Nurul Baidurah versi terbaru

30 June 2015/Selasa

Assalamualaikum

Hai,korang...Apa khabar korang di sana??Sihat ke??Aku di sini sihat jerr...*Macam tulis surat lah pulak..*Ehemm....Apa cerita dengan blog aku ni tiba-tiba bila korang nak buka blog aku,baca blog aku tup tup tak dapat bukak??Apa kes ni??

Kalau korang nak tau kan....kenapa blog aku tak dapat buka minggu lalu....sebab.....

Impian aku untuk merenovatekan blog aku akhirnya tercapai....Alhamdulillah..Sebenarnya,dari dulu lagi aku nak renovate blog aku ni cuma tiada idea dan tiada masa...Tu jerr...Lepas tu,bila dah habis pikir macam mana nak start edit blog ni,dengan itu aku mulakan edit blog aku dengan cara memprivatekan blog aku sebab masa aku sedang edit blog,aku tak nak orang buka blog sebab masa tu blog aku memang macam tongkah pecah..Hahaha...

Pikir balik pikir....Nak ikut tutorial siapa pulak ya sebab aku ingatkan aku nak ikut tutorial dari blog Amalinalee tapi bila bukak blog dia,tak dapat bukak pula sebab domain dia dah tamat tempoh....*buat muka menangis*...Sampailah saat akhirnya aku ikut bermacam-macam tutorial dari blog Lyssa Faizureen....Kalau ada masih yang belum kenal siapa Lyssa Faizureen tu boleh lah korang jenguk beliau kat blog dia...Tapi..mustahil lah korang tak kenal siapa Lyssa Faizureen tu kan..Alahh...Lyssa Faizureen tu yang blog dia kiut miut tu...Korang tak percaya???Haaa....korang pergi jerr kat blog dia...link dah aku bagi yerr...Korang klik jerr nama Lyssa tu..')..

Bila start sudah aku update blog tu,tiba-tiba pulak idea terhenti di situ dekat edit Html sebab tak tahu dah macam mana nak mula...*Ini kemungkinan sebab lama dah tak edit blog*...*Banyaklah aku punya sebab*...Mula-mula ada jugaklah aku fikir nak buat tempahan edit blog sahaja tapiiiiii ada pulak hal-hal yang menghalang...So aku buat je lah tempahan header + menu tab dari blog Mkhai sebab kalau pasal nak edit header dan menu tab tu memang aku tak reti lah tapi edit blog reti pulakk tu pun time ada panduan jerr baru reti nak edit blog..Harharhar!

Back to the story,terimalah blog Nurul Baidurah versi terbaru ni yang kelihatan sedikit ceria dari blog aku yang sebelumnya....*cerialah sangat*...New layout,new template,new menu tab and new header.Di sini,aku nak bagitau dengan korang bahawa aku telah pun terdelete kesemua entry pasal cabaran The Single Woman's 30-Day Blogging Challenge! tu....Waaaa...Macam mana boleh terdelete tu aku pun tak tau lah...Nampak sangat aku cuai kannnnn....Huwaaaarrgghhh.....Itu bermakna aku gagal la kan ikut cabaran pasal The Single Woman's 30-Day Blogging Challenge! tu....Huaaarrgghhh....Tapi,aku dah gagal bukan bermakna aku tak update lagi entry pasal The Single Woman's 30-Day Blogging Challenge! tu...Tidakkk....Aku akan buat balik entry tersebut sepanjang berada di bulan 7...InshaAllah...

Aku jugak berharap,dengan berubahnya keadaan blog aku ni aku dikurniakan idea-idea yang berguna untuk dikongsikan dengan korang dalam blog ni...Lastly,dengan rasaa rendah dirinya aku ingin memohon maaf dengan korang andai kata-kata aku selama aku menulis blog ni nampak kasar serta isi kandungan aku yang nampak mengarut.Tolong maafkan ya korang??Inshaallah,aku jugak akan memperbaiki diri aku dari masa ke semasa.Untuk berubah jadi matang,susah sangat walaupun umur aku sudah semakin meningkat tapi perangai aku tidak kena sama umur..Hahaha...Lolllzzz...Okeyy..Tu jerr..Jaga diri korang!

