The Infirmary, Imago Mall.

22 November 2015/Ahad

Assalamualaikum

Alkisahnya,pada hari Jumaat lepas (06 November 2015/Jumaat)...Datanglah 4 sekawan ke Imago Mall,Kota Kinabalu dengan hasrat yang sangat mendalam iaitu untuk memasuki rumah hantu di Imago.Tapi,15 November 2015 rumah hantu di Imago ni tutup dah...

Kronologi 4 sekawan yang ingin memasuki rumah hantu :

-Kami pergi kolej dulu sebab ada urusan yang mau di kasih selesaikan hari tu juga.
-Ntah jam berapa kami bertolak dari kolej dan terus jalan pergi Imago Mall,Kota Kinabalu.
-Sampai sana,terus makan sebab lapar.Hihihi.
-Kami memilih Upperstar Cafe & Bar Sdn.Bhd,Imago.Apa-apa jenis makanlah yang kami pilih di sana supaya sampai RM50 kami punya resit supaya dapat masuk rumah hantu.
-Macam mana mau masuk rumah hantu tu??Okey,aku cerita kemudian ya..
-Berbalik cerita pasal makanan,aku order Nasi Lemak King dan air aku order Coca Cola.


Sempat selfie sebelum makanan datang...



Ni lah dia Nasi Lemak King.Tengok lauknya..perrgghhh...Banyak aihh...Di mana dalam dia ada Nasi putih + ayam masak kari + sate ayam + sambal lada + Kacang + ikan bilis + ayam panggang + telur + timun.Perrgggghhhh...banyakkan lauknya...Hohoho..


Ni adalah air Coca Cola yang aku order.Coca Cola nya ni special sangat sebab dia letak lemon.Sedap weyhh...

-Lepas siap makan,kami terus pergi ke rumah hantu tu lah untuk tukar resit.


Resit ni kamu tukar dapat tiket masuk.Ni sesudah tukar resit dan dapatlah tiket masuk...


Ni lah dia tiket masuk ke rumahn hantu tu.

Cara-cara ingin memasuki rumah hantu : 
-Beli barang apa-apa sahaja sampai harga RM50 lepas tu kamu pigi sana di rumah hantu tukar resit kamu pigi kad masuk.Pastikan kamu beli barang di Imago sahaja.Beli barang di Mall lain tidak diterima.
-1 resit maksimum boleh masuk 2 orang dan 4 orang.
-Sebelum masuk,cek ic sama cek darah sebab umur dibawah 16 tahun tidak boleh masuk.Tekanan darah 140 ke bawah dibenarkan masuk manakala tekanan darah di atas 140 tidak dibenarkan masuk.
-Tapi,kamu dikehendaki bersabar ketika menunggu giliran untuk memasuki ke rumah hantu tersebut sebab barisannya amat panjang.Kamu kena tunggu 1 jam atau 1 jam lebih untuk memasuki rumah hantu tersebut.Bersabarlah wahai sayang...kikikiki...

Semasa memasuki rumah hantu : 
-Sebelum masuk,kamu akan diberikan taklimat oleh staff di rumah hantu berkenaan dengan apa yang kamu perlu buat bila kamu sudah berada di dalam rumah hantu tersebut.Hanya 5 minit sahaja masa yang dibenarkan untuk berada di dalam rumah hantu tersebut.Mereka akan tentukan di tingkat mana kamu akan dapat.
-Yang time aku masuk tu,aku sama kawan-kawan aku dapat di tingkat bawah(Nasib!!).Ditingkat bawah tidak berapa mencabar permainan dia tapi di tingkat atas adalah sangat mencabar.
-Mula-mula,staff akan bagi kamu satu kad.Kegunaan kad itu ialah kalau kamu surrender dan kamu ndak mau main lagi kamu angkat sedja itu kad.Tu tandanya kamu kalah sudah.
-Sebelum masuk tu,staff tu suruh kamu cari kunci untuk membuka pintu pertama dengan menggunakan lampu LED.Lepas kamu dapat buka pintu yang pertama kamu teruslah cari pintu keluar yang lain tapi hati-hati sebab akan ada kejutan yang menanti dihadapan.

Start kami memasuki pintu pertama,aku kasih ceritalah pengalaman aku ketika berada di rumah hantu.Hihihi.

Lepas sudah masuk di pintu pertama,ndak silap aku lah time pertengahan sudah...Dengan slumbernya aku pusing belakang sebab masa tu aku yang paling belakang sekali.Sekali aku pandang belakang rupanya ada yang mengikut.Siapa yang mengikut??Jawapannya hantulah yang mengikut sebab semua kawan-kawan kau di depan tapi kau sorang jak yang di belakang.Lepas tu,hantu tu mau kasih terkejut aku tapi aku ndak tau lah apa aku mau buat masa tu.Mau ketawa inda jua.Mau teriak inda jua.Sebab suara aku inda terkeluar masa tu.Haha.Jadi,aku pusing lah depan balik.Tu hantu masih juga mengikut.Patutpun yang kawan aku tu dia suruh cepat time kami mencari kunci.Rupanya ada sudah muncul.Haiyaaah..Apa punya hantu.Hahaha.

