Review : Suamiku En. Perfect 10

25 Januari 2015/Ahad
Assalamualaikum...

Seperti mana kita tahu,filem Suamiku,Encik Perfect 10! ni merupakan filem adaptasi dari novel hasil tulisan novelis Syamnuriezmel.Filem dah pun ditayangkan di pawagam bermula pada 22 Januari 2015/Khamis dan kepada sesiapa yang belum berkesempatan untuk menonton filem ini,cepat-cepat lah korang pergi ke pawagam berdekatan dengan korang untuk menonton filem ini sebab jalan ceritanya tersangat sangat lah best...Paling aku suka watak Aaron Aziz..Hehe..



Jom...kita baca dulu sinopsis filem Suamiku,Encik Perfect 10! ni...

 Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.
Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?
 
 
Yang ni cerita time dalam flight.Perkenalan pertama antara Aleeya Azmeen dan Zarief Daniel.

Part yang ini pula,Zarief Daniel jadi penyelamat Aleeya Azmeen.

Dan,yang last ni pula adalah part di mana Zarief Daniel melamar Aleeya Azmeen...Dan,disini start  sudah  part yang sedih-sedih sampai menusuk di kalbu...Ceewahhh!!

Kalau masuk part yang sweet-sweet tu,boleh melayang aku dibuatnya,mengalahkan heroin dalam filem tu pulak...Alahai!!Sudahlah aku minat sama Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

 

 
 
 

1 comment:

  1. gandingan yg mantap..hihi
    jemput join ya :)
    http://www.opzzpinky.my/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..