Himpunan Kisah Seram Awal Tahun 2016

03 Januari 2016/Ahad

Assalamualaikum

Kisah Seram 1 : Di Mana Jalannya!

 
Pada suatu malam, Aisyah pulang berjalan kaki di suatu lorong yang sempit. Itu sahaja jalan pintas ke rumahnya. Sedang dia berjalan, dia ternampak ada seorang pakcik berdiri di hujung lorong itu. Pakcik itu menoleh ke arah Aishah.

"Di mana jalannya?" Pakcik itu bertanya kepada Aisyah

Muka pakcik itu sungguh menakutkan. Rambutnya kusut masai dan berpakaian kotor.

Aisyah mula ketakutan. Hanya dia seorang saja di lorong itu. Jantungnya berdegup laju.

"Di mana jalannya!" Jerit pakcik itu.

"ok ok.. Ke mana pakcik hendak pergi? balas Aisyah dalam ketakutan.

"Rumah 32 bumbung merah." Kata pakcik itu

Aisyah mula panik. Tempat yang ditanya pakcik itu adalah rumah dia.

"Saya tak tahulah pakcik." balas Aisyah dan dia terus berlari melepasi pakcik itu. Pakcik itu hanya memerhatikan Aisyah dan tidak mengekorinya,

Aisyah terus berlari ke rumahnya. Dia keluarkan kunci rumah sambil tercungap-cungap. Sambil dia membuka pintu rumahnya, dia memerhati di belakang supaya tiada siapa mengekorinya. Dia menarik nafaz lega.

Dia buka pintu dan masuk kedalam. Rumahnya gelap gelita. Aisyah perlahan-lahan mencari suis lampu. Dalam kegelapan itu tiba-tiba ada suara kedengaran.

"Dimana jalannya!"

Kisah Seram 2 : Teksi Kuning

 
Beberapa tahun yang lalu, saya bekerja di South Korea sebagai guru bahasa Inggeris. Saya tinggal di sebuah apartment dan berkongsi dengan dua orang gadis korea iaitu Mi Sun dan Hwa Young. Pada satu malam, kami pergi 'clubbing' untuk melepaskan 'tension'.

Kami minum dan menari berjam-jam lamanya. Bila hari sudah terlalu lewat, kami pun bercadang untuk pulang menaiki teksi.

Semasa kami berada di perhentian bas, saya menahan sebuah teksi kuning.
Mi Sun dan Hwa Young duduk di kerusi belakang dan saya duduk di hadapan.

Pemandu teksi itu agak berumur. Dia fasih berbahasa Inggeris dan suka membuat lawak. Saya tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar lawaknya. Namun Mi Sun dan Hwa Young hanya berdiam sahaja.

Bila saya memandang belakang, muka mereka agak pucat.

"Kenapa ni? Kenapa korang diam je? saya bertanya kepada mereka.

Mereka tidak menjawab dan hanya duduk tegak sambil mata memandang terus kehadapan.

Tiba-tiba Hwa Young berkata sesuatu kepada pemandu teksi dalam bahasa Korea. Pemandu teksi itu berhenti di tepi jalan dan kedua gadis korea itu keluar daripada teksi kuning itu.

Saya terkejut sebab kami belum sampai ke apartment lagi. Saya membayar tambang teksi dan terus mengejar mereka berdua.

"Kenapa kamu semua ni? Kita belum sampai rumah lagi" saya bertanya kepada mereka berdua.

Muka mereka nampak begitu pucat sekali.

"Kita kena telefon polis" kata Hwa Young sambil mengigil.

"Awak tak dengar ke? kata Mi Sun.

"Dengar apa?"

Ada suara di bonet belakang teksi kuning tu. Suara perempuan menjerit minta tolong....

Kisah Seram 3 : Tujuh



Ada sekumpulan remaja terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan. Mereka berkawan dan bersekolah di tempat yang sama. Pada suatu malam, mereka bercadang untuk menguji keberanian mereka dengan mengunjungi sebuah sekolah terbiar di pinggir bandar yang dikatakan berhantu.