Bila aku sudah pusing depan balik,rupanya ada lagi yang menunggu di depan.Kawan aku paling depan tu lah kesian.Hantu tu tiba-tiba muncul lepas tu dia kasih terkejut urang di depan.Ndak sia-sia kena maki tu hantu oleh kawan aku.Sot!!Bila sudah masuk di pintu yang seterusnya,kami jumpa lagi hantu gantung diri.Lepas tu,di sana lah  hantu tu mula menangis,menyanyi dan macam-macam lagilah bunyi yang dia kasih keluar.Sampai ada satu lorong yang sangat gelap dan sunyi....aduiii!!Di situ bikin seram.Semua gelap.Hitam.Bila sudah kami keluar di sanalah juga depan pintu tu kami nampak pocong tapi nasib pocong tu inda begarak.Kalau begarak naaaa...matai lah kami..Hahaha..

Seterusnya...kami jumpa sudah pintu keluar..Kihkihkih!!Rupanya,hantu yang mengikut dari awal sampai habis tu dia macam menghantar kami..Mungkin untuk menjaga keselamatan kami di dalam.Cehh...Di mana ada hantu,di situlah jalan keluar nya.Gituuu!!

Paham dah aku permainan hantu-hantu ni tu pun lepas keluar dari rumah hantu tu.Hohoho....Memandangkan hari Jumaat tu last sudah aku kami berjumpa,jadi kami pun  berselfie-selfie lah di Imago sebagai kenangan kunun..


Kami bergambar lepas masuk dari rumah hantu.Semua kami cover ni sebab semua muka kami pucat.Hahaha!!


Sebelum balik selfie lagi...Alaa...lepas ni teda lah jumpa dengan dorang sudah sebab semua kami praktikal di tempat lain...Erhmmm...


And the last one...Hihi...yg ni selfie sendiri..Haha..Sesungguhnya,kenangan memasuki rumah hantu di Imago masih segar hingga ke hari ni....Hihi...


Terima kasih sebab sudi baca entri ini...











CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015

10 November 2015/Selasa

Assalamualaikum

Hallu hallu hallu kawan blogger....Hari ni aku ada berita bagus ni mau share sama kamu urang semua hari ni.Erhm....Masih belum terlambat lagi kamu mau join satu contest ni.Sebelum tu,aku akan memperkenalkan apa itu LYNK.MY.

Apa itu LYNK.MY??
LYNK.MY ni adalah satu laman sosial di mana ia nya menyediakan satu servis pemendekkan URL dan memberikan bayaran kepada pengguna mengikut jumlah pelawat.Jika kamu pendekkan URL kamu dengan menggunakan LYNK.MY,kamu juga boleh menjana pendapatan melalui LYNK.MY.Macam mana mau jana pendapatan melalui LYNK.MY ni??Okey...Lepas ni aku kasih cerita...

LYNK.MY juga ada menawarkan dua servis iaitu PUBLISHER dan ADVERTISER.

Apa itu PUBLISHER??

Publisher merupakan penyiar iklan yang tidak dikenakan sebarang bayaran dan kamu boleh menjana pendapatan melalui URL iklan yang telah dipendekkan oleh lynk.my.


Kalau kamu berminat untuk jadi seorang publisher,caranya sangat mudah.Cara nya ialah :
-Kamu misti pigi ke link ini.
-Klik join now.
-Isi kamu punya details dan pilih publisher.
-Lepas tu,tekan button "I Want To Join Lynk".Masa tu juga,kamu misti verify link tu dekat emel kamu.
-Pastikan URL Shortener digunakan dan kamu misti share di lama sosial kamu untuk menjana pendapatan melalui itu.Bila banyak sudah yang klik kamu punya URL tu maknanya banyak juga pendapatan yang kamu dapat.

Itu sedja caranya.Mudahkan!!Then,Advertiser pula.

Apa itu ADVERTISER??

Advertiser ni ialah kamu akan membuat bayaran sebanyak RM10 berkenaan dengan iklan yang ingin dijalankan.Selepas pembayaran dibuat,advertiser akan membuat kempen di lynk.my dan lynk.my akan membantu advertiser untuk menyebarkan kempen kamu.

Seperti biasa,kamu misti join lynk.my dulu sebagai ahli advertiser untuk mengiklankan apa-apa bisnes kamu di lynk.my.


Apa kata kita layan dulu video santik ini....



Best kan video ni...Aku ada satu pengumuman untuk kamu semua..Untuk semua blogger Malaysia...Hihu...

Lynk.My ni telah mengadakan satu contest yang dinamakan CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015.


Syarat-syarat untuk join contest ni kamu boleh klik sini.

Senarai Hadiah :

Top lynkUNDI 
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

Top SEO
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

Top Creative
Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.

Wauuu...banyakkan hadiah nya.Lumayan!So,kamu bila lagi?Jum lah join sikarang sebab contest ni sampai 27 Disember 2015.Naaa...jadi,kamu diluar sana tu cepat-cepat lah join contest ni..Orang cakap,cuba nasib kunun...:)..

So,itu sedjalah barang bagus yang aku mau kasih share sama kamu.

Papai...