Bulan June Sudah Datang

01 June 2015/Isnin

Assalamualaikum...

Selamat datang bulan June.Ndak terasa pulak yah sekarang ni kita sudah berada di pertengahan tahun.Dan yang paling best nya,dalam bulan June ni jugak kita akan berpuasa di dalam BULAN RAMADHAN.Alhamdulillah.Macam ndak sabar rasanya aku mau sambut bulan puasa yang akan tiba tidak lama lagi sebab bulan puasa ni sesuai untuk diet..Hahaaaaa...

Patut pun,tibanya hujung minggu hujung bulan Mei pun sudah berlalu,banyak sangat jemputan pi orang kawin lah,pi kenduri lah dan yang sama waktu dengannya.Rupa-rupanya,cuti sekolah sudah bermula.Nah,nampak sangat aku ni malas tengok kalender...Kikiki...So,asal hujung minggu jer,banyak makan free lah jawapnya.Hahaahahaaaaaa....

Erhmmm,sepanjang aku masih bercuti ni belum ada lagi perancangan aku mau travel ke sana ke mari.Semua nya masih dalam perancangan.InshaAlllah...

Pesta Gawai sudah pun berlalu.So,lepas ni Ramadhan pula yang akan tiba.Lepas Ramadhan pula Syawal pula menjelma.

Mood rajin nak update blog pun sudah maree.Alhamdulillah.Aku akan kuatkan semangat aku untuk berblog macam dulu lagi.Ndak mau aku biarkan blog aku berhabuk.

So,apa pun selamat bercuti kepada yang bercuti...

Papaiiiiiiii.....

Kemalasan Nak Update Blog Melanda Diri

24 Mei 2015/Ahad
Assalamualaikum...

Yessss....
Aku sedar yang aku sekarang ni sangat-sangat malas nak update blog...
Macam-macam alasan...
Tiada internet lah....
Tiada idea lah...
Sibuk lah...
update blog ikut mood lah....
Lepas tu bila dah nak update kat blog,idea yang dah tersimpan kat dalam otak ni ah..hilang serta merta.Ambik mu !!
Bila idea dah hilang,errhhmmm....mulalah diri ni malas nak update lagi...
Bila dah malas nak update blog,diri ini pun malas lah nak jenjalan kat blog korang,baca entry-entry terbaru korang...eerrhhmmm...Kadang-kadang tu aku jadi silent rider jer...hihi..
Bila tengok blogger lain yang selalu update entry dorang,aku pun jeles juga sebab macam-macam jak idea yang dorang ada tu dorang akan update kat blog....
Aku dulu pun macam tu jugak....
Bila ada idea nak update kat blog,terus jak update...Tapi,sekarang...Bila idea dah ada nak update blog,aku tangguh-tangguh kan lagi...haaa...
Okey.....
Lepas ni...
Aku akan rajinkan diri aku ni untuk update blog setiap hari...
Kalau ada idea lah...Kalau tak ada idea,tu maknanya menyepi balik lah blog aku..Huhu...

Travel : Nurul Baidurah ke Wilayah Persekutuan Labuan ( Hari Ketiga)

16 Mei 2015/Sabtu

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari last aku dan Jocksim di Labuan dan pagi-pagi lagi kami dah kemas barang dan kami sudah pun check out kat hotel.Tujuan kami awal check out kat hotel sebab kami nak pulang awal dan sampai awal ke halaman rumah masing-masing.Hihihi...

Asal kami berlainan.Aku tinggal di Kuala Penyu,Sabah dan Jocksim tinggal di Penampang,Kota Kinabalu.

Masa pulang,kami menaiki SpeedBot dari Labuan ke Menumbok.Naik SpeedBot memang best lah dari naik feri sebab SpeedBot laju.


 Bai bai Labuan....Balik sudah kami...:)....

Info untuk mereka yang nak TRAVEL ke LABUAN...
  • Bajet mesti RM 1K ke atas....
  • Pagi sampai petang berabis la korang shopping di Ujana Kewangan atau mana-mana tempat yang korang sukalah sebab kalau malam Labuan sunyi sudah.Kedai di Labuan semuanya awal tutup.Jam 6 petang gitu sudah pun dorang tutup kedai.
  • Labuan ni kecil jak.Keliling pantai.Korang tidak akan mudah sesat.Alarrr,macam korang pusing-pusing 1 Labuan ni.
  • Tempat shopping yang paling best kat Labuan ni bagi aku lah eerrhhmmm mestilah Ujana Kewangan.
  • Satu hari korang nak enjoy di Labuan ni pun dah cukup.
  • Lepas tu,entahhhhh.Aku pun tak tau lagi mau bagi apa...So ini sedja lah info yang dapat aku bagi pasal Labuan ni.Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi....korang boleh cari di GOOGLE...
Sekian sahaja entry aku pasal TRAVEL ke LABUAN.
Papaiiiii...