P/s :Satu aku lupa nak bagitau dengan korang ni...Dalam blog aku nih...dah ada Cbox...Bila Cbox dah ada,korang bolehlah start blogwalking di blog aku...Tu jerr...Hihi...

Terima kasih sebab sudi baca entry ini!

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

23 June 2015/Selasa

Assalamualaikum...

http://www.nile.com.my/page.php?cd=101


Hai kalian semua...setelah beberapa hari blog menyepi so hari ni aku kembali mengupdate entry terbaru di blog aku...Dan...entry pasal cabaran The Single Woman's 30 - Day Blogging Challenge! pun masih berjalan dan aku sudah ketinggalan beberapa entry...Hihikss...

Ndak terasa kan yang kita puasa ni sudah hampir seminggu and tinggal 3 minggu je lagi kita puasa...Lepas habis 3 minggu tu,kita raya......*excited sangatt aku nih...*Baju raya korang macam mana??Dah siap ke belum??Kalau aku,baju raya aku tengah siap lah ni..hehewww..

Ok lah...aku kasih pendek ni cerita...sepanjang bulan Ramadhan ni,nile.com.my yang merupakan Website Online Shopping Malaysia akan mengadakan Giveaway untuk semua blogger di luar sana dan hadiah - hadiahnya ialah :

5 x Pemenang Bertuah RM 150 Shopping Voucher Nile.com.my

Jom ramai - ramai kita join bagi memeriahkan lagi Giveaway ni.Aku pun join tau Giveaway ni...Di bawah ni,aku akan senaraikan 5 items yang aku nak daripada nile.com.my.

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=11888

Product: Indentation Woman Bag
Price Meletop: RM7.50
Date: 03/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 150 pieces


 Product: Haniya Shoulder Design Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 140 pieces


 
Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm
Quantity: 200 pieces


 Product: Simple OL Flats
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 11.00am
Quantity: 150 pairs

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=9888



 Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm
Quantity: 60 units

1...2...3...4...5...Okeyyy!!Cukup 5 items yang aku nak sangat - sangat barangan daripada nile.com.my.So,lepas tuh nak buat apa pulakk??

Haaaa....Tu diaaa...Soalan yang baguss...

Lepas kita siap buat entry pasal Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015,kita hantar terus entry kita di emel give_away@nile.com.my  berserta dengan detail dan tajuk :

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Link Blog : 

Nama Penuh :

No.Telefon :

Lepas tu,tekan lah send....Dan...Lepas hantar entry korang dengan nile.com.my tu,korang boleh lah cek result nya di sini.Tarikh tutup untuk korang update entry pasal giveaway ni adalah pada 14 Julai 2014 jam 11.59 pm.

So,pada korang yang nak join giveaway yang awesome ni...Cepat - cepat lah korang join sebelum tarikh tutup.Nanti menyesal korang tak join..Benda free maaa...Sape yang tak nak kannnnn...

Ok.....Tu jeee...Selamat membuat entry giveaway ni dan jangan lupa hantar entry penyertaan korang tu kat emel di atas ya...Nanti korang buat entry pasal giveaway ni lepas tu terlupa nak hantar emel ngan diorang...menangis sambil main tapuk - tapuk di bawah meja nanti...Hihikkss...

P/S : Pemilihan berdasarkan undian melalui Random.Org....





Salam Ramadhan

19 Jun 2015/Jumaat

Assalamualaikum...

Pertama sekali,aku ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia.Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.


Yang penting jaga mulut,jaga sikap,jaga telinga dan semuanya lah yang harus di jaga supaya kita tidak melakukan sesuatu yang sia - sia di bulan Ramadhan yang mulia ini.Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua umat Islam.

Sabahan Bah Ni : Legenda Tatanak Di Dalam Masyarakat Bisaya,Borneo.

09 Jun 2015/Selasa
Assalamualaikum...


 Etnik Bisaya merupakan salah satu masyarakat pribumi di bumi Borneo. Ini kerana etnik Bisaya boleh didapati di Sarawak terutamanya di Sungai Limbang dan kemudian di Sabah iaitu terutamanya di Daerah Beaufort. Selain itu etnik Bisaya juga ramai didapati di Negara Brunei Darussalam. Di dalam artikel kali ini, Borneo Oracle akan memaparkan satu legenda bagaimana etnik Bisaya, Borneo ini mendapat nama dan artikel kali ini dinamakan Legenda Tatanak Di Dalam Masyarakat Bisaya, Borneo.

