Review : Mora Essential - Minyak Argan Asli

03 Jun 2015/Rabu
Assalamualaikum...

Satu produk yang telah dinamakan sebagai MORA ESSENTIAL telah dilancarkan oleh seorang selebriti wanita dan seorang photographer popular pada 14 Februari 2015 dan acara tersebut telah berlangsung di Juempa D'Rampo yang terletak di Bnagsar.


Yaaaa....ini lah dia selebriti wanita yang aku sebut-sebutkan tadi.Ini lah dia MIRA FILZAH yang merupakan pelakon,model,pengacara KLTV dan sekarang dah jadi usahawan jual MORA ESSENTIAL pulak.


 Selepas pelancarannya beberapa minggu kemudian,aku telah pun mencuba MORA ESSENTIAL ni.Masa tu harga masih dalam promosi iaitu SEMENANJUNG RM 50/FREE POSTAGE dan SABAH SARAWAK RM 55/FREE POSTAGE jugak.Harga sebenar MORA ESSENTIAL ni pulak ialah SEMENANJUNG RM 60/FREE POSTAGE dan SABAH SARAWAK RM 65/FREE POSTAGE.

Bila parcel dah sampai petang hari tu maka malam tersebut sebelum tidur aku apply MORA ESSENTIAL ni.Bila dah pakai kat muka and then dengan baunya yang memang wangi tuh memang best lah melekat di muka.Lembut jak wanginya.Biarpun nama nya MINYAK,tapi 100 % dia tak de bahan kimia.1 atau 3 titis pun korang sudah boleh guna dan sapu di muka korang.Berbaloi lah harga dia aku beli RM 55 untuk SABAH SARAWAK masa haraga dia sedang promosi.


Antara fungsi MORA ESSENTIAL ni ialah :

1) ANTI - PENUAAN : Mengurangkan garis kedutan di muka.

2) MELINDUNGI & MERAWAT : Kulit daripada sejenis masalah kulit seperti jerawat,kulit kering 
     dan alergi gatal - gatal pada kulit.

3) UNTUK KULIT : Yang lebih bersih dan cantik.

Yang paling penting MORA ESSENTIAL ni 100 % minyak argan asli dan tiada bahan aktif / kimia didalam kandungan produk ini seperti yang aku katakan tadi.Minyak argan ni jugak boleh dijadikan sebagai toner kulit,pelembap kulit,serum atau pun sebagai asas solek.Sejak adanya MORA ESSENTIAL ni,segala CC CREAM or bedak muka aku tak pakai dah dan aku hanya pakai MORA ESSENTIAL ni jak sebagai make - up base harian aku.Serius !!Jadi glowing muka lepas pakai produk ni.Lagi pun,produk ni bertahan sampai sebulan.Jimat beb !

Baru - baru ni,MORA ESSENTIAL dah bertukar wajah.Comel pulak wajah baru MORA ESSENTIAL ni.


Haaaa...inilah dia wajah baru MORA ESSENTIAL dan harga MORA ESSENTIAL ni pun dah berubah jugak akibat daripada masalah peningkatan kos yang semakin meningkat.Harga MORA ESSENTIAL yang sekarang ialah RM 60 cuma exclude postage.Untuk SEMENANJUNG RM 6 dan untuk SABAH SARAWAK RM 10.Rasa berbaloi jugak harga MORA ESSENTIAL yang dulu dan yang sekarang dengan saiz botolnya yang comel entah berapa ML tu lupa pulak aku.

                                        MORA ESSENTIAL dah sampai dari MOROCCO.

Kepada sesiapa yang nak try guna MORA ESSENTIAL ni,boleh la korang pergi ke 

Instagram MORA ESSENTIAL

Facebook Page MORA ESSENTIAL

Whatsapp MORA ESSENTIAL : 014-6211280

Papaiiiii...








No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..