REVIEW : Ariana Rose

22 Disember 2014/Isnin
Assalamualaikum...

Baru kali ini aku berkesempatan nak buat review pasal drama yang aku tengok beberapa minggu lepas iaitu Ariana Rose.Kikiki....Drama ni lama dah ditayang kat TV3 dulu.Masa tu dia bersiaran setiap hari Isnin-Khamis mula pukul 7.00 malam-8.00 malam.Dan sekarang ni dia buat siaran ulangan pula pada setiap hari Ahad dan bermula pada jam 3.00 petang-6.00 petang di TV3.Tiga jam tiga episode dia bersiaran.

Masa mula-mula aku tengok wayang ni sampai lah sekarang,memang best lah cerita dia..Lagu lagu dia pun best gilerr!!

Nah,tu la ko ni Anum....Dulu masa drama tu tengah hot ditayangkan,ko tak tengok.Sekarang,waktu ulangan baru ko terkedek kedek nak tengok wayang tu...Huhu...

Jom baca SINOPSIS ARIANA ROSE ni....



Mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.
   
Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.
 
Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.
 
Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.
 
Pelakon: 

 Keith Foo - Tengku Adam Kamil
Nur Fathia - Ariana Rose
Tasha Shilla - Tengku Juwita
Hisyam Hamid - Harith
Nabila Huda - Liyana
Arja Lee - Ramzul
Syatilla Melzin - Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah - Puan sri Lisdania
Datin Ziela Jalil - Datin Asra
Jalaludin Hassan - Datuk Wan Jusoh
 
Part yang aku suka dalam Drama Ariana Rose ni ialah :
  •  Masa Ariana Rose tinggal di condo dia.
  • Masa ibu bapa Ariana Rose bagitau yang dia nak ditunangkan dengan Tengku Adam Kamil.
  • Masa Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil bernikah.
  • Last sekali,masa Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil honeymoon di London



3 comments:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..