Travel : Nurul Baidurah ke Wilayah Persekutuan Labuan ( Hari Kedua )

13 Mei 2015/Rabu

Assalamualaikum...

Hari kedua ( 21 April 2015/Selasa ),kami berdua dah start jalan-jalan pusing satu Labuan ni.Destinasi kami pada hari tu ialah Muzium Marin,Taman Burung,Muzium Chimney dan last sekali Ujana Kewangan.

Time ni dah nak gerak dah ke destinasi yang nak di pergi...

Sebelum mulakan perjalanan kami,kami singgah dulu di Restoran Sabar Menanti yang berdekatan dengan Hotel Aifa untuk sarapan pagi.Untuk sarapan ni aku ambil Nasi Ayam + Milo Pink.Harganya aku ndak ingat sudah...Hihi..Lepas habis dah kami sarapan,perjalanan kami pun bermula.

Destinasi pertama kami ialah Muzium Marin.Muzium marin ni terletak di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.Kedudukan Muzium Marin ni adalah berdekatan dengan Ujana Kewangan.Muzium Marin ni dibina untuk memelihara warisan laut berharga Labuan dan bertujuan untuk memberi informasi mengenai kehidupan lautan di pulau tersebut.So,kepada sesiapa yang berminat untuk melihat pelbagai jenis ikan korang boleh lah datang ke Muzium Marin ni.

Sebelum korang sampai ke Muzium Marin,korang akan jumpa jam besar ni.Ini menandakan yang korang sudah sampai di Muzium Marin.Kalau korang tak jumpa jam besar ni,maknanya korang dah sesat lah..Huhu...Kalau korang nak pergi Muzium Marin ni,korang mesti melepasi Ujana Kewangan dan jam besar ni untuk sampai ke Muzium Marin.

Nahhhhh,inilah dia Muzium Marin.Sampai sudah.Masuk adalah free.Bila korang sudah masuk di dalam muzium tu,korang kena pergi ke tingkat 2 dahulu sebab di tingkat 2 tu kebanyakannya ikan perhiasan dan sedikit ikan hidup manakala pula di tingkat 1 pula ialah semua ikan hidup.Korang jangan pula lupa untuk selfie ya...

Ini adalah contoh-contoh perhiasan yang terdapat dalam Muzium Marin.

Yang ni pula lupa dah tulang apa namanya ni.

 Antara hidupan laut yang terdapat di tingkat 2.

Yang ni pun ada di tingkat 2 juga...

 Tadi,di tingkat 2.Sekarang baru di tingkat 1.Ini lah ikan - ikan yang terdapat di tingkat 1.Ikan hidup ya.Hihi..So,kalau korang nak tengok ikan-ikan ni dengan mata korang sendiri,korang boleh lah datang ke Muzium Marin ni di Labuan ataupun korang boleh juga tengok di insta aku iaitu @nurulbaidurah.Jangan lupa follow sekali :)..

Destinasi kedua pula ialah Taman Burung.Untuk sampai ke taman burung korang haruslah mengambil teksi dari Ujana Kewangan jika korang dari Muzium Marin sebab Taman Burung ni jauh tempatnya.

Jikalau korang dah sampai ke Taman Burung,terlebih dahulu korang mesti beli tiket masuk yang berada di sebelah pagar.

Ini lah tiket masuk ke Taman Burung.Lepas ni korang boleh lah tengok pelbagai gambar burung yang aku akan sertakan di bawah.

 Nama - nama burung ni aku dah lupa....

 Tadi,kita berada di part Taman Burung sekarang pula destinasi kami yang ketiga ialah Muzium Chimney.Kedudukannya terletak bersebelahan dengan Taman Burung so korang wajib singgahlah ke Muzium Chimney ni untuk mengetahui sejarah penubuhan Muzium Chimney ni.

Muzium Chimney terletak di Tanjung Kubong iaitu di sebelah utara Labuan.Muzium ni betul-betul berada di penghujung Labuan.Kalau korang nak tau tentang sejarah penubuhan Muzium Chimney ni,korang boleh cari di GOOGLE sebab aku malas nak taip panjang-panjang kat sini.Kikiki...Aku hanya rajin sertakan gambar-gambar jerr...