Sebagai pembuka bicara adalah lebih molek untuk kita membuat pencerakahan ringkas di dalam memperkatakan Etnik Bisaya, Borneo ini kerana terlalu ramai yang melabelkan bahawa etnik Bisaya, Borneo sama ataupun berasal dari satu kumpulan masyarakat di Filipina yang bernama Bisaya, Binisaya atau Visayan. Hakikatnya etnik Bisaya yang ada di bumi Borneo sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan m
asyarakat Visayan di Filipina baik dari segi bahasa mahupun asal keturunannya. 

 Etnik Bisaya, Borneo BUKAN berasal dari Filipina.

Jika dilihat dari rumpun bahasa, bahasa Visayan, Filipina dipanggil bahasa Cebuano yang diklasifikasikan di dalam rumpun bahasa Austronesian, Malayo-Polynesian; Phillippine, Central Phillippine; Visayan. Dan bahasa etnik Bisaya, Borneo yang dipanggil bahasa Tatana pula diklasifikasikan dibawah rumpun bahasa Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, Sabahan, Dusunic, Bisaya, Southern. Dan secara ringkasnya boleh dikatakan bahasa Bisaya, Borneo adalah lebih merujuk kepada dialek berbanding dengan bahasa etnik Visayan, Filipina.
xz
Jika diingkap dari segi asal cerita legenda keturunan etnik Bisaya, Borneo pula dikatakan berasal daripada satu keluarga yang menghuni utara Borneo suatu waktu dahulu. Penghijrahan 7 adik beradik ini yang bernama Peti Berambai atau pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Smaun atau Simaun dan Alak Betata atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar dan seorang anak perempuan yang bernama Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting adalah asal kepada etnik Bisaya yang ada diseluruh Borneo pada masa ini.

Dan menurut cerita legenda asal keturunan Etnik Bisaya, Borneo ini juga berkaitrapat dengan penentuan pemerintah Brunei yang pertama iaitu Alak Betatar yang telah memenangi pertandingan lumba perahu bagi menentukan siapakah yang layak bergelar raja dan raja yang pertama inilah yang bergelar Awang Alah Betatar yang kemudiannya bergelar Sultan Mohamad setelah memeluk Islam dan menjadi Sultan pertama Negara Brunei Darussalam.

Selain daripada itu dari segi pengkajian sejarahwan menyatakan bahawa etnik Bisaya yang menghuni bumi Borneo sekarang menurut laporan Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada tahun 1956 sependapat menyatakan bahawa etnik Bisaya merupakan kumpulan masyarakat yang berasal daripada Kerajaan Srivijaya melalui panglima mereka yang bernama Sri Bisaya. Pendapat ini juga disahkan oleh seorang pengkaji sejarahwan iaitu Sonza pada tahun 1972.

Manakala untuk masyarakat Visayan, Filipina pula asal keturunannya tidak langsung mempunyai kaitan dengan etnik Bisaya, Borneo kerana masyarakat Visayan, Filipina adalah merupakan sekumpulan masyarakat yang dipimpin oleh seorang pemerintah yang bernama Lapu-Lapu. Raja Lapu-Lapu ini merupakan pemerintah awal satu kerajaan kuno yang bernama Kingdom of Mactan yang wujud sekitar tahun 1200 Masihi. Dan sejarah Kingdom Of Mactan ini ada diceritakan oleh seorang pengembara bernama Ferdinand Magellan yang terlebih dahulu menjadi bangsa Eropah yang pertama berkomunikasi dengan masyarakat Visaya pada tahun 1521. Pada ketika itu ianya diperintah Raja Humabon. Dan setelah kedatangan Sepanyol, ianya lebih dikenali sebagai Islas De San Lazaro.

Jadi berdasarkan kepada fakta-fakta ini adalah salah melabelkan etnik Bisaya yang ada di bumi Borneo iaitu mereka yang menghuni Sarawak, Sabah mahupun Brunei sebagai mereka yang berasal dari Filipina kerana etnik Bisaya adalah etnik pribumi Borneo sejak ribuan tahun lagi. 

