Cerita Hujung Minggu Aku

04 Januari 2015/Ahad
Assalamualaikum...




Aku ni bukanlah seorang yang rajin,tetapi bab bab pasal kebersihan bahagian dapur rumah ni aku rajinkan jugalah untuk tulang aku yang ada 4 kerat ni..Nak kata rajin sangat tidaklah.Tapi,kalau mood aku masa tu mood rajin alamatnya bersih lah tu ruang dapur aku kerjakan.

Kenapa aku hari ini tiba tiba bercerita pasal bahagian dapur rumah pulak??Sebabnya,sampai sampai aku di rumah sewa kemarin,ya Allah...terdiam seketika aku tengok peti sejuk kat dapur tu.Peti sejuk tu kering.Tidak sejuk.Bila buka jak pintu peti sejuk tu,erhm...macam macam bau yg keluar..Nak aku ceritakan lagi sampai habis??Oh..aku tak sanggup.haha..Apatah lagi nak bersihkan peti sejuk tu..

Tapi....

Mau tidak mau aku kena jugak bersihkan peti sejuk tu pada waktu itu juga.Nak tunggu housemeet lain,oh....rasanya...tak payahlah..sebab keadaan peti sejuk kat rumah sewa aku tu berada dalam keadaan yang sangat sangat kritikal masa tu...OMG...

So,aku mulakan dengan bismillah....

Mula mula aku buang semua barang yang ada di dalam peti sejuk tu sebab barang barang yang ada dalam peti sejuk tu semua sudah tidak boleh di selamatkan lagi..So,aku buang je lah semuanya.Tidak kan jugak kan aku simpan sampai habis semester tu barang barang yang sudah rosak.Hihi..

Lepas tu,aku bukalah satu satu rak dia untuk memudahkan aku membuat kerja pembersihan badan peti sejuk tu.

Bila semua aktiviti pembersihan peti sejuk tu dah selesai,so aku akhiri dengan ucapan alhamdulillah..
Siap dah kerja kerja tu semua alah...rasa lapar la pula..Makana lagi tak ada masa tu..Tapi,baru ingat...Delivery kan ada...hihi...So,aku delivery je lah makanan..

Dan,seterusnya,alhamdulillah...Kenyang jugak akhirnya..hihi...

So,lepas kenyang,duduk diam diamlah aku sampai lah aku tertidur...Zzzzzz....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..