Review : Strawberi & Karipap ... Sesat Kat Paris

10 Januari 2015/Sabtu
Assalamualaikum...

Haaaa...aku tahu betapa lambat nya aku nak review pasal filem ni.Sepertimana yang korang tahu,filem ni dah pun ditayangkan di Astro First.Dan,sesiapa yang belum lagi menonton wayang ini,korang boleh beli DVD nya di kedai..Hehe..

Misi Satukan Cinta , Jadi Sesat di Kota Cinta.

Cerita ini memaparkan pengembaraan dan kegigihan dua kanak kanak iaitu Nini (Mia Sara) dan Haikal (Rykarl Iskandar) ke Kota Paris untuk menyatukan cinta Aunty Lisa (Nelydia Senrose) dan Pak Su Hairi (Zizan Nin) yang semakin renggang.Misi mencari makcik Lisa di Paris menjadi hura hara apabila Nini dan Haikal sesat di kota besar itu.Nini dan Haikal memulakan pengembaraan yang hebat mencari makcik Lisa mereka yang mendapat tawaran kerja sebagai jurugambar profesional di Paris.Pelbagai peristiwa lucu berlaku apabila dalam perjalanan itu mereka secara kebetulan telah bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea (Lisa Surihani) dan Faris (Nabil Ahmad) yang sedang berbulan madu.Pengembaraan mereka menjadi huru hara apabila secara tidak sengaja telah merosakkan percutian Sofea dan Faris yang baru berkahwin.

Berjayakah Nini dan Haikal untuk menyatukan cinta Aunty Lisa dan Pak Su di Paris??

Kalau korang nak tahu sampai habis pasal cerita ni,korang bolehlah langgan cerita ni di Astro First atau korang boleh beli DVD nya..



Selamat menonton...

2 comments:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..