Bercerita pasal matang

10 Februari 2016/Rabu

Assalamualaikum

"Eh...matang lah kau...Umur kau tu sudah meningkat..Tapi perangai kau tu tak kena sama umur"

Damnnn....!!First time aku kena dengan ayat begitu..Umur budak yang bagi aku ayat begitu pun baru jer setahun jagung...Tapi,berani dah pandai tegur-tegur aku suruh aku matang.Ek eleh...aku tengok diri kau sendiri tu pun belum matang puikkk ada hati nak suruh orang matang pulak...Ape hal ni??

*Kes teringat balik time zaman study*

Kalau korang lah kan,bila korang dapat ayat macam tu dari kawan korang rasa-rasa apa korang akan buat??Nak marah ke,senyum ke,ok jer ke,atau apa-apa lah yang korang rasa.Kalau aku lah kan...balik-balik dah aku dapat ayat begitu time masih tinggal serumah dengan kawan aku.bila dia start dah nak cakap ayat matang tu,erhmm...tahan-tahan jer la telinga dik oi.Adekah patut orang yang muda dari aku pi tegur-tegur aku macam tuh?Tak ke biadap nama nyerr??*Emo Habis*

Bagi aku lah kan,aku pun tak tahulah matang ni macam mana sebenarnya.Ye..Bagi aku lah,kalau orang yang dah matang ni pemikiran dia memang pemikiran yang bernas lah.Tapi,orang yang menegur aku suruh asyik matanggggggggggggggggggggg jak 24 jam dulu erhmmmm....macam tak matang jer aku tengok.Sebab apa??Sebab bila nampak jak lelaki hensem,mulalah control ayu,control kiut...puikk..Lepas tu,bila ada masalah dengan orang tu konon nak bincang secara orang perseorangan sekalinya puikkk...bawa geng- dia ikut berkumpul sekali.Nak minta cover latttteewwww....Huhh!!Aku dah basi dah dengan perangai dia ni..

Bila aku dah tau perangai dia seriussss...tak nak dah aku cari pasal sama dia..nanti bincang kunun secara orang perseorangan last-last bawa geng sekali ikut berkumpul...Puikk...Tu lah kononnya matang gitu....Geleng kepala lah jawab nya..

Satu kes lagi,bila ada yang tak ngam di mata dia,ahhhhh..mula lah mengumpat dengan kawan dia padahal bila dengan aku dia umpat balik kawan dia..Haa...kan aku dah umpat dia kat sini...lolzzz...Yang tak boleh belah ni kan...time dia tengah mengadu dengan geng-geng dia pasal boiprin...Allah...sampai nangis-nangis sekali beb..ish3x...tu nama nya dah terlebih dah tuh...Haizzz...bilang matang...Tapiiiiiiiiiiii......erhmmm....

Tapi,makin umur aku meningkat makin aku konpius pula maksud matang yang sebenar ni.Tapi sekarang sikit demi sedikit aku paham dah maksud matang tu apa.

Apa yang aku perasan dengan diri aku sendiri,kalau time study dulu aku hanya pikir nak berseronok je.Apa-apa yang aku buat mesti dapat habuan macam shopping lah katakan.Yess...Perempuan dan shopping memang tak dapat di pisahkan!!Bila dah dapat result exam pun,biarpun result time tu cukup-cukup makan jer pun boleh membuatkan bibir aku senyum sampai ke telinga.*Teruk nyerrr*Prinsip aku masa tuh,bila dah dapat result exam...asal lulus je boleh lah...*Teruk kan*

Tapi tu semua dulu time masih study dan sekarang dah nak masuk alam pekerjaan ni (praktikal) aku macam makin bertukar sifat secara semula jadi tanpa di suruh jadi matang selama 24 jam...:P..Time tengah berpikir tu rasa macam "aku yang dulu bukanlah yang sekarang"...Hahaha...lolzzz...

Kadang-kadang,ada umur yang 13 tahun pun dah jadi matang.Boleh dah urus diri sendiri,keluarga,dah pandai dah pikir hala tuju hidup,tahu membezakan mana yang buruk dan baik untuk diri sendiri.

Ada jugak umur-umur macam aku ni (23 tahun) baru sedar yang aku sepatutnya tak perlu buat benda-benda begitu begini dan aku juga baru sedar yang banyak perkara yang tak berguna sudah aku buat tanpa aku berfikir panjang.Baru sekarang ni lah aku macam nak mulakan hidup baru dengan cara yang baru.

Kalau sekarang,mungkin aku dah rasa perubahan sifat luaran aku mula berubah.Bila nampak laki-laki hensem lalu depan mata,nak main mata dengan orang tu,macam malu pula dengan diri sendiri.bila dah berangan dengan benda yang bukan-bukan...haizzz...tambah lah malu...*Memang dah pun secara semula jadi nya aku memang pemalu*Lollzzz.

Mungkin ramai yang ingat bila dah jadi matang tu start dari cara seseorang tu berpikir,tapi entah lah.Aku pun tak tahu lagi.Insyaallah,kalau ada yang kita nak,kita akan dapat.Aku pun teringin juga nak jadi matang ni dalam macam-macam perkara tapi matang dengan sendirinya lah bukan di suruh asyik matang jer 24 jam..hihi..

Korang matang tak??Hehehe..

P/S : Sesiapa nak review blog atau produk atau apa-apa je lah boleh emel aku terus di NurulBaidurah055@gmail.com.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..