk penat membengkok semua lah ada.

Ni lah hasil jubin sebanyak 25 keping yang aku buat hari tu.Erhm...nampaknya aku belum mahir lagi dalam menyemen jubin sebab korang tengok lah sendiri hasil menyemen jubin yang aku buat.Ada terlebih sana ada terlebih sini.Ada yang tinggi di situ ada yang rendah di situ..Orang kata semua tak perfect lah kan..Huhu...Lepas tu jubin pun aku pasang terbalik..Ish3x...Belum layak lagi aku bergelar engineering ni kalau begini...Hohoho...

Lepas siap pasang jubin,di suruh pula buka balik tu jubin.Nasib pakai mortar.Kalau simen...sampai bisuk pun belum tentu lagi siap..:P..Kasut bot tu sponsor by KYS sebab aku tak nak markah aku kurang tapi memang kurang dah pun...huhuhu...aku pakai juga tu kasut bot...

Lepas semua sudah siap,sudah dinilai,aku pun balik lah pi rumah macik aku.Nak tunggu apa lagi kan..:P..

Tibalah tarikh yang dinanti-nanti kan iaitu 16/12/2015 di mana tarikh tu perjumpaan aku semula dengan kawan-kawan aku time tu sebab masa tu semua ada di KK jadi senang nak jumpa lagi pula tambahan kami one way jak iaitu area Putatan juga kami tinggal jadi senang sikit lah kami jumpa.

Perjalanan di mulakan pada jam 10.00 pagi.Aku gerak dari rumah ke bustop naik bus dan sampai di KK beberapa minit jak dengan tambang RM 2.00..Huhuhuhu..Dan semestinya lah aku duluan sampai dari kawan aku.Kami janji jumpa di depan Oceanus.Okay..Set..Bila semua dah ada kami jalan sama-sama pi Centre Point.

Konon nak makan Burger King sebab nak merasa burger dia masa tu tapi staff di sana cakap belum masak lagi daging dia...aiyoo....kami pun terus lah ke restoran jawa di tingkat bawah Centre Point.Aku order makanan masa tu soto ayam + milo pink tapi aku tidak ambil gambar pula masa tu.Huhhh...

Ni lah dia kawan aku dari sekolah rendah lagi (tahun 1) yang aku jumpa tempoh hari..

Lepas makan kami tengok wayang.Tajuk wayang tu The apa tu tajuk dia..aku lupa sudah..hahaha..cerita dia best jugalah.Ada sedih ada gembira.Campur-campur.Lepas jak wayang tu habis kami gerak ke Oceanus konon nak tangkap gambar..selfie sana..dan hasilnya..

Dan...hasilnya....akhirnya...dapat juga aku bergambar di Oceanus...hahaha..Kalau korang belum pernah lagi nampak siapakan owner blog Nurul Baidurah ni...Itu lah dia orang nya..hihi..Tak cantik tak comel hanya biasa-biasa sahaja..:P..

Ni pula kawan aku nama dia Anis.Kami mula rapat time tingkatan 5 sebab dia baru pindah masa tu.

Last selfie dekat Oceanus..Lepas ni kami go to Imago...Hihihihi..

Sampai Imago,kami jalan kaki jak sebab kedudukan dia dekat jak..hanya perlu menyeberang jalan.Sampai dalam Imago,macam biasalah kami selfie dulu..

Okay..sekarang aku nak kenalkan kawan aku yang satu orang lagi yang tudung merah tu nah...nama dia Diza..Kami berkawan start dari sem 1 lagi..Dia ni masuk kolej baru aku kenal. 

Kami jalan-jalan lah di Imago sempat lagi jumpa butik Susy Collection yang belum buka....Lepas tu singgah makan lagi di Boat Noddle.

Masuk di boat noodle ni rupanya makanan orang thailand dan mempunyai peraturan.Erhm..Yang aku ingat lah kami semua pilih mee,try dulu 3 mangkuk mee..ada yang pedas,sederhana pedas dan langsung tidak pedas.Then kami semua berpuas hati kami order lah lagi.Seingat aku sorang dapat 3 mangkuk kecil or 4 mangkuk kecil gitu lah..Dan..ngam ngam masa tu lapar makan jak lah yang penting kenyang..Kahkahkah..Harga kesemua tu dalam RM 30 lebih lah..

Selfie last imago dari kami bertiga..Yang ambil gambar kawan aku si Diza...hiihihi..

Kami pulang ke rumah dalam jam 8.00 malam lah gitu...First time ouh pulang lewat kalau time berjalan.Selalu sebelum jam 5.00 petang dah ada di rumah tapi ni kali lah jam 8.00 malam baru pulang ngma-ngam masa tu hujan lagi...Nahh...

Aku turun di bustop dan aku minta ambil sama kazen aku di bustop.Time aku menunggu kazen aku tu,ada lah ni 2 orang lelaki tegur aku..

Lelaki : Balik mana?
Aku    : Balik rumah.
Lelaki : Rumah mu di mana??
Aku    : Sana sebelah jejantas.

Masa tu lain dah perasaan aku.Time tu jugak aku tab aku tu di tangan.Ya Allah..Yang lelaki 2 orang tu menengok-nengok sudah aku.Nasib lah kazen aku tuh sampai sudah jadi segala air yang betakung di jalan raya aku langgar jak terus masuk kereta.Masa tu takut sudah dan akhirnya aku sampai rumah dengan selamat..Syukur!!

Itu lah hasil daripada perjalanan aku satu sama kawan-kawan aku di KK...

Terimma kasih kerana sudi baca entri ini.










3 comments:

  1. penat giler menyimen ek...hehehehe
    jemput singgah di Blog saya... ada GA sedang berlangsung & akan tamat pada 18/02/16 ni...

    ReplyDelete
  2. best jln..

    uih bahaya tu.. risau dgn org mcm tu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..