Info Nuffnang : CPUV ( Cost Per Unique Visit ) & CPC (Cost Per Click)

08 November 2014/Isnin
Assalamualaikum...

Wah...Hari ni aku rajin sangat nak bagi korang baca pasal EN.NUFFNANG ni...
So,kalau korang nak tau tentang EN.NUFFNANG ni,korang boleh lah baca info-info yang aku bagi ni...:)..

Untuk pengetahuan korang, BLOGGER akan mendapat pendapatan selepas belog mereka dipilih oleh pihak pengiklan untuk tujuan penempatan iklan (ini tidak termasuk unit iklan yang kosong).
Terdapat 2 jenis iklan umum yang dibayar oleh pengiklan kami, iaitu CPC (Kos Per Klik) Kempen dan CPUV (Kos Per View Unik).

(1)CPC(Kos per klik) 
  • dilancarkan atas permintaan pengiklan. Ia akan ditunjuk di semua belog dalam rangkaian NUFFNANG yang telah memilih pilihan ‘Show Global CPC Ads di ‘Blog Preferences’ dalam ‘Blog Manager’ serta tidak mempunyai apa-apa iklan CPUV (Cost Per Unit View) yang dijalankan pada masa itu.Pihak NUFFNANG akan membayar penulis blog berdasarkan bilangan klik unik oleh pengunjung unik belog mereka pada unit iklan yang memaparkan iklan CPC. Iklan tersebut akan tamat secara automatic selepas mencapai klik maksimum dan sistem kami akan mengemaskini pendapatan yang dijana melalui klik tulen. Jika blog menunjukkan iklan CPC tetapi tidak menjana sebarang klik ke arah kempen, tiada pendapatan akan dikemaskini.
(2)Kempen CPUV (Kos per pandangan unik) 
  • Bagi pengetahuan korang, pihak pengiklan memilih blog yang mereka ingin mengiklankan kempen CPUV (Kos per pandangan unik) berdasarkan beberapa faktor seperti demografi pembaca blog korang, keperluan unit iklan, keahlian eksklusif, dan ketersediaan unit iklan.Iklan ini dibayar mengikut jumlah pengunjung belog korang sebagai pelanggan potensi iklan tersebut, ia tidak memerlukan apa-apa dari pengguna korang untuk klik dalam iklan dalam belog korang untuk mendapat pendapatan
  • Pihak pengiklan mempunyai sasaran bagi setiap kempen mereka. Mereka akan memilih belog yang berpotensi untuk menarik pembaca belog yang sesuai sebagai target pelanggan mereka. Sekiranya pembaca belog korang adalah dalam kategori yang dikehendaki pihak pengiklan, peluang korang untuk dipilih akan meningkat. Ramai blogger yang tidak mengisi kaji selidik(survey) belog mereka dengan teliti akan menyebabkan mereka tidak dipilih. Ini disebabkan oleh fakta bahawa kajian itu membenarkan pihak pengiklan untuk mengenali belog korang dengan lebih mendalam.Oleh itu, korang dinasihatkan untuk memastikan bahawa kaji selidik(survey) belog korang yang telah didaftar dalam akaun Nuffnang korang dikemaskini dari semasa ke semasa. 
  • Penempatan iklan juga salah satu faktor yang penting. Pihak pengiklan menggunakan jumlah modal yang banyak untuk mereka bentuk iklan dan juga membeli ruang iklan untuk meletakkan iklan mereka. Oleh itu, mereka hendak menghantar mesej mereka dalam iklan kepada seluruh sasaran pelanggan mereka dengan berkesan. Jadi, mereka akan membeli ruang iklan yang dioptimumkan. Pihak pengiklan akan memilih belog dengan unit iklan yang diletak di tempat sepatutnya. Unit iklan Skyscraper adalah elemen pertama ‘sidebar’ dan bukan diletakkan di mana-mana tempat yang lain. Begitu juga dengan Leaderboard yang merupakan elemen pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung belog korang dan ‘Large Rectangle’ selepas belog post pertama korang. Unit iklan korang yang tidak dapat diletakkan di tempat optimum akan menjejaskan keputusan pengiklan untuk memilih belog korang kerana terdapat banyak belog lain dalam rangkaian kami yang mempunyai iklan yang ditempatkan secara berkesan. Di samping itu, ketersediaan unit iklan juga memainkan peranan yang penting bagi blogger untuk dipilih oleh pihak pengiklan. Semua pengiklan kami membahagikan bajet mereka secara purata 3 unit iklan kami, iaitu Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle, setiap kali mereka beriklan dengan kami. Bajet itu adalah terhad dan mungkin tidak dapat meliputi ketiga-tiga unit iklan. Jadi, peluang korang untuk dipilih oleh pengiklanan untuk menyertai kempen akan dimaksimumkan.
  •  Status glitterati korang juga merupakan salah satu faktor yang dapat meningkatkan peluang korang untuk dipilih oleh pihak pengiklanan sebab pihak pengiklan akan mempertimbangkan ahli Glitterati dahulu. Status Glitterati merupakan suatu program ganjaran kepada blogger yang setia kepada Nuffnang. Ahli biasa masih akan dipilih oleh pihak pengiklan tetapi ahli dengan status Glitterati akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dipilih oleh pihak pengiklan.
  •  Oleh itu, kemungkinan ada masa yang tiada pengiklan yang memerlukan kumpulan tertentu penulis blog untuk seketika.Kami akan cuba untuk menjual unit iklan blogger kami selagi mereka berpotensi untuk dioptimumkan. Jika unit iklan tidak dioptimumkan ataupun unit iklan mereka tidak berada di tempat yang berpatutan, kami tidak akan mencadangkan blog korang kepada pihak pengiklan.Pihak NUFFNANG berharap agar korang memahami bahawa penempatan iklan adalah sangat penting supaya korang akan dipilih. 
Itu sahaja lah info tentang NUFFNANG yang aku nak share kan dengan korang.Harap-haraplah korang akan faham dengan apa yang aku terangkan pasal NUFFNANG kat atas tu ya..

Terima kasih kerana korang sudi membaca di blog saya..:)..

2 comments:

  1. klu tiba2 nuff sukar status p Non-Glitterati cmna tu?

    ReplyDelete
  2. klu tiba2 nuff sukar status p Non-Glitterati cmna tu?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..