Legenda Tatanak Dan Dang Insum. 

 Tatanak?.. Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Tatanak kerana ianya jarang digunakan apabila berbicara mengenai etnik Bisaya, Borneo. Sebenarnya untuk pengetahuan semua sebelum nama Bisaya diberi, masyarakat ini dipanggil masyarakat Tatanak. Dan keindahan serta kecantikan masyarakat Tatanak inilah menjadi legenda mengapa mereka dipanggil etnik Bisaya sekarang.

Al-sahibul hikayat diceritakan bahawa suatu waktu dahulu Sultan Brunei telah mengadakan pertandingan ratu cantik bagi memeriahkan upacara sambutan puja usia untuk dirinya. Pada ketika itulah Sultan Brunei telah mewajibkan kesemua daerah-daerah jajahannya untuk menghantar wakil di dalam pertandingan ratu cantik tersebut. Sebagai menghormati jemputan itulah dikatakan masyarakat Bisaya telah menghantar seorang gadis yang gah namanya baik dari segi rupa paras yang bernama Dang Insum.

Dang Insum bukanlah sembarangan gadis Bisaya kerana selain daripada keayuannya yang bisa meruntunkan jiwa setiap jejaka yang memandangnya juga digambarkan sebagai seorang srikandi Bisaya kerana beliaulah juga terkenal dengan kehandalannya di dalam ilmu peperangan serta mempunyai kesaktian yang tinggi. Dang Insum inilah juga menurut sejarahnya merupakan antara srikandi yang mempertahankan “Kota Makarang” iaitu jajahan wilayah Damit iaitu hak tulin kepada Pengiran Syahbandar Hassan wakil kepada Sultan Brunei daripada diceroboh oleh pihak British North Borneo Chartered Company suatu waktu dahulu.

Berbalik kepada pertandingan ratu cantik sempena puja usia ini maka apabila tiba harinya berangkatlah kesemua ratu-ratu daripada setiap jajahan takhluk Kerajaan Brunei pada masa itu ke Kota Brunei. Dengan penuh gilang-gemilang maka bermulalah pertandingan ratu cantik tersebut. Sebenarnya pertandingan ratu cantik untuk puja usia Sultan Brunei pada masa itu bukan sahaja berkenaan dengan kecantikan semata-mata tetapi mencakupi bidang yang lain.

Hendak dijadikan cerita, pertandingan ratu cantik ini mempunyai beberapa kategori yang tersendiri iaitu setiap ratu cantik haruslah pandai bermain senjata seperti memanah dan sebagainya. Juga harus pandai menguasai ilmu dapur iaitu memasak dan sebagainya. Dan sudah tentu juga pandai menguasai ilmu seni seperti menyanyi mahupun menari. Dan ketika inilah pertandingan ratu cantik yang penuh pancaroba ini dilalui dengan penuh sabar oleh Dang Insum. Ternyata wanita Tatanak ini amat sempurna di dalam serba serbi sehingga beliau dikatakan menjadi juara di dalam setiap kategori.

Dan kemuncak kepada pertandingan ratu cantik puja usia ini adalah pertunjukan kecantikan dengan pakaian tradisional masyarakat dan ketika inilah apabila Sultan Brunei terpandang kecantikan Dang Insum telah menyebut .. Bisai Yah! Bisai Yah! Bisai Yah! Iaitu bahasa yang bermaksud tersangat cantik. Kerana pujian itulah juga akhirnya Dang Insum menjadi Juara pertandingan ratu cantik puja usia itu.

Kerana adanya rombongan masyarakat Tatanak yang turut serta bagi memberi sokongan kepada Dang Insum itu telah menceritakan segala pujian yang telah diucapkan oleh Sultan Brunei kepada orang kampung mereka. Akhirnya ianya kekal dipertuturkan Bisaya oleh masyarakat Tatanak di dalam memperkatakan nama baru untuk etnik mereka iaitu Bisaya.

