Info Nuffnang : Maksud BUFFERED EARNING atau BE

06 Disember 2014/Sabtu
Assalamualaikum...


Hai semua....
Hari ini aku nak bagi sedikit info tentang BUFFERED EARNING ni atau nama panggilannya BE..
  • BE adalah kempen CPUV kerana BE merupakan pendapatan yang diberi kepada korang dari kempen-kempen yang sedang dijalankan.
  • Untuk pengetahuan korang,pihak pengiklan mempunyai sasaran bagi setiap kempen CPUV mereka.Mereka akan memilih blog yang menarik dengan pembaca blog yang sesuai sebagai sasaran mereka.Sekiranya pembaca belog korang diklasifikasi dalam kategori yang dikehendaki oleh pihak pengiklan, peluang korang untuk dipilih akan meningkat. Ramai blogger yang tidak mengisi kaji selidik(survey) belog mereka dengan teliti akan menyebabkan mereka tidak dipilih. Ini disebabkan oleh fakta bahawa kajian itu membenarkan pihak pengiklan untuk mengenali belog korang dengan lebih teliti. Dengan ini, pihak pengiklan tidak tahu sama ada belog korang sesuai untuk kempen mereka atau tidak. Oleh itu, korang dinasihatkan untuk memastikan bahawa kaji selidik(survey) belog korang dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Penempatan iklan juga adalah salah satu faktor yang penting. Pihak pengiklan menggunakan jumlah modal yang banyak untuk mereka membentuk iklan dan juga membeli ruang iklan untuk menempatkan iklan mereka. Mereka hendak menghantar mesej mereka dalam iklan kepada seluruh sasaran pelanggan mereka dengan berkesan. Jadi, mereka cuma akan beli ruang iklan yang telah dioptimumkan
  • Unit iklan Skyscraper adalah elemen pertama sidebar dan bukan diletakkan di mana-mana tempat yang lain. Begitu juga dengan Leaderboard merupakan elemen pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung belog korang dan ‘Large Rectangle’ selepas belog post pertama korang. Unit iklan korang yang tidak dapat diletakkan di tempat tersebut akan mempengaruhi keputusan pengiklan untuk mengiklan di belog korang kerana banyak belog yang lain di bawah rangkaian kami yang meletakkan unit iklan mereka dengan sempurna.
  • Di samping itu, ketersediaan unit iklan juga memainkan peranan yang penting bagi blogger untuk dipilih oleh pihak pengiklan. Semua pengiklan kami memecahkan bajet mereka secara purata adas 3 unit iklan kami, iaitu Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle, setiap kali mereka beriklan dengan kami. Bajet itu adalah terhad dan mungkin tidak dapat meliputi ketiga-tiga unit iklan. Jadi, peluang korng untuk dipilih oleh pengiklanan untuk menyertai kempen akan dimaksimumkan.
  • Status glitterati korang juga merupakan salah satu faktor yang dapat meningkatkan peluang korang untuk dipilih oleh pihak pengiklanan sebab pihak pengiklan akan mempertimbangkan ahli Glitterati dahulu. Status Glitterati merupakan suatu program ganjaran kepada blogger yang setia kepada nuffnang. Ahli biasa masih akan dipilih oleh pihak pengiklan tetapi ahli dengan status Glitterati akan dapat lebih peluang untuk dipilih oleh pihak pengiklan.
  • Untuk iklan CPUV, pemilihan blog bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan juga sangat bermusim. Oleh itu, kemungkinan ada masa yang tiada pengiklan yang memerlukan kumpulan tertentu penulis blog untuk seketika.
So,setakat ini sahaja yang aku boleh share kalau yang sudah tau tu boleh amalkan semua tu.Bagi yang belum tahu dan baru  cubalah amalkan mungkin korang juga akan berjaya mendapatkan BE seperti blogger blogger lain.Bagi yang berjaya tahniah aku ucapkan.Mana yang tak dapat dapat lagi aku pesan janganlah cepat berputus asa,cuba dan cuba ok..Kan,kita bilang....usaha tangga kejayaan..Hihi..Kadang kadang rezeki kita tak sama.Kadang kadang rezeki kita sama.Kalau ada lagi tips yang aku  tahu,aku akan share lagi dengan korang semua.

Okeh...Babai...Selamat membaca korang..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..