Mereka pergi ke sekolah tersebut dengan menaiki kereta. Sekolah itu sungguh gelap dan dipenuhi tumbuhan-tumbuhan liar. Oleh kerana mereka berlapan, mereka bercadang untuk masuk ke sekolah itu secara berpasangan lelaki dan perempuan.

Pasangan pertama akan mengelilingi sekolah selama 10 minit. Apabila mereka pulang, mereka perlu beritahu apa yang mereka alami semasa di sekolah tersebut. Kemudian diikuti oleh pasangan seterusnya.

Pasangan pertama mula mengeliling sekolah dan tiga pasangan yang lain menunggu di kereta. Selepas 10 minit berlalu, pasangan pertama itu tidak muncul. Tiga pasangan ini mula risau. Setelah 30 minit berlalu, pasangan pertama masih belum pulang dari sekolah yang gelap itu.

Kerana lama menunggu, pasangan kedua masuk ke sekolah itu untuk mencari pasangan pertama. Tinggal dua pasangan menunggu di kereta. Namun setelah hampir 30 minit, pasangan kedua itu pun tidak pulang. Mereka mula hairan apa yang berlaku. Adakah mereka dipermainkan oleh kawannya yang berada di sekolah itu?

Kini giliran pasangan ketiga untuk masuk ke sekolah itu mencari kawannya. Namun setelah beberapa jam, pasangan ketiga ini pun tidak pulang. Hanya tinggal satu pasangan lelaki dan perempuan yang menunggu di kereta. Si perempuan ini mula menangis. Si lelaki cuba memujuk.

"Saya akan masuk ke dalam, kalau saya tak balik selepas 30 minit, awak balik dan telefon polis!" kata si lelaki.

Selepas si lelaki itu masuk ke dalam sekolah, tinggal si perempuan menunggu dalam gelap dan kesejukan. Setelah hampir sejam menunggu, dia terus pulang dan memandu kereta ke balai polis berdekatan.

Subuh hampir menjelang, si perempuan membawa empat anggota polis ke sekolah itu untuk mencari kawan-kawannya yang hilang. Pada mulanya mereka tidak menjumpai apa-apa kesan yang tiga pasangan itu berada di sekolah. Kemudian polis menjumpai satu dewan kecil di luar sekolah dan pintunya terbuka.

Polis itu memasuki dewan itu yang berselerak dan berhabuk. Namun bila polis memasuki tandas di dalam dewan itu, mereka menjumpai tiga pasangan tersebut.

Tiga pasangan tersebut termasuk si lelaki ditemui mati tergantung di leher mereka
Polis menyoal si perempuan yang terselamat namun dia mengatakan mereka hanya datang ke sekolah itu untuk menguji keberanian dan tiada sebab untuk membunuh diri.

Setelah seminggu polis menjalankan siasatan, mereka tidak menemui sebarang bukti yang tiga pasangan ini dibunuh. Mereka menyatakan insiden ini adalah kes bunuh diri kerana histeria.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang berani ke sekolah itu pada lewat malam dan kematian tujuh rakan itu masih menjadi misteri...

Kisah Seram 4 : Mafia

 Mary bergegas masuk ke dalam train. Nasib baik dia sempat sebab itulah train yang terakhir pada jam 11.30pm. Tak ramai orang dalam train itu dan Mary duduk berhadapan dengan gadis yang dikelilingi oleh dua orang lelaki berpakaian kot hitam.

Gadis itu merenung Mary sepanjang masa. Mary cuba senyum tetapi gadis itu diam sahaja. Apabila train sampai ke stesen seterusnya, ada seorang lelaki duduk bersebelahan Mary.

Selepas 5 min berlalu, lelaki sebelah Mary membisik sesuatu kepadanya.