Inilah sekelumit perkongsian cerita legenda mengenai bagaimana etnik Bisaya mendapat nama serta ringkasan perbezaan masyarakat Bisaya, Borneo dengan bangsa Visayan, Filipina. Sesunguhnya Legenda Tatanak ini hanyalah cerita oral di dalam masyarakat Bisaya, Borneo dan sudah tentu apabila berbicara mengenai cerita legenda ianya adalah satu cerita benar yang ditokok tambah oleh penglipur lara bagi mencantikkan jalan ceritanya. Yang pasti, memang tidak disangkal sememangnya kecantikan wanita etnik Bisaya, Borneo adalah satu anugerah tuhan yang terindah untuk kita semua. 

#Sumber : FACEBOOK...
#SayaCopyNiSebabSayaAnakBisaya... 

Papaiiii....



Gempa Sabah : Ranau dilanda Gempa Bumi

08 Jun 2015/Isnin
Assalamualaikum...

Pada Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ),satu kejadian gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Ritcher telah melanda Sabah.Kawasan - kawasan yang terjejas teruk ialah di Ranau sebab kawasan tersebut berdekatan dengan tempat gempa bumi berlaku iaitu di Gunung Kinabalu.Terdapat beberapa kawasan - kawasan yang turut merasai gegaran akibat gempa bumi iaitu Kota Kinabalu,Tuaran dan Kota Belud.

Gempa bumi jarang sekali berlaku di Malaysia sebab Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik.Semasa gempa bumi berlaku pada jam 07.15 pagi Jumaat lepas,terdapat beberapa bangunan yang retak dan ramai pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu.Nyawa pendaki Gunung Kinabalu dan Malim Gunung Kinabalu ada juga yang terkorban akibat gempa bumi itu.Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu juga dibatalkan demi keselamatan para pendaki dan malin gunung serta ditutup untuk satu tempoh lama disebabkan oleh gempa bumi itu.Ia bertujuan untuk membaik pulih keadaan Gunung Kinabalu yang banyak rosak akibat gempa bumi tersebut.


Yang paling menyedihkan sangat ialah satu ikon telinga keldai di Gunung Kinabalu turut rosak akibat gempa bumi itu.Ikon itu dikatakan sebagai lambang kebanggaan Negeri Sabah.

Ramai penduduk Sabah (termasuk aku) mengaitkan kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lepas terjadi disebabkan oleh 'Sumpahan Penunggu Gunung Kinabalu'.Kalau korang ingin mengetahui cerita nya,korang boleh KLIK SINI untuk mengetahui cerita lebih lanjut lagi.


Laluan pendakian ke Gunung Kinabalu juga turut rosak akibat dihempap batu besar.


 Jasa Malim Gunung Kinabalu yang bertungkus - lumus menyelamatkan nyawa pendaki Gunung Kinabalu yang terkandas di Puncak Kinabalu.


Dalam kenangan...Robbi Sapinggi..#Wira Kinabalu...#Malim Gunung Kinabalu...# Salam Takziah buat keluarga mendiang...


Seoarang lagi wira Malim Gunung Kinabalu yang telah menyelamatkan nyawa seorang pendaki Gunung Kinabalu yang tercedera akibat gempa bumi.


Sebelum dan selepas kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ) yang telah mengorbankan beberapa nyawa.


Kreatif sangat mereka menghasilkan lukisan tersebut di depan bangunan Suria Sabah Shopping Mall sempena mengingati pengorbanan dan jasa - jasa Malim Gunung Kinabalu.


Ramai penduduk Sabah menyalahkan pelancong dari Eropah akibat perbuatan mereka yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas dan akhirnya menyebabkan gempa bumi berlaku di Gunung Kinabalu Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ).

 


#Last aku pi Ranau ni tahun 2012 kalau ndak silap ku lah.Pigi sana pun pi melancong jak...Holiday la katakan.Tapi Puncak Gunung Kinabalu belum sampai lagi.Baru sampai di kaki gunung..Tu pun untuk bergambal sedja.Semua gambal tu pula ntah mana sudah letaknya.

#Salam takziah buat keluarga mangsa - mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu yang terkorban.

#Negeri Sabah berkabung pada hari ini ( 08 Jun 2015 / Isnin ) sempena memperingati mangsa - mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

#Berlaku satu gempa bumi di Gunung Kinabalu yang mengorbankan beberapa nyawa pendaki Gunung Kinabalu serta Malim Gunung Kinabalu ( 05 Jun 2015 / Jumaat ).


