1st Reunion Di Pulau Cinta (Labuan)

01 Mac 2016/Selasa

Assalamualaikum

Haiiii korang.....Apa khabar korang??Sihat tak??Hehe...Blog Nurul Baidurah dah kembali bersiaran di Laman Sosial setelah beberapa hari tak muncul-muncul akibat dilanda kesibukkan setelah tuan punya blog sah bergelar student praktikal...Kikikikiki..

Okayy...Itu baru pendahuluan belum lagi isi...Seii...

Sebelum tarikh 07.02.2016,memang dah merancang lah nak buat reunion ex student SMK Kuala Penyu dengan kawan-kawan sekelas dulu time 2010 sebab masa tu semua kawan-kawan lama masa tu sedang bercuti.Jadi,memandangkan aku pun ada di kg aku sendiri,so senanglah nak buat perancangan awal...

Jadi,setelah semuanya kata YA untuk buat reunion di Labuan,maka kami pun bergerak ke Labuan pada 07.02.2016.Pergi balik jer bukan bermalam sebab kalau bermalam di Labuan memang aku tak nak.Awal-awal aku tolak dah nak bermalam di Labuan.Huhu..Cukuplah pagi sampai Labuan petang baru balik.

Kenapa Pulau Labuan di panggil Pulau Cinta??Sebab....

Kawan-kawan aku kebanyakkannya cari kerja di Labuan and then bercinta start dari Pulau Labuan..Kiranya macam ni lah ayat nya...Mencari Cinta di Pulau Labuan....Haha..Tapi aku tak nak lah jadi perantau Labuan walaupun kalau korang nak cari kerja di Labuan,senang dapat.Gaji pun tinggi.Lepas tu Pulau Labuan ni bebas daripada GST pulak.Haa..Lagi satu,semua barang-barang yang dijual di Labuan semuanya murah.Korang tak percaya??Cubalah korang jejakkan kaki korang ke Pulau Labuan dan shopping dekat Ujana Kewangan atau mana-mana tempat lah yang korang nak serbu.Lepas tu bezakan jumlah harga kesemua barang yang korang beli di Labuan dengan di tempat korang..Ada perbezaan tak??Hehe..

Tibalah hari yang ditunggu,pagi tu (07.02.2016) aku dengan kawan aku yang 2 orang lagi tu bertolak dari rumah seawal jam 7.00 pagi sebab pagi tu kami bercadang nak naik feri pada jam 9.00 pagi dan sampai di Labuan pada jam 11.00 pagi.

Haha..rupa kertas tu aku tengok macam bekas kena kasih gumpal-gumpal sudah sebab masa tu sumbat dalam beg nanti takut terbang pula ke laut..Ye lah kan...masa kami pergi Labuan tu,angin + ombak kuat..Jadi,itu lah sebabnya pagi tu kami naik feri.

Time dalam feri pulak..erhmm...Masa tu di tengah laut kot..Time tu pulak feri tu bergoyang-goyang sebab angin + ombak kuat..Sama ada kau duduk atau kau berdiri terasa juga yang feri tu bergoyang.Kau berjalan-jalan di kawasan feri tu masa feri tengah belayar pon ke kiri ke kanan tu cara kau berjalan...kahkahkah!!Aku sudah merasa hari tu..kan kami pergi Labuan  time angin kuat.Ish3x....

Sampai di Labuan dalam jam 11.00 pagi jugalah..Lepas rest-rest dylu sekejap di terminal,baru kami pergi ke Ujana Kewangan sebab memang dah rancang pun nak ke sana dan Ujana Kewangan tu satu-satunya Shopping Mall yang paling besar yang ada di Labuan dan yang paling murah ada di Labuan dan juga Shopping Mall tu bebas GST.Percayakah kamu?Kalau kau tidak percaya,kau pergi sendiri lah di Labuan..Kikikiki..Selalu artis-artis buat konsert di Labuan tu dekat Dataran Labuan lah.Dataran Labuan tu pula berdepan dengan Ujana Kewangan.Chilll...

Bila sudah ada di dalam Ujana Kewangan tu,kami menuju ke restoran Pizza Hut sebab nak buat reunion tu dekat Pizza Hut.Setakat Pizza Hut...Alalalalalala......