"Bila dah sampai stesen seterusnya, kita keluar dari train ni. Awak kena percayakan saya." bisik lelaki itu kepada Mary.

Apabila sampai ke stesen berikutnya, Mary dan lelaki itu keluar daripada train. Mary bertanya kepada lelaki itu mengapa kita perlu keluar.

Lelaki itu berkata dia adalah seorang doktor. Dia menyatakan bahawa gadis yang duduk berhadapan Mary itu sudah tidak bernyawa. Dua orang lelaki itu adalah mafia dan mereka memegang gadis itu seolah-seolah gadis itu sedang duduk.

Kisah Seram 5 : Hotel Budget


 Lapan tahun yang lalu, saya bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Johor. Ia merupakan syarikat yang kecil namun banyak projek yang perlu dihabiskan. Saya dengan Kamal kena menghadiri satu meeting di Kertih, Terengganu. Jadi saya menempah empat bilik bujang di hotel budget untuk saya, Kamal, dan dua orang VIP yang turut serta dalam meeting tersebut.

Sehari sebelum meeting itu, saya menelefon pihak hotel untuk memastikan tempahan bilik kami masih ada namun saya dapat berita yang tidak gembira. Pihak hotel telah membuat kesilapan dimana mereka hanya menyediakan dua bilik bujang untuk kami. Malangnya semua bilik telah penuh.

Setelah membuat aduan kepada pengurus hotel, mereka kata akan menyediakan satu bilik kembar dengan harga yang sama seperti bilik bujang.

Oleh kerana tiada pilihan, saya bersetuju untuk berkongsi dengan Kamal di bilik kembar itu. Dua bilik bujang itu diberikan kepada dua orang VIP.

Pada keesokan harinya. Kami menghadiri meeting tersebut sehingga selesai dan pulang ke hotel. Kami pulang dalam pukul 1 pagi. Bilik saya berada di tingkat atas sekali iaitu tingkat 13.

Bila saya dan Kamal masuk ke bilik, kami merasakan ada satu perasaan yang tidak menyenangkan. Bilik itu kelihatan lama tidak digunakan. Langsir kelihatan lusuh dan dinding kelihatan ada tompok-tompok hitam.

Oleh kerana terlalu penat, kami biarkan saja dan mahu masuk tidur. Namun bila saya masuk ke tandas, terdapat bau yang kurang menyenangkan. Tab mandi penuh dengan kotoran dan berkulat. Saya berputus asa untuk mandi dan terus baring ke katil untuk tidur. Mungkin esok sahaja saya mengadu kepada pihak hotel. Katil saya berhadapan dengan tandas manakala katil Kamal berhadapan dengan cermin tingkap.

Setelah beberapa jam saya tidur, tiba-tiba saya terjaga. Dalam keadaan gelap, saya cuba untuk melihat di sekeliling. Saya dapati pintu tandas telah terbuka. Saya hairan sebab sebelum ni saya tutup pintu itu untuk menghalang bau busuk.

Saya memandang ke lantai dan mendapati ada sesuatu benda yang bergerak. Benda itu mencakar karpet di lantai. Oleh kerana gelap, saya fikirkan mungkin itu tikus. Bila mata saya mula dapat melihat sedikit cahaya, saya terkejut dengan apa yang saya lihat. Ia adalah kepala perempuan yang berambut panjang. Matanya merah dan memandang ke arah saya.

Badan saya seperti tidak boleh bergerak. Saya fikir saya dalam keadaan 'sleep paralyzed' sebab terlalu penat. Namun kepala perempuan itu sedikit demi sedikit datang ke arah saya, Mulutnya ternganga dan lidahnya berjelir panjang. Matanya memandang terus mata saya.

Oleh kerana tidak tahan, saya terus bangun dan menjerit. Saya buka lampu dan kepala perempuan itu terus hilang. Saya berpeluh-peluh dan kaku.

"Kamal, kau nampak tak kepala tadi?" bisik saya sambil kejutkan Kamal di katilnya.

