REVIEW : Manisnya Cinta Di Cappadocia

12 Disember 2014/Jumaat
Assalamualaikum...

Filem yang paling aku tunggu tunggu ni akhirnya sudahpun ditayangkan di pawagam pada 11 Disember 2014(Khamis).Dan,malam ni aku nak REVIEW pula wayang ni sebab aku dah tengok tadi kat panggung...Kikiki...Bestnya apa jalan cerita dia..Lagu dia pun best juga.Akhir jalan cerita dia pun memang best...Heppy Ending...kiukiukiu!!

Filem Manisnya Cinta Di Caapadocia ni dilakonkan oleh Fazura,Shaheizy Sam,Lisa Surihani,Eja,Faizal Hussein dan ramai lagi pelakon yang hebat hebat berlakon dalam wayang ni.Bagi aku,filem ni memang sangat sangat best sebab dorang berlakon dalam wayang ni berlatar belakangkan di Istanbul,Turkey...Fuiiyyoooo...!!!Istanbul tu jo...Tempat idol!!Itu adalah diantara beberapa sebab kenapa aku mau sangat tengok ni wayang.

Filem ini adalah di adaptasi dari novel karya Anis Ayuni.Wayang ini juga meupakan gandingan kali kedua Fazura dengan Shaheizy Sam.Sebelum ni pun dorang pernah digandingkan untuk berlakon sama sama dalam drama yang bertanjuk Kisah Cinta.Apapun,jom kita baca dulu sinopsis nya..

SINOPSIS FILEM MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA



Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang. 



Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya? 
 
 Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca. Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya. 
 
Antara perkara yang menarik perhatian aku sepanjang filem ini ditayangkan ialah :
  • Lagu tema dia best ( Manisnya Cinta-6th Sense)
  • Latar belakang dia kebanyakannya di Istanbul,Turkey
  • Cerita sedih pasal kakak Ifti Liyana meninggal
Baiklah... itu aje yang aku nak kongsikan dengan korang.Karang korang kata aku ni melebih lebihnpula...Okey,korang jangan lupa ajak rakan dan keluarga korang tonton wayang ni.Siapa yang tak nak tengok wayang ni,memang rugilah...
Papai..

1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..