Sejauh Mana Korang Selesa Bergelar Single??

14 Februari 2015/Sabtu...
Assalamualaikum...

Hey,aku nak tanya korang ni...Sejauh mana korang selesa bergelar single?Mesti korang terfikir kan sekarang ni dah berapa lama korang single.Ada yang lama,ada yang sekejap...Kan..Tapi,tipulah kalau korang cakap yang korang tak pernah hidup single.Ya kan..Mungkin ada di antara korang yang hidup single tidak lama dan mungkin ada yang hidup single sudah lama.(Cakap orang,diri sendiri yang menaip ni pun lama juga hidup menyingle ni...kikiki...).Hahahahaaaa....

Tapi betul lah kan.Ada di antara kita yang sudah lama hidup single.Orang yang lama sangat  single ni susah sangat nak bercinta balik kan sebab dia rasa lebih selesa hidup single ni sebab dia tak berharap sangat kepada pasangan nya itu.Dia boleh buat sendiri dengan apa yang dia mahu tanpa bergantung harap sama orang lain.Tak payah fikir sakit hati,otak tidak berserabut fikir pasal pasangan dan macam macam lah kan kalau dah masuk dunia percintaan ni.Hihi..Tak kan nak beli barang keperluan pun nak harapkan pasangan jugak??

Tadi,aku ada terbaca pasal Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar Single di blog NISA KAY dan dia tanya SEJAUH MANA KORANG SELESA BERGELAR SINGLE?Sekarang,aku nak jawab soalan dari NISA KAY...hihihi...

1.Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

2. Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

3. Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

4. Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

5. Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

6. Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

7. Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu !
 
Waduuuhhh....banyak nya...Rupanya ada 7 benda yang aku rasa selesa bila bergelar single ni.Hihi..Ni betul tau,bukan main main..Ya..Memang aku rasa selesa bila hidup single ni.hihi...Sejujurnya,bagi aku tidak salah kalau hidup single lama lama ni.Kalau jodoh belum sampai,takkan nak dipaksa-paksa pula nak datang kat korang dengan cepat.Tidak.Bukan begitu.Jodoh kita Allah dah tentukan.Dan sekarang,aku betul betul rasa selesa dengan kehidupan aku sekarang ni...:)..

Tapi,tidak apa...Hanya bersabar dan menunggu masa yang sesuai bilakah Allah akan hantarkan kepada ku seorang bakal imam yang sudah Allah pilih untukku..Cehhh...Ayat...

5 comments:

  1. single best juga..sha da lama single..bebas nak buat apa2 tak perlu buang masa,kdt,air mata n sbgainya haha

    ReplyDelete
  2. SEBAB-SEBAB KENAPA AKU SELESA HIDUP SINGLE:

    1-aku malas nak berkejar2 balik keje kene masak, kene jaga anak, kemas rumah, basuh baju, dan segala macam keje rumah. kalo duduk sorang2, malas mcm mana pun tak apa…kita tahu bila kita nak mengemas.

    2-aku malas nak jaga mak bapak dan adik beradik serta sedara mara orang lain. Family sendiri pun bnyk lagi yg aku tak dapat nak bagi, kang kena pulak hulur duit kat family orang lain. belum tentu org suka pun.

    3-aku malas nak balik kampung org lain masa raya. belum tentu best macam kampung sendiri.

    4-aku malas nak kena report2 itu ini. jgnkan kawin, bercinta pun dah penat sbb kene wassap sepanjang hari. blue tick boleh buat gaduh. habis bila kerja nak siap??

    5-hari cuti tak leh bangun lambat. lagi2 kalo kat rumah mentua. ah, weekdays dah penat keje bangun awal bagai, hari cuti pun nak kene bangun awal jugak? pastu malam, kita la yg paling lambat masuk tido. haih.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..