Kamal kelihatan seperti sudah lama bangun dan mukanya begitu pucat sekali.

"Aku pun nampak tadi. Tapi aku nampak kepala dia kat luar tingkap. Dia pandang tepat ke arahku." kata Kamal.

Kami pun kemas barang-barang kami dan terus mengadu ke pihak hotel. Mereka meminta maaf kepada kami dan menyangka perkara itu tidak akan berlaku. Kami hairan apa yang sedang berlaku.

Mereka mengatakan bahawa 4 tahun yang lalu terdapat seorang gadis bunuh diri di bilik itu. Gadis itu membunuh diri dengan menjerut lehernya sambil terjun ke luar tingkap.

Malangnya semasa dia terjun, kepalanya tercabut dan tertinggal di dalam bilik itu. Badannya hancur kerana jatuh di tempat tinggi.

Ramai mengatakan mereka sering ternampak kepala gadis berterbangan di tingkap bilik itu seperti mencari-cari badannya. 

Kisah Seram 6 : Tepukan

 Pada suatu hari, ada sepasang suami isteri melakukan aktiviti mendaki di gunung. Bila matahari mula mahu terbenam, mereka menyedari bahawa mereka telah sesat.

Si isteri mula risau dan ditenangkan oleh suaminya. Mereka cuba mencari jalan pulang ke kereta mereka namun menemui kegagalan. Mereka semakin terdesak kerana hari semakin gelap. Mereka tiada kompas atau peta dan semua pokok kelihatan sama sahaja.

Sebaik sahaja mereka mahu berputus asa, mereka terjumpa sebuah rumah dua tingkat di tengah hutan. Rumah itu kelihatan usang dan tiada tanda ada penghuni di situ. Si suami ketuk pintu rumah tersebut namun tiada siapa yang menyahut. Pintu terbuka sebaik sahaja suami memusing tombol pintu itu.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah tersebut. Rumah itu kelihatan rosak teruk dan penuh dengan debu tebal. Ini menyakinkan mereka rumah ini sudah lama tidak berpenghuni. Mereka bercadang untuk bermalam disini sehingga pagi esok.

Suami mula mencari sesuatu yang boleh menjadi sumber cahaya dan dia menjumpai beberapa batang lilin di almari dapur. Suami itu menyalakan lilin dengan pemetik api. Apabila cahaya mula menerangi rumah tersebut, suami itu terkejut bila melihat dinding dapur tertulis sesuatu yang mengerikan.

Ia tertulis dengan warna merah yang menyebut "Mati! Mati! Mati!. Si isteri mula ketakutan. Apa yang lagi mengejutkan, bila suami menyentuh tulisan itu, dakwatnya masih basah.Mereka makin ketakutan namun mereka tiada pilihan lain.

Mereka terpaksa tinggal di rumah itu kerana terlalu gelap di luar. Mereka pergi ke tingkat atas dan terdapat sebuah katil dan selimut. Mereka baring di katil dan cuba menyelesakan diri mereka. Sedang mereka cuba tidur, mereka terdengar ada bunyi seperti ada seseorang atau sesuatu bergerak di semak samun.

"Abang dengar tak? I rasa ada orang di luar." bisik isteri kepada suaminya

Si suami cuba mendengar namun tiada bunyi kedengaran. Dia mula bangun dan berjalan ke arah tingkap. Dia tidak nampak apa-apa kerana gelap.

"Siapa tu?" panggil si suami itu namun tiada siapa membalas.

"Mungkin dia bisu." kata si isteri.

Si suami mula memanggil di tingkap.

"Ada sesiapa di bawah? Tepuk tangan sekali kalau ada, Tepuk dua kali kalau tiada."

Mereka cuba memasang telinga tapi hanya kedengaran bunyi cengkerik.

Pap!

Tiba-tiba mereka terdengar satu bunyi satu tepukan di bawah.

Mereka terkejut. Sangkaan si isteri itu betul ada sesorang di luar.