#Pray For Sabah.

#Pray For Ranau.

#Saya Anak Sabah.

#Negeri Sabah di Bawah Bayu...

#Dalam kenangan ( 05 Jun 2015 ) ...





 
 
 

 



Review : Mora Essential - Minyak Argan Asli

03 Jun 2015/Rabu
Assalamualaikum...

Satu produk yang telah dinamakan sebagai MORA ESSENTIAL telah dilancarkan oleh seorang selebriti wanita dan seorang photographer popular pada 14 Februari 2015 dan acara tersebut telah berlangsung di Juempa D'Rampo yang terletak di Bnagsar.


Yaaaa....ini lah dia selebriti wanita yang aku sebut-sebutkan tadi.Ini lah dia MIRA FILZAH yang merupakan pelakon,model,pengacara KLTV dan sekarang dah jadi usahawan jual MORA ESSENTIAL pulak.


 Selepas pelancarannya beberapa minggu kemudian,aku telah pun mencuba MORA ESSENTIAL ni.Masa tu harga masih dalam promosi iaitu SEMENANJUNG RM 50/FREE POSTAGE dan SABAH SARAWAK RM 55/FREE POSTAGE jugak.Harga sebenar MORA ESSENTIAL ni pulak ialah SEMENANJUNG RM 60/FREE POSTAGE dan SABAH SARAWAK RM 65/FREE POSTAGE.

Bila parcel dah sampai petang hari tu maka malam tersebut sebelum tidur aku apply MORA ESSENTIAL ni.Bila dah pakai kat muka and then dengan baunya yang memang wangi tuh memang best lah melekat di muka.Lembut jak wanginya.Biarpun nama nya MINYAK,tapi 100 % dia tak de bahan kimia.1 atau 3 titis pun korang sudah boleh guna dan sapu di muka korang.Berbaloi lah harga dia aku beli RM 55 untuk SABAH SARAWAK masa haraga dia sedang promosi.


Antara fungsi MORA ESSENTIAL ni ialah :

1) ANTI - PENUAAN : Mengurangkan garis kedutan di muka.

2) MELINDUNGI & MERAWAT : Kulit daripada sejenis masalah kulit seperti jerawat,kulit kering 
     dan alergi gatal - gatal pada kulit.

3) UNTUK KULIT : Yang lebih bersih dan cantik.

Yang paling penting MORA ESSENTIAL ni 100 % minyak argan asli dan tiada bahan aktif / kimia didalam kandungan produk ini seperti yang aku katakan tadi.Minyak argan ni jugak boleh dijadikan sebagai toner kulit,pelembap kulit,serum atau pun sebagai asas solek.Sejak adanya MORA ESSENTIAL ni,segala CC CREAM or bedak muka aku tak pakai dah dan aku hanya pakai MORA ESSENTIAL ni jak sebagai make - up base harian aku.Serius !!Jadi glowing muka lepas pakai produk ni.Lagi pun,produk ni bertahan sampai sebulan.Jimat beb !

Baru - baru ni,MORA ESSENTIAL dah bertukar wajah.Comel pulak wajah baru MORA ESSENTIAL ni.


Haaaa...inilah dia wajah baru MORA ESSENTIAL dan harga MORA ESSENTIAL ni pun dah berubah jugak akibat daripada masalah peningkatan kos yang semakin meningkat.Harga MORA ESSENTIAL yang sekarang ialah RM 60 cuma exclude postage.Untuk SEMENANJUNG RM 6 dan untuk SABAH SARAWAK RM 10.Rasa berbaloi jugak harga MORA ESSENTIAL yang dulu dan yang sekarang dengan saiz botolnya yang comel entah berapa ML tu lupa pulak aku.

                                        MORA ESSENTIAL dah sampai dari MOROCCO.

Kepada sesiapa yang nak try guna MORA ESSENTIAL ni,boleh la korang pergi ke 

Instagram MORA ESSENTIAL

Facebook Page MORA ESSENTIAL

Whatsapp MORA ESSENTIAL : 014-6211280

Papaiiiii...