Gempa Sabah : Ranau dilanda Gempa Bumi

08 Jun 2015/Isnin
Assalamualaikum...

Pada Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ),satu kejadian gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Ritcher telah melanda Sabah.Kawasan - kawasan yang terjejas teruk ialah di Ranau sebab kawasan tersebut berdekatan dengan tempat gempa bumi berlaku iaitu di Gunung Kinabalu.Terdapat beberapa kawasan - kawasan yang turut merasai gegaran akibat gempa bumi iaitu Kota Kinabalu,Tuaran dan Kota Belud.

Gempa bumi jarang sekali berlaku di Malaysia sebab Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik.Semasa gempa bumi berlaku pada jam 07.15 pagi Jumaat lepas,terdapat beberapa bangunan yang retak dan ramai pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu.Nyawa pendaki Gunung Kinabalu dan Malim Gunung Kinabalu ada juga yang terkorban akibat gempa bumi itu.Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu juga dibatalkan demi keselamatan para pendaki dan malin gunung serta ditutup untuk satu tempoh lama disebabkan oleh gempa bumi itu.Ia bertujuan untuk membaik pulih keadaan Gunung Kinabalu yang banyak rosak akibat gempa bumi tersebut.


Yang paling menyedihkan sangat ialah satu ikon telinga keldai di Gunung Kinabalu turut rosak akibat gempa bumi itu.Ikon itu dikatakan sebagai lambang kebanggaan Negeri Sabah.

Ramai penduduk Sabah (termasuk aku) mengaitkan kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lepas terjadi disebabkan oleh 'Sumpahan Penunggu Gunung Kinabalu'.Kalau korang ingin mengetahui cerita nya,korang boleh KLIK SINI untuk mengetahui cerita lebih lanjut lagi.


Laluan pendakian ke Gunung Kinabalu juga turut rosak akibat dihempap batu besar.


 Jasa Malim Gunung Kinabalu yang bertungkus - lumus menyelamatkan nyawa pendaki Gunung Kinabalu yang terkandas di Puncak Kinabalu.


Dalam kenangan...Robbi Sapinggi..#Wira Kinabalu...#Malim Gunung Kinabalu...# Salam Takziah buat keluarga mendiang...


Seoarang lagi wira Malim Gunung Kinabalu yang telah menyelamatkan nyawa seorang pendaki Gunung Kinabalu yang tercedera akibat gempa bumi.


Sebelum dan selepas kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ) yang telah mengorbankan beberapa nyawa.


Kreatif sangat mereka menghasilkan lukisan tersebut di depan bangunan Suria Sabah Shopping Mall sempena mengingati pengorbanan dan jasa - jasa Malim Gunung Kinabalu.


Ramai penduduk Sabah menyalahkan pelancong dari Eropah akibat perbuatan mereka yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas dan akhirnya menyebabkan gempa bumi berlaku di Gunung Kinabalu Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ).

 


#Last aku pi Ranau ni tahun 2012 kalau ndak silap ku lah.Pigi sana pun pi melancong jak...Holiday la katakan.Tapi Puncak Gunung Kinabalu belum sampai lagi.Baru sampai di kaki gunung..Tu pun untuk bergambal sedja.Semua gambal tu pula ntah mana sudah letaknya.

#Salam takziah buat keluarga mangsa - mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu yang terkorban.

#Negeri Sabah berkabung pada hari ini ( 08 Jun 2015 / Isnin ) sempena memperingati mangsa - mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

#Berlaku satu gempa bumi di Gunung Kinabalu yang mengorbankan beberapa nyawa pendaki Gunung Kinabalu serta Malim Gunung Kinabalu ( 05 Jun 2015 / Jumaat ).


#Pray For Sabah.

#Pray For Ranau.

#Saya Anak Sabah.

#Negeri Sabah di Bawah Bayu...

#Dalam kenangan ( 05 Jun 2015 ) ...





 
 
 

 



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..