Si suami melihat ke bawah namun keadaan begitu gelap.

"Adakah awak tuan rumah ini?" kata si suami

Pap! Pap!

"Awak lelaki?

"Pap! Pap!

"Awak perempuan?

"Pap! Pap!

"Awak manusia?

"Pap! Pap!

Mereka mula rasa seram sejuk. Si suami mula risau dengan keselamatan mereka.

"Adakah awak datang berseorang?

"Pap! Pap!

"Berapa ramaikah antara kamu semua? Tepuk sekali untuk satu orang.

"Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! 

Kisah Deram 7 : Kabus Tebal


 Ketika saya berumur 14 tahun, ayah saya suka bawa saya pergi mendaki bukit. Pada suatu hari, bukit yang kami daki mula berkabus sehingga sukar untuk melihat jalan.

Kami membuat keputusan untuk patah balik. Ayah saya pegang tangan saya supaya tak jatuh semasa turun bukit.

Ketika kami turun satu cerun yang curam, saya ternampak ada satu lembaga di dalam kabus tebal. Ayah saya pegang tangan saya.

"Ouch! Sakitlah ayah." tangan saya digengam begitu kuat.

"Tutup mata kau nak! Jangan sesekali buka mata sehingga ayah suruh. Ikut sahaja ke mana ayah pergi."

Ayah kelihatan serius dan nadanya sungguh marah sekali. Saya ikutkan sahaja tanpa menyoal. Ayah memegang erat tangan saya sambil berjalan menembusi kabus tebal itu. Saya tutup rapat mata saya seperti yang diarahkan.

Apabila kami berada di kabus tebal itu, saya terdengar suara kecil memanggil

"Mati! Mati! Mati!"

Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah kami. Saya dibenarkan untuk buka mata semula.

Sejak hari itu, ayah saya tidak mahu bercakap mengenai lembaga itu.

20 tahun kemudian, Saya telah berkahwin dan bercadang untuk melawat ayah. Saya ingin berjumpa dengannya untuk bertanya apa yang telah terjadi semasa peristiwa mendaki bukit itu.

"Ayah ingat tak lembaga yang kita nampak dalam kabus tebal 20 tahun yang lepas tu?"

"Ingat nak. Kamu masih tak lupa lagi ya?" balas ayah.

"Siapa tu ayah?"

Dengan nada yang lemah ayah membalas

"Lembaga itu adalah kamu"

Saya terus mendiamkan diri dan tidak mahu lagi bicara peristiwa itu.

p/s : (maksud ayahnya ialah semasa dia ternampak lembaga itu adalah anaknya, ia memberi gambaran bahawa anaknya akan mati di bukit itu. Jadi dia sedaya upaya memimpin anaknya supaya selamat)

Kisah Seram 8 : Tulisan

 Ketika saya berumur 15 tahun, terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang terbengkalai di pekan saya. Ramai mengatakan bangunan itu berhantu kerana keadaanya yang begitu teruk sekali. Dindingnya retak dan cermin tingkap hampir semua pecah. Hanya tinggal semak samun menghiasi bangunan itu.

Pada suatu petang, demi menguji keberanian, saya dan Hafiz bercadang untuk pergi ke bangunan itu. Kami memanjat cermin tingkap di belakang bangunan kerana pintu depan sudah dirantai. Apabila kami masuk, keadaan penuh dengan habuk dan gelap. Hafiz mengambil torchlight dan suluh ke arah dinding.

Kami ternampak tulisan di dinding tertulis "Aku dah matikah?"

"Mungkin ni kerja matpet conteng-conteng dinding." kata Hafiz.

"Ya mungkin juga" saya balas dengan sedikit gementar.

