Travel : Nurul Baidurah ke Wilayah Persekutuan Labuan ( Hari Kedua )

13 Mei 2015/Rabu

Assalamualaikum...

Hari kedua ( 21 April 2015/Selasa ),kami berdua dah start jalan-jalan pusing satu Labuan ni.Destinasi kami pada hari tu ialah Muzium Marin,Taman Burung,Muzium Chimney dan last sekali Ujana Kewangan.

Time ni dah nak gerak dah ke destinasi yang nak di pergi...

Sebelum mulakan perjalanan kami,kami singgah dulu di Restoran Sabar Menanti yang berdekatan dengan Hotel Aifa untuk sarapan pagi.Untuk sarapan ni aku ambil Nasi Ayam + Milo Pink.Harganya aku ndak ingat sudah...Hihi..Lepas habis dah kami sarapan,perjalanan kami pun bermula.

Destinasi pertama kami ialah Muzium Marin.Muzium marin ni terletak di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.Kedudukan Muzium Marin ni adalah berdekatan dengan Ujana Kewangan.Muzium Marin ni dibina untuk memelihara warisan laut berharga Labuan dan bertujuan untuk memberi informasi mengenai kehidupan lautan di pulau tersebut.So,kepada sesiapa yang berminat untuk melihat pelbagai jenis ikan korang boleh lah datang ke Muzium Marin ni.

Sebelum korang sampai ke Muzium Marin,korang akan jumpa jam besar ni.Ini menandakan yang korang sudah sampai di Muzium Marin.Kalau korang tak jumpa jam besar ni,maknanya korang dah sesat lah..Huhu...Kalau korang nak pergi Muzium Marin ni,korang mesti melepasi Ujana Kewangan dan jam besar ni untuk sampai ke Muzium Marin.

Nahhhhh,inilah dia Muzium Marin.Sampai sudah.Masuk adalah free.Bila korang sudah masuk di dalam muzium tu,korang kena pergi ke tingkat 2 dahulu sebab di tingkat 2 tu kebanyakannya ikan perhiasan dan sedikit ikan hidup manakala pula di tingkat 1 pula ialah semua ikan hidup.Korang jangan pula lupa untuk selfie ya...

Ini adalah contoh-contoh perhiasan yang terdapat dalam Muzium Marin.

Yang ni pula lupa dah tulang apa namanya ni.

 Antara hidupan laut yang terdapat di tingkat 2.

Yang ni pun ada di tingkat 2 juga...

 Tadi,di tingkat 2.Sekarang baru di tingkat 1.Ini lah ikan - ikan yang terdapat di tingkat 1.Ikan hidup ya.Hihi..So,kalau korang nak tengok ikan-ikan ni dengan mata korang sendiri,korang boleh lah datang ke Muzium Marin ni di Labuan ataupun korang boleh juga tengok di insta aku iaitu @nurulbaidurah.Jangan lupa follow sekali :)..

Destinasi kedua pula ialah Taman Burung.Untuk sampai ke taman burung korang haruslah mengambil teksi dari Ujana Kewangan jika korang dari Muzium Marin sebab Taman Burung ni jauh tempatnya.

Jikalau korang dah sampai ke Taman Burung,terlebih dahulu korang mesti beli tiket masuk yang berada di sebelah pagar.

Ini lah tiket masuk ke Taman Burung.Lepas ni korang boleh lah tengok pelbagai gambar burung yang aku akan sertakan di bawah.

 Nama - nama burung ni aku dah lupa....

 Tadi,kita berada di part Taman Burung sekarang pula destinasi kami yang ketiga ialah Muzium Chimney.Kedudukannya terletak bersebelahan dengan Taman Burung so korang wajib singgahlah ke Muzium Chimney ni untuk mengetahui sejarah penubuhan Muzium Chimney ni.

Muzium Chimney terletak di Tanjung Kubong iaitu di sebelah utara Labuan.Muzium ni betul-betul berada di penghujung Labuan.Kalau korang nak tau tentang sejarah penubuhan Muzium Chimney ni,korang boleh cari di GOOGLE sebab aku malas nak taip panjang-panjang kat sini.Kikiki...Aku hanya rajin sertakan gambar-gambar jerr...


 Kalau korang nak tengok seluruh Labuan,korang boleh naik ke atas Menara Chimney tu tapi korang tidak boleh naik sudah sebab dah dibagi amaran.JANGAN PANJAT...

Destinasi seterusnya ialah Ujana Kewangan.Ujana Kewangan ni dikira sebagai tempat shopping yang terkemuka di Labuan sebab inilah satu-satunya tempat shopping di Labuan yang paling besar.


 Bila korang dah sampai di Ujana Kewangan,korang WAJIB singgah di DUTY FREE SKY PARK sebab di sana coklat nya banyak dan murah.Rugi korang kalau korang tak singgah kat situ..Huhu..Kalau korang nak shopping kat dalam pun boleh juga sebab di sana ada bermacam-macam kedai yang menjual pelbagai jenis barang.Semuanya cantik-cantik.So,sesiapa yang nak ke Ujana Kewangan ni jangan lupa ajak aku sekali ya...:)...Hihi...


 









No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..