Ni lah makanan Pizza Hut yang kami order.Kalau aku,aku tetap order Hawaian Chicken.The food is my favourite...*kahkahkah..antam sajalah BI aku..Haha..*

Auuwwwww...my favourite food..Hawaian Chicken in da Pizza Hut...Nyummm.....nyummm...nyummm jer...Lolzzzzz...

Selfie konon sebab Pizza dia sudah sampai....Gambar ni adalah gambar frist kami selfie 4 orang sebab yang pergi reunion tu hanyalah 4 orang..Bagus kan..Bagus sangat...:P..

Kami selfie lagi..Tempat masih tempat yang sama..Ujana Kewangan...Alaaa...bagi group yang macam kami ni,bukan selalu kami berjumpa sudah macam waktu sekolah dulu...Contoh macam setahun sekali atau pun kadang-kadang langsung tidak pernah jumpa sudah sebab sekarang ni masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.Kalau nak jumpa pun mesti buat tamu janji dulu..Baru dapat jumpa.Yang betul-betul free..Huhu..

Lepas makan Pizza,kami main bowling.Walapun aku tak berapa minat dengan bowling ni,tapi aku main juga ar biar pun permainan tu bagi aku tidaklah menyeronokkan sangat...huhh!!

Ni gambar aku dengan kawan aku dari tahun 1 sampai lah sekarang....Biar pun satu kampung tapi jarang jumpa...:P..

  
Ini pila kawan aku dari sekolah menengah..Aku kenal dia pon start masuk tingkatan 1 dan sampai sekarang masih lagi kami berkawan dan akan jadi kawan sampai bila-bila..

Time untuk pajak cuklat..Hihi...Cuba korang bayangkan berapa semua jumlah harga dia yang aku dapat.Ada banyak jenis aku beli.Coklat papan 6,toblerone 6 dairy milk tu 1 tempat dan kisses tu 2 plastik aku beli...Coba korang teka berapa harga dia..*bagi jawapan dekat komen eh..:P..

Coklat-coklat tu semua aku pajak di Ujana Kewangan juga.Nama kedai tu ialah Sky Park Duty Free..Kedai tu ditempatkan di luar sedja ngam-ngam tempat korang masuk ke Ujana Kewangan..Berhadapan dengan pasal malam...So kalau nak pajak coklat,cari jak lah dekat situ..Murah gila..haha...

Destinasi kami yang last ialah kembali ke Terminal sebab masa tu pun dah pukul 3.00 petang..Buat keputusan nak naik bot time pulang sebab nak sampai awal di Menumbok..

Jam 4.00 petang gitu baru kami kena panggil sebab giliran bot kami naik tu mau jalan sudah.Kalau aku tau kejadiannya masa di tengah laut tu,masa tengah naik bot...perghhh..menyesal naik bot masa pulang..almaklumlah...bukan selalu di atas laut...huhh..sampai di tengah laut,ombak nya bukan main lagi..dalam fikiran masa tu,macam-macam dah aku pikir..bot terbalik lah...euwww...palis palis...ye lah...berapa kali bot berlawan sama ombak...ombak lagi kuat ditambah lagi angin pun kuat juga masa tu sampai air laut pun masuk dalam bot masa tu...habis basah penumpang dalam bot masa tu..

Dan akhirnya sampai juga kami dengan selamat di Menumbok..Seriuss...lepas ni ndak mau sudah pergi Labuan time angin kuat...Cukuplah merasa 1 pengalaman sama kawan-kawan.Sampai Menumbok dalam jam 4.30 petang lah.Sebab nak bot kan..Jadi laju..Hihi...

So,tamatlah cerita reunion aku dengan kawan aku di Labuan...Tidak best kan jalan cerita aku ni kali..:p..

P/s:Siapa berminat nak review dengan aku boleh emel aku di Nurulbaidurah055@gmail.com dan sesiapa berminat nak jadi ahli tone excel boleh whatsapp aku di no 0198020499..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini..










3 comments:

  1. mcm best je nak kerja sana..huhuh..
    harga tu xsmpai rm 50 utk coklat =)

    ReplyDelete
  2. Reunion mmg best !! Makan makan ....gader gader...syoknya

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..