Kami pun meneroka bilik-bilik di tingkat bawah. Kami terjumpa satu bilik yang kelihatan seperti dapur. Terdapat satu tulisan lagi yang berbunyi "Saya berada di tingkat atas"

Kami pun menaiki tangga untuk pergi ke tingkat atas. Saya berjalan di depan sebab Hafiz mula kelihatan takut. Apabila kami sampai, terdapat satu lorong yang sempit. Di hujung lorong itu terdapat satu pintu bilik yang tertutup. Di pintu itu tertulis "Kamu akan jumpa saya di sini"

Hafiz sudah mula mengigil. Saya pun mula takut tapi saya masih beranikan diri. Hafiz tidak mahu meneruskan lagi namun saya memujuknya tak ada yang perlu ditakutkan. Kami pun berjalan menuju pintu itu. Saya buka pintu dan dapati didalamnya hanya bilik kosong.

Namun terdapat dua pintu di dalam bilik itu yang tertulis perkataan yang mengerikan. Pintu sebelah kiri tertulis "Kepala saya disini" manakala pintu sebelah kanan tertulis "Badan saya di sini"

Hafiz sudah tidak tahan lagi dan mahu pulang. Saya menahan tangan Hafiz namun dia tolak saya dan terus berlari keluar. Saya masih berada di bilik itu kerana sifat ingin tahu menebal di dalam diri. Saya buka pintu di sebelah kiri dan masuk ke dalam.

Di dalam bilik itu tiada apa-apa yang ganjil. Saya keluar balik dan masuk ke bilik sebelah kanan. Di dinding bilik itu tertulis "Badan saya dikebumikan di sini"

Saya lihat lantai di bawah dan terdapat satu tulisan lagi "Kepala saya akan datang dari belakang kamu."

Saya terdengar bunyi pintu terbuka. Saya toleh ke belakang dan ada sesuatu berpusing ke arah kaki saya.

Ia adalah kepala Hafiz!

Dia sudah mati, matanya terbuka seperti melihat ke arah saya. Saya menjerit ketakutan dan terjun ke luar tingkap dari tingkat dua. Tangan saya patah dan terus pulang ke rumah untuk beritahu kepada ibu bapa saya.

Ibu bapa saya membawa polis ke bangunan itu. Selepas di siasat mereka tidak menjumpai apa-apa tulisan di dinding. Namun apabila saya beritahu ada satu badan di kebumikan di lantai bilik tingkat dua, polis terus memecahkan lantai tersebut dan terjumpa sesuatu yang mengerikan.

Mereka menjumpai badan Hafiz tertanam dibawah lantai itu namun kepalanya tidak dapat ditemui.

Kisah Seram 9 : Terowong

 Pada suatu hari, ada pasangan kekasih ingin berdating di atas bukit. Mereka menikmati pemandangan yang indah dan diiringi bunyi burung-burung berkicauan membuatkan suasana begitu romantik. Sehingga mereka tak sedar hari makin gelap. Jadi mereka pun pulang menaik kereta

Malangnya ketika mereka dalam perjalanan, mereka tersilap ambil simpang dan termasuk ke jalan yang mereka tidak pernah masuk. Dengan rasa kecewa mereka meneruskan perjalanan. Jalan yang mereka lalui sangat sempit dan gelap sehingga mereka sampai di sebuah terowong.

Mereka berhenti seketika. Jalan kelihatan sunyi dan tiada kereta lain yang lalu.

"Abang pernah ke masuk dalam terowong ni?" kata aweknya.

"Belum pernah lagi syg. Tapi kita tak ada pilihan. Kita rempuh je la."

Pakwenya memandu perlahan masuk ke dalam terowong itu. Keadaannya agak gelap kerana banyak lampu terowong yang rosak.

Bang!

Dalam keadaan yang gelap mereka terdengar ada satu benda yang terlanggar di cermin belakang mereka. Aweknya toleh ke belakang namun tidak nampak apa-apa yang ganjil. Tiada kereta di belakang mereka. Hanya mereka sahaja berada di terowong gelap itu.

Bang! Bang!