 Kalau korang nak tengok seluruh Labuan,korang boleh naik ke atas Menara Chimney tu tapi korang tidak boleh naik sudah sebab dah dibagi amaran.JANGAN PANJAT...

Destinasi seterusnya ialah Ujana Kewangan.Ujana Kewangan ni dikira sebagai tempat shopping yang terkemuka di Labuan sebab inilah satu-satunya tempat shopping di Labuan yang paling besar.


 Bila korang dah sampai di Ujana Kewangan,korang WAJIB singgah di DUTY FREE SKY PARK sebab di sana coklat nya banyak dan murah.Rugi korang kalau korang tak singgah kat situ..Huhu..Kalau korang nak shopping kat dalam pun boleh juga sebab di sana ada bermacam-macam kedai yang menjual pelbagai jenis barang.Semuanya cantik-cantik.So,sesiapa yang nak ke Ujana Kewangan ni jangan lupa ajak aku sekali ya...:)...Hihi...


 









Travel : Nurul Baidurah ke Wilayah Persekutuan Labuan ( Hari Pertama )

12 Mei 2015/Selasa

Assalamualaikum...

Pada 20 April 2015 ( Isnin ) - 22 April 2015 ( Rabu ),aku dan Jocksim telah pergi ke Wilayah Persekutuan Labuan selama 3 hari 2 malam.Sebelum cuti semester,kami sudah pun plan nak pergi ke Labuan dan selepas berakhirnya Final Exam kami hari tu,akhirnya dapat juga kami pergi.Kami pergi ni berdua jak.

Excited juga lah sebab ni kali pertama kami jenjalan berdua.Tujuan nak travel ke Labuan ni pun sudah di rancang dengan baik.Sebab masing-masing guna duit sendiri.So,kami nak beli apa - apa di Labuan suka hati kami lah sebab pakai duit sendiri.Haha..Dan juga,buat pertama kali nya aku menginap di Labuan sebab selalunya kalau aku ke Labuan biasanya 1 hari jak.Pagi jalan petang baru balik.

Untuk sampai ke Labuan,kami menaiki feri dari Menumbok yang akan bertolak pada jam 2.30 petang sebab masa tu petang baru kami jalan.Harga tiket feri pula ialah RM 2.50 seorang.

 Ini adalah kaunter tiket feri.Kalau korang nak ikut feri pada waktu petang,korang bolehlah ke kaunter tersebut.Gambar belakang kaunter jak yang aku dapat ambil..

Ini lah feri yang kami ikut hari tu untuk sampai ke Labuan.


 Pemandangan dari atas.Tingkat 1 untuk letak kenderaan penumpang.Tingkat 2 pula untuk penumpang.

Di tengah laut.....

Ini lah Jocksim...Kawan travel ku...Korang jangan pula ingat yang dia ni lelaki yah...Bukan...Sebenarnya dia ni perempuan.Okehhh...




Dalam jam 4.00 petang gitu,barulah kami sampai di Labuan dan kami terus ke hotel yang kami sudah booking hari tu lagi iaitu Hotel Pulau Labuan 2.Kami jalan kaki jer untuk sampai ke hotel tu sebab hotel tu tidak juah dari terminal dan ditambah pula dengan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar.

Ehhmmm,ni lah hotel yang tempat kami menginap.Hotel aku kasih 4 bintang sedja lah...Hihi..

Hari pertama kami di Labuan,kami tiada pi mana - mana sebab kalau nak jalan pun hari sudah petang.Kedai pun tutup awal dan bila malam sudah datang Labuan ni sunyi terus.So,jam 4 lebih gitu aku dan Jocksim cuma ke Labuan Supermarket lah nak beli barang sikit..Lepas tu pulanggg.....So,malam tu kami rehat - rehat je lah kat hotel untuk save energy kunun untuk hari kedua.Hihi...

Bersambung....






TERIMA KASIH CIKGU...

16 Mei 2015/Sabtu...

Assalamualaikum...

Terima kasih cikgu kepada cikgu-cikgu yang pernah memberi ilmu kepada saya ketika saya masih belajar sehingga sekarang.Jasa dan pengorbanan cikgu akan sentiasa diingati.

  • SJK CHUNG HWA,KUALA PENYU.
  • SK.KERUKAN,KUALA PENYU.
  • SMK KUALA PENYU,KUALA PENYU.
  • KOLEJ YAYASAN SABAH,KOTA KINABALU.