Cerita cuti aku sudah habis

13 Julai 2015/Isnin

Assalamualaikum

Hai korang,How are you?I'm fine.Hehe.Sebenarnya aku cuti 2 bulan dan cuti tersebut telah pun habis.Kiranya sekarang aku dah pun kembali ke KYS selama 1 minggu dan kini aku kembali ke kampung halaman ku untuk menyambut hari raya bersama keluarga yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.Untuk semester yang baru ni pulak,aku kini bergelar seorang pelajar tahun akhir dalam bidang binaan bangunan.Aku kini sudah menjadi pelajar senior tahu.Sila beri tunduk hormat jikalau terserempak di mana-mana.Ohohohohhohohoho...

Alhamdulillah,setakat ini aku pass semua exam.Belum pernah lagi aku repeat biarpun pointer aku cukup makan sahaja.Yes.Asal lulus janji tidak repeat subjek.Jangan tanya aku macam mana aku lakukan untuk lepas semua exam sebab korang semua ada cara belajar yang tersendiri kan.Haha.Tapi,bagi aku exam ni hanyalah ujian kecil yang biasa kita lalui dalam kehidupan,masih banyak lagi ujian-ujian lain yang kita perlu hadapi di kemudian hari.Di kala umur semakin meningkat tapi perangai tidak kena sama umur.Cehhh...Tiada-tiada bah..Haha..Dikala umur kita yang semakin meningkat ini,semakin banyaklah bermacam-macam ujian yang datang dalam hidup kita.Jadi,kita perlu hadapi ujian-ujian yang datang dalam hidup kita ni dengan tenang dan sabar.Pasti ada hikmah disebalik ujian yang datang tempat kita.Percayalah!Selagi kita usaha,berkat dan doa dari ibu bapa kita,percaya pada rezeki Allah,kita tak perlu risau apa-apa.So,don't worry.

Oh ya,selama aku cuti 2 bulan ni aku penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.Selain jalan-jalan di Labuan,aku juga banyak mencuba resepi baru di rumah.Nama resepi tu entah aku lupa sudah.Selain daripada belajar memasak di rumah aku telah pun mula berbisnes secara kecil-kecillan waktu cuti.Bisnes apa?Nanti aku ceritakan,yah...

Tidak dilupakan jugak kepada korang yang sudi singgah di blog aku ni yang tak berapa mantap macam blogger otai-otai.Hihi.Entry pun baru seciput jak.Apatah lagi follower aku.Kikikiki...Apapon,good luck semua.Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang berguna.Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.

Oh iya,korang jangan lupa pulak ya doakan aku supaya semester ni lebih sukses daripada semester yang sebelumnya.Amin.


Gambar di atas ni semua adalah benda yang aku belajar sepanjang aku berada di semester 1 hingga semester 3.Semester 4 belum ada lagi gambar dan semester 5 pula amali dia belum mula lagi.Lepas cuti hari raya ni baru mula belajar.
Terima kasih kerana sudi baca entri ini!


4 comments:

  1. dh puas la ea cuti 2 bulan.hihi

    slmt hari raya..

    ReplyDelete
  2. best cuti panjang..zaman belajar adalah zaman yg plg best skali jgn disia2kan peluang ini dgn perkara yg sia2..hihi

    Semoga sukses sokmo :)

    ReplyDelete
  3. bila baca entry ni rindu zaman uni dulu2. syioknya cuti panjang. hehe...salam lebaran.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..