Pakwenya mula tekan minyak kuat-kuat supaya dapat keluar dari terowong itu.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Mereka dengar ada benda yang melanggar cermin mereka dari semua arah. Pakwenya tekan minyak sekuat hati kerana tidak tahan dengan gangguan itu dan berharap dapat keluar berjumpa dengan orang. Lama-lama mereka sudah keluar dari terowong itu dan terjumpa sebuah stesen minyak.

Mereka menarik nafas lega dan berhenti seketika di stesen minyak itu. Mereka keluar mengambil angin. Terdapat beberapa pekerja stesen minyak sedang membuat kerja mereka.

Setelah beberapa minit berehat, mereka kembali ke kereta namun mereka terkejut. Terdapat banyak kesan tapak tangan di semua cermin kereta mereka. Hairan dengan apa yang berlaku, mereka minta pekerja stesen untuk lap cermin kereta mereka dari luar.

Pasangan itu masuk ke dalam kereta sambil melihat pekerja lap cermin kereta. Mereka tidak mahu fikir yang bukan-bukan dari mana datang kesan tapak tangan itu. Mereka agak mengigil bila ingat kembali apa yang mereka lalui dalam terowong tadi. Mungkin ada 'benda' yang tumpang di atas kereta mereka?

Setelah lama mengelamun, pasangan tadi dikejutkan oleh pekerja stesen itu. Dia berkata yang kesan tapak tangan itu tidak boleh hilang. Berkali-kali dia lap namun masih ada kesan tapak tangan itu.

Pasangan ini mula hairan dan takut. Dengan keadaan mengigil, Si pakwe itu cuba lap cermin itu dan kesan tapak tangan itu hilang.

Yang menakutkan mereka ialah kesan tapak tangan itu berasal dari dalam kereta... 

Kisah Seram 10 : Merah

 Saya check in di sebuah hotel kecil beberapa kilometer dari pekan. Waktu sudah lewat. Saya letih. Saya berkata kepada pekerja hotel saya mahu sebuah bilik. Dia memberi nombor bilik dan kunci.

"Tetapi satu perkara lagi, ada satu bilik tanpa nombor dan sentiasa kunci. Jangan kamu mengintip di sana." pesan pekerja hotel itu

Saya mengambil kunci dan pergi ke bilik untuk tidur. Ketika di dalam bilik, saya terdengar bunyi air mengalir. Ia datang dari bilik di sebelah. Saya tidak dapat tidur lalu saya keluar. Bunyi itu datang dari bilik tanpa nombor.

Saya ketuk pintu tapi tiada jawapan. Saya mengintip melalui lubang kunci. Saya nampak ada seorang wanita tapi mukanya tidak kelihatan kerana dia membelakangi saya. Kulitnya sungguh putih. Tiba-tiba dia pusing ke arah saya. Saya alih pandangan saya dari lubang kunci itu.

Saya ketuk pintu balik. Namun pintu masih tak dibuka. Saya mengintip balik ke lubang kunci itu. Kali ni saya tak nampak apa-apa kecuali sesuatu benda yang merah. Saya rasa mungkin dia dah tutup lubang kunci itu. Dengan rasa bersalah saya beredar dan turun ke bawah.

Saya bertanya kepada pekerja hotel di bawah.

"Siapakah wanita di bilik tanpa nombor itu?"

Pekerja hotel melihat saya dan mula bercerita.

"Saya dah pesan jangan mengintip bilik itu."

"Mengapa?" kata saya.

"Dalam bilik itu tiada sesiapa yang duduk kerana pernah berlaku kes bunuh seorang wanita di situ. Wanita itu dibunuh oleh suaminya."

"Jadi wanita yang saya nampak tadi tu ialah...."

" Ya yang awak nampak tadi mungkin roh wanita yang dibunuh itu. Kulitnya sungguh putih, kecuali matanya. Matanya sangat merah."

Kisah Seram 11 : Rancangan Yang Sempurna


 Siti ada rancangan yang sempurna. Siti kenal Mastura dari kelas Empat Bistari. Tiada siapa pun tahu Siti dan Mastura berkawan. Pada hari Selasa, Mastura mencuri pistol dari ayahnya seperti yang Siti minta. Siti mahu mengajar Mastura cara bermain pistol.

Pada hari Rabu, Siti dan Mastura menyertai latihan pasukan sorak untuk hari sukan.

Pada hari Khamis. Hari Sukan bermula. Siti dan Mastura ditempatkan di sebuah dewan sekolah. Siti dan Mastura menyorok di belakang pentas. Siti mengajar Mastura bagaimana mengunakan pistol ayahnya. Siti mengacukan pistol ke arah En. Faiz, guru disiplin yang dibencinya.

Apabila En. Faiz datang menghampiri pentas. Siti menembak tepat ke arah kepala En.Faiz. Kepala En.Faiz pecah berkecai. Semua murid di dalam dewan berlari ketakutan. Mastura kagum dengan kehebatan Siti. Siti menyerahkan pistol kepada Mastura dan berbisik "giliran awak pula."

Mastura mula menembak tapi tidak mengenai sasaran. Murid-murid menjerit bila mendengar bunyi tembakan. Siti menyuruh Mastura keluar dari belakang pentas untuk mendapat tembakan yang tepat. Mastura keluar dari situ dan mula menembak.

Apabila peluru habis. Siti hentak kepala Mastura bertubi-tubi dan merampas pistol darinya. Kepala Mastura cedera parah dan dia mati selepas itu. Guru-guru membawa mayat Mastura ke hospital untuk dibedah siasat sambil diiringi polis.

Pada hari Jumaat, Siti dijulang sebagai penyelamat dan dipuji atas keberaniannya. Mastura dianggap sebagai penjenayah sakit mental.
Rancangan Siti sangat sempurna.

Kisah Seram 12 : Kashima Reiko

 Kashima Reiko adalah seorang gadis biasa yang tinggal di bandar Hokaido, Jepun. Pada suatu malam, Kashima Reiko dirompak oleh sekumpulan samseng. Dia dipukul dengan teruk, dirogol dan ditinggalkan dengan keadaan yang cedera parah.

Dia cuba untuk meminta tolong namun tiada siapa datang membantunya. Dia terpaksa merangkak kerana badannya sungguh lemah. Tanpa disedar, dia telah merangkak ke laluan kereta api. Malang sekali buatnya apabila kereta api datang terlalu laju dan memotong badannya kepada dua bahagian.

Kashima Reiko mati di tempat kejadian.

Sejak dari peristiwa itu, roh Kashima Reiko mundar mandir di bandar Hokaido untuk mencari bahagian kakinya yang hilang. Rohnya tidak aman dan berdendam. Roh Kashima Reiko selalu muncul di tandas-tandas sekolah pada waktu malam dan mungkin juga ia muncul di tandas rumah kamu.

Apabila kamu terjumpa roh Kashima Reiko, dia akan bertanya beberapa soalan. Jika kamu salah menjawab, dia akan potong bahagian kaki kamu.

Jika dia tanya di mana kakinya, jawapannya di Stesen Meishin.
Jika dia tanya siapa yang beritahu? Jawapannya Kashima Reiko.

Kadang-kadang dia akan tanya soalan yang licik, jika dia tanya siapa namanya, jangan jawab 'Kashima', dia akan bunuh kamu. Jawapan yang betul ialah Topeng Mayat Syaitan. Ka-shi-ma mempunyai maksud seperti Ka=Kamen (topeng), Shi=Shitai (Mayat) dan Ma=AkuMa(Syaitan)

Ada yang mengatakan jika kamu mendengar kisah Kashima Reiko, ia akan datang ke tandas rumah kamu selepas sebulan.

Selamat Menjawab Soalan!

Sumber : Kisah Seram

Terima kasih kerana sudi baca entry ini...
 
 

 

 


 